Anda di halaman 1dari 3

IMPROVISASI

Menurut Kamus Dewan: perihal (perbuatan) melaksanakan atau membuat sesuatu secara sembarangan atau dengan tergesa-gesa (dengan menggunakan bahan yang ada sahaja) Sesuatu yang dihasilkan secara sembarangan atau tergesa (bukan yang telah dirancangkan dengan teliti)

Improvisasi ialah :
Aktiviti lakonan spontan Aksi dan dialog dibina sendiri oleh pelakon Mencipta satu idea baru berdasarkan idea yang sedia ada melalui kreativiti pelakon/pelajar Boleh berdasarkan objek, idea atau tokoh/watak dan perwatakan Menuntut imaginasi dan kreativiti yang tinggi

Jenis-jenis Improvisasi
1. Improvisasi berdasarkan situasi/suasana suasana di pasar suasana pilihanraya pertemuan dua sahabat satu kejadian di stesen bas Tinggal seorang diri, terdengar pintu diketuk Didatangi oleh pengemis Menerima satu bungkusan misteri Melihat perlawanan bola sepak Menonton cerita seram

Improvisasi berdasarkan situasi / idea: pengukir, robot dan bahan sastera rakyat seperti Singapura dilanggar Todak

2. Improvisasi berdasarkan watak Ibu tua yang kesepian ditinggalkan anak kesayangan tanpa khabar berita. Setiap hari Si Ibu akan duduk di beranda rumah memandang ke jalan raya menanti kepulangan anaknya. Dari kejauhan Si Ibu melihat seorang pemuda yang mirip anaknya ke rumahnya.Lakonkan watak Si Ibu Improvisasi berdasarkan watak : binatang (membuat justifikasi watak pilih satu binatang yang diminati) dan tokoh

3. Improvisasi berdasarkan petunjuk Guru memberikan beberapa patah perkataan sebagai rangsangan dan murid dikehendaki menyambungnya menjadi ayat atau sebuah cerita. Contohnya, Lelaki itu berjalan seorang diri. .

4. Improvisasi berdasarkan kostum/objek Pakaian, topi selendang dan barang kemas akan dapat mencipta pelbagai perwatakan. Murid melalui pengalaman dan imaginasi mereka akan dapat melakukan aksi spontan. Contoh : Guru memberi seorang murid pakaian kebaya dan selendang sementara seorang murid lain diberikan pula seluar jeans dan kemeja T. Aksi murid pasti berbeza. Improvisasi juga boleh berdasarkan objek : surat khabar, kayu dan kostum 5. Improvisasi berdasarkan bunyi (lagu instrumental bayangan minda, lagu dengan lirik dan mestamu). Improvisasi berdasarkan kesan bunyi (gendang atau tamborin) susunan bunyi pelbagai dicipta oleh kanak-kanak

Peranan Improvisasi dalam pendidikan B.Melayu;


Meningkatkan daya imaginasi dan mencerna idea (menggalakkan KBKK) Merangsang kemahiran berbahasa Menggunakan bahasa secara pragmatik, spontan (lebih bermakna & mengikut situasi) interpersonal Pembelajaran kolaboratif Meningkatkan keyakinan diri Improvisasi berdasarkan objek : surat khabar, kayu dan kostum Improvisasi berdasarkan watak : binatang (membuat justifikasi watak pilih satu binatang yang diminati) dan tokoh Improvisasi berdasarkan bunyi (lagu instrumental bayangan minda, lagu dengan lirik dan mestamu). Improvisasi berdasarkan kesan bunyi (gendang atau tamborin) susunan bunyi pelbagai dicipta oleh kanak-kanak Improvisasi berdasarkan situasi / idea: pengukir, robot dan bahan sastera rakyat seperti Singapura dilanggar Todak Improvisasi bagi menghasilkan karya puisi secara kolaboratif Improvisasi berdasarkan gambar Improvisasi berdasarkan petikan cerita atau insiden tertentu dalam cerita (aksi kaku) Matlamat : kefahaman membaca (penghayatan isi kandungan petikan)

Peranan Improvisasi dalam mata pelajaran lain:


Menjelaskan fakta secara terperinci dan lebih mudah Pembelajaran secara pengalaman sebenar Penghayatan mendalam dan mudah memahami isi kandungan pelajaran Mewujudkan suasana yang menyoronokkan dan pembelajaran secara bersahaja Meningkatkan kreativiti dan pemikiran kritis Menggalakkan kerjasama dan kolaborasi idea Menggalakkan pendidikan kendiri Meningkatkan keyakinan diri dan pembinaan sahsiah yang positif Mengajar kanak-kanak pengurusan masa

Anda mungkin juga menyukai