Anda di halaman 1dari 3

Al MANNA & TAYEBAT

Al MANNA & TAYEBAT


Natural Prebiotic Premium AA

HOME

TENTANG KAMI

HUBUNGI KAMI

WEBSITE

TESTIMONI PENGGUNA

Prebiotik
June 6, 2016 - anrgreentech
Prebiotik adalah makanan atau baja untuk probiotik berkembang biak. 10 Sumbernya adalah
makanan kaya serat ( bre) seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Serat akan membantu
untuk mengembang biak bakteria-bakteria baik. Dalam banyak-banyak serat, gum Arab
mengandungi prebiotik yang paling tinggi. Gum Arab (Arabic gum) adalah getah yang keluar
daripada pokok acacia. Ia dinamakan al-samghu. Dalam tafsir Ibnu Kathir, menurut Ibnu Abbas
r.a. dan Mujahid, al-samghu itu adalah al-manna yang diturunkan kepada kaum Bani Israel
semasa mereka sesat di padang pasir bersama Nabi Musa a.s. Menurut Syeikh Mutawalli al-
Syarawi (wafat 1999) ulama Mesir terkenal, al-manna adalah butir-butir merah yang terhimpun
pada daun-daun yang keluar waktu terbit matahari. 11 Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn
Majah, Rasulullah s.a.w. bersabda; Kamah (tru es) adalah sebahagian daripada al-manna dan
airnya ubat bagi mata. Daripada hadis tersebut, dapatlah difahami bahawa al-manna bukan
hanya satu. Menurut Ibn alQayyim, al-manna yang Allah turunkan kepada kaum Bani Israel adalah
makanan yang tumbuh liartanpa perlu diusahakan. Jadi pokok acacia dan cendawan (tru es,
kamah) yang keduanya tumbuh liar, menepati maksud al-manna.12 Al-manna dan salwa
13disebut 3 kali dalam al-Quran. Dan Kami menaungi kamu dengan awan dan Kami turunkan
kepada kamu manna dan salwa. Makanlah daripada makanan yang baik-baik yang telah Kami
berikan kepada kamu. Dan tidaklah mereka menzalimi Kami akan tetapi mereka telah menzalimi
diri mereka sendiri.14 Namun kaum Bani Israil tidak berpuas hati dan merasa jemu dengan satu
jenis makanan yang sama lalu meminta bermacam-macam jenis makanan lain. Dan ingatlah
ketika kamu berkata, Hai Musa15, kami tidak sabar dengan satu jenis makanan sahaja. Sebab itu
mohonlah untuk kami kepada Tuhanmu agar Dia mengeluarkan bagi kami daripada apa yang
ditumbuhkan bumi iaitu sayur-sayurannya, mentimunnya, bawang putihnya, kacang adasnya
(kacang dal) dan bawang merahnya. Musa berkata, Mahukah kamu mengambil sesuatu yang
rendah sebagai ganti yang lebih baik. Pergilah kamu ke kota, pasti kamu memperoleh apa yang
kamu minta. Dan ditimpalah atas mereka kepapaan dan kehinaan serta mereka mendapat
kemurkaan daripada Allah. Hal itu terjadi kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan
membunuh para Nabi tanpa alasan yang benar. Demikian itu kerana mereka selalu derhaka dan
melampaui batas.16 Jelas sekali daripada ayat di atas, al-manna dan salwa adalah jauh lebih baik
daripada makanan yang mereka biasa makan iaitu segala macam sayur-sayuran, mentimun,
bawang putih dan merah serta kacang. Al-manna dan salwa itu adalah superfood. Jika al-manna
adalah cendawan, tentunya ia cendawan yang luar biasa hebatnya. Antara cendawan yang terbaik
adalah cendawan Ganoderma licidum. Orang Jepun menyebutnya Reishi atau Mannentake yang
bermaksud 10,000 years mushroom. Orang China dan Korea menyebutnya Ling Chi atau Ling Zhi
yang bermaksud Mushroom of Immortality.17 Ia dapat merawat barah, sakit jantung, diabetes,
sendi, lemah syahwat, merendahkan kolestrol dan sebagainya.18 Jika benar gum Arab itu adalah
al-manna, tentu ia bukan sekadar makanan biasa, tetapi boleh merawat pelbagai jenis penyakit.
Gum Arab adalah getah daripada pokok acacia yang ditemukan di benua Afrika. Lebih 70 peratus
gum Arab adalah dari negara Sudan. Ada 100 spesis acacia, yang setiap satunya ada
keistimewaan masing-masing.19 Acacia gerrardii digunakan untuk merawat masalah gusi,
demam. Acacia nilotica digunakan untuk katarak, cirit birit, diabetis, sakit gigi. Acacia senegal
digunakan untuk bengkak, sakit kerongkong. Orang Baduwi yang hidup di tengah gurun serba
kontang tanpa air, bergantung kepada gum Arab sebagai satu-satunya sumber makanan dan air.
6 aun gum Arab sudah cukup untuk menampung hidup dalam 24 jam. Ia digunakan
dalamperubatan tradisi untuk merawat kegagalan buah pinggang. Ia juga digunakan untuk
merendahkan kolestrol, gastrik, batuk dan sebagainya. 20 Apa pun jenis acacia, yang banyak
dijual adalah Acacia senegal. Bolehlah cuba yang ini dulu. Caranya mudah, ambil satu atau dua
sudu dan dibancuh air. Minum 2 kali sehari ketika perut kosong sebelum makan. Lepas minum,
dijangkakan perut akan memberikan tindakbalas dengan mengeluarkan banyak angin. Keluar
angin itu bagus. Ada sebuah lem komedi Indonesia bertajuk Kentut mengisahkan 2 calon pilihan
raya yang bertanding untuk merebut jawatan bupati di kabupaten Kuncup Mekar. Salah seorang
daripada calon telah ditembak ketika sedang berkempen dan dimasukkan ke hospital. Calon
tersebut selamat tetapi doktor masih belum berpuas hati akan tahap kesihatannya selagi pesakit
masih belum kentut. Jadi kentutnya itu jadi penentu sama ada dia sihat atau tidak. Jadi sambil-
sambil minum gum Arab, berhiburlah dengan menonton lem Kentut. Akhir kalam enzim,
probiotik dan prebiotik, ketiga-tiganya insyaAllah akan dapat merawat masalah perut dan sekali
gus merawat banyak penyakit lain.

Posted in Uncategorized - Tagged al manna, bani israil, cendawan, Prebiotik, sayur-sayuran

Anda mungkin juga menyukai