Anda di halaman 1dari 12

KURSUS: HSM 3033 PENSYARAH: DR KHAIRI BIN ARIFFIN KUMPULAN: B HARI KULIAH: SELASA (08.00 PAGI- 10.

00 PAGI) TAJUK TUGASAN: JURNAL

THE IMPACT OF THE COOPERATIVE MOVEMENT IN COLONIAL MALAYA 1922-1940 VOL XLVI PART 2 BY: L.J.FREDERICKS

NAMA: NOR SHAKILA BINTI AZAMI NO. MATRIK: D20111048450

Jabatan Sejarah Fakulti Sains Kemanusiaan

1.0 Pengenalan Penubuhan Gerakan Koperasi Di Malaya Gerakan koperasi di Malaya diinspirasikan oleh British pada tahun 1922 dengan pemasyuran enakmen koperasi. Penubuhan ini dibentuk oleh British semasa penjajahan mereka sezaman dengan India, Myanmar dan kebergantungan lain. Menurut penulis tujuan utama pembentukan gerakan koperasi ini adalah untuk menstabilkan kadar kebergantungan kerajaan kepada pekebun kecil dan petani. Hal ini demikian kerana, pada masa itu masih kuat kebergantungan raja kepada pembesar dan rakyat. Ekonomi tradisional yang diamalkan oleh masyarakat melayu ini sedikit sebanyak telah membuatkan rakyat hanya hidup dibawah kekuasaan raja dan pembesar.Perkembangan gerakan ini adalah jelas untuk membantu potensi ekonomi Rural Cooperative Credit Societies (RCCS)dan the Seasonal Cooperative Credit Societies (SCCS). Koperasi kewangan luar Bandar dan koperasi kewangan bermusim ini adalah untuk membantu masyarakat tidak tesepit kepada upacara tradisional dan budaya yang menyekat mereka dalam pemasaran terutamanya dalam sektor pekebun kecil getah. Dalam masyarakat Bandar pada masa itu telah nampak impak pada The Thrift And Loan Societies (T&L) iaitu pertubuhan yang dapat membuat pinjaman dan berjimat cermat. Impak penubuhan ini berlaku terutamanya pada ekonomi namun rasional pada penubuhan ini tidaklah berlaku dengan sepenuhnya kerana masyarakat kita masih dijajah. Menurut penulis juga pertubuhan ini juga dilihat dapat membantu member pinjaman kepada orang bawahan supaya mereka dapat menebus kakitangan kerajaan yang berhutang daripada ceti, pajak gadai, dan lainlain sumber swasta. The Labourers cooperative credit society (LCCS) atau koperasi Buruh ini telah direka sebagai sebuah jentera yang membantu dalam bidang simpanan dan organisasi pelaburan disamping memperluaskan kepada buruh kerajaan juga. Tujuan pembentukan beberapa penubuhan gerakan koperasi ini adalah untuk melihat sejauhmana koperasi ini terkesan pada masyarakat. Penubuhan gerakan ini bertujuan untuk menganalisa penggunaan pinjaman yang diberikan oleh RCCS, T&L dan LCCS. Kumpulan data ini diambil dari Laporan Tahunan Kerja Koperasi yang merangkumi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-Negeri Selat (NNS) dalam tempoh 1925-1931. Keadaan ini juga dilihat kepada sumber-sumber pinjaman tradisional oleh aktiviti kewangan koperasi yang digunakan untuk menilai hubungan sementri dan tidak sementri antara ketegori penggunaan pelbagai peminjam dan pinjaman agriget. Selain itu, pergerakan pinjaman daripada koperasi juga

