Anda di halaman 1dari 6

Salah Faham Mengenai Insurans

Apa itu Life Insurans sebenarnya?


Jual Beli Nyawa? Jual Beli Pampasan? Skim Buat Untung Dalam Sekelip Mata?

Mengapa Salah Faham terjadi? Salah faham terjadi kerana pemahaman yang salah mengenai konsep asas insurans . Sejak awal tahun 1970an, industri insurans sudah mula berkembang di Malaysia, tetapi kebanyakan teks dan ilmu mengenai insurans hanya boleh didapati di dalam versi bahasa Inggeris. Bagi orang Melayu pada masa itu, insurans merupakan satu 'benda baru' untuk mereka dan mungkin kerana penguasaan bahasa Inggeris yang lemah , ini telah membuatkan mereka membuat pelbagai tanggapan salah mengenai Life Insurans dengan mengaitkan Life Insurans sebagai satu jual-beli nyawa atau jual-beli pampasan.

Sejauh manakah masyarakat kita?

salah

faham

ini

berlaku

di

kalangan

Pada pemerhatian saya, salah faham ini sudah mencapai di tahap kritikal sekarang kerana wujudnya persaingan tidak sihat dari ejen-ejen insurans tertentu, yang menyalah-gunakan fatwa dan hukum agama, bagi menjual insurans mereka untuk kepentingan mereka sendiri . Perkara sebegini bukan sahaja memberi maklumat yang tidak tepat mengenai Life Insurans, malahan membuatkan masyarakat kita memandang Life Insurans sebagai satu benda negatif, haram dan dikeji. Adakah benar Life Insurans itu Insurans Nyawa? Anda tentu sedia maklum bahawa semua insurans perlu dibuat mengikut nilainya. Adakah insurans menilai nyawa seseorang? Tentu tidak! Insurans tidak pernah menilai atau meletak harga ke atas nyawa seseorang. Malahan, anda tidak perlu kehilangan nyawa untuk menerima pampasan insurans. Dalam realiti, pampasan insurans tetap berbayar samada kerana cacat keseluruhan, penyakit kritikal, kemalangan dan rawatan hospital, tanpa anda kehilangan nyawa. Jadi, tidak mungkin ia satu Insurans 'Nyawa'. Jika seseorang itu memahami konsep asas insurans , dia sepatutnya tahu bahawa perkataan 'Life' memberi banyak makna lain selain nyawa, iaitu makna yang lebih tepat lagi - KEHIDUPAN. Contoh: apabila seseorang berkata "How's Life?", dia bukan maksudkan bagaimana nyawa anda, sebaliknya bertanya khabar bagaimana kehidupan anda?. Jadi, tidak hairanlah, apabila tafsiran dibuat pada pemahaman yang salah, masyarakat mula mempersoal samada nyawa seseorang itu boleh dijual-beli atau diletakkan harga sehingga menyebabkan keluarnya Fatwa yang kurang tepat mengenai insurans nyawa. Adakah benar Life Insurans itu satu Muamalah Jual-Beli Pampasan? Ini satu lagi salah faham mengenai insurans di mana ramai yang menyangka ia sebagai satu urusan jual-beli pampasan. Tidak hairanlah, wujudnya satu lagi fatwa pada tahun 1979 yang mengharamkan Insurans Nyawa kerana ia ditakrifkan sebagai satu muamalah yang 'fasid' (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsipprinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba. Tetapi adakah benar Life Insurans itu satu muamalah jual beli pampasan? Saya ambil contoh situasi benar yang berlaku apabila seseorang itu membuat pinjaman rumah di bank. Apabila bank meminta anda memastikan bahawa pinjaman anda tetap berbayar walaupun anda mati atau cacat kekal, adakah bank menyuruh anda membeli pampasan dari pihak tertentu? Cuba anda renung perkara ini betul-betul, samada bank menyuruh anda membeli pampasan atau tidak?

