Anda di halaman 1dari 23

Laman Web Alat Muzik Tradisional Malaysia ini dibangunkan dengan tujuan untuk mewarwarkan kepada masyarakat sejagat

terutama generasi muda. Disamping itu dapat memberi pemahaman lebih jelas tentang rupabentuk dan fungsi serta bunyi alat muzik itu. Skop maklumat alat muzik tradisional ini amatlah terbatas, ianya masih terdapat masa kini dan terus diterima pakai oleh bangsa di Malaysia.Kami berusaha membangunkan web ini semungkin yang boleh dan pertambahan maklumat serta paparan artifak yang menarik akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Secara amnya, selain daripada digunakan untuk menghasilkan berbagai jenis muzik, alat alat muzik ini merupakan bahan estetika yang penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai alat penyebar maklumat, lambang budaya bangsa, alat ritual yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa(magis) selain dari fungsi utama sebagai alat hiburan. Terdapat lima kategori Alat Muzik Tradisional: Kordofon Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini. Membranofon Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat. Erofon Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis. Idiofon Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik 'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensemble gamelan. Erofon Bebas Erofon bebas adalah suatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara dengan car meniupnya, penjenisan alat adalah berbeza dari erofon. Ianya diperbuat dari pelbagai bentuk yang berbeza dan diperbuat dari bahan yang bersifat sementara seperti daun-daun kayu, daun kelapa dan sebagainya. Penghasilan bunyi tidak mengikut kod muzik yang ditetapkan dan bukan untuk tujuan dipermainkan bersama alat muzik yang lain.

Sumber dipetik dari http://malaysiana.pnm.my/

Pengenalan Laman Web Alat Muzik Tradisional Malaysia ini dibangunkan dengan tujuan untuk mewarwarkan kepada masyarakat sejagat terutama generasi muda. Disamping itu dapat memberi pemahaman lebih jelas tentang rupabentuk dan fungsi serta bunyi alat muzik itu. Skop maklumat alat muzik tradisional ini amatlah terbatas, ianya masih terdapat masa kini dan terus diterima pakai oleh bangsa di Malaysia.Kami berusaha membangunkan web ini semungkin yang boleh dan pertambahan maklumat serta paparan artifak yang menarik akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Secara amnya, selain daripada digunakan untuk menghasilkan berbagai jenis muzik, alat alat muzik ini merupakan bahan estetika yang penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai alat penyebar maklumat, lambang budaya bangsa, alat ritual yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa(magis) selain dari fungsi utama sebagai alat hiburan. Terdapat lima kategori Alat Muzik Tradisional: Kordofon Membranofon

Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini.

Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat. Idiofon

Erofon

Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis.

Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik 'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensemble gamelan.

Erofon Bebas

Erofon bebas adalah suatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara dengan car meniupnya, penjenisan alat adalah berbeza dari erofon. Ianya diperbuat dari pelbagai bentuk yang berbeza dan diperbuat dari bahan yang bersifat sementara seperti daun-daun kayu, daun kelapa dan sebagainya. Penghasilan bunyi tidak mengikut kod muzik yang ditetapkan dan bukan untuk tujuan dipermainkan bersama alat muzik yang lain. Tempura

Pengenalan Alat bertali mempunyai 4 tali. Tiga daripadanya ialah dawai besi waja dan yang satu lagi daripada perunggu. Badannya dibuat daripada kayu nangka. Bentuknya bulat dan belakangnya melengkong. 2 pemulas tali atau pelaras ialah disisi lelehernya dan 2 daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya berbentuk belakang kura-kura. Tali-tali melalui atas kekuda titian tali di tengah-tengah dada. Fungsi Digunakan dalam muzik vokal dan instrumental India. Untuk mengeluarkan dengung iringan. Cara Dipegang Bermain tangan.

tegak

dan

dipetik

dengan

jari-jari

sebelah

Erh-Hu

Pengenalan Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar. Fungsi Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Cara Bermain Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello

Gambus

Pengenalan Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak. Fungsi Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor. Cara Dipetik Bermain guitar.

bagaimana

cara

bermain

Pipa

Pengenalan Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. Fungsi Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

Cara Bermain Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik.

Rehab

Pengenalan Alat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi. Fungsi Digunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Peteri dan Selampit di Kelantan. Cara Bermain Rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali?tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai pic. Ketiga?tiga tali dilaras pada jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th dan perfect 5 th. Sapeh

Pengenalan Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam. Fungsi Alat ini

popular

di

kalangan

kaum

Kenyah

dan

Kelabit

di

Sarawak.

Cara Bermain Sapeh diriba seperti gitar dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada berbagai peringkat mengikut alunan iramanya.

