Anda di halaman 1dari 4

Forum:

Seseorang kanak kanak itu bukan setakat menguasai kemahiran asas literasi, tetapi berkeupayaan
mencapai tahap literasi berkesan dengan menggunakan daya pemikiran dalam pembacaan.
Keupayaan membaca dan memahami sesuatu bahan bacaan sering kali dijadikan kayu ukur
samaada kanak-kanak tersebut berupaya menguasai bidang atau pengetahuan yang lain.
(Mahzan, 2003)

Apakah pandangan anda, bagaimanakah guru berperanan dalam memastikan keupayaan kanak-
kanak dalam memahami sesuatu bahan bacaan?

Menurut Reese, Garnier, Gallimore, dan Goldenberg (2000) pengalaman anak


berinteraksi dengan literasi sejak dini akan menyiapkan mereka mengikuti pembelajaran di
sekolah formal. Pembekalan literasi sejak dini akan menyebabkan anak menjadi seorang
pembelajar sepanjang hidupnya (Bruns & Pierce, 2007). Permasalahan yang timbul adalah,
apakah stimulasi membaca dan menulis sebagai bagian dari perkembangan literasi tepat untuk
diberikan pada anak usia dini?
Kajian struktur otak manusia telah membuktikan bahwa otak manusia mempunyai dua
struktur spesifik, yaitu kawasan Broca yang mengawal pengeluaran bahasa, sedangkan kawasan
Wernicke adalah bertanggungjawab untuk menginter-prestasi bahasa. (Mook Soon Sang, 2013,
P. 104). Menurut kajian Roger Sperry (1981), Kedua bagian otak (otak kanan dan otak kiri)
mempunyai fungsi-fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam
bidang berupa logic, analitis, urutan atau susunan, bahasa, fakta, matematik dan ingatan.
Manakala otak kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis,
warna, reka bentuk seperti corak, pola, ruang, lukisan, gambar, disamping perasaan, irama, music
dan imaginasi. Dua kajian ini membuktikan setiap manusia telah memiliki potensi untuk
berbahasa semenjak dilahirkan.

Perkembangan literasi kanak-kanak tidak terlepas dari awal pengembangan bahasa.


Menurut Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd. Sharani Ahmad (2003, P.152),
Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat dari segi kemampuan menerima, memahami
dan melahirkan semula.

Rohani Abdullah, dkk (2003) menyebutkan perkembangan literasi awal dikalangan


kanak-kanak merangkumi beberapa perkara yaitu:

1. Fizikal yang melibatkan tulisan dan lukisan.


2. Persepsi iaitu menerima dan mengaplikasi tanggapan mereka.
3. Mental iaitu apabila mereka mempunyai idea yang perlu diluahkan dan senantiasa
mahu jawaban terhadap kenapa, bagaimana, di mana, siapa serta kebolehan
melakukan seriasi dan mengkategorikan.
4. Bahasa iaitu dengan menggunakan symbol dan perkataan.
Kurikulum Permata Negara memaparkan objek pembelajaran bahasa, komunikasi dan
literasi awal kanak-kanak yaitu “untuk membina kebolehan bertutur, bersoal jawab, awal baca,
awal tulis dan menanam minat suka membaca sebagai langkah awal kearah pembudayaan ilmu
dalam diri kanak-kanak”. Dapat disimpulkan bahwa literasi awal kanak-kanak lebih kepada awal
membina kemampuan baca tulis dan lebih kepada menanamkan minat suka membaca. Dengan
demikian minat literasi kanak-kanak musti dimunculkan dan ditumbuhkan sejak awal kanak-
kanak sehingga minat dan kecintaan kanak-kanak akan literasi akan terbawa sampai dewasa.
Kanak-kanak belajar melalui melihat, kemudian meniru, setelah meniru kanak-kanak
mencoba mengkreasikan hal-hal baru. Pada saat orang dewasa di sekitar anak mulai berbicara,
beryanyi atau membacakan cerita pada mereka, maka dapat dikatakan anak sudah mulai
mengembangkan pembentukan ‘makna’ pada dunia yang penuh dengan bahasa, baik secara lisan
maupun tulisan (Soderman, Gregory & McCarty, 2005, Tracey & Morrow, 2006).
Untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam memahami suatu bahan bacaan,
guru dapat melakukan pembelajaran yang menarik perhatian kanak-kanak dengan berbagai
kegiatan. Kanak-kanak sangat menyukai bermain dan explorasi. Bermain membantu
mengembangkan imajinasi anak, kreativitas, kemampuan dalam memecahkan
masalah dan meningkatkan keterampilan social (parentingclub.co.id). Mengikut Julia
Dobson (1970) dalam makalahnya yang bertajuk Try One of My Games, menyatakan: “Saya
sendiri mendapati bahawa sesuatu permainan bahasa yang baik sangat berkesan untuk
menghilangkan kebosanan latihan congak di bilik darjah, kerana ia membawakan keseronokan
serta mengurangkan ketegangan di dalam keadaan pembelajaran bahasa, disamping juga
mengukuhkan aktifiti pembelajaran tersebut”. (Mook Song Sang, 2013). Pernyataan Julia
Dobson menunjukkan bagaimana permainan membuat keseronokan dalam pembelajaran tidak
hanya d kalangan kanak-kanak, namun juga dikalangan orang dewasa.
Berikut adalah beberapa kegiatan dalam pengajaran dalam pembelajaran bahasa dan
literasi yang dapat dilakukan Guru untuk memastikan keupayaan kanak-kanak memahami suatu
bacaan:
 Meneka bunyi yang dibunyikan oleh guru dalam bercerita
 Menceritakan pengalaman
 Aktiviti bercerita ulang dibuku gambar mengenai cerita yang didengar
 Mengecam dan menyebut semula perkataan yang didengar
 Aktiviti menceritakan gambar yang ditunjukkan guru
 Permainan “Menyambung cerita”
 Menyanyikan lagu sambil melakukan gerakan sesuai makna lagu
 Aktiviti perbualan dan bersoal jawab tentang tema
 Melakonkan watak dalam cerita
 Prasekolah meyediakan sudut buku bacaan yang menarik
 Mengenal huruf menggunakan kartu huruf atau teknologi
 Permainan mencari abjad yang ada pada nama sendiri
 Menconteng, melukis, menceritakan apa yang sudah ditulis atau dilukis.
 Bermain dengan kad-kad huruf bagi membezakan bentuk
 Bermain dengan perkataan yang mengandungi huruf vokal, konsonan dan
vokal (VKV) disertai gambar, seperti a-bu, i-tu, u-bi
 Bermain mencocokan gambar
 Menulis diatas pasir
 Menulis apa yang dilukis

Guru dapat menyertai media dalam pembelajaran sambil bermain dengan menari, seperti
menggunakan bahan alam, telvon kaleng, boneka tangan, media main peran sehingga anak
merasa sekolah adalah tempat yang menyengkan.

Referensi:

Abdullah, R. Menon, N. & Ahmad, M.S. (2003). Panduan kurikulum prasekolah. Pahang Darul
Makmur: PTS Publications & Distributor SDN.BHD.

Astuti, T.P. (2013). Gambaran perkembangan literasi emergen anak taman kanak-kanak
dengan alat ukur adaptasi get ready to read. Semarang, Indonesia: Universitas Diponegoro.

Astuti, T.P. (2014). Jurnal: Perbedaan literasi emergen anak taman kanak-kanak di daerah
perkotaan dan pinggiran. Vol. 13, No. 2

Kurikulum Permata Negara (2013)

Mok, S.S. (2013). Perkembangan kanak-kanak. Ipoh, Perak: Penerbitan Multimedia SDN.BHD.

Anda mungkin juga menyukai