Tentu tidak bukan? Apa yang bank mahukan hanyalah satu JAMINAN PERLINDUNGAN atau JAMINAN KEWANGAN di mana, jika anda mati atau cacat kekal, pinjaman rumah anda itu tadi akan dapat dibayar oleh penjamin anda. Siapa yang boleh menjadi penjamin untuk satu jumlah pinjaman yang besar seperti itu? Kawankawan? Adik beradik? Ibu bapa? Pinjaman peribadi RM 10,000 pun semua orang takut nak jamin, inikan pula pinjaman rumah yang bernilai ratusan ribu! Jadi ternyata, jaminan seperti ini, tidak mampu dipegang jika diserahkan kepada seseorang. Dalam industri kewangan, jaminan perlindungan tersebut ada disediakan oleh sebuah institusi kewangan yang dipanggil syarikat insurans dan tugas mereka adalah untuk menyediakan jaminan perlindungan ke atas risiko-risiko asli tertentu sahaja. Syarikat Insurans tidak pernah menjual pampasan, sebaliknya hanyalah memberi jaminan perlindungan. Jadi, apakah Barang atau Subject Matter di dalam aqad Life Insurans? Saya berpendapat, barang atau subject matter di dalam aqad Life Insurans adalah JAMINAN PERLINDUNGAN (yang diberi dalam bentuk JAMINAN KEWANGAN) dan POLISI INSURANS kerana hanya dengan membeli insurans sahaja, anda akan menerima jaminan perlindungan dan polisi insurans. Malahan istilah Takaful sendiri membawa maksud kepada jamin-menjamin, bukan menjual/mengutip pampasan. Buat sumbangan pada anak yatim, anda tidak akan dapat polisi insurans. Begitu juga kalau buat sumbangan kepada masjid mahupun surau atau mana-mana badan kebajikan, anda tidak akan dapat polisi insurans. Belum pernah dalam sejarah industri kewangan, sesiapa yang membuat sumbangan kepada badan kebajikan, akan diberi polisi insurans. Jaminan perlindungan ini wujud dan boleh dibuktikan dengan sokongan polisi insurans. Berbalik kepada isu jaminan kepada bank. Pihak bank tentunya hanya akan percaya, anda sudah ada jaminan perlindungan apabila anda sudah ada polisi insurans. Kalau tidak, pasti pinjaman anda tidak akan diluluskan. Dan polisi insurans ini, anda hanya akan dapat kalau anda menyertai skim insurans yang dikelolakan syarikat insurans , dimana fungsinya adalah untuk melindungi kesemua peserta-peserta di dalam satu kumpulan yang besar. Adakah patut Jaminan Perlindungan ini diberi secara percuma? Mungkin anda tertanya-tanya, memandangkan syarikat insurans hanya memberi jaminan perlindungan (dalam bentuk jaminan kewangan ke atas kerugian kewangan yang dialami oleh peserta), mengapa mereka perlu caj peserta untuk jaminan tersebut? Bukankah sepatutnya tidak ada caj kerana tidak terima pampasan? Cuma anda lihat apa terjadi kepada kakitangan kerajaan yang memberi jaminan sebagai penjamin kepada orang yang membuat pinjaman peribadi, khususnya di Bank Rakyat. Apa telah terjadi kepada mereka sekarang ini? Ramai yang terpaksa menanggung hutang yang mereka tidak buat, kerana si peminjam larikan diri, tanpa membayar semula pinjaman mereka. Inilah gara-gara memberi jaminan perlindungan/jaminan kewangan secara percuma. Ia mengundang seribu satu masalah dan bermacam jenis penipuan . Jika anda lihat sekarang, berapa ramai kakitangan kerajaan yang sanggup menjamin pinjaman peribadi orang lain, walaupun kawan baik sendiri? Hampir tiada, betul tak? Lebih-lebih lagi nak jamin seseorang yang kita tidak kenal. Lagilah mustahil nak jumpa penjamin. Sebab itulah, setiap peserta yang menyertai skim Life insurans perlu dicaj mengikut risiko kehidupan yang mereka bawa. Tidak ada syarikat insurans yang sanggup beri jaminan perlindungan begitu sahaja, tanpa apa-apa caj insurans. Semuanya perlu ditapis terlebih dahulu sebelum penerimaan dibuat oleh syarikat insurans. Ini kerana Life insurans tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Ia hanya boleh dibeli dengan kesihatan. Jika kesihatan anda tidak mengizinkan, duit sejuta ringgit pun tidak akan laku di syarikat insurans. Di Malaysia, jumlah caj insurans ini dikawal-selia oleh Bank Negara Malaysia, satu-satunya badan kerajaan yang ditugaskan untuk mengawal-selia industri kewangan. Dan struktur caj insurans ini dibuat mengikut standard dan piawaian antarabangsa serta diawasi oleh Akta Insurans 1996. Apa fungsi Life Insurans sebenarnya? Ramai orang yang menyangka insurans ini satu skim buat untung. Kalau tidak untung, maka dia pasti akan rugi dan jatuhlah hukum haram. Saya sendiri tidak faham dari mana dia belajar semua ini? Kalau anda kaji konsep asas insurans, jaminan perlindungan yang diberikan ini, bukan ke atas nyawa seseorang kerana Life Insurans tidak pernah menilai atau meletak harga ke atas nyawa seseorang. Jaminan perlindungan hanya dibuat berdasarkan kerugian kewangan (financial loss) dan fungsinya bukan untuk membuat keuntungan, sebaliknya untuk menutup kerugian kewangan (indemnity) yang dialami akibat risikorisiko (musibah) asli tertentu .