dilihat daripada kesan aktiviti koperasi yang lain terutamanya pemasaran , kesan sosial yang diakui walaupun berlaku secara kajian berkala kerana memerlukan tindakbalas. Kesan ekonomi Menurut penulis setiap gerakan koperasi menerima maklum balas yang berbeza-beza dari tahun ke tahun. Corak pergerakan berubah mengikut keperluan ekonomi yang berbeza antara petani dan pekerja Bandar. Bagi petani pinjaman mereka bergantungan utama dengan koperasi adalah untuk pembelian tanah, perbelanjaan penanaman dan pembelian lembu. Seterusnya, mereka juga memerlukan untuk perbelanjaan perubatan, perkahwinan dan cuti dan perbelanjaan harian atau isi rumah. Kebergantungan kepada koperasi adalah untuk menebus barang kemas, membayar hutang yang terdahulu, kiriman wang rumah, membeli lembu, dan perkahwinan. Saiz purata pinjaman oleh individu selama enam tahu yang ditunjukkan dalam jadual 3 menjelaskan bahawa pinjaman yang dibuat adalah berbeza-beza. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas penggunaan pinjaman dalam setiap masyarakat pengaggregatan kategori penggunaan individu kepada beberapa kategori utama pinjaman dibuat. 1. Sebelum liabiliti hutang terlebih dahulu, penebusan barang kemas 2. Kegunaan social yang merangkumi perkahwinan, pengebumian, upacara keagamaan (pinjaman tidak produktif) 3. Pinjaman jangka masa pendek, sederhana, dan jangka panjang pelaburan yang produktif tanah, penenaman, bahan mentah, lembu, sewa, rumah, makanan 4. Pinjaman social untuk tujuan pendidikan dan pantang (pinjaman yang proaktif) Jika diteliti dengan lebih jelas pinjaman yang dibuat untuk memenuhi liabiliti terdahulu adalah kurang daripada mereka untuk memenuhi tujuan sosial yang tidak proaktif. Memandangkan data menunjukkan aktiviti pinjaman yang produktif terdapat dalam RCCS boleh dibuat beberapa hipothesis yang berkaitan dengan pinjaman pelabur dapat dibuat. Terdapat beberapa perkaitan yang membentuk kepada hipothesis iaitu jumlahyang diperuntukan pada peminjam untuk menebus hutang lama dan barang kemas adalah mungkin dikurangkan dari masa ke semasa. Selain itu, penurunan dalam perbelanjaan tidak proaktif yang dijangka dalam erti kata lain kesan daripada kerjasama berhubung dengan menghadkan perbelanjaan (tidak membazir), peningkatan dalam pinjaman proaktif untuk pelaburan dan objektif sosial yang boleh dijangka.

Menurut penulis beliau menyatakan bahawa penurunan dalam pinjaman untuk menebus hutang terkumpul dan gadaian barang kemas. Kecenderungan masalah ini menunjukkan arah penurunan wujud walaupun ia adalah sukar untuk merubah trend untuk pinjaman ini dalam situasi yang menunjukkan kenaikan pada kadar pinjaman. Seterusnya dalam hiphothesis kedua penulis meramalkan kejatuhan dalam perbelanjaan sosial yang tidak produktif dan kemungkinan pinjaman yang diperuntukan kepada perkahwinan pengebumian dan upacara keagamaan. Namun begitu penurunan bagi pinjaman tidak poduktif sosial, walaubagaimanapun penurunan berlaku amnya kurang daripada pinjaman terdahulu. Seterusnya dalam hiphothesis yang ketiga penulis menyatakan bahawa peningkatan dalam pinjaman proaktif yang merangkumi makanan, pendidikan, dan mungkin pinjaman perubatan. Disamping itu, adalah untuk pembelian bahan mentah, membeli lembu, penilaian sewa, pembelian rumah dan tujuan pembaikan. Pinjaman bagi pinjaman proaktif menunjukkan peningkatan positif yang relative dengan trend pinjaman keseluruhan. Dapat dilihat perbandingan antara produktif sosial dan bukan produktif yang mendedahkan bahawa pembelian makanan dan keperluan asas menurun lebih cepat daripada perbelanjaan untuk perkahwinan dan upacara keagamaan, pinjaman pendidikan menurun lebih kurang daripada salah satu daripada kedua-dua jenis pinjaman. Berlainan dengan kolerasi corak T&L adalah lebih jelas bahagiannyakerana corak pinjamannya telah meningkat dan secara teorinya mudah ditafsir. Berhubung dengan hipotesis yang utama yang dibuat oleh penulis ialah hubungkait penurunan yang rendah antara peminjam untuk menebus barangan kemas. Keadaan ini sama seperti corak RCCS dan menunjukkan kemungkinan bahawa kepentingan pajak gadai sebagai sumber pinjaman dalam kedua-dua kawasan Bandar dan luar Bandar telah diperkecilkan. Memandangkan hubungkait antara keduadua ini tidak menghairankan bahawa pinjaman untuk menebus hutang lalu dan barangan kemas adalah agak rendah. Hipotesis kedua yang dikeluarkan penulis ialah lebih diterima bagi T&L berbanding RCCS iaitu kolerasi T&L adalah lebih rendah berbanding dengan RCCS dalam upacara perkahwinan dan upacara keagamaan. Namun bergitu, berbeza dengan pengebumian T&L adalah sama dengan RCCS yang menunjukkan peningkatan. Secara umumnya, pinjaman yang dibuat untuk menebus hutang lama dan barangan kemas menunjukkan kenaikan yang rendah. Kedua-

