Anda di halaman 1dari 4

SENAMAN DAN GAYA HIDUP CERGAS

Alat kawalan jauh televisyen kini menjadi antara keperluan wajib di setiap rumah. Bilangan orang yang sanggup bangun duduk berulang kali untuk menukar siaran televisyen rasanya boleh dibilang dengan jari. Namun, kebiasaan menggunakan kemudahan ini sebenarnya menternak perasaan malas dan boleh mencetuskan pelbagai penyakit akibat kurang bergerak. Malah, amalan tidak sihat ini juga mula menular dalam kalangan kanak-kanak sehingga ramai mengalami masalah obesiti.

Teguran Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Lee Kah Choon, ketika program Jom Kayuh di Karnival Kesihatan Perlis baru-baru ini, menarik hati kerana sememangnya kian ramai masyarakat kita semakin selesa untuk meneruskan hidup pasif. Pensyarah Fakulti Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Zulkifli Kadir, berkata kadar obesiti boleh dikategorikan sebagai tinggi di negara ini, dengan satu kes bagi setiap lima orang.

Banyak faktor boleh mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental. Gaya hidup sihat boleh dicapai melalui senaman teratur, makanan seimbang, pengendalian tekanan, mengelak tabiat berbahaya dan merosakkan, mengamalkan seks selamat (sebaik-baiknya setia kepada pasangan), belajar pertolongan cemas, menjaga kesihatan diri dan alam sekitar, selain faktor genetik. Katanya, kehidupan yang aktif dan kerap bersenam boleh menolak penggunaan atau kebergantungan pesakit kepada ubat seperti dialami kebanyakan penderita masalah tekanan darah tinggi dan obesiti.

Senaman perlu menjadi aktiviti yang seronok. Ia tidak sepatutnya dianggap sebagai membebankan atau menyeksa badan. Banyak manfaat boleh diperolehi seperti

meningkatkan tenaga dan produktiviti, mengelak masalah ponteng sekolah atau kerja, dan mempercepatkan proses pemulihan jika diserang penyakit.

Ia juga boleh meningkatkan kepekaan seseorang terhadap keperluan diri, keupayaan intelek, kebolehan berkomunikasi, terutama membabitkan emosi, dan sentiasa bersikap positif terhadap cabaran yang mengharapkan kebaikan. dianggap peluang mematangkan diri dan bukan hanya

Namun yang lebih penting, terutama dalam kalangan wanita, kehidupan aktif boleh membantu mengawal berat dan memperbaiki bentuk badan, menghalang atau melengahkan penyakit kronik, melewatkan proses penuaan dan meningkatkan keyakinan diri.Kata-kata ini dipetik daripada seorang tokoh kesihatan di bengkel kesihatan dan pemakanan anjuran Nestle (M) Sdn Bhd di Putrajaya, baru-baru ini. Berdasarkan kajian dilakukannya, wanita ada beberapa sebab untuk bersenam iaitu mengawal berat badan, rasa selesa selepas bersenam, meningkatkan tenaga, membentuk otot, menjaga jantung dan memastikan badan sentiasa anjal. Alasan bagi seseorang lelaki pula bersenam dimulakan dengan keinginan membentuk otot, meningkatkan tenaga, menjaga berat badan dan jantung, perasaan selesa selepas bersenam dan sebagai kaedah mengurangkan tekanan.

Terdapat beberapa pendapat yang menyarankan supaya kita memeriksa denyutan nadi di tepi leher sebaik bangun pagi. Denyutan nadi sepatutnya antara 50 hingga 60 kali seminit tetapi jika lebih, maknanya anda perlu lakukan sesuatu.Senaman boleh dibahagikan kepada beberapa komponen, iaitu kecergasan fizikal (kesihatan) dan kemahiran yang perlu diseimbangkan.Daya ketahanan kardiovaskular Jika naik tangga dari tingkat dua ke tingkat tiga dan anda berasa mengah, ini petanda jantung mula tidak sihat. Jadi jangan sayang membuang peluh. Rancang dan mulakan jadual anda hari ini juga; sekurang-kurangnya dengan berjalan cepat.

Dua faktor penting yang perlu diambil kira ialah tempoh dan kecergasan senaman itu. Sebaik-baiknya bersenam (sama ada berjalan cepat, berjoging, berbasikal atau melompat setempat) dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit untuk mendapat manfaatnya: membakar kalori dan meningkatkan tenaga. Kekuatan badan Badan yang lemah akan mempengaruhi keseimbangan.Daya ketahanan otot Sebaik mencecah umur 30 tahun, badan akan kehilangan tisu otot pada kadar 0.5 peratus setahun. Pada masa sama, otot juga perlu anjal. Untuk mendapatkan kekuatan, daya ketahanan dan keanjalan otot, Zulkifli menasihatkan supaya setiap orang belajar teknik senaman betul supaya tidak berlaku kecederaan.

Memahami konsep dan kesan senaman ke atas badan akan memudahkan proses bersenam. Senaman lembut seperti yoga, tai chi dan chi gong sangat baik untuk meningkatkan tenaga dan penyembuhan dalaman.

Waktu yang terbaik untuk bersenam bergantung kepada kesesuaian masa setiap individu, tetapi bagi lelaki, bersenam pada waktu petang antara jam 3 hingga 9 malam dipercayai boleh meningkatkan penghasilan hormon testosteron.Bersenam di gimnasium juga memang merupakan alternatif terbaik, tetapi perlu ada jurulatih untuk mengajar menggunakan peralatan dengan betul. Jika tidak,lebih baik setiap individu mengamalkan senaman di luar yang jauh lebih mudah dan murah.Senaman juga akan meningkatkan kemahiran atau keupayaan badan, terutama daripada segi keseimbangan, tenaga, ketangkasan (termasuk kadar tindak balas), koordinasi, ketepatan dan konsisten serta kepekaan kinestetik. Siapa yang perlu bersenam?Semua orang perlu bersenam sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit tiga kali seminggu, terutama individu yang mempunyai paras lemak tinggi iaitu melebihi 25 peratus (lelaki) dan 35 peratus bagi wanita. Untuk mengetahui paras lemak, anda boleh mengunjungi mana-mana pusat kawalan berat badan.

Masalah yang dihadapi

Berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan, penyakit jantung menjadi punca utama kematian di hospital kerajaan pada 2000 diikuti septisemia (jangkitan kuman pada darah yang menyebabkan kemusnahan tisu), kanser, penyakit serebrovaskular (gangguan pembuluh darah otak dan membran selaputnya), kemalangan dan penyakit akibat masalah sistem penghadaman.Walaupun punca sesetengah penyakit tidak diketahui, ada yang boleh dielak melalui amalan gaya hidup sihat dan kerap bersenam. Secara amnya setiap orang ada tiga risiko penyakit hipokinetik (kurang bergerak) yang tidak boleh diubah iaitu umur, keturunan dan jantina.

Manakala faktor lain seperti paras lemak badan, tabiat pemakanan, aktiviti fizikal, rokok dan tekanan boleh dikawal.Malah, banyak penyakit yang berpunca daripada obesiti (akibat banyak makan dan kurang bergerak) seperti sakit jantung, strok, diabetes dan masalah buah pinggang boleh dielakkan.Kehidupan yang aktif mampu membantu mengurangkan pergantungan kita kepada ubat mengawal penyakit, malah dalam sesetengah kes pengambilan ubat ini boleh dihentikan terus, terutama bagi individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi dan obesiti.

Oleh yang demikian,kita perlu merancang senaman yang sesuai untuk diri kita bersama. Bersenam bukan untuk menyeksa atau menyakitkan badan. Ia perlu jadi aktiviti menyeronokkan, baru kesannya dapat dirasai dan boleh dilakukan berpanjangan dan mendapat implikasi yang optimum.

Anda mungkin juga menyukai