Ada orang yang mengatakan, insurans konvensional ini umpama nikah cara sivil, tidak ikut hukum syariah kerana mengikut undang-undang sivil. Apa komen anda? Pertama, insurans tidak sama dengan nikah kahwin . Ini anda perlu faham dan tidak boleh pandai-pandai buat perumpamaan kalau tidak cukup ilmu insurans. Kedua, Akta Insurans & Akta Takaful, kedua-duanya adalah undang-undang sivil. Akta Takaful mahupun syarikat Takaful tidak pernah di bawah kawalan Majlis Fatwa Kebangsaan mahupun pihak Jabatan Agama Islam. Semua syarikat insurans dan ejen-ejennya, baik konvensional atau Takaful, dikawal-selia oleh Bank Negara Malaysia. Ketiga, hanya kerana ia satu undang-undang sivil, tidak bermakna sesuatu itu akan pasti menjadi haram. Sebaliknya, saya percaya, jika ia dibuat mengikut prinsip syariah, walaupun ia adalah undangundang sivil, maka ia tetap sah di dalam Islam . Sebagai contoh: Undang-undang lalu-lintas Malaysia, takkan anda tidak mahu bayar saman, hanya kerana anda orang Islam yang tidak percaya kepada undangundang sivil? Satu contoh paling jelas, adalah sijil kahwin saya. Saya bernikah di Golden Mosque, Quiapo, Manila dengan berwali hakim dan 2 saksi petugas masjid. Sijil nikah yang dikeluarkan oleh kerajaan Filipina adalah satu sijil perkahwinan sivil. Tetapi, sekembalinya saya ke Malaysia, pihak JAWI mengesahkan perkahwinan saya sah di sisi syarak kerana semuanya dibuat mengikut hukum Islam dan mereka mengeluarkan surat nikah JAWI untuk memudahkan urusan imigresen isteri saya. Tambahan pula, kebenaran dari pihak JAWI sudah pun saya dapatkan dulu sebelum berangkat ke Manila. Jadi sudah jelas, sijil nikah sivil saya tetap sah dan diterima-pakai oleh pihak JAWI. Bagaimana pula dengan persoalan berkenaan unsur-unsur gharar (tidak ketentuan)? Apabila 'subject matter' di dalam Life Insurans ini ditakrifkan sebagai jaminan perlindungan, maka segala persoalan gharar, riba dan maisir (judi) akan terjawab. Dengan adanya polisi insurans, segala kandungan mengenai Life Insurans sudah pun dinyatakan dengan jelas, baik dari segi tempoh jaminan, jumlah pampasan yang akan diberi di dalam tempoh jaminan, caj yang dikenakan ke atas jaminan yang diberikan dan bagaimana pampasan boleh dituntut, apabila anda memenuhi syarat-syarat perjanjian amanah di dalam polisi insurans anda. Semua ini dibuat dengan jelas, mengikut standard piawaian Bank Negara Malaysia dan Akta Insurans 1996. Jaminan perlindungan dan polisi insurans boleh dibuktikan, baik di