dua ketegori pinjaman social proaktif dan tidak proaktif merupakan pinjaman utama T&L dan RCCS. Seterusnya hipotesis ketiga yang dinyatakan oleh penulis ialah, pinjaman produktif seperti pembelian tanah, perbelanjaan tanaman, cukai taksiran, pembelian dan pembaikan rumah menunjukkan kadar peningkatan secara konsistan. Secara umumnya, peningkatan dalam pinjaman yang proaktif adalah lebih tinggi berbanding perbelanjaan sosial tidak proaktif atau pinjaman untuk menebus obligasi lalu. Tuntasnya, mengenai kesan ekonomi daripada aktiviti pinjaman kewangan koperasi iaitu, kebergantungan pengeluar utama dan pekerja Bandar adalah berat dan memerlukan pelaburan yang lebih besar dan konsistandalam usaha untuk menghapuskan hubungan mereka kepada sumber kredit tradisional. Walaubagaimanapun, keadaan ini kelihatan seolah-olah ia adalah lebih sukar untuk memotong hubungan peminjam dengan system pajak gadai untuk kedua-dua T&L dan RCCS. Bagi RCCS dan T&L, ianya kelihatan terdapat kecendrungan sonik kearah pelaburan produktif dari segi ekonomi dan pelaburan sosial yang produktif. Dalam kedua-dua jenis pinjaman selari cenderung kearah perbelanjaan sosial tidak produktif. Kesan Kepada Pinjaman Tradisional Kesan pinjaman koperasi ini kepada sumber-sumber pinjaman tradisional harus dilihat selepas penubuhan koperasi menggantikan pinjaman tradisional yang lebih stabil bagi masyarakat melaya ketika itu. Bagi masyarakat T&L memberikan kesan yang besar kepada punca utama pinjaman tradisional menjadi semakin tidak berkembang. Pada sebelum ini pinjaman tradisional yang dilihat sebagai pinjaman yang menbantu golongan bawahan dikatakan banyak membantu masyarakat, namun begitu keadaan ini berubah selepas penubuhan T&L yang lebih menjamin kredibilitinya kepada masyarakat. Penubuhan ini telah menggantikan sumber-sumber pinjaman kerajaan sekitar tahun 1930. Namun begitu, selepas tahun 1931 ternyata pada hakikatnya pinjaman masih dibuat oleh kakitangan kerajaan untuk menebus hutang lama dan barangan kemas. Pada 1934 pekeliling 13/34 telah dikeluarkan menunjukkan kerajaan tidak puas hati atas kakitangan kerajaan kerana insiden keberhutangan mereka kepada koperasi. Disamping itu, tidak semua kakitangan kerajaan meminjam pada T&L sebagai sumber alternatif sebagai satu dana. Sebagai sumber tradisional yang lain ialah pemegang pajak gadai, namun begitu data tidak boleh didapati untuk mengukur

kesan koperasi kewangan kepada masyarakat tradisional. Keadaan ini dilihat dari persepsi T&L namun, berbeza dengan RCCS. Data pinjaman dalam RCCS menunjukkan pentingnya sumber ini kepada sumber pajak gadai. Jika lebih diteliti, jika RCCS mengeluarkan kapasiti pinjaman yang besar kerana jika mereka mengeluarkan kapasiti yang lemah andaian dibuat kerana mereka kuran mendapat perhatian berbanding dengan T&L masyarakat kepada sumber-sumber pinjaman tradisional. Tambahan pula RCCS adalah kurang meluas dikenali oleh bukan ahli koperasi di kawasan luar Bandar. Bagi LCCS pula walaupun ahli berhutang mereka merupakan masalah utama mereka tetapi, keadaan ini tidah pernah mencapai perkadaran yang tinggi di kalangan petani contohnya. Tidak berlaku apa-apa kepada simpanan dan pelaburan yang dibuat melalui objektif utama iaitu masyarakat. Aktiviti Pemasaran Perkembangan industri koperasi dan aktiviti pemasarannya, walaupun perkembangannya meliputi beberapa produk luar Bandar dengan tahap perkembangan dan operasi RCCS. Pemasaran getah pekebun kecil menarik minat rasmi koperasi, namun penagnjuaran pada 1930 telah menyebabkan kegagalan dalam mengangkat pemasasan getah sebagai sumber utama. Oleh itu pada 1939 tanaman getah telah beroperasi di bawah kumpulan yang ditadbir bersama iaitu kumpulan tidak khusus dengan koperasi getah masyarakat. Terdapat juga usaha-usaha lain di luar Bandar iaitu dengan memasarkan hasil dilindungi mereka seperti telur, buah-buahan, sayursayuran mereka. Namun begitu, pemasaran mereka ini dilihat tidak menjurus kearah jangka masa yang panjang dam pengeluarannya adalah kurang. Keadaan ini mungkin meninggalkan sedikit kesan kepada struktur pemasaran tradisional penduduk luar Bandar. Kesan positif perkembangan koperasi ialah mereka ttelah membawa kepada institusi berteknologi inovatif. Sebagai contoh, untuk memudahkan masyarakat memasaran getah banyak kemudaha-kemudahan telah disediakan dan pegawai-pegawai jabatan koperasi turut membantu dalam mengembangkan institusi penyelidikan getah untuk mengembangkan lagi teknologi primitif kepada pekebunpekebun kecil getah. Mereka telah membuat banyak penambahbaikkan untuk membantu

penambahan pengeluaran hasil getah. Dengan cara yang sama peningkatan gred dan piawaian hasil telah dicapai dalam koperasi pemasaran. Kesan Sosial Pembukaan koperasi di Malaya pada masa pendudukan british ini membuatkan penyebaran pinjaman koperasi dalam masyarakat. Semua institusi koperasi di sektor luar Bandar Malaya mewakili institusi primitif yang berorientasikan barat. Keadaan ini menekan masyarakat tradisional untuk tidak bergantungan dengan Barat. Oleh itu, institusi ini dan asas pembentukannya dating dengan begitu komplek dengan pelbagai konflik dengan nilai-nilai tradisional dan sikap melayudan dengan sistem feudal luar Bandar sosial itu sendiri. Kadangkadang konflik dan interaksi mereka boleh dianalisis dari sudut pandang yang berbeza untuk menyediakan beberapa kumpulan sosial bekerjasama dalam sektor luar Bandar. Koperasi ini merupakan institusi yang berfungsi sebagai organisasi perniagaan yang berorientasikan ekonomi Barat. Institusi ini menekankan nilai sosial dengan menyimpan lebihan pendapatan atas perbelanjaan dan nilai jimat cermat dengan menggalakkan deposit tetap dalam modal saham dan akaun simpanan masyarakat. Walaubagaimanapun, penyaluran wang simpanan individu ke dalam institusi formal secara sukarela tanpa sekatan sosial. Modal saham, pinjaman, faedah, dana pusingan, pelaburan, bonus dan lain-lain diperkenalkan sebagai asas-asas sistem ekonomi yang tidak sepenuhnya biasa kepada pekebun kecil luar Bandar. Berbanding ekonomi yang diamalkan melalui sistem feudal sebelum ini yang tanah dimiliki oleh tuan tanah tetapi diusahakan oleh rakyat biasa. Namun begitu, datangnya barat telah memperkenalkan pemilikan tanah secara kolektif telah membuatkan mereka bersama menghasilkan tanaman secara hak bersama.Seterusnya menurut penulis beliau menyatakan bahawa beberapa aspek yang wujud dalam penubuhan koperasi ini adalah direka khas untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat kampung, keadaan ini dijelaskan lagi dengan kesederhanaan dalam perbelanjaan sosial dan adat istiadat tradisional yang tidak diganggu oleh pihak barat. Keadaan ini telah cenderung membantu masyarakat tempatan dalam mengembangkan aktiviti pertanian dan kehidupan sosial sesebuah kumpulan masyarakat. Pada peringkat komuniti, kerjasama juga dinyatakan untuk menggerakkan inisiatif komuniti dan projek semangat komuniti dalam penciptaan GPS.

Terdapat beberapa aspek positif kesan sosial kerjasama dalam sektor kebun kecil luar Bandar, pertamanya ialah gerakan koperasi luar Bandar gagal untuk mencapai apa-apa perkadaran besar popularisme penubuhannya. Keduanya ialah, seseorang boleh selamat daripada dikatakan bahawa ia tidak pernah ada niat sedar akan kebijaksanaan penjajah untuk benar-benar mewujudkan satu system politik yang berbeza dari sebelumnya yang berbentu hirerki yang menyudutkan kewujudan rakyat sebagai penggerak kepada kerajaan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa sebab seperti, sistem koperasi yang dimulakan oleh kuasa kolonial gagal untuk mencapai apa-apa sector secara besar-besaran kerana kurang mendapatkan kepercayaan penduduk tempatan.Hal ini demikian berlaku kerana pengaruh sistem pemerintahan beraja yang terdapat di taah melayu. Selain itu, gerakan koperasi yang dikendalikan oleh system sosial yang mantap dan tradisional dengan kuasa autokratik iaitu kuasa kolonial British yang memerintah dengan menolak corak pemerintahan tradisional. Seterusnya ialah sistem koperasi ini juga mereka turut mengamalkan sistem pemerintahan authoritarian dimana mereka telah Berjaya memujuk para pembesar-pembesar melayu untuk kerjasama dan mencapai objektif mereka. Keadaan ini wujud untuk menggulingkan penerimaan dan penyebaran kerjasama yang mempunyai kaitan dengan system tradisional.Hal ini diperkuatkan lagi dengan tomohan yang menyatakan bahawa pemimpin tradisional atau pemilik tanah adalah lebih kaya daripada daripada petani, keadaan ini berlaku kerana mereka telah menggunakan tenaga peteni-petani untuk mengusahakan tanah-tanah mereka. Oleh itu, kedudukan sosial seseorang petani tidak akan berubah sekiranya patani masih tidak mengusahakan tanah-tanah mereka sendiri. Berbeza dengan kawasan bandar mereka menerima sistem pemeritahan yang ingin dijalankan oleh Barat. Kesimpulan Gerakan koperasi yang diwujudkan oleh penjajah nampaknya direka untuk berkhimat untuk keperluan ekonomi semasa untuk dirasai oleh pekebun-pekebun kecil, pekerja Bandar yang bergaji, dan tenaga buruh diestet India. Penubuhannya telah memberikan impak yang besar dikalangan masyarakat melayudan sistem feudal yang diamalkan oleh masyarakat melayu.

Kritikan Jurnal Pada pendapat saya penubuhan badan koperasi merupakan satu jalan yang baik untuk mengembangkan pembangunan masyarakat tradisional pada masa itu. Namun begitu keadaan untuk berubah perlu mengambil masa yang lama kerana masyarakat pada masa itu masih kuat pada pegangan mereka iaitu setia pada dan jujur pada raja dan keturunannya serta pembesarnya. 1 Walaupun Barat memberikan bantuan pinjaman daripada koperasi keadaan ini masih dilihat sebagai suatu benda yang baru sukar untuk diterima oleh masyarakat tradisional. Meskipun kita tahu masyarakat Bandar sememangnya lebih maju daripada kawasan luar Bandar namun, keadaan ini tidak boleh terus digunapakai oleh pihak british untuk menyatakan perkembangan sesebuah institusi itu hanya berlandaskan orang Bandar. Keadaan ini memang memihak kepada pekerja-pekerja Bandar kerana pada masa itu kebanyakkan pekerja di Bandar bukanlah masyarakat melayu tetapi lebih memihak kepada kaum cina yang mengusahakan bijih timah kerana british meletakkan orang-orang cina di kawasan Bandar. Berbeza pula dengan pendudukan kawasan luar Bandar dan estet-estet yang didiami oleh kaum melayu, india, jawa dan sebagainya.2 Penubuhan koperasi T&L dan RCCS memang dilihat sebagai badan yang membantu masyarakat pada waktu itu keluar daripada kepompong masalah sosial yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Namun begitu jika kita caritahu kenapa barat berbuat demikian kerana mereka memerlukan sumber bahan mentah yang banyak terutamanya getah untuk kegunaan industry.3 Oleh itu pinjaman yang diberikan boleh jadi sebagai satu menefesto untuk mereka mendapatkan bekalan yang cukup. Di samping itu, seperti yang kita sedia tahu masyarakat cina di Bandar dibawa masuk oleh british oleh itu mereka diberikan peluang yang besar dalam menceburi bidang ekonomi di Malaya pada waktu itu, oleh itu tidak hairanlah pinjaman kopersi semakin meningkat di kawasan Bandar kerada pihak British lebih tertumpu pada orang luar yang dibawa masuk untuk mengaut keuntungan bagi pihak British. Keadaan ini ternyata benar apabila pihak british menyatakan

A.Wright, T.H. Ried, 1912. The Malay Peninsular, London: Fisher Unwin, Hlm 314. Syed Farid Alatas,2009, Mitos Peribumi Malas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Hlm 57 3 Jim baker, 2000, crossroads, a popular history of Malaysia and Singapore . Marshall Cavendish edition, hlm 168
2

bahawa dalam tiga dekat pertama abad ke-20 kaum cina mendominasi ekonomi di tanah melayu.4 Mudah bagi seseorang penulis itu membuat hipotesis untuk sesebuah masalah itu namun keadaan ini harus juga dibuat berdasarkan kepada kesenangan dalam menyelesaikan masalah semata-mata. Lebih mudah lagi apabila menyatakan bahawa pihak inggeris mengambil berat tentang masalah yang berlaku dalam kalangan masyarakat tempatan dikatakan pinjaman yang diberikan lebih bertambah dan meningkat sedangkan pihak british itu sendiri yang memisahkan kaum masyarakat tempatan di kawasan masing-masing, contohnya meletakkan kaum cina di kawasan-kawasan Bandar, kaum melayu jaun di desa, dan kaum india die stet-estet getah. 5 Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat melayu Nampak seperti miskin di negeri sendiri.6 Sebetulnya kebenaran penubuhan koperasi dalam membantu masyarakat di Malaya sedikit sebanyaknya memang telah membantu masyarakat tempatan. Contohnya dalam pengeluaran hasil getah. Pengeluaran getah semakin berkembang selari dengan industry pengetinan. 7 Selain getah koperasi juga turut memasarkan hasil keluaran tempatan yang lain. Keadaan ini membantu mengelakkan masyarakat pada ketika itu, kerana mereka cuba untuk menghapuskan orang tengah contohnya para pembesar yang memungut hasil cukai yang tinggi disamping mengambil hasil pengeluaran mereka sekali. Banyak baik buruk sesebuah penulisan ilmu untuk kita kaji, oleh itu kita harus memahami sesebuah situasi sebelum membuat sesuatu kesimpulan perkara tersebut.Penulis juga seorang orang barat oleh itu jika kita kaji sejarah tidak ada penulis barat yang mengagungkan masyarakat melayu dan mengaku mereka menjajah Malaya. Oleh itu, dapat dibuat satu kesimpulan bahawa penulis lebih bersikap penting diri dalam menyatakan pendapat walaupun melalui media pena beliau sendiri. Walaupun ada kebenaran dalam penulisannya seperti para pembesar menggunakan

tenaga petani-petani untuk mengusahakan tanah-tanah mereka. Kesan daripada itulah penulis
4 5

Ibid, Hlm 171 Syed Farid Alatas,2009, Mitos Peribumi Malas. Hlm 77 6 Hugh Clifford,1903. Rival System And Malayan People, Dalam North American Review.Jilid 177, Hlm 40-41 7 Barbara Watson Andaya And Leonard Y.Andaya.2001 , A History Of Malaysia, Palgrave, Hlm 218

menulis jurnal, namun penulisannya telah membuatkan pembaca percaya bahawa penjajahan tidak pernah berlaku namun saling bantu membantu antara pihak british denan masyarakat tempatan melalui pertubuhan badan-badan koperasi tersebut. Kenyataan penulis pada jurnalnya menyatakan bahawa para pembesar dan sultan bersetuju bersatu untuk menerima objektif penubuhan koperasi, seadangkan kita tahu kebanyakkan pembesar dan pemerintah semuanya terpaksa mendengar cakap penasihat negeri masing-masing kerana british akan mengambil tindakan sekiranya pembesar dan sultan sekiranya mereka campur tangan dalam badan yang melibatkan British.

BIBLIOGRAFI
A.Wright, T.H. Ried, 1912. The Malay Peninsular, London: Fisher Unwin

Barbara Watson Andaya And Leonard Y.Andaya.2001, A History Of Malaysia, Palgrave

Hugh Clifford,1903. Rival System And Malayan People, Dalam North American Review.Jilid 177,

Jim baker, 2000, crossroads, a popular history of Malaysia and Singapore. Marshall Cavendish edition

Syed Farid Alatas,2009, Mitos Peribumi Malas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai