Anda di halaman 1dari 4

SEMBAHYANG SUNAT: SURAH APA YANG SUNAT DIBACA?

( Bilangan 280 Bahagian Pertama)


(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Membaca surah selepas membaca surah al-Fatihah dalam sembahyang merupakan sunat haiat. Ia disunatkan sebagai mengikut (ittiba) perbuatan Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Bahkan menurut Ibnu Qasim al-Abbadi Rahimahullah meninggalkan membaca surah adalah makruh. Apabila mengerjakan sembahyang sunat, mungkin timbul pertanyaan apakah surah-surah yang sunat dibaca setelah membaca surah al-Fatihah. Ini kerana pada sebahagian sembahyang sunat itu telah ditentukan atau dikhususkan ayat atau surah tertentu. Bagaimana pula dengan sembahyang sunat yang lain? Maka penjelasan ringkasnya adalah seperti berikut. Membaca Surah Selepas Surah al-Fatihah Dalam Sembahyang Fardhu Dan Sunat Menurut ulama, sunat membaca surah selepas membaca surah alFatihah bagi imam dan munfarid (orang yang bersembahyang seorang diri), sama ada dalam sembahyang jahr, iaitu sembahyang yang dinyaringkan bacaan atau sembahyang sirr, iaitu sembahyang yang diperlahankan bacaan. Oleh yang demikian, sunat membaca surah dalam sembahyang yang dua rakaat, sama ada sembahyang fardhu seperti sembahyang Jumaat atau sembahyang sunat seperti sembahyang sunat Subuh.

Disunatkan juga membaca surah pada dua rakaat yang pertama sembahyang fardhu seperti sembahyang fardhu Maghrib dan Zhuhur. Membaca Satu Surah Lengkap Atau Memadai Beberapa Ayat Sahaja? Dalam sembahyang fardhu Subuh dan juga dua rakaat pertama dalam sembahyang-sembahyang yang lain, iaitu selepas membaca surah al-Fatihah, disunatkan bagi imam dan munfarid membaca sesuatu ayat atau surah daripada al-Quran. Tuntutan sunat itu dapat dicapai dengan hanya membaca satu ayat sahaja daripada alQuran dan yang afdhalnya adalah sebanyak tiga ayat. Akan tetapi satu surah yang lengkap, sekalipun surah yang pendek, adalah lebih afdhal dibaca daripada membaca sebahagian ayat sahaja daripada surah yang panjang (jika tidak dibaca keseluruhannya). Ini kerana apabila dibaca sebahagian ayat sahaja dari surah yang panjang, boleh jadi dia waqaf (memberhentikan) di tempat yang tidak diharuskan waqaf, dan ini boleh memutuskan ayat al-Quran yang mempunyai kaitan dengan ayat yang selepasnya. Walau bagaimanapun dalam perkara ini dikecualikan beberapa sembahyang sunat seperti sembahyang sunat Tarawih dan sembahyang sunat Subuh, kerana dalam sembahyang sunat Tarawih dan sembahyang sunat Subuh telah warid (disebutkan) di dalam hadis untuk membaca sebahagian ayat daripada surah-surah yang tertentu. Adapun ayat atau surah yang warid dibaca dalam sembahyang sunat Subuh akan diterangkan kemudian.

Apakah Surah-Surah Yang Dibaca Dalam SembahyangSembahyang Sunat? Pada dasarnya surah-surah yang dibaca dalam kebanyakan sembahyang-sembahyang sunat selepas bacaan surah al-Fatihah ialah surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah al-Ikhlash pada rakaat kedua. Menurut Imam Ibnu Hajar Rahimahullah bahawa sunat membaca surah al-Kafirun dan surah al-Ikhlash dalam sembahyangsembahyang sunat di antaranya ialah sembahyang sunat Maghrib, sembahyang sunat Isya, sembahyang sunat Thawaf, sembahyang sunat Istikharah, sembahyang sunat dua rakaat ketika hendak belayar (musafir) dan kembali dari musafir, sembahyang sunat Ihram dan diqiyaskan dengannya sembahyang sunat Tahiyyah alMasjid, sembahyang sunat Dhuha, sembahyang sunat Zawal dan seumpamanya, dalam sembahyang fardhu Maghrib pada malam Jumaat menurut riwayat al-Baihaqi Rahimahullah dan disunatkan juga membacanya dalam sembahyang fardhu Subuh pada hari Jumaat bagi orang musafir sebagaimana yang diriwayatkan oleh ath-Thabarani Rahimahullah. Maka ini termasuklah juga sembahyang sunat Tahajjud dan sembahyang sunat Hajat. Berkata Al-Allamah as-Saiyid Abdullah al-Jurdani Rahimahullah bahawa sebahagian ulama berpendapat adalah sebaiknya membaca kedua-dua surah ini dalam setiap sembahyang yang tidak dikhususkan surahnya, seperti yang disebutkan dalam kitab Hasyiyah Fath al-Muin. Namun ada juga surah-surah yang khusus dibaca dalam sebahagian sembahyang-sembahyang sunat sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama. Di antara sembahyang sunat yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut:

1.

Sembahyang Sunat Wudhu

Berkata al-Habib Thahir bin Husin Ba Alawi Rahimahullah dalam al-Maslak al-Qarib bahawa pada rakaat pertama selepas bacaan surah al-Fatihah sunat dibaca: 1. Ayat ke 64 daripada Surah an-Nisa:
/ : _ _ /
( : )

2. Selepas itu beristighfar (membaca " )"sebanyak tiga kali dan kemudian dibaca surah al-Kafirun. Pada rakaat kedua selepas bacaan surah al-Fatihah sunat dibaca: 1. Ayat ke 110 surah an-Nisa:
_ _ / / < [;
( :)

2. Selepas itu beristighfar sebanyak tiga kali, kemudian dibaca surah al-Ikhlash.
bersambung

Anda mungkin juga menyukai