mahkamah sivil, mahkamah syariah mahupun di dalam industri perbankan. Mahkamah syariah juga mengesahkan pampasan insurans konvensional adalah suatu harta pusaka yang perlu difaraidkan di kalangan pewaris si mati. Ini bermakna, mereka mengiktiraf bahawa jaminan perlindungan itu wujud dan pampasan tersebut perlu dibahagi-bahagikan mengikut sistem pusaka Islam. Adakah benar riba' wujud di dalam Life Insurans? Jika anda lihat polisi insurans lama (traditional life policy), akan ada unsur riba apabila seseorang itu mengeluarkan simpanan insuransnya sebelum tiba tempoh matang. Ini dinamakan policy loan (pinjaman dari polisi) dan biasanya dikenakan interest/faedah yang boleh dijatuhkan hukum riba'. TETAPI, dengan wujudnya plan insurans baru berbentuk Investment-Linked Insurance, maka isu riba sudah tidak wujud lagi , lebih-lebih lagi dengan adanya plan simpanan berprinsip syariah, kerana setiap pengeluaran simpanan insurans dianggap penjualan semula unit saham amanah anda kepada syarikat insurans, dan bukannya satu pinjaman. Maka isu riba tidak pernah wujud dalam plan Insurans Investment-linked sekarang! Begitu juga mengenai isu timbangan yang tidak sama (Riba' Al-Fadl) di mana premium insurans murah, sedangkan pampasannya berpuluh kali-ganda? Riba akan wujud jika anda menyangka Life Insurans itu satu proses jual-beli pampasan. Cuba anda lihat perniagaan kelab sukan/gym. Adakah anda beli mesin exercise atau beli kesihatan? Tentunya anda bukan beli mesin exercise atau kesihatan bukan? Apa yang anda beli/bayar adalah untuk keahliannya. Macam mana nak tahu wujudnya keahlian itu? Ada - sila rujuk kad keahlian Sama juga dengan Life Insurans, anda bukan beli pampasan, sebaliknya anda beli jaminan perlindungan. Kalau nak tahu samada anda ada jaminan perlindungan atau tidak, sila rujuk polisi insurans. Polisi insurans ini umpama kad keahlian kelab gym tadi. Dan kalau anda lihat, keahlian gym tadi, bayar cuma RM 50 sebulan sahaja, tapi dapat guna mesin exercise yang bernilai ratusan ribu ringgit. Ditambah lagi dengan kemudahan mandi sauna dan trainer aerobik, mana mungkin anda dapat semua itu dengan hanya RM 50 sahaja? Sebab kelab gym tersebut hanya jual keahlian, bukan jual trainer aerobik, tempat sauna mahupun mesin exercise! Dan mereka buat perniagaan ini dalam satu kumpulan ahli yang besar, bukan seorang dua. Jadi keahlian dapat diberikan dengan harga yang murah dan hasil kutipan semua ahli, kelab dapat menyediakan semua kemudahan ini.