Satong

Pengenalan Diperbuat daripada seruas buluh betong. Kulit buluh dicungkil sebagai tali sebanyak empat utas seperti gitar. Fungsi Dimainkan Cara Tali

ketika

mengisi

masa

lapang. Bermain perlahan.

ini

dipetik

dengan

jari

dan

berbunyi

agak

Sitar

Pengenalan Alat bertali mempunyai 5 hingga 7 tali dawai (2 hingga 4 tali digunakan untuk memainkan melodi, dan 3 tali untuk dengung). Diperbuat dari kayu yang berbentuk bujur seakan sebelah buah pear. Fungsi Diletak melentang dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan. Jari-jari tangan sebelah lagi menekan dan menarik pada berbagai kedudukan di tali-tali yang mengeluarkan berbagai tingkat suara dan melodi. Cara Dimainkan Bermain alat solo.

dalam

kumpulan

instrumental

kecil

atau

sebagai

Sundatang

Pengenalan Diperbuat dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon. Fungsi Di Tambunan ianya dimainkan untuk mengiring tarian sundatang magarang. Ianya dimainkan juga untuk hiburan persendirian dimainkan secara solo tanpa diiringi oleh suara. Cara Bermain Ia dimainkan dengan memetik tali loyang dan nada tali-talinya dibetulkan dengan memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini.

Venna

Pengenalan Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangdya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah?bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali?tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung?hujung jari pemain. Fungsi Digunakan

untuk

muzik

solo

bagi

hiburan.

Cara Bermain Diletak melintang. Tali-tali dipetik dengan jari sebelah tangan. Jari-jari tangan yang sebelah lagi menekan dan menarik tali-tali diberbagai bahagian untuk mengeluarkan berbagai tingkat suara dan bunga-bunga melodinya.

Gong

Gong adalah alat muzik yang kerap digunakan dalam muzik Melayu tradisional. Sebenarnya, gong adalah sebuah alat muzik yang diperbuat daripada logam dan bunyi yang disuarakan adalah hasil pukulan tukul. Biasanya, gong digunkan dalam muzik keroncong untuk dijadikan penanda masa ataupun tempoh rentak. Sitar

Sitar adalah salah satu jenis alat muzik yang berasal dari Asia Selatan. Alat muzik klasik Hindustan yang menggunakan dawai/tali. Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama dengan dawai biasa dan ruang resonansi menggunakan gourd (sejenis buah-buahan yang dikeringkan dan berongga di dalamnya) sehingga menghasilkan bunyi yang unik. Sitar merupakan alat muzik yang sering digunakan dalam seni muzik klasik hindustan sejak Zaman Pertengahan. Dholak

Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan. Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya. Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke13 oleh pedagang Arab. Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Gambar belakang bahagian kompang. Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Rebana

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong, burung kenek-kenek, dan pelanduk-pelanduk. Tapi Rebana juga sering dimainkan di pulau JAWA. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian begai pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi

Alat Muzik Kempul Kempul berperanan sebagai alat kolotomik dalam rangkaian Gamelan di Malaysia yang berhubung dengan genre Gamelan Melayu. Ianya merupakan satu penambahan barn daripada yang sedia ada. Disiplin asal yang hanya terdiri daripada alat-alat seperti Bonang/Keromong, Gambang kayu, Saron Barung, Saron Demung, Kenong, sebiji Gendang Dua Muka serta Gong Agung dan Gong Suwukan, tetapi mampu untuk menghasilkan suatu fizikal muzik yang dinamis bagi memenuhi keperluan tarinya. Alu Bunyi Merupakan sebuah alunan irama muzik yang dilahirkan melalui kegiatan menumbuk padi. Angklung Alat idiofon yang digoyang. Ianya diperbuat daripada pipa ataupun tabung buluh yang terpilih. Sebuah Angklung lazimnya terdiri dari dua hingga empat tabung yang diikat pada 'rumahnya' yang dikenali sebagai 'ancak'.

Beduk Beduk adalah Gendang satu muka yang berbentuk memanjang iaitu elongated. Peranannya dalam budaya masyarakat Melayu khususnya di Nusantara adalah bersifat non-musical. Malah ianya merupakan sebagai instrument untuk mengesakan perintah Allah s.w.t. Digunakan di surau ataupun masjid di kampung-kampung bagi menandakan masuknya waktu untuk bersolat. Ianya dipukul dengan pemukul kayu dalam pola rithme yang beransur cepat iaitu accelerando. Cak Lempong Alat melodi dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Ianya diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Perkataan Cak Lempong juga digunakan untuk mendiskripsikan jenis ensemblenya. Canang Canang sejenis alat dari keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat 'penanda masa' (time marker) dalam ensemble paluan tradisional yang terdapat di Kelantan. Cerek Kecerek / Centong Alat idiofon berbentuk 'bilahan'. Lazimnya diperbuat daripada buluh dan berukuran 45 sm panjang dan 6 sm lebar. Secara umum ianya dikenali sebagai alat clappers iaitu menggunakan prinsip clap ataupun 'tepuk' untuk menghasilkan bunyinya. Alat ini disertakan secara berpasangan, dimainkan oleh seorang pemain. Alat Kecerek ini sering digunakan dalam teater tradisional seperti 'Menora' oleh masyarakat tempatan berketurunan Thai di Kelantan, Mak Yong Laut di Perlis, Jikey dan Mek Mulung di Kedah. Engkeromong Engkeromong istilah tempatan bagi alat daripada keluarga knobedgong atau 'gong berbusut'. Ianya berbentuk seperti kendi dan diperbuat daripada perunggu. Gambang Kayu Sumber bunyinya berasaskan kepada kayu yang dilaras mengikut pic yang dikehendaki dan diatur di atas kotak kayu yang berfungsi sebagai kotak gema (resonator). Kepingan kayu itu dikenali sebagai 'belira' di negeri Kelantan. Geduk Gendang dua muka yang berbentuk silinder. Ianya sering digunakan dalam permainan Wayang Kulit dan Menora di Kelantan dan Wayang Gedek di Kedah. Baluhnya diperbuat daripada kayu keras seperti nangka ataupun angsana (sena) dan pada kedua-dua permukaannya diregangkan dengan belulang lembu dengan menggunakan bahan pelekat dan berbaji ataupun pasak yang diperbuat daripada kayu keras, lazimnya daripada kayu nibung. Gendang Ibu Dalam konteks persembahan Gendang Ibu akan disertai secara berpasangan dengan Gendang Anak untuk memainkan pola-pola paluan yang khusus secara meningkah bagi pembinaan setiap struktur irama mengikut disiplin yang didukunginya seperti ensemble Wayang Kulit, Mak Yong, Menora dan Silat. Gong Keluarga Gong dalam muzik tradisional secara umumnya terdiri daripada jenis-jenis berbusut atau bertombol. Antara yang termasuk dalam keluarga gong ialah tetawak, kenong, kromong. kempul dan canang, Perkataan yang amat meluas dugunakan di Malaysia dikatakan berasaskan kepada sistem "anomatopocia" iaitu satu sistem penamaan yang diilhamkan melalui peniruan

bunyi yang diterbitkan oleh alat berkenaan. Gong Agung Gong Agung diperbuat daripada 'perunggu', mempunyai ukuran 90 - 95 sm pada garisan lintang serta ketinggian di antara 28 - 30 sm dan mampu untuk menerbitkan siri overtone yang terbanyak dan mempunyai pic suara yang terendah dalam keluarga gong. Gong/Tetawak Ibu Gong/Tetawak Ibu mendukung peranan sebagai alat kolotomik yang utama dalam budaya muzik masyarakat Melayu tradisi di Malaysia. Ianya sering digunakan secara berpasangan dengan Tetawak Anak khususnya dalam ensemble bagi mengiringi teater tradisional seperti Mak Yong, Wayang Kulit Kelantan, Menora dan Main Petri serta tarian klasik istana seperti Asyik dan tarian-tarian rakyat seperti 'Garong', 'Wau Bulan', 'Ulit Gambuh', yang berkembang di negeri Kelantan. Tetawak Ibu, secara dikotomi, mempunyai pic suara yang lebih rendah dan bentuk fizikal yang lebih besar daripada Tetawak Anak. Gordang Sembilan Merupakan salah satu alat muzik tradisional masyarakat Melayu yang berketurunan Mandaling. Ianya didapati berkembang di negeri Selangor dan dimainkan sebagai muzik iringan untuk tarian dan juga hiburan. Kemplingan Kemplingan sejenis gendang satu muka yang digunakan dalam tradisi bacaan rawi yang menyerupai berzanji oleh masyarakat Melayu berketurunan Jawa di Johor. Kesenian ini juga dikenali dengan nama Kemplingan. Kenong Kenong diperbuat daripada 'perunggu' dan mendukung peranan sebagai alat kolotomi yang dominan dalam rangkaian Gamelan di Malaysia. Dalam ensemble Gamelan Melayu, Kenong disertakan dalam satu oktaf yang berlaras Pentatonik (anhemitonic Pentatonic) iaitu skala lima nada tanpa semiton pada jedanya, mempunyai pic yang tetap iaitu fixed-pitch yang diasaskan kepada Western Tempered Pitch, manakala tradisi Gamelan di Johor mengamalkan dua sistem skala iaitu slendro, bermaksud lima nada dan skala Pelog yang mengandungi tujuh nada. Kertuk Buluh Kertuk Buluh sejenis alat yang dapat digolongkan di bawah keluarga 'Kertuk'. lanya diperbuat daripada tabung buluh dan pada permukaannya ditebuk satu lubang khas yang berfungsi sebagai lubang suara. Ini bagi menjamin supaya udara yang berada dalam ruang tabung alat berkenaan dapat mengalir keluar dengan bebas apabila alat ini diketuk. Kertuk Kayu / Kerantung Kertuk Kayu sejenis alat idiofon yang mempunyai peranan yang suci bagi masyarakat Islam di Malaysia, khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman dan desa. Diperbuat daripada jenis kayu yang terpilih, lazimnya dari spesis 'Nangka' dan berbentuk 'oblong' iaitu memanjang. Pada permukaannya ditebukkan lubang khas yang berfungsi sebagai lubang suara ataupun gema. Ianya dipalu dengan kayu yang diperbuat daripada kayu yang keras untuk menghasilkan bunyi. Sering kelihatan digantung pada anjung masjid ataupun surau di kampung-kampung dan dipalu menandakan masuknya waktu-waktu untuk bersolat dan diikuti dengan laungan azan. Keromong / Bonang Gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'. Merupakan alat melodi utama

dalam ensemble Gamelan Melayu. Mengandungi dua oktaf yang berlaras anhemitonik pentatonik dan disusun di atas tapak khas secara mendatar dalam kedudukan yang menyongsang. Secara fizikal, alat Bonang mempunyai bentuk seperti kendi (kettle-shaped) dan sifat bunyinya berprinsipkan kepada 'dengung'. Secara dikotomi bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai wedok (perempuan) dan yang beroktaf tinggi sebagai lanang (lelaki) mengikut bahasa Jawa. Dalam permainan Gamelan Melayu, melodi pokok diimprovisasikan secara berkumpulan yang dapat diterjemahkan sebagai heterofoni. Ianya menggunakan sistem notasi angka dikenali sebagai French Cheve System sempena dengan nama pengasasnya iaitu Dr Emile Cheve daripada Perancis. Kesi Sejenis alat idiofon dari keluarga 'simbal' yang dibentuk daripada kepingan tembaga. Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke dalam. Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan tradisional. Kompang Mempunyai baluh 'berbingkai' yang diperbuat daripada kayu jenis keras. Lazimnya dari spesis Nangka dan nama saintifiknya Artocarpus heterophyllus. Belulang daripada kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan pelekat kemudian ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin. Kompang juga memerlukan rotan sedak sebagai alat tala untuk menghasilkan suara yang baik. Kulintangan Kulintangan merupakan sejenis alat perkusi daripada keluarga gong yang berbusut yang berukuran kecil. Ianya diperbuat daripada gangsa ataupun perunggu. Dalam konteks persembahan ianya diletakkan di atas tali yang diregangkan pada tapak kayu ataupun para dalam satu barisan yang mengandungi lapan biji kesemuanya. Dipalu dengan menggunakan sepasang kayu pemukul dari jenis lembut oleh seorang pemain untuk mengiringi tarian 'Sumazau', 'Limbai', 'Silat' serta 'Tingkad-tingkad'. Maruas Gendang dua muka yang berukuran kecil dan berbentuk silinder. Baluhnya diperbuat daripada kayu nangka dan kedua-dua permukaannya telah diregangkan dengan belulang kambing sebagai bahan bunyi. Maruas dipalu dengan sebelah tangan secara meningkah untuk mengiringi tarian Zapin. Ianya juga dikatakan telah mewarisi pengaruh daripada Timur Tengah. Dalam amalan persembahan, meruas dimainkan oleh tiga orang pemain dan setiap daripada meruas tersebut mempunyai pic yang berbeza-beza iaitu rendah, menengah dan tinggi. Rebana Sejenis gendang satu muka yang digunakan untuk mengiringi tarian dan juga nyanyian rakyat yang dikenali sebagai 'Adai-Adai' oleh masyarakat Melayu berketurunan Brunei di daerah Papar, Beaufort dan Sipitang. Rebana dipalu dengan sebelah tangan seperti juga teknik yang digunakan untuk rebana yang terdapat dalam ensemble muzik sinkretik yang lain. Paluan rebana serta nyanyian Adai-Adai diadakan untuk meraikan majlis-majlis keramaian dan menyambut tetamu kehormat. Rebana Besar Gendang satu muka yang terbesar pernah wujud dalam budaya muzik masyarakat Melayu. Temalang ataupun baluhnya yang berbentuk seperti pasu ataupun potted type itu diperbuat daripada kayu yang keras seperti 'merbau' ataupun 'cengal'.

Rebana Mangkuk Rebana Mangkuk juga merupakan sejenis gendang satu muka. Baluhnya diperbuat daripada mangkuk yang diguna untuk mengumpul susu getah. Lazimnya mangkuk-mangkuk tersebut diperbuat daripada tanah Hat. Pada permukaannya ditutup dengan beberapa lapisan getah sebagai bahan bunyi menggunakan kaedah siratan rotan dan bahan pelekat. Untuk menegangkan lapisan getah itu tadi, dua keping berbaji kayu dimasukkan secara bertentangan pada bahagian bawah alat berkenaan kemudian diketatkan. Berbaji kayu ini adalah berfungsi sebagai alat tala kepada rebana berkenaan seperti juga yang digunakan untuk alat rebana yang lain seperti Rebana Ubi dan sebagainya. Saron Demung Dalam tradisi Gamelan yang berkembang di Johor, Saron Demung digunakan sebagai alat melodi yang membawa melodi pokok dan juga bunga-bunga lagu mengikut irama-irama tertentu yang lebih bersifat dekoratif. Bilahan bagi alat Saron tersebut lazimnya diperbuat daripada besi yang menggunakan teknik kikir dan tempa. Sarong Barong Alat idiofon berbentuk bilahan yang diperbuat daripada perunggu. Mempunyai oktaf tengah (middle octave) dalam keluarga saron yang terdapat dalam ensemble Gamelan Melayu. Juga berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan 'Cincang'. Saron Penerus / Pekin Alat idiofon berbentuk bilahan yang diperbuat daripada perunggu. Merupakan alat penambahan baru bagi ensemble Gamelan Melayu. Berperanan sebagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok (double the main melody). Teknik perdam juga diamalkan dalam konteks pemakaiannya dan ianya mempunyai oktaf yang tertinggi dalam keluarga Saron serta mampu untuk menghasilkan suara yang lantang dan nyaring. Dari segi fizikalnya, Saron Penerus mempunyai bilah-bilah yang berukuran lebih kecil tetapi lebih menebal jika dibandingkan dengan bilah-bilah yang ada pada Saron Barong. Alat pemukul (sounding device) bagi Saron Penerus juga berbentuk penukul (hammer) yang diperbuat daripada tanduk kerbau. Slenteng Alat 'bilahan' daripada perunggu. Merupakan sebagai alat penambahan baru dalam permainan Gamelan Melayu. Ianya berperanan sebagai alat melodi yang dapat menghasilkan suara yang lembut dan mempunyai dengung yang agak panjang. Teknik perdam juga diamalkan dalam pemakaian alat Slenteng, supaya pencemaran bunyi (sound pollution) tidak berlaku apabila dimainkan serentak dengan alat-alat melodi yang lain Alat Slenteng juga memerlukan 'resonator' iaitu kotak gema untuk meningkatkan (amplify) suaranya. Gedombak Secara prinsipnya, Gedombak adalah gendang dua muka iaitu compound hole, tetapi pada sebelah permukaan besar sahaja telah diregangkan dengan kulit dan pada permukaan satu lagi (ponget) dibiarkan terbuka. Ianya berbentuk seperti piala iaitu 'goblet-shaped'. Baluhnya diperbuat daripada kayu jenis keras, lazimnya daripada kayu nangka ataupun angsana. Gendang Gendang Gendang Gamelan Mendukung peranan sebagai penyokong irama dalam ensemble Gamelan Melayu. Ianya

merupakan jenis gendang dua-muka iaitu compound hole dan berbentuk seperti 'tempayan' iaitu barrel-shapped. Pada permukaan besarnya diregangkan dengan belulang lembu sebagai bahan bunyi, dan pada permukaan kecil dengan belulang kambing. Gendang Nengkara Gendang Nekara/Nengkara merupakan sejenis gendang satu muka yang terdapat dalam ensemble Nobat Di Raja di Istana Kedah, Perak, Terengganu dan Selangor. Ianya berbentuk seperti kendi iaitu kettle shaped. Baluhnya diperbuat dari kayu Merbau ataupun 'putat' dan pada permukaannya telah diregangkan dengan kulit kijang ataupun kulit rusa sebagai bahan bunyi iaitu sounding body. Manakala bagi Gendang Nekara yang terdapat dalam ensemble Nobat Di Raja Terengganu, baluhnya diperbuat daripada perak dan diukir dengan corak bunga-bungaan. Dalam konteks persembahan ianya dipalu dengan sepasang bilah daripada rotan Gendang Nekara yang terdapat dalam ensemble Nobat Di Raja Perak dikenali sebagai 'Nengkara'. Kesenian muzik Nobat yang berfungsi di istana-istana di Kedah, Perak, Terengganu dan Selangor adalah dipercayai berasal dari negara Timur Tengah iaitu Parsi. Gendang Nobat Gendang Nobat, sejenis gendang dua muka yang digunakan dalam ensemble Nobat Di Raja seperti yang terdapat di istana-istana raja di Selangor, Kedah, Perak dan Terengganu. Alat ini merupakan sebahagian daripada alat muzik di Raja dan telah didaulatkan sebagai objek seni yang mempunyai kedudukan yang begitu istimewa di kalangan istana. Alat ini diperbuat daripada kayu jenis keras yang terpilih dan pada kedua-dua permukaannya dipasangkan dengan belulang lembu. Ada juga yang berpendapat, Gendang Nobat di Raja yang terdapat di istana Kedah telah dipasangkan dengan belulang dari kulit harimau, untuk menghasilkan jenis suara sepertimana yang dikehendaki dan baluhnya diperbuat daripada kayu 'Putat'. Tar Rodat Sejenis rebana yang boleh kita takrifkan sebagai The framed Drums. Pada dindingnya dilengkapkan dengan tiga pasang kercing yang diperbuat daripada kepingan tembaga dan berbentuk bulat. Baluhnya diperbuat daripada kayu-kayu jenis keras seperti sena, merbau dan lazimnya kayu nangka. Permukaannya diregangkan dengan belulang lembu sebagai bahan bunyi menggunakan teknik 'paku'. Alat Tar dipalu dengan sebelah tangan untuk mengiringi permainan Rodat iaitu sejenis nyanyian zikir yang berunsur keagamaan yang berkembang di Terengganu. Tarian juga diselitkan dalam tradisi berkenaan. Penarinya terdiri daripada kaum lelaki sebagai 'anak pelengkuk' dan penari wanita sebagai 'Inang'. Manakala pemain-pemain rebana TAR digelar sebagai 'Pengadis'. Rebana TAR dikenali umum dengan nama kompounnya sebagai Tar Rodat. Perkataan Tar yang bermaksud gendang bagi masyarakat Arab, Mesir dan juga negara-negara Teluk yang lain. Dalam bahasa Parsi, perkataan 'Tar' adalah merujuk kepada tali umpamanya alat sehtar adalah bermaksud alat muzik yang mempunyai tiga tali. Engkerurai Engkerurai merupakan sejenis alat muzik yang dikategorikan sebagai aerofon kerana bunyi nadanya dihasilkan melalui tiupan mulut. Dari segi bahan, alat muzik ini banyak menggunakan buluh dan sejenis labu. Batang Serunai Ianya ditarik dan ditebuk secara selari dengan bentuk luaran iaitu berbentuk 'Kun'. Pada permukaan atasnya ditebukkan lubang-lubang penjarian dan satu lubang ibu jari pada bahagian

permukaan bawahnya. Kikir yang berbentuk bulat digunakan untuk tujuan melicinkan pada bahagian tebukan dalaman yang bertindak sebagai 'saluran udara' iaitu air passage. Kecopong Berbentuk seperti 'loceng' iaitu membesar ke bawah. Lazimnya jenis kecopong yang mempunyai tebukkan dalaman yang luas digunakan untuk memainkan kategori 'lagu-semasa' yang sesuai dalam aspek persembahan Wayang Kulit tertentu di Kelantan Mouth organ Dalam penulisan ini juga adalah amat menarik untuk kita memberi perhatian kepada jenis-jenis alat muzik utama yang terdapat di kalangan masyarakat suku kaum bumiputera di Sarawak dan Sabah. lni memandangkan alat 'tiup' daripada keluarga mouth organ ataupun 'organ mulut' seperti 'Engkerurai', 'Keledi' (Keluri) di Sarawak serta 'Sompoton' di Sabah, adalah merupakan di antara yang tertua yang pernah wujud di rantau ini. Secara evolusi, ianya dikatakan alat 'asli' bagi masyarakat di rantau Asia Tenggara dan dipercayai telahpun wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Pipit Merupakan bahagian yang menghasilkan suara ataupun sounding device bagi serunai. Ianya diperbuat daripada daun lontar dan dibentuk seperti kipas. Pipit yang berlapis empat ini diikat secara berpasangan iaitu dua lapis sebelah, pada penghujung Menali. Bagi persediaan untuk persembahan, Pipit perlu dibasahkan terlebih dahulu untuk menjaminkan getaran yang seimbang apabila ianya ditiup. Seruling Alat tiup yang diperbuat daripada buluh. Ianya dicipta dalam pelbagai jenis dan bentuk serta mempunyai lubang petik yang berbeza jumlahnya. Alat tiup daripada buluh ini dikatakan sebagai alat asli (indegeneous) bagi masyarakat di rantau ini. Ianya wujud di merata-rata kawasan pendalaman di Asia Tenggara. Dalam permainan Cak Lempong yang berkembang di Negeri Sembilan, alat tiup daripada buluh telah dicipta dalam tiga bentuk yang khusus dan mempunyai nama serta jumlah lubang yang berbeza-beza. Di antaranya seperti 'salung', 'bangsi', dan 'puput', 'seruling' didapati berkembang di daerah-daerah tertentu di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di negeri Sembilan. Jenis-jenis seruling dari buluh ini sering digunakan sebagai alat melodi dalam persembahan Cak Lempong dan juga dimainkan secara solo untuk muzik hiburan. Serunai Maklumat Lanjut Serunai Batang Padi Sejenis serunai yang diperbuat daripada batang padi dan dikatakan mempunyai keunikan serta keunggulan yang tersendiri. Ianya dicipta dalam beberapa jenis dan bentuk. Lelidahnya iaitu sounding device adalah sama seperti yang terdapat pada alat 'Klarinet Berkembar' dari negara Timur Tengah. Serunai Batang Padi ditiup secara menegak pada bahagian hujungnya yang lebih kecil. Ianya sering dipersembahkan oleh kanak-kanak belasan tahun untuk memainkan muzik-muzik eksperimental yang diilhamkan daripada lagu-lagu yang berkembang dalam teater Wayang Kulit ataupun Silat. Secara praktiknya, Serunai Batang Padi telah menjadi 'alat perintis' kepada kebanyakan tokoh Serunai yang ada di Kelantan khususnya dan juga di kawasan-kawasan perkampungan di negeri-negeri lain yang mempunyai kawasan penanaman padi.

Serunai Daun Kelapa Serunai Daun Kelapa adalah alat tiup berpipit. Ianya diperbuat daripada daun kelapa dan dibentuk seperti tanduk. Merupakan satu ciptaan terhasil dari pemikiran masyarakat Melayu zaman silam yang perlu dirakamkan sebagai khazanah manusia, berhubung dengan ilmu bunyi. Ianya merupakan suatu pengalaman dasar suci manusia, hasil daripada pengaruh serta interaksi dengan alam sekeliling dan sekaligus melahirkan penciptaan untuk memenuhi tuntutan rohani dan jasmani mereka. Sompoton Sompoton sejenis organ mulut ataupun mouth organ yang popular di kalangan suku kaum Dusun dan Kadazan. Ianya dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan 'khene' sejenis organ mulut yang terdapat di Laos. Sompoton diperbuat daripada beberapa batang ataupun pipa buluh kecil dari jenis 'sumbiling' yang dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Pipa-pipa buluh tadi dipasangkan kepada buah labu yang dikeringkan sebagai ruang gemanya ataupun windchest dengan menggunakan sejenis bahan pelekat dikenali sebagai 'sapinit' daripada lilin 'kelulut' iaitu sejenis lebah kecil. Pada pipa buluh yang berperanan sebagai chanter telah dipasangkan dengan 'lelidah' iaitu the sounding device. Lelidah tersebut diperbuat daripada jenis logam nipis. Tetuang Tetuang adalah alat 'tiup' jenis trumpet. Ianya diperbuat daripada tanduk lembu ataupun kerbau dan lazimnya digunakan untuk berhubung khususnya di kalangan para nelayan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Mereka akan meniup Tetuang apabila tiba masanya untuk turun ke laut. Kini alat Tetuang sudah dijadikan sebahagian daripada alat tiup untuk menghasilkan melodi drone dalam ensemble bagi perarakan dalam majlis konvokesyen di pusat pengajian tinggi dan persembahan seni pentas seperti dramatari tradisional ataupun kontemporari. Gambus Alat tali dari keluarga 'Ud'. Ianya berasal dari Timur Tengah dan telah ditakrifkan secara umum sebagai alat lute yang berleher pendek. Di Malaysia terdapat dua jenis Gambus yang sering digunakan untuk memainkan muzik yang berunsur Arab dan juga Ghazal. Menali Menali Sape Sape merupakan sejenis alat tali dari keluarga lute yang berleher pendek dan talinya dipetik. Diperbuat daripada jenis kayu lembut, lazimnya 'meranti'. Badannya yang agak memanjang iaitu elongated telah ditebuk dan berperanan sebagai ruang gema. Kecapi Kecapi Buluh juga dikenali sebagai 'Gendang Kecapi'. Ianya dicipta daripada tabung-tabung buluh yang terpilih dan tali-talinya juga diambil ataupun dikopek daripada sebahagian kulitnya dan tanpa diputuskan hujungnya.

Himpunan Pengalaman

Kepelbagaian warisan budaya dan kaum di Malaysia paling ketara dilihat pada jenis-jenis muzik dan tarian yang terdapat di sini. Tarian kaum Melayu, Orang Asli serta beberapa suku kaum penduduk di Sabah dan Sarawak benar-benar eksotik dan menawan. Setelah sekian lama kaum Cina, India dan Portugis menetap di Malaysia, tarian-tarian tradisi negara asal mereka juga menjadi sebahagian daripada warisan dan budaya Malaysia. Tarian Mak Yong Melayu Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu Kuda Kepang Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung. Zapin Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam. Joget Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ. Tarian Lilin Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan. Silat Salah satu tradisi Melayu paling tua yang juga merupakan sejenis seni mempertahankan diri, Silat juga adalah suatu seni yang boleh dipersembahkan dalam bentuk tarian. Dengan pergerakan badan yang penuh aksi serta bunga langkah, persembahan silat sememangnya menarik dan mengasyikkan. Tarian Singa Tarian ini, yang lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina, adalah merupakan persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan. Menurut lagenda, singa

adalah satu-satunya haiwan yang boleh menghalang Nian sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang negara China dan mengorbankan manusia pada hari sebelum Tahun Baru Cina. Tarian naga adalah sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi paluan gendang tagu Cina, dan simbal, serta memerlukan keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat diantara penari-penarinya. Tarian Naga Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa luarbiasa, kebaikan, kesuburan, kewaspadaan serta kehormatan dalam budaya Cina. Tarian Naga lazimnya dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina, dan dipercayai membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang baru. Tarian ini selalunya memerlukan seramai 60 orang bagi mempertunjukkan persembahan yang penuh kepakaran, keanggunan serta penataan gerak tarian yang tepat. India Bharata Natyam Tarian klasik India ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari. Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan. Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun. Bhangra Banghra memaparkan tarian serta muzik masyarakat Sikh. Pada mulanya Banghra adalah sebuah tarian menyambut musim menuai, tetapi kini ianya memainkan peranan dalam pelbagai sambutan kemasyarakatan termasuk majlis perkahwinan dan sambutan Tahun Baru. Tarian ini lazimnya adalah berdasarkan tema-tema romantis, di mana nyanyian serta tarian yang diiringi paluan dholo, iaitu sejenis gendang bermuka dua, menjadikan tarian Banghra sangat menghiburkan. Sabah & Sarawak Ngajat Ngajat adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada masa dahulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang. Pahlawan lelaki mempertunjukkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir. Datun Julud Tarian Kenyalang adalah sebuah tarian tradisional suku kaum Kenyah di Sarawak. Tarian ini dicipta oleh seorang putera Kenyah bernama Nyik Selong bagi menggambarkan kegembiraan serta kesyukuran. Pada masa dahulu tarian ini dipersembahkan sewaktu perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan para pahlawan dari berburu, atau sewaktu perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai. Tarian ini diiringi bunyi alat muzik sape dan dipersembahkan oleh seorang penari wanita, menggunakan kipas tangan anggun yang diperbuat daripada bulu burung kenyalang yang melambangkan sayap

burung suci tersebut. Sumazau Sumazau adalah sebuah tarian kaum Kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlalan serta pergerakan yang menngambarkan burung yang sedang terbang. Tarian Buluh Tarian Buluh, satu lagi tarian tradisional yang popular serta menghiburkan, menggunakan sepasang buluh panjang yang dipegang mendatar pada paras buku lali. Kedua-dua buluh tersebut diketuk antara satu sama lain dengan rentak yang pantas. Penari perlu tangkas bergerak sambil melompat di antara kedua-dua batang buluh tersebut tanpa tersepit. Orang Asli Tarian Orang Asli Semenanjung Malaysia mempunyai kaitan rapat dengan kepercayaan kerohanian mereka. Tarian ini lazimnya digunakan oleh pawang dalam upacara menghubungi dunia roh. Tarian tersebut termasuklah tarian Genggulang kaum Mah Meri, tarian Berjerom kaum Jah-Hut, serta Sewang oleh kaum Semai dan Temiar. Portugis Farapeira Farapeira adalah sebuah tarian pantas yang menghiburkan, seringkali diiringi alat muzik sepert gitar dan tamborin, dan dipersembahkan oleh pasangan penari yang memakai pakaian tradisional Portugis. Branyo Tarian Branyo, yang lebih perlahan dan bersopan daripada tarian Farapeira, lebih diminati warga Portugis yang sudah berumur. Penari lelaki yang berpakaian ala koboi dan penari perempuan yang berpakaian baju kebaya tradisional dengan sarong batik, menari dengan perlahan mengikut rentak gendang serta biola. Muzik Orkestra Malaysia mempunyai dua orkestra tradisional; iaitu gamelan dan nobat. Gamelan, yang berasal dari Indonesia, adalah merupakan orkestra tradisional yang memainkan melodi menggunakan sekumpulan alat muzik termasuk gong serta alat muzik bertali. Nobat pula adalah orkestra diRaja yang memainkan muzik istana yang lebih formal menggunakan pelbagai alat muzik, termasuk serunai dan nafiri.

Alat Muzik Rebana Ubi Ketika zaman kerajaan Melayu lama, bunyi paluan rebana ubi yang besar digunakan untuk menyampaikan pelbagai jenis pesanan; dari amaran mengenai serangan musuh, hinggalah pengumuman majlis perkahwinan. Kini, rebana ubi menjadi salah sebuah alat muzik yang digunakan dalam pelbagai persembahan acara kemasyarakatan. Kompang Kompang boleh dikatakan alat muzik tradisional yang paling popular di Malaysia, dan digunakan di pelbagai majlis seperti Perarakan Hari Kemerdekaan, pelbagai majlis rasmi, serta majlis perkahwinan. Kompang yang berbentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi disekelilingnya, selalunya dimainkan secara berkumpulan. Pelbagai corak paluan dihasilkan dengan melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik. Gambus Gambus dibawa ke Malaysia oleh para pedagang dari Farsi serta Timur Tengah. Gambus dimainkan dengan pelbagai gaya dalam muzik tradisional Melayu, terutama sekali sebagai alat muzik utama dalam muzik Ghazal. Alat muzik ini, yang direka halus menggunakan campuran berbagai jenis kayu, menghasilkan bunyi seakan-akan alat muzik kecapi (harp). Sape Sape adalah sejenis gitar tradisional masyarakat Orang Ulu atau penduduk hulu sungai di Sarawak. Alat muzik ini, yang dihias indah dengan pelbagai corak ukiran yang berwarna warni, diperbuat daripada sebatang kayu yang ditebuk. Alat muzik ini, yang dahulunya dimainkan seorang diri sebagai hiburan, kini telah menjadi sebuah alat muzik sosial. Lazimnya, sape dimainkan mengikut tema yang berbeza bagi mengiringi tarian seperti Ngajat dan Datun Julud.

Anda mungkin juga menyukai