Anda di halaman 1dari 14

Harmon Amir : Persepsi isi rumah terhadap hutang barangan

PERSEPSI ISI RUMAH TERHADAP HUTANG BARANGAN


KELENGKAPAN RUMAH DAN PERIBADI: SATU TINJAUAN
AWAL DI KUALA LUMPUR

Harmon Amir, B.Ec, M.Ec


Dosen Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Syariah (STIES)
Imam Asy Syafii Pekanbaru
harmonamir@gmail.com

ABSTRAK
Kos sara hidup di Kuala Lumpur ketika ini lebih tinggi berbanding
dengan negeri-negeri lain di dalam Malaysia. Dengan kenaikan petrol,
barangan-barangan lain turut menerima impak kenaikan harga ini
terutamanya barangan keperluan harian. Barang-barang seperti
peralatan elektrik dan elektronik sehinggalah perkakasan kelengkapan
rumah membuat inisiatif dengan menawarkan skim-skim ansuran
mudah bagi barangan elektrik sehinggalah kepada perabot. Barangan
elektronik juga turut tersenarai. Maka kajian ini adalah untuk melihat
factor-faktor yang mendorong isi rumah membeli peralatan
kelengkapan rumah dan peribadi secara ansuran daripada membeli
secara tunai. Kajian ini memberi sumbangan kepada isi rumah melalui
pencerahan tentang factor-faktor yang mendorong mereka membuat
hutang tanpa disedari. Dengan ini isi rumah akan lebih berhati-hati
dalam menguruskan perbelanjaan mereka. Kajian ini menggunakan
kaedah soal selidik dimana maklumat didapati berdasarkan perspektif
pengguna isi rumah itu sendiri. Kajian ini menunjukkan factor-faktor
hutang terhadap barangan kelengkapan rumah dan peribadi itu berbeza
dari sudut pendapatan, tahap pendidikan dan status perkahwinan.
Kesimpulannya, syarikat-syarikat yang menawarkan kemudahan
pembayaran ansuran ini perlu meneliti dengan lebih terperinci tentang
criteria pelanggan mengikut kemampuan pelanggan itu sendiri
sebelum memberikan kemudahan tersebut dan pihak kerajaan perlulah
memainkan peranan dengan member kesedaran isi rumah terhadap
Khazanah Ulum Ekonomi Syariah, Vol. 1 No. 2, Juli Desember 2016 67
Harmon Amir : Persepsi isi rumah terhadap hutang barangan

kebaikan dan keburukan berhutang kerana dengan hutang yang


dianggap kecil ini juga membolehkan seseorang isi rumah terjerumus
kearah kebankrupan.
Kata kunci: Hutang isi rumah, Kebankrupan
PENGENALAN
Amalan berhutang adalah satu kelaziman dikalangan masyarakat
di Malaysia ketika ini lebih-lebih lagi di kawasan-kawasan yang tinggi
kos sara hidupnya seperti di Kuala Lumpur. Permasalahan hutang
kini menjadi serius kerana semakin ramai isi rumah yang membuat
hutang sesuka hati dengan tidak mengambil kira kemampuan mereka
sendiri. Pendapatan bulanan yang diterima kadangkala tidak
mencukupi bagi mereka dan ini menyebabkan mereka membuat
pinjaman untuk meneruskan kehidupan. Hal ini sangat merungsikan
apabila seseorang isi rumah itu membuat pinjaman ketika tahap
kesedarannya terhadap hutang itu kurang dan ada juga sesetengahnya
terpengaruh dengan rakan-rakan yang lebih mempunyai kemampuan
dalam memiliki sesuatu. Secara lazimnya, kehidupan zaman moden
sekarang ini, hutang dan masyarakat tidak dapat dipisahkan. Kita
berhutang ketika membeli rumah, perkakasan dan perabot rumah,
kenderaan, berniaga dan sebagainya. Hutang menjadi satu perkara
yang sukar dihindari.
Berhutang dalam islam adalah diharuskan, tetapi bagi mereka
yang betul-betul memerlukan sahaja dan berhajat kepadanya ketika
mana berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang
melibatkan kewangan. Ini jelas di dalam Al-Quran ada menyebut
tentang pemberian hutang kepada orang lain dengan tujuan
mendapatkan keredhaan daripada Allah S.W.T
Firman Allah S.W.T:
Sesungguhnya orang orang lelaki yang bersedekah dan
orangorang yang bersedekah, serta mereka memberikan
pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan
pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan
balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.
(Surah Al-Hadid:18)

68 Khazanah Ulum Ekonomi Syariah, Vol. 1 No. 2, Juli Desember 2016


Harmon Amir : Persepsi isi rumah terhadap hutang barangan

Dalam ayat yang disebutkan di atas jelas menunjukkan bahawa


Islam tidak melarang daripada umat manusia supaya berhutang. Ianya
diharuskan untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan dan
sangat memerlukan tetapi mestilah terhadap sesuatu perkara yang baik
sahaja dan bukannya ke arah yang mendatangkan dosa. Ini jelas dalam
firman Allah S.W.T:
Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan
ketaqwaan, dan jenganlah bertolong-tolong pada perkara dosa
dan pemusnahan. (Surah Al-maidah:2)
Namun begitu, dalam soal member, menerima dan membayar
balik hutang amatlah dititik beratkan di dalam Islam. Segala
penerangan akan diberikan dalam bab yang seterusnya.
Kita semestinya sedar bahawa kenaikan harga petrol, barangan-
barangan lain turut menerima impak kenaikan harga ini terutamanya
barangan keperluan harian. Tidak terlepas juga dengan barang-barang
yang lain seperti kediaman, kenderaan, malah peralatan elektrik
hingga elektronik sehinggalah perkakasan kelengkapan rumah juga
turut meningkat harganya. Ini boleh dilihat bahawa masyarakat di
Kuala Lumpur masih ramai lagi yang belum mampu untuk membeli
rumah sendiri kerana tidak memepati syarat-syarat yang dikehendaki
untuk membuat pinjaman perumahan dan hanya mampu menyewa.
Pembelian kenderaan pula mereka lebih meminati syarikat-syarikat
pengedar yang menwarkan penjualan yang tiada bayaran pendahuluan.
Hal ini terjadi apabila masyarakat tidak mempunyai simpanan untuk
membuat bayaran pendahuluan.
Simpanan adalah amat penting bagi tujuan kegunaan semasa
kecemasan seperti ketika mengalami sakit yang memerlukan untuk
seseorang tinggal di hospital mahupun menjalani rawatan yang tinggi
kosnya. Jika tiada simpanan, ini akan menyukarkan mereka untuk
membayar kesemua kos tersebut lebih-lebih lagi bagi mereka yang
tidak mempunyai pelan kewangan yang sistematik seperti mengambil
perlindungan melalui takaful dan sebagainya. Dengan kos harian yang
tinggi, semakin sukarlah masyarakat di Kuala Lumpur membuat
simpanan jika tidak mempunyai kesedaran terhadap kepentingan
membuat pelan kewangan yang sistematik.

Khazanah Ulum Ekonomi Syariah, Vol. 1 No. 2, Juli Desember 2016 69


Harmon Amir : Persepsi isi rumah terhadap hutang barangan

PERMASALAHAN KAJIAN
Kajian ini membincangkan tentang persepsi isi rumah terhadap
hutang barangan kelengkapan rumah dan peribadi. Ini bertujuan untuk
melihat bagaimana pandangan isi rumah di sekitar Kuala Lumpur
terhadap hutang tersebut yang dikira hanya sebagai hutang kecil yang
tidak akan menjejaskan kewangan mereka. Kajian ini akan melihat
persepsi isi rumah itu sendiri berdasarkan factor pendapatan, tahap
pendidikan, dan status perkahwinan isi rumah yang mana berkait rapat
dengan kaedah perbelanjaan isi rumah, pemahaman mereka terhadap
kewangan dan juga sikap isi rumah itu sendiri.
Alasan penulis memilih Kuala Lumpur sebagai kawasan kajian
kerana Kuala Lumpur adalah antara salah sebuah ibu Negara yang
pesat membangun di dunia. Manakala di Malaysia pula, Kuala
Lumpur merupakan salah satu kawasan yang mempunyai kos sara
hidup yang tinggi. Maka dengan ini, Kuala Lumpur adalah sesuai
untuk dijadikan kawasan kajian.
Kehendak isi rumah terhadap barangan kelengkapan rumah dan
peribadi ini sukar untu dikawal apabila melihat orang lain yang
mampu membeli barangan tersebut dan mereka yang tidak mampu
juga ingin memiliki. Kepantasan perubahan teknologi memperlihatkan
semakin banyak pengeluaran gajet-gajet yang baru dan semakin
canggih juga dapat mempengaruhi kehendak manusia. Pada ketika ini
pertambahan syarikat-syarikat yang menawarkan bayaran ansuran
mudah seperti cendawan tumbuh selepas hujan amat
membimbangkan. Syarikat-syarikat ini membuat inisiatif dengan
memberikan kemudahan-kemudahan tambahan seperti memberikan
kemudahan penghataran percuma mahupun tanpa pembayaran
pendahuluan amat menarik minat pembeli.

KAJIAN LEPAS
Kajian yang dilakukan oleh La Cova dan Simon (2003)
mendapati kekangan kewangan isi rumah adalah berpunca daripada
peningkatan jumlah hutang isi rumah. Mereka terpaksa

70 Khazanah Ulum Ekonomi Syariah, Vol. 1 No. 2, Juli Desember 2016


Harmon Amir : Persepsi isi rumah terhadap hutang barangan

memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan mereka untuk


membayar hutang. Kita pat lihat di sini bahawa hutang itu, ianya akan
member kesan kepada kewangan isi rumah itu sendiri dimana mereka
akan mengurangkan pendapatan boleh guna mereka semata-mata
untuk membayar hutang. Satu kes di Australia mendapati, isi rumah di
sana menggunakan 25 peratus daripada pendapatan mereka untuk
membayar hutang.
Arifin Md Salleh et al. (2002) ada menyebut bahawa tabungan
isi rumah sangat dipengaruhi oleh pendapatan. Dalam konteks hutang,
hutang adalah begitu berkait rapat dengan hubungan antara
pendapatan dan tabungan. Pendapatan boleh guna boleh terjejas, ini
akan menyebabkan tabungan isi rumah juga terjejas dan kejadian ini
pula akan menjejaskan kesejahteraan kewangan sesebuah institusi
kekeluargaan.
Volkwein dan Szelet (1995) menyatakan sikap merujuk kepada
tahap hutang atau tanggung jawap terhadap kewangan. Cirri-ciri
peribadi peminjam seperti jantina, umur, etnik, tahap pendidikan ibu
bapa juga boleh mempengaruhi sikap seseorang individu itu untuk
membuat hutang. Ciri-ciri demografi ini juga boleh menentukan tahap
pengetahuan seseorang itu terhadap impak positif dan negative
berkaitan dengan hutang. Selain itu, factor-faktor demografi ini juga
mempunyai hubungan yang signifikan dengan pelaksanaan beberapa
bentu amalan kewangan (Kim dan Garman, 2003; Husniyah dan
Fazilah, 2009).

Satu kajian telah dibuat oleh Hilgerth dan Hogarth (2003)


mendapati tingkah laku kewangan mempunyai hubung kait dengan
tahap pengetahuan. Jika seseorang itu mempunyai pengetahuan yang
cukup dalam pengurusan kewangan peribadi berdasarkan pengurusan
aliran tunai, pengurusan kredit, simpanan dan amalan pelaburan, ianya
akan member satu impak yang positif terhadap tingkah laku kewangan
mereka.
Tingkah laku kewangan yang baik boleh mengurangkan tekanan
kewangan (Godwin, 1994; Sorhaindo dan Garman, 2002; Kim dan
Garman, 2003). Kajian yang dilakukan oleh Joo dan Grable (2004)
Khazanah Ulum Ekonomi Syariah, Vol. 1 No. 2, Juli Desember 2016 71
Harmon Amir : Persepsi isi rumah terhadap hutang barangan

pula mendapati kesejahteraan kewangan mempunyai kaitan dengan


tingkah laku kewangan, pendapatan, pengetahuan kewangan dan
pendidikan. Kita boleh lihat bagaimana pengetahuan terhadap
kewangan itu boleh member impak terhadap tingkah laku kewangan
isi rumah.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini mengaplikasikan analisis data secara kuantitatif dan
kualitatif. Bagi data yang diperolehi dari borang soal selidik, ia
dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social
Science (SPSS) Version 16.0 dengan tekhnik-tekhnik statistik
berbentuk deskriptif dan infrensi. Tekhnik statistik deskriptif
digunakan untuk meneliti taburan demografi responden yang telah
dipilih. Analisis ini dapat membantu dalam merihal profil responden
seperti umur, bangsa, sector pekerjaan, pendapatan bulanan, status
perkahwinan dan sebagainya melalui tekhnik taburan frekuensi dan
peratusan.
Dalam kajian yang melibatkan subjek manusia, pengumpulan
maklumat mengenai bilangan orang atau kes-kes di dalam sampel,
bilangan peratusan lelaki dan perempuan, julat dan purata bagi
peringkat umur, tahap pendidikan, dan apa-apa latar belakang lain
yang berkaitan maklumat adalah berguna. Seperti dalam kajian ini,
pengkaji menggunakan kaedah purata untuk mengenal pasti kenyataan
yang mana paling dipersetujui oleh responden untuk faktor-faktor
yang ingin diuji.
Data kualitatif diperoleh dengan menyebar soal selidik terhadap
250 sampel. Sampel ialah segmen penduduk yang dipilih untuk
penyelidikan. Ianya merupakan subset penduduk. Kaedah pemilihan
boleh berdasarkan persampelan kebarangkalian atau bukan
persampelan kebarangkalian. Dalam kajian ini, pengkaji memilih
sampel yang bermastautin di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur dan
memilih mereka yang sudah berkerja. Kuala Lumpur dipilih oleh
pengkaji adalah berdasarkan kos sara hidup di kawasan berkenaan
tinggi berbanding dengan Bandar-bandar yang lain. Pemilihan
responden yang berkerja pula adalah kerana mereka yang
72 Khazanah Ulum Ekonomi Syariah, Vol. 1 No. 2, Juli Desember 2016
Harmon Amir : Persepsi isi rumah terhadap hutang barangan

kabanyakannya membuat pinjaman dan berkelayakan untuk berbuat


demikian adalah yang telah berkerja.
Dalam borang selidik ini mempunyai empat bahagian. Bahian
pertama adalah mengenai demografi responden iatu berkenaan dengan
jantina, umur, tahap pendidikan, status perkahwinan, pendapatan
bulanan, bangsa, maklumat pekerjaan dan juga berkaitan pelan
kewangan individu. Bahagian kedua hingga empat pula menggunakan
soalan berbentuk skala likert dimana pilihan jawapan bagi ke lima
bahagian ini bermula dengan sangat tidak bersetuju,Tidak
Bersetuju, tidak tahu, Bersetuju dan Sangat bersetuju
mengikut skala 1 hingga 5. Skala likert pada dasarnya adalah satu
petunjuk berganda atau ukuran item yang berbilang yang berbuhungan
dengan sesuatu isu tertentu. Matlamat skala likert adalah untuk
mengukur keamatan perasaan atau persepsi tentang sesuatu yang
dipersoalkan. Dalam format biasa, ianya terdiri daripada kenyataan
yang memberikan tumpuan kepada isu tertentu (Alan Bryman, 2008).
Bahagian ketiga adalah kenyataan yang berkaitan dengan
pendapatan dan perbelanjaan responden. Yang mana mereka perlu
menandakan salah satu jawapan yang berkaitan dengan diri mereka
sendiri. Bahagian keempat pula menyatakan kenyataan yang berkaitan
dengan pemahaman kewangan untuk melihat tahap pengetahuan
responden mengenai kewangan dan pengurusannya. Manakala
bahagianyang kelima pula memberikan kenyataan tentang gaya hidup
isi rumah berkaitan perbelanjaan mereka.

HASIL DAN PEMBAHASAN


Hasil yang diperolehi menunjukkan bilangan responden yang
tertinggi adalah lelaki dan responden yang belum berkahwin. Perkara
ini dapat dikaitkan dengan purata umur responden yang tertinggi
adalah dalam lingkungan 23 tahun hingga 27 tahun dimana dalam
lingkungan umur ini masih dalam lingkungan yang baru memulakan

Khazanah Ulum Ekonomi Syariah, Vol. 1 No. 2, Juli Desember 2016 73


Harmon Amir : Persepsi isi rumah terhadap hutang barangan

kerjaya dalam bidang masing-masing yang baru menamatkan


pengajian di peringkat Diploma mahupun Ijasah Sarjana Muda.
Kita boleh lihat dalam masyarakat hari ini dimana mereka yang
mempunyai kelulusan yang tinggi lebih berminat untuk berkerja di
Bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Hal ini mungkin
disebabkan oleh gaya hidup di Bandar-bandar besar lebih memuaskan
bagi diri mereka dan juga kemudahan-kemudahan lebih senang
diperolehi berbanding kawasan-kawasan luar Bandar seperti pasaraya,
sekolah dan sebagainya.
Bagi sector pekerjaan, mereka lebih memilih berkerja di sector
kerajaan dimana kemasukan untuk berkerja disektor kerajaan lebih
mudah berbanding dahulu. Dengan kewujudan portal permohonan
kerja atas talian yang dibuat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA),
masyarakat akan lebih mudah untuk membuat permohonan tanpa
perlu mengambil dan menghantar boring permohonan ke jabatan-
jabatan kerajaan yang membuka untuk pengambilan pekerja.
Pelan kewangan sistematik merangkumi pelan simpanan, pelan
takaful, pelan persaraan yang dibuat oleh isi rumah yang dipilih.
Didapati bahawa 58.5 peratus daripada responden mempunyai pelan
kewangan yang sistematik manakala selebihnya tidak memiliki apa-
apa pelan kewangan. Hampir separuh responden yang dipilih masih
belum membuat pelan kewangan yang sitematik untuk menjamin
kesejahteraan kewangan mereka. Ini jelas seperti yang telah dikaji
oleh Persekutuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dimana 47 peratus
daripada responden yang dipilih oleh mereka mengakui bahawa
mereka kurang pengetahuan tentang kewangan yang mana
pengetahuan terhadap kewangan ini adalah sesuatu yang penting
untuk jangka masa yang panjang.

MAKLUMAT KEWANGAN.
Majoriti daripada responden mempunyai pinjaman pendidikan
berbanding pinjaman-pinjaman yang lain. Ini terjadi adalah
disebabkan oleh kebanyakan daripada responden mempuyai tahap
pendidikan yang tinggi dan kebiasaannya mereka yang memasuki
menara gading ini akan membuat pinjaman pendidikan seperti
74 Khazanah Ulum Ekonomi Syariah, Vol. 1 No. 2, Juli Desember 2016
Harmon Amir : Persepsi isi rumah terhadap hutang barangan

pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


atau pinjaman pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Seterusnya adalah pinjaman kenderaan. Sudah menjadi tabiat
masyarakat dimana apabila mula berkerja, mereka akan memilih untuk
membeli kenderaan terlebih dahulu berbanding membuat pembayaran
kepada yang lebih penting dan tidak mementingkan pelan kewangan
individu yang sistematik seperti membuat pembayaran balik pinjaman
pendidikan ataupun menyimpan secara konsisten. Ini dibuktikan oleh
Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRCC) yang membuat
kajian terhadap perilaku dan tabiat kewangan golongan pekerja muda
dimana mereka berbelanja secara berlebihan untuk gaya hidup yang
lebih mewah.
Disebabkan oleh hutang-hutang yang ada, isi rumah mengalami
kekangan kewangan untuk membuat pembelian-pembelian barangan
lain seperti kelengkapan rumah dan peribadi yang menjadikan mereka
tidak mampu untuk membeli secara tunai. Sesetengah daripada
barangan tersebut mungkin adalah barangan yang diperlukan untuk
kegunaan seharian. Maka, mereka akan berhutang untuk mendapatkan
barangan tersebut melalui pelbagai cara seperti membuat pinjaman
peribadi, menggunakan kad kredit dan juga membuat hutang dengan
syarikat-syarikat ansuran mudah.
Ini akan menyebabkan peruntukan daripada pendapatan mereka
akan digunakan untuk membayar hutang akan menjadi semakin tinggi
dan akan mengganggu kesejahteraan kewangan mereka. Ini adalah
selari dengan apa yang dikatakan oleh La Coca dan Simon (2003)
dalam kajiannya yang mendapati kekangan isi rumah adalah berpunca
daripada peningkatan jumlah hutang isi rumah tersebut. Ini akan
menyebabkan pendapatan boleh guna isi rumah akan berkekangan.

HUBUNGAN ANTARA STATUS PERKAHWINAN DAN


PENDAPATAN BULANAN DENGAN TINGKAH LAKU
PERBELANJAAN
Individu atau isi rumah bujang dan juga telah berkahwin akan
mencari jualan yang mempunyai diskaun harga unuk membeli
sesuatu. Ini adalah kerana bagi mereka yang masih bujang, mereka
Khazanah Ulum Ekonomi Syariah, Vol. 1 No. 2, Juli Desember 2016 75
Harmon Amir : Persepsi isi rumah terhadap hutang barangan

perlu membuat simpanan untuk membuat pembayaran balik pinjaman


pendidikan ataupun ada sesetengahnya menyimpan untuk berkahwin.
Jadi mereka akan membeli barangan yang mendapat potongan harga
walaupun sesetengah mereka lebih mementingkan status dan gaya
hidup mewah. Jika dilihat dari sudut isi rumah yang telah berkahwin
pula, mereka juga mencari barangan yang menawarkan potongan
harga sebelum membuat pembelian. Hal ini disebabkan oleh mereka
yang telah berkahwin mempunyai tanggungan yang lebih besar
daripada diri sendiri. Pada masa yang sama, mereka menyimpan untuk
membayar pendahuluan bagi pembelian rumah kediaman kerana
kebanyakan mereka yang telah berkahwin memikirkan tentang perkara
ini.
Pendapatan juga adalah salah satu factor penyebab masyarakat
berhutang. Hasil yang diperolehi daripada kenyataan Pendapatan
saya masih kecil untuk membeli secara tunai menunjukkan mereka
yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM 2,000 bersetuju
dengan kenyataan tersebut. Hal ini terjadi apabila isi rumah daripada
golongan tahap pendapatan ini tidak mampu membeli secara tunai
disebabkan oleh pendapatan mereka masih kecil kerana ada diantara
mereka yang berkerja sendiri dengan berniaga secara kecil-kecilan.
Golongan ini juga digelar sebagai miskin Bandar. Ini jelas
dengan kajian yang dijalankan oleh Jamilah Ariffin (2002) di mana
salah satu cirri-ciri golongan miskin Bandar adalah disebabkan
peningkatan harga barangan pengguna serta pendapatan yang rendah.
Unit Perancang Ekonomi Malaysia juga menyatakan bahawa
kemiskinan Bandar di Malaysia bolehlah digolongkan sebagai mereka
yang tidak mempunyai sumber pendapatan (menganggur) dan mereka
yang terlibat didalam sector tradisi Bandar yang kurang produktif
seperti peniaga kecil-kecilan, pemilik gerai, pembantu rumah serta
aktiviti-aktiviti ekonomi lain yang tidak memerlukan skill dan latihan
yang tinggi (Halipah, 2002).
Isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM 2,001 hingga
RM 4,000 memilih Sederhana yang mana sesetengah barangan
mereka boleh membeli secara tunai dan ada sesetengah barangan lain
yang perlu dibeli secara hutang. Manakala isi rumah yang mempunyai
pendapatan melebihi RM 4,001 sebulan lebih cenderung kepada
76 Khazanah Ulum Ekonomi Syariah, Vol. 1 No. 2, Juli Desember 2016
Harmon Amir : Persepsi isi rumah terhadap hutang barangan

Tidak Setuju dengan kenyataan tersebut. Walaupun dilihat bahawa


isi rumah daripada golongan ini juga memilih barang yang
mempunyai secara diskaun harga, ianya tidak menjadi satu alas an
untuk mereka membeli secara hutang jika barangan tersebut tiada
diskaun harga.

HUBUNGAN JANTINA TERHADAP PEMAHAMAN


KEWANGAN
Dalam analisis hubungan antara jantina terhadap kenyataan
kewajiban membayar hutang walaupun ianya tidak dituntut ini
menunjukkan bahawa lelaki dan perempuan memilih untuk bersetuju.
Pemahaman mereka disifatkan sebagai amat baik kerana
sememangnya hutang itu wajib dibayar. Ianya bertepatan dengan salah
satu hadis Nabi Muhammad S.A.W. berkaitan dengan hutang yang
telah riwayatkan oleh At-Tarmizi, Imam Ahmad dan Imam Ibnu
Hibban yang bermaksud, Roh orang mukmin itu tergantung yakni
terhalang daripada tempat yang mulia dengan segala sebab
hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan.
Ciri-ciri demografi sebagaimana yang telah diketengahkan oleh
Volkwein dan Szelest (1995) seperti jantina, umur, etnik dan tahap
pendidikan juga boleh mempengaruhi individu dalam membuat
hutang. Kim dan Garman (2003) juga menyatakan bahawa factor
demografi mempunyai hubungan yang signifikan dengan beberapa
amalan kewangan. Sebagaimana yang kita ketahui, kerajaan telah
banyak memberikan pendedahan berkaitan hutang isi rumah.
Maklumat-maklumat berkaitan hutang juga boleh dilihat, disampaikan
kepada masyarakat dam pelbagai kaedah. Ianya termasuklah media
cetak seperti di akhbar-akhbar, majalah dan sebagainya. Media
elektronik juga tidak ketinggalan dalam menyebarkan pemahaman
kewangan terhadap masyarakat. Disini apa yang boleh kita simpulkan
adalah, perempuan lebih banyak membaca dan mencari maklumat
berkaitan dengan hutang isi rumah.

HUBUNGAN ANTARA STATUS PERKAHWINAN DENGAN


SIKAP ISI RUMAH
Khazanah Ulum Ekonomi Syariah, Vol. 1 No. 2, Juli Desember 2016 77
Harmon Amir : Persepsi isi rumah terhadap hutang barangan

Pernyataan individu bujang dan yang telah berumah tangga tidak


semestinya membeli barangan kelengkapan rumah yang mahal jika
mereka mempunyai rumah yang besar. Hal ini disebabkan oleh
individu bujang masih belum memerlukan barangan tersebut kerana
ada sesetengah daripada mereka apabila diajukan soalan berkaitan
dengan barangan kelengkapan rumah, mereka tidak memerlukannya
atas sebab mereka masih menyewa bersama rekan bujang yang lain.
Manakala individu yang telah berkahwin pula, mereka akan
melebihkan perbelanjaan mereka terhadap barangan keperluan terlebih
dahulu berbanding barangan kehendak. Mereka hanya akan membuat
hutang jika barangan tersebut betul-betul perlu sahaja.
Kenyataan individu bujang lebih merasa kepuasan jika membeli
barangan keluaran terbaru berbanding individu yang telah berkahwin.
Ini adalah kerana mereka yang masih bujang tidak mempunyai
tanggungan yang besar. Akan tetapi mereka yang masih bujang ini
kebanyakannya baru mula melangkah ke alam pekerjaan. Mereka
masih menanggung hutang pinjaman pendidikan dan simpanan pula
masih kecil. Ini juga menjadi factor utama golongan ini untuk
melakukan hutang. Seperti yang dinyatakan oleh Adik Akhyar (2012)
yang mana menyebut mereka yang berhutang ini adalah kerana ingin
mendapatkan sesuatu yang melibatkan kebendaan dan material dengan
cepat dan pantas.
Apa yang boleh kita lihat, persepsi masyarakat di Kuala Lumpur
masih lagi positif tentang hutang. Walaubagaimanapun, terdapat
sesetengah daripada mereka harus lebih cerdik dalam menguruskan
hutang jika mereka terpaksa berhutang. Ini adalah sesuatu yang amat
penting bagi mengelakkan kesejahteraan kewangan peribadi itu tidak
terjejas.

KESIMPULAN
Generasi kini ramai yang terlibat dengan hutang. Jika kita
perhatikan, selepas seseorang individu ini menamatkan pengajiannya
di peringkat Universiti, mereka telah dibebankan dengan hutang
sebelum sempat mendapat pekerjaan. Jumlah tanggungan hutang

78 Khazanah Ulum Ekonomi Syariah, Vol. 1 No. 2, Juli Desember 2016


Harmon Amir : Persepsi isi rumah terhadap hutang barangan

pengajian ini akan meningkat jika individu tersebut melanjutkan


pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Akan tetapi, jika diuruskan dengan betul system kewangan
peribadi, ianya tidak akan menjejaskan kewangan individu tersebut.
Ini juga bertetapan dengan Maqasid Syariah yang mana salah satunya
menyebut tentang menjaga harta benda. Kita boleh andaikan bahawa
persepsi isi rumah terhadap hutang masih lagi positif. Cuma apa yang
perlu ditekankan ialah kesedaran di dalam diri setiap individu itu
supaya mereka boleh menguruskan kewangan peribadi agar tidak
menjejaskan kesejahteraan kewangan mereka.
Dewasa ini, kita melihat golongan-golongan muda sangat tidak
sukakan amalan membaca. Ini dibuktikan dalam kajian ini yang
menyatakan bahawa dengan sikap kurang membaca, pelbagai
maklumat sukar didapati lebih-lebih lagi berkaitan dengan hutang.
Akhbar-akhbar tempatan ada menyelitkan rencana-rencana yang baik
untuk dibaca mengenai hutang seperti pada bahagian ekonomi. Hasil
daripada kajian ini mendapati bahwa ada sesetengah masyarakat yang
tidak mendapat pemahaman kewangan yang baik sedangkan kerajaan
telah memberikan satu penyampaian yang efisyen.
Oleh itu, kerajaan harus langsung memandang serius perkara ini
kerana bukan sahaja pemahaman terhadap hutang yang boleh didapati
memalui membaca. Kerajaan harus menambahbaikkan penyampaian
kepada masyarakat dan juga memupuk masyarakat supaya lebih
berhemah dalam berbelanja bermula dari bangku sekolah.
Kesedaran daripada masyarakat itu sendiri adalah penting selain
daripada peranan kerajaan dan agensi-agensi yang berkaitan seperti
Jabatan Insolvensi Malaysia dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan
Kredit (AKPK). Mereka yang berbelanja, lebih-lebih lagi dengan cara
berhutang haruslah memikirkan barangan keperluan terlebih dahulu
sebelum barangan kehendak, maka uruslah hutang tersebut sebaik
mungkin supaya ianya tidak menjadi suatu beban yang berat kerana
hutang yang kecil dan tidak diuruskan dengan sebaik mungkin, ianya
boleh membawa kepada kebankrupan.

Khazanah Ulum Ekonomi Syariah, Vol. 1 No. 2, Juli Desember 2016 79


Harmon Amir : Persepsi isi rumah terhadap hutang barangan

80 Khazanah Ulum Ekonomi Syariah, Vol. 1 No. 2, Juli Desember 2016

Anda mungkin juga menyukai