Sama juga dengan Life Insurans, sebab itulah hanya dengan RM 100 sebulan, anda sudah boleh dapat jaminan perlindungan RM 100,000 sebab syarikat insurans hanya beri jaminan perlindungan sahaja, bukan jual-beli pampasan. Apa gunanya jaminan perlindungan ini kalau pampasan tak dapat? Inilah masalah orang yang tidak faham konsep asas insurans. Jaminan perlindungan ini boleh anda gunakan untuk menyokong permohonan pinjaman anda di bank. Saya pasti setiap bank akan minta jaminan perlindungan sebelum mereka meluluskan pinjaman rumah yang beratus ribu. Bank bukan suruh anda beli pampasan, bank suruh anda sediakan jaminan perlindungan sahaja iaitu pihak yang sanggup bayar sejumlah wang bagi pihak anda, apabila anda ditimpa musibah! Jaminan perlindungan ini juga boleh digunakan oleh suami untuk meyakinkan isterinya, yang dia seorang lelaki yang bertanggung-jawab, terutamanya kepada keluarganya. Saya pasti, semua suami, kalau boleh, mahukan ketenangan fikiran dalam hal kebajikan keluarganya. Dia tentu nak pastikan keluarganya dapat meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, walaupun dia sudah tiada atau tidak berupaya. Tidak ada seorang ayah pun yang sanggup melihat anak-anaknya menderita menghadapi keperitan hidup ini. Hanya dengan Life Insuranslah dia dapat menjamin, keluarganya akan menerima pendapatan berterusan, walaupun dia sudah tiada atau tidak berupaya. Dengan Life insurans-lah, si suami dan si ayah tadi dapat berikan jaminan kepada isteri dan anakanaknya. Jadi, saya berpendapat, sudah tentu isu Riba' Al-Fadl ini sepatutnya tidak wujud jika seseorang itu benar-benar memahami konsep asas insurans . Ini kerana, jika benarlah isu timbangan tidak sama itu adalah riba, maka semua insurans am juga patut diharamkan. Malahan semua jenis insurans perlu diharamkan kerana timbangan tidak sama. Bayar insurans kereta murah, perlindungan berpuluh ribu. Insurans kebakaran bayar RM 100 setahun sahaja, perlindungan sampai RM 100,000. Bukankah sudah jelas, tidak sama timbangan? Mengapa pula insurans am boleh dihalalkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sedangkan ia jelas satu unsur Riba sama seperti hujah agama ke atas Life Insurans? Sebab itulah saya berpendapat, fatwa dan hukum sedia-ada mengenai Life Insurans tidak tepat kerana, bukan sahaja fatwa dan hukum agama dibuat dengan hujah-hujah yang tidak konsisten (insurans nyawa haram kerana isu timbangan tidak sama, sebaliknya insurans am dihalalkan walaupun isu timbangannya tetap tidak sama) malahan, fatwa dan hukum agama ke atas Life Insurans ini telah dibuat atas pemahaman yang kurang tepat dan pengetahuan yang sangat lemah dalam bidang insurans, terutamanya terdapat banyak perubahan yang sudah berlaku di dalam industri insurans sekarang. Isu timbulnya penangguhan dalam penyerahan 'barang' (Riba An-Nasi'ah), sebenarnya juga tidak wujud lagi. Ini kerana, apabila seseorang itu membayar premium insuransnya, jaminan perlindungan itu sudah wujud serta-merta semasa aqad dibuat dan syarikat insurans sudah pun menanggung liabiliti ke atas peserta itu apabila wang diserahkan . Jika dia mati atau cacat kekal kerana kemalangan pada keesokkan harinya, pampasan insurans tetap akan berbayar. Ini boleh anda semak dengan mana-mana syarikat insurans, baik konvensional mahupun Takaful. Bagaimana pula dengan unsur Maisir (Judi) di dalam kontrak insurans? Memang tidak dinafikan ada orang yang menganggap membeli insurans ini satu perjudian ke atas sesuatu yang belum pasti berlaku. Apa yang belum pasti berlaku sebenarnya? Belum pasti terima pampasan? Tidak hairanlah anda merasa insurans itu seperti judi, kerana anda menyangka insurans itu satu jual-beli pampasan. Tetapi jika anda faham konsep asas insurans, anda tentu akan sedar, bahawa anda sudah pun menerima apa yang anda sudah bayar, iaitu - Jaminan Perlindungan! Sebab itulah, saya berpendapat, unsur Maisir (Judi) sebenarnya tidak wujud kerana : 1. Peserta membayar premium kecil kerana dia hanya membeli jaminan perlindungan dan bukannya membeli pampasan. Dan wang yang diberi oleh syarikat insurans juga lebih berbentuk sumbangan atau pampasan yang datangnya dari hasil sumbangan semua ahli peserta di dalam satu kumpulan besar. Kalau tidak silap saya, jika wang yang diberi itu dianggap sebagai satu sumbangan/pampasan, maka ia tidak mengapa dan dibolehkan di dalam Islam.

2. Wang premium yang dibayar sebenarnya tidak hangus kerana jaminan perlindungan sudah pun diberikan dari awal-awal lagi apabila peserta menyerahkan duitnya. Peserta sudah pun mendapat 'barang' yang dibayarnya. Tambahan pula, sepanjang tempoh jaminan, peserta bukan sahaja mendapat layanan dari syarikat insurans, malahan dari ejen insurans itu sendiri. Jadi segala-galanya jelas bahawa peserta sudah pun mendapat apa yang dibayarnya. 3. Syarikat insurans tidak rugi hanya kerana membayar tuntutan pampasan berpuluh-kali ganda yang melebihi premium yang diterima. Ini kerana insurans dibuat di dalam satu kumpulan yang besar dan peratusan peserta yang membuat tuntutan pampasan hanyalah peratusan kecil dari kumpulan besar tersebut. Tambahan pula, tuntutan pampasan yang dibayar, bukannya datang dari wang syarikat, sebaliknya dari sumbangan (caj insurans) setiap peserta yang diterima di dalam satu kumpulan besar

tersebut. Contoh: Tuntutan berjuta-juta ringgit setiap tahun pun, syarikat insurans masih lagi untung kerana operasi perniagaan mereka dibuat secara menyeluruh di dalam satu kumpulan besar, bukan terhad kepada satu-satu urusan jual-beli. Ini boleh dilihat dari laporan tahunan mana-mana syarikat insurans. Mengapa Insurans itu bukan judi? Boleh jelaskan? Banyak bezanya. Judi itu mewujudkan risiko sedangkan insurans itu menutup risiko sedia-ada. Judi itu untuk menyediakan keuntungan kepada mereka yang kena, tetapi insurans hanyalah menutup kerugian kewangan (indemnity) kepada peserta yang ditimpa musibah, bukan mencipta keuntungan ke atas nyawa. Orang yang kalah berjudi akan kehilangan segala duitnya, tetapi premium dana syariah diberi semula berserta dividen lagi apabila tiba tempoh matang. Judi itu membayar duit kepada mereka yang bernasib baik, sedangkan indemnity dalam insurans diberikan kepada peserta yang tidak bernasib baik (ditimpa musibah tertentu). Dalam judi, sesiapa pun layak berjudi, tetapi dalam insurans, hanya mereka yang mempunyai kepentingan diinsuranskan sahaja boleh memohon. Judi dibuat dengan duit, insurans hanya boleh dibuat dengan kesihatan. Jika kesihatan anda tidak mengizinkan, duit sejuta pun tak laku! Jadi, adakah anda nampak perbezaan judi dan insurans itu? Ada orang kata, sistem konvensional hanya mementingkan untung semata-mata? Tidak seperti operator Takaful yang lebih mementingkan kebajikan. Betul ke tuduhan ini? Pertama sekali, tidak ada satu syarikat insurans pun didaftarkan sebagai satu badan kebajikan. Semuanya didaftarkan sebagai satu perniagaan, tidak kira ia syarikat insurans konvensional mahupun Takaful. En Azman Ismail (Hijrah Strategic Advisory Group) dalam artikelnya di laman web LIAM juga ada menyatakan di dalam Sidang Kemuncak Takaful di Bahrain 1997 bahawa perjalanan syarikat-syarikat Takaful di Malaysia lebih kepada bentuk perniagaan, dan bukannya dilakukan dalam bentuk koperasi/kerjasama seperti yang disarankan oleh ulama-ulama seluruh dunia . Dan saya berpendapat, bagi semua perniagaan, mencari untung itu adalah satu matlamat yang tidak ada salahnya. Jika anda berniaga, mahukah anda rugi sentiasa? Tentu mahu untung juga bukan? Kedua, jangan mudah menuduh syarikat konvensional hanya pentingkan untung semata-mata kerana bukti-bukti yang saya ada menunjukkan, syarikat insurans konvensional banyak memainkan peranan penting dalam hal kebajikan masyarakat, tidak kira mereka ini peserta skim insurans mereka atau tidak. Sebagai contoh, Kad Perubatan Sihat Malaysia. MAA masih lagi mengekalkan produk insurans perubatan ini demi menjaga kebajikan masyarakat, walaupun mereka tahu dan mereka sedar, insurans perubatan melibatkan risiko paling tinggi dan banyak mengalami kerugian selama ini. Bagi setiap RM 1 premium yang dikutip, MAA terpaksa membayar semula RM 1.60 untuk menanggung bil perubatan hospital yang peserta-peserta masuk. Produk ini masih lagi dijual dengan jayanya, walaupun MAA tahu mereka tidak banyak untung kerana tidak dapat menaikkan harga kad sesuka hati (harga kad perubatan dikawal-selia oleh Program Kesihatan Kebangsaan) dan produk ini masih lagi diteruskan walaupun MAA ada mengalami kerugian di dalam sektor ini. Malahan syarikat insurans konvensional lain juga mengalami kerugian yang serupa, akibat sikap hospital swasta yang gemar overcharge pesakit mereka (dengan melakukan ujian & prosedur yang tidak diperlukan) apabila mereka mengetahui pesakit tersebut dilindungi insurans. Contoh-contoh lain, MAA sendiri memiliki 8 pusat rawatan dialysis buah pinggang di seluruh Malaysia, yang bertujuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan. Selain itu, MAA juga membantu Budimas, sebuah yayasan kebajikan Tuanku Permaisuri Agong, yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti pusat rawatan dialysis buah pinggang dan sebagainya, untuk mereka yang tidak berkemampuan dan kurang upaya. Banyak juga aktiviti kebajikan yang MAA taja sebagai penaja utama. Sudah menjadi lumrah masyarakat, perkara baik yang mereka buat jarang dilihat oleh masyarakat. Yang nampak hanya benda buruk kerana adanya pihak tertentu yang suka 'bawa mulut'! Bagaimana pula dengan Kenyataan yang mengatakan - "Hanya 4 kaunter sahaja yang mendapat pengiktirafan Lulusan Syariah dalam kategori Finance di BSKL sedangkan Kaunter syarikat insurans konvensional lain tidak termasuk dalam senarai syariah compliance ini". Apa komen anda? Ya, dalam senarai kaunter BSKL memang MAA dan syarikat insurans konvensional lain tidak termasuk di dalam senarai kaunter diluluskan syariah. Ini disebabkan adanya produk-produk insurans konvensional lain yang masih mempunyai riba (interest) on policy loan. Tetapi saham BSKL amat berbeza dengan Dana Pelaburan Syariah di MAA, mahupun di syarikat insurans konvensional lain. Ini kerana, bagi saham BSKL, jika anda beli saham MAA berbillion ringgit dan pegang lebih 51% dalam jumlah saham, anda sudah jadi pemilik baru MAA.

Sebaliknya, bagi dana-dana Islamik Investment-Linked adalah satu dana amanah saham yang tidak bercampur dengan dana pelaburan konvensional, mahupun dana syarikat di BSKL. Dan Dana-Dana Islamik ini diiktiraf sebagai Lulusan Syariah oleh Penasihat Syariah yang terlantik seperti syarikat Hijrah Strategic Advisory Group, yang mengiktiraf Dana Islamik MAA adalah halal dan bersih kerana mereka sudah pun meng-audit perjalanan pelaburan tersebut. Apa yang anda perlu fahami adalah, jika anda beli berjuta ringgit dana islamik MAA, anda tidak akan jadi pemilik MAA, kerana ia hanyalah dana amanah saham. Sama seperti anda letak berjuta ringgit di dalam ASB, anda tidak mungkin menjadi pemilik PNB. Nampak perbezaannya? Semua pelanggan insurans MAA yang memilih plan syariah boleh melihat wang simpanan insurans mereka dilaburkan mengikut prinsip-prinsip syariah dan di kaunter-kaunter lulusan syariah sahaja. Diharap penerangan saya ini membantu pemahaman anda dalam industri kewangan di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai