Anda di halaman 1dari 20

HBMT 4203 : Teaching Mathematics In Form Four

2012

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI 2012

HBMT 4203
PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 4 KEBIMBANGAN DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: 730926055588002 : 730926-05-5588 : : 0142501588 norlizabusu@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tuanku Bainun.

NORLIZA BINTI BUSU 730926055588

HBMT 4203 : Teaching Mathematics In Form Four

2012

ISI KANDUNGAN

PERKARA 1. Pengenalan 2 5. Rumusan 6. Rujukan

M/S 3

16 18

PENGENALAN
NORLIZA BINTI BUSU 730926055588

HBMT 4203 : Teaching Mathematics In Form Four

2012

Kebimbangan dalam matematik atau lebih dikenali sebagai Mathematics Anxiety adalah satu fenomena yang berlaku apabila seseorang itu mempunyai perasaan tertekan dan takut serta bimbang dengan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan nombor mahupun menyelesaikan masalah dalam matematik. Tobias (1998) mendefinisikan kebimbangan matematik sebagai satu perasaan ketidaktentuan kerana tidak dapat menjawab soalan matematik. Manakala Bandalos, Yates dan ThorndikeChrist (1995) mendefinisikan kebimbangan matematik sebagai gabungan melemahkan tekanan ujian, keyakinan diri yang rendah, takut kegagalan dan bersikap negatif terhadap pembelajaran matematik. Kebimbangan matematik ini boleh menyebabkan seseorang berasa tiada keupayaan atau kemampuan untuk menyelesaikan apa jua masalah yang melibatkan pengiraan matematik. Ia juga menyebabkan seseorang itu merasa takut dan fobia dengan apa sahaja yang berkaitan dengan subjek tersebut. Kebimbangan matematik wujud apabila pelajar tidak memahami konsep dan prinsip matematik atau pelajar tidak dapat memberi gambaran bagaimana konsep tersebut berlaku. Pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah matematik tersebut jika tidak memahami konsep kerana sesetengah konsep matematik saling berhubung antara satu sama lain. Kedua, sikap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku juga boleh mempengaruhi ke arah kewujudan kebimbangan terhadap matematik dalam kalangan pelajar. Seorang guru yang menyukai matematik mampu membawa pelajarnya juga turut mencintai matematik. Begitu juga sebaliknya, jika guru tersebut menunjukkan kebencian dan ketakutannya terhadap matematik turut memberi impak negatif terhadap pelajarnya. Ketiga, guru perlu tahu bahawa kewujudan kebimbangan terhadap matematik merupakan tujuan utama mereka untuk membantu pelajar mengatasi kebimbangan matematik mereka, dalam masa yang sama mengawal kebimbangan mereka sendiri. Keempat, adalah membuat perbincangan dan membuat refleksi berdasarkan perkara- perkara yang telah terjadi untuk membuat penambahbaikan bagi mengurangkan kebimbangan tersebut. Guru boleh membantu pelajar yang mengalami kebimbangan matematik dengan mempelbagaikan kaedah dan gaya pembelajaran dalam bilik darjah mereka
NORLIZA BINTI BUSU 730926055588

HBMT 4203 : Teaching Mathematics In Form Four

2012

dan mengubah amalan pengajaran cara tradisional bagi bagi memastikan pelajar boleh Berjaya dalam matematik. Kajian menunjukkan pelajar belajar bersungguh-sungguh apabila mereka aktif daripada pelajar pasif (Spikell, 1993).Ini bermakna, guru perlu mewujudkan pengalaman pembelajaran yang aktif, konsep matematik yang baru seperti memasukkan muzik dalam pengajaran matematik. Teori kecerdasan contohnya mengutarakan cara pembelajaran yang berlainan. Pelajaran dipersembahkan dalam bentuk visual, muzikal, kinestik, interpersonal, intrapersonal dan linguistik. Pelajaran harus dipersembahkan dengan alternatif yang pelbagai seperti menggunakan bantuan visual, berlakon, kumpulan koperatif dan sebagainya. Pelajar zaman sekarang memerlukan praktikal matematik. Oleh itu, matematik perlu relevan dalam kehidupan seharian. Pelajar suka membuat eksperimen ketika belajar matematik, oleh itu pelajar harus melibatkan diri dalam menjelajah, meneka, dan memikir daripada melibatkan diri hanya menghafal peraturan pembelajaran dan prosedur. Kumpulan koperatif pula menyediakan pelajar peluang untuk saling bertukar idea, untuk bertanya soalan dengan bebas, untuk menerangkan kepada satu sama lain, untuk menjelaskan dengan cara yang bermakna dan meluahkan perasaan mereka tentang pembelajaran mereka. Guru boleh mempelbagaikan bahan bantu mengajar supaya pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara berkesan dan boleh meningkatkan kreativiti guru dalam penggunaan bahan-bahan pengajaran. Pelajar dewasa ini, lebih suka menggunakan ICT dan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk belajar. Guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran supaya lebih menarik bagi menarik minat pelajar untuk belajar subjek matematik. Penggunaan ICT, bahanbahan yang maujud akan menjadikan pelajar lebih mudah faham dan minat untuk belajar matematik. Pengajaran dengan cara lama akan menyebabkan pelajar mudah bosan dan tidak berminat untuk belajar. Berdasarkan modul Pengajaran Matematik Tingkatan Empat, terdapat 10 tajuk yang perlu dikuasai oleh pelajar iaitu, Nombor, Set, Matriks, Logik, Polinomial, Urutan dan Siri, Fungsi II, Fungsi III, Statistik Deskriptif 1 dan Statistik Deskriptif II. Di antara kesepuluh tajuk tersebut, tajuk Polinomial. Urutan dan Siri, Fungsi II dan

NORLIZA BINTI BUSU 730926055588

HBMT 4203 : Teaching Mathematics In Form Four

2012

Fungsi III dijangka memberikan kebimbangan kepada pelajar kerana ia merupakan tajuk-tajuk dalam matematik yang agak sukar untuk difahami. Bagi tajuk polinomial, kemahiran yang dijangka menimbulkan kebimbangan matematik kepada pelajar ialah : 5.1.3 5.2.2 5.2.3 6.1.2 6.2.1 6.2.3 6.3 7.2 7.2.3 7.3 7.3.1 8.3 8.2 8.2.3 Pemfaktoran Ungkapan Kuadratik Menulis dan Membentuk Persamaan Kuadratik Punca Persamaan Kuadratik Konvergensi atau Divergence Suatu Siri Urutan Arimetik dan Geometri Siri Geometri Teorem Binomial Fungsi Melakar graf fungsi Fungsi berkala peningkatan dan Penurunan Fungsi Fungsi Gubahan dan Fungsi Songsang Had dan Keselanjaran Bagi Sesuatu Fungsi Keselanjaran

Bagi tajuk Urutan dan Siri pula ialah :

Kemahiran yang menimbulkan kebimbangan pada tajuk Fungsi II pula ialah :

Bagi tajuk Fungsi III pula adalah seperti berikut :

ISI KANDUNGAN a) Temubual dengan guru Matematik Tingkatan 4 Saya telah menjalankan temu bual secara tidak formal di salah sebuah sekolah menengah kebangsaan di daerah Bukit Mertajam, Pulau Pinang berkaitan kebimbangan pelajar Tingkatan 4 terhadap pelajaran Matematik Tambahan dengan dua orang guru yang berpengalaman mengajar mata pelajaran ini. Responden ditemu bual berdasarkan soalan-soalan yang diberikan oleh penemubual. Prosedur yang digunakan semasa sesi temu bual ini adalah seperti berikut :
NORLIZA BINTI BUSU 730926055588

HBMT 4203 : Teaching Mathematics In Form Four

2012

a) Responden diminta untuk menjawab semua soalan yang dikemukan oleh penemubual. b) Semasa responden menjawab soalan tersebut, penemubual memberi arahan kepada responden seperti yang tercatat di dalam jadual 1.1 dan jadual 1.2. c) Dapatan daripada hasil temu bual yang dijalankan direkod dalam bentuk jadual. d) Soalan tambahan temu bual secara tidak formal diajukan kepada responden bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan adil berkenaan dengan kebimbangan metematik dikalangan pelajar Tingkatan 4 : Apakah itu kebimbangan matematik? Kenapa ia berlaku? Siapakah yang mempunyai kebimbangan matematik? Bagaimanakah untuk mengatasi kebimbangan ini?

Maklumat tentang guru yang ditemu bual adalah seperti berikut : Guru Pertama :

Nama guru Umur Kelulusan

: : :

Encik Abu Bakar bin Mustafa 40 tahun Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik (USM)

Pengalaman mengajar : 14 tahun Pada tahun ini beliau mengajar Matematik Tambahan untuk kelas yang pertama. Jumlah pelajar di dalam kelas ini ialah 28 orang. Semua pelajar di dalam kelas ini adalah pelajar Melayu. Sebahagian daripada temubual mengenai kebimbangan matematik bersama beliau adalah seperti berikut :
NORLIZA BINTI BUSU 730926055588

HBMT 4203 : Teaching Mathematics In Form Four

2012

Penemubual En. Abu

: Apakah makna kebimbangan matematik atau Mathematics Anxiety? : Ia adalah rasa dan persepsi yang menjurus kepada ketakutan dan kerisauan pelajar tentang matematik yang hadir kepada pelajar apabila melihat sesuatu berkaitan nombor dan simbol berkaitan matematik.

Penemubual En. Abu

: Kenapa fenomena ini berlaku? : Perkara ini berlaku kerana sifat fobia terhadap matematik telah ditanam dalam diri pelajar itu dari awal mereka mengenali matematik lagi oleh orang yang lebih dewasa.

Penemubual En. Abu

: Bilakah kebimbangan matematik ini mula berlaku pada pelajar? : Apabila pelajar mula naik ke sekolah menengah kerana matematik sekolah menengah lebih subjektif dan memerlukan jalan kerja yang berperingkat-peringkat dan mempunyai rumus yang banyak.

Penemubual

: Apakah tajuk Matematik Tambahan Tingkatan 4 yang sukar difahami oleh pelajar sekolah ini yang menyebabkan kebimbangan matematik ini berlaku?

En. Abu Penemubual En. Abu

: Selalunya tajuk-tajuk yang sukar difahami oleh murid adalah fungsi, Indeks dan logaritma, pembezaan dan penyelesaian segitiga. : Apakah aktiviti kelas yang cikgu lakukan bagi mengurangkan kebimbangan matematik dikalangan pelajar tingkatan 4 ini? : Saya mengamalkan pembelajaran secara koperatif di mana pelajar akan belajar apa yang mereka tidak tahu dan bertukar-tukar maklumat dengan rakan-rakan. Aktiviti pembelajaran menggunakan bahan-bahan maujud seperti komputer ada digunakan. Pelajar belajar atau menyelesaikan soalan yang terdapat dalam laman sesawang internet yang dimuat turun.Pelajar juga diberi aktiviti latih tubi yang banyak untuk memahirkan mereka supaya lebih yakin untuk menjawab setiap soalan semasa peperiksaan.

Penemubual En. Abu

: Apakah reaksi pelajar terhadap aktiviti kelas yang diadakan? : Mereka sukakan pembelajaran yang aktif. Setiap aktiviti yang 7

NORLIZA BINTI BUSU 730926055588

HBMT 4203 : Teaching Mathematics In Form Four

2012

diadakan mereka akan lakukan dengan bersungguh-sungguh. Guru ke dua :

Nama guru Umur Kelulusan

: : :

Puan Lim Lai Yee 37 tahun Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik (UM)

Pengalaman mengajar : 11 tahun Puan Lim mengajar Matematik Tambahan untuk kelas yang kedua. Jumlah pelajar di dalam kelas ini ialah 23 orang. Pelajar di dalam kelas ini semuanya pelajar Melayu. Sebahagian daripada temubual mengenai kebimbangan matematik dikalangan pelajar-pelajar beliau adalah seperti berikut : Penemubual Puan Lim : Apakah maksud kebimbangan matematik yang cikgu fahami? : Kebimbangan matematik adalah satu perasaan kurang yakin yang boleh menyebabkan timbulnya tekanan dalam diri seseorang seperti pelajar terhadap matematik sama ada melibatkan kehidupan seharian mahupun di dalam situasi akademik. Penemubual Puan Lim : Apakah punca perkara ini berlaku? : Hal ini terjadi sebab terdapat pelajar yang mempunyai persepsi yang menyatakan matematik itu susah, secara automatik ia membuatkan pelajar itu takut, risau dan akan mengelakkan diri daripada menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Penemubual Puan Lim : Bilakah situasi ini berlaku? : Apabila ada sesetengah guru yang kurang kreatif dan proaktif

NORLIZA BINTI BUSU 730926055588

HBMT 4203 : Teaching Mathematics In Form Four

2012

semasa Penemubual

proses pembelajaran berlaku sehinggakan pelajar hilang

minat dan seterusnya membenci subjek matematik. : Apakah tajuk Matematik Tambahan Tingkatan 4 yang sukar difahami oleh pelajar kelas cikgu yang menyebabkan kebimbangan matematik ini berlaku? Puan Lim Penemubual Puan Lim : Tajuk-tajuk yang sukar difahami oleh pelajar adalah Fungsi, Persamanan Kuadratik, Indeks dan Logaritma dan Pembezaan. : Apakah aktiviti kelas yang boleh dilakukan bagi mengurangkan kebimbangan matematik dikalangan pelajar? : Setiap hari pelajar menginginkan aktiviti yang berlainan semasa belajar sebagai motivasi untuk belajar. Kita boleh menggunakan pendekatan inkuiri-penemuan, pembelajaran masteri, pembelajaran kontektual dan sebagainya kepada mereka. Penemubual Puan Lim : Adakah pelajar menunjukkan minat terhadap aktiviti kelas yang diadakan? : Ya, mereka libatkan diri dengan aktif.

Maklum balas yang diterima oleh saya berdasarkan hasil temu bual secara tidak formal yang dibuatkan bersama dengan dua orang guru tersebut, dapatlah disenaraikan amalan di dalam bilik darjah yang boleh menyebabkan masalah kebimbangan matematik di kalangan pelajar tingkatan 4 di sekolah ini berlaku ialah; Personaliti dan gaya guru mengajar yang terlalu garang dan mengajar terlalu laju menyebabkan para pelajar tidak menyukai subjek tersebut dan mewujudkan perasaan takut terhadap matematik. Guru yang lemah dengan isi pengajaran matematik itu sendiri juga menyebabkan para pelajar tidak yakin untuk mempelajari matematik. Guru masih mengamalkan pembelajaran cara tradisional. Kaedah pengajaran matematik yang kaku ini dan tidak mempamerkan unsur kreatif tidak dapat menarik perhatian dan minat pelajar. Pelajar akan cuba mengelak daripada belajar subjek ini dan seterusnya membenci subjek matematik ini. Guru seharusnya mencorak bilik darjah yang boleh membuatkan pelajar-pelajar
NORLIZA BINTI BUSU 730926055588

HBMT 4203 : Teaching Mathematics In Form Four

2012

mereka lebih bermotivasi seperti melakukan pembelajarn secara koperatif, pembelajaran masteri, pembelajaran kontektual, pembelajaran masa depan dan sebagainya. Ada juga pelajar dan guru di sekolah ini yang tidak mempunyai hubungan yang baik. Ini menyebabkan guru selalu merendahkan dan terlalu tegas terhadap pelajar tersebut sehingga pelajar berasa takut untuk bertanya. Guru ini selalu menyalahkan pelajarnya kerana tidak memahami pembelajaran yang diajar sedangkan guru itu sendiri tidak pernah mengambil tahu kebajikan pelajarnya dan keperluan mereka. Guru yang tidak menunjukkan minat dengan kerjaya. Apabila guru tidak berminat untuk mengajar dan tidak bermotivasi, mereka akan menarik dan menunjukkan pengaruh ini kepada pelajar. Guru ini juga menunjukkan gaya pengajaran yang kurang menarik dan juga tidak mampu untuk menarik perhatian dan minat pelajar. Ada pelajar yang kurang faham akan sesuatu topik semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku tetapi malu untuk bertanya guru. Bila guru menyuruh mereka untuk menjawab soalan di hadapan, mereka gagal untuk menyelesaikannya. Berdasarkan maklum balas yang diterima hasil temubual secara tidak formal bersama dengan dua orang guru matematik di sekolah ini, saya telah mencadangkan satu sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan Tingkatan 4 bagi mengurangkan kebimbangan matematik dikalangan pelajar. Tajuk yang saya pilih ialah Persamaan Kuadratik. Tajuk ini saya pilih kerana pelajar mengalami kesukaran untuk memahami kemahiran menentukan Jenis Punca Persamaan Kuadratik. Aktiviti Pengajaran : Tajuk Kemahiran : : Persamaan Kuadratik Jenis Punca Persamaan Kuadratik

Pada akhir pengajaran murid-murid dapat : i) Menyelesaikan masalah yang melibatkan b - 4ac dalam persamaan 10

NORLIZA BINTI BUSU 730926055588

HBMT 4203 : Teaching Mathematics In Form Four

2012

kuadratik untuk : a) mencari suatu nilai yang tidak diketahui; dan b) menerbitkan suatu hubungan Bahan bantu Mengajar : Overhead projektor, komputer, modul perisian multimedia, kertas mahjung, papan putih, lembaran kerja. Langkah 1 i) Guru memberikan soalan menyelesaikan masalah yang melibatkan penggunaan pembezalayan yang perlu diselesaikan oleh murid pada tayangan slaid. Persamaan ( k + 1 ) x - 4x + 9 = 0 mempunyai dua punca yang berbeza. Tentukan julat bagi nilai k.

Guru bersoal jawab dengan pelajar berkaitan dengan soalan yang dikemukakan. Contoh soalan : 1. Pernahkah anda mempelajari penggunaan rumus kuadratik untuk mencari punca-punca bagi persamaan kuadratik? 2. Apakah kuantiti yang dinamakan pembezalayan bagi persamaan kuadratik ax + bx + c =0 ? Penerangan pada aktiviti yang dilakukan : Guru boleh menggunakan bahan multimedia iaitu audio visual seperti komputer riba, CD, LCD dan slaid dalam pengajarannya. Bahan multimedia boleh diterjemahkan dalam bentuk gambar, audio visual dan sebagainya. Pelajar akan tertarik dan memberikan tumpuan semasa pengajaran mengunakan multimedia sebagai sumber dijalankan. Penggunaan multimedia juga akan menjadikan corak pengajaran dan pembelajaran semakin cepat, tepat,mudah dan masalah kebimbangan matematik dapat dikurangkan.
NORLIZA BINTI BUSU 730926055588

11

HBMT 4203 : Teaching Mathematics In Form Four

2012

Penggunakan teknik menyoal tentang beberapa perkara mengenai persamaan kudratik yang pernah dipelajari oleh mereka sebelum ini juga boleh digunakan. Guru perlu memberi masa kepada semua pelajar untuk memikirkan jawapan terlebih dahulu sebelum meminta mereka memberikan jawapan dan memberi layanan yang munasabah bagi semua tindak balas yang diberikan oleh pelajar. Teknik menyoal ini menjadikan pelajar lebih yakin, bermotivasi dan rasa dihargai oleh guru. Ini boleh mengurangkan perasaan takut, kerisauan dan kebimbangan mereka terhadap matematik yang dianggap sebagai satu subjek yang susah. Langkah 2 1. Guru menerangkan langkah-langkah pengiraan bagi menyelesaikan masalah pada papan putih. 2. Guru menggunakan kaedah penyelesaian polya. a) Memahami masalah * Diberi persamaan mempunyai dua punca yang berbeza * Cari julat bagi nilai k b) Merancang strategi * Kenal pasti a, b dan c * Gunakan syarat untuk punca berbeza, iaitu b 4ac > 0 c) Melaksanakan strategi ( k +1 ) x 4x + 9 = 0 Maka, a = k + 1 , b = 4, c = 9 b 4ac = ( 4 ) 4(k + 1 )(9) = 16 36(k + 1) b 4ac > 0 16 36(k +1) > 0 16 36k 36 > 0 36k < 20 K < 5
NORLIZA BINTI BUSU 730926055588

12

HBMT 4203 : Teaching Mathematics In Form Four

2012

9 d) Menyemak semula Jika k = 5 9 b 4ac = 16 36 ( 5 + 1) 9 = 16 36 ( 4 ) 9 = 0 Jika k > 5 , 9 K + 1 > 5 + 1 9 > 4 9 36 ( k + 1 ) > 36 ( 4 ) 9 > 16 16 36 ( k + 1 ) < 0 Iaitu, b 4ac < 0 Maka, untuk b 4ac > 0 , K < 5 9 Penerangan pada aktiviti yang dilakukan : Ketika memberi penerangan, guru boleh menjelaskan keempat-empat langkah menikut teknik polya dengan teratur. Guru boleh bertanya pada murid setiap langkah yang kurang difahami. Semasa memberi penerangan dalam pengajaran, guru perlu berkomunikasi dengan berkesan di mana bahasa yang mudah dan lancar perlu digunakannya. Pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai juga perlu digunakan untuk menarik minat murid mengikuti pengajaran. Intonasi suara guru juga perlulah menarik dan lantang. Sikap tegas guru semasa pengajaran dilakukan akan menjadikan pelajar-pelajar berdisiplin maka aktiviti pengajaran dan pembelajara dapat berjalan dengan teratur dan lancar. Guru yang mempunyai ilmu pengetahuan

NORLIZA BINTI BUSU 730926055588

13

HBMT 4203 : Teaching Mathematics In Form Four

2012

yang banyak dan bermotivasi akan menjadikan pelajar-pelajarnya bersemangat untuk belajar dan seterusnya kebimbangan terhadap matematik dapat diatasi. Langkah 3 Aktiviti kumpulan. 1. Membahagikan pelajar kepada kumpulan berempat. 2. Setiap kumpulan melantik seorang ketua dan seorang pencatat. 3. Setiap kumpulan diberikan kertas mahjung dan marker pen. 4. Guru memberikan setiap kumpulan soalan-soalan yang perlu diselesaikan. 5. Semua hasil perbincangan dan langkah-langkah pengiraan dicatatkan dan ditulis pada kertas mahjung. Penerangan pada aktiviti yang dilakukan : Semasa aktiviti kumpulan, guru boleh membahagikan murid kepada kumpulan dengan adil tanpa pilih kasih di antara mereka. Pembelajaran secara koperatif ini, membolehkan pelajar memberi idea dan pendapat masing-masing dengan bebas. Pelajar yang bijak juga boleh membantu pelajar yang lemah. Ini akan menjadikan pelajar lebih yakin untuk menyelesaikan soalan apabila adanya rakanrakan yang sedia membantu dan secara tidak langsung kebimbangan terhadap matematik dapat dikurangkan. PENILAIAN Tinjauan Literatur Pencapaian matematik adalah suatu perkara yang menarik dan sangat penting di sekolah menengah (Noraini, 2002). Pencapaian matematik selalunya dilihat sebagai faktor utama bagi memastikan kejayaan pelajar dalam sistem persekolahan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000). Sehingga kini, pencapaian matematik tambahan masih pada tahap yang tidak memberangsangkan dan membanggakan. Sebenarnya ilmu matematik memiliki ciri-ciri abstrak yang menyebabkan ramai

NORLIZA BINTI BUSU 730926055588

14

HBMT 4203 : Teaching Mathematics In Form Four

2012

pelajar bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia menganggap ia satu subjek yang sukar dan menakutkan (Utusan Malaysia, 10 November 2006). Guru yang mempunyai kebimbangan matematik boleh menyalurkannya kepada para pelajar mereka (Kelly & Tomhave, 1985; Bulman & Young, 1982 and Lazarus, 1974). Ini kerana, para guru boleh secara sedar atau tidak, mempamerkan kebimbangan mereka terhadap subjek matematik. Lazarus (1974) dan Wilhelm dan Brooks (1980) turut menyatakan sifat negatif ibu bapa mungkin disalurkan kepada anak-anak mereka dan kebiasannya telah mengukuhkan lagi kebimbangan matematik di dalam anak-anak mereka. Menurut Puteh (1998), satu kajian telah dibuat tentang kebimbangan Matematik yang berlaku kerana personaliti seseorang guru, kaedah atau teknik pengajaran yang digunakan di dalam kelas. Guru tersebut tidak mempunyai keyakinan yang tinggi ketika mereka menyampaikan ilmu di dalam kelas yang akhirnya boleh mendorong sifat kurang yakin dan kurang berminat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran ini. Seterusnya perkara ini akan menyebabkan pelajar menanamkan sifat takut dan kebimbangan ketika menjawab soalan yang berkaitan dengan matematik. Persepsi pelajar terhadap matematik juga menjadi negatif. Analisis Tamu bual Secara Tidak Formal Bersama Responden Maklum balas yang diterima berdasarkan hasil temu bual secara tidak formal bersama dengan dua orang guru mengenai kewujudan amalan di dalam bilik darjah yang menunjukkan sikap bimbang pada matematik dibahagikan kepada 2 kategori iaitu sikap pelajar itu sendiri dan personaliti guru. dibuat terhadap setiap Analisis secara deskriptif telah soalan yang dikemukakan semasa sesi temu bual.

Perbincangan untuk dapatan keseluruhan mengenai sikap pelajar dan personaliti guru yang boleh mewujudkan kebimbangan matematik adalah dengan merujuk jadual 1.1 dan jadual di bawah.

NORLIZA BINTI BUSU 730926055588

15

HBMT 4203 : Teaching Mathematics In Form Four

2012

Jadual 1.1 Sikap Pelajar Terhadap Kebimbangan Matematik Soalan 1. Menganggap matematik adalah subjek yang susah. 2. Tidak berminat untuk belajar matematik. 3. Tidak memahami pembelajaran yang diajar oleh guru 4. Takut gagal dalam peperiksaan. 5. Kurang bermotivasi dan tidak mahu berusaha. Peratus Responden Ya Tidak 100.0 0.0 100.0 100.0 100.0 100.0 0.0 0.0 0.0 0.0

a) Pelajar menganggap matematik adalah subjek yang susah. Item ini menunjukkan kedua-dua guru (100%) bersetuju bahawa kebanyakkan pelajar di sekolah menganggap bahawa matematik adalah suatu subjek yang susah untuk dipelajari. Mereka susah untuk memahami konsep dan prinsip matematik. b.) Pelajar tidak berminat untuk belajar matematik Dapatan ini menunjukkan bahawa responden yang ditemu bual bersetuju (100%) bahawa pelajar yang mengalami masalah kebimbangan matematik ini adalah terdiri daripada pelajar yang tidak berminat untuk belajar matematik. c.) Tidak memahami pembelajaran yang diajar oleh guru Bagi item ini, sama seperti item di atas di mana responden yang ditemu bual (100%) menyatakan bahawa pelajar yang bimbang akan matematik ini adalah kerana tidak memahami pengajaran guru. Pelajar ini malu untuk bertanya kepada guru tentang kemahiran yang tidak difahami kerana takut dianggap bodoh oleh rakanrakan.

NORLIZA BINTI BUSU 730926055588

16

HBMT 4203 : Teaching Mathematics In Form Four

2012

d.) Takut gagal dalam peperiksaan Item ini menunjukkan kedua-dua guru bersetuju bahawa pelajar mereka mengalami kebimbangan matematik adalah kerana takut gagal dalam peperiksaan. e.) Kurang bermotivasi dan tidak mahu berusaha 100.0 peratus guru bersetuju bahawa pelajar-pelajar yang mengalami masalah ini kurang bermotivasi untuk belajar dan tidak mahu berusaha supaya masalah takut pada matematik ini dapat di atasi. Secara keseluruhannya, kedua-dua responden bersetuju bahawa sikap pelajar itu sendiri yang menjadi punca mereka mengalami kebimbangan matematik. Ini dapat dibuktikan kesemua item yang menjadi punca kebimbangan matematik ini adalah 100.0 peratus.

Jadual 1.2 Personaliti dan Gaya Pengajaran Guru Soalan 1. Guru masih menggunakan kaedah tradisional. 2. Guru yang terlalu garang dan mengajar terlalu laju. 3. Guru yang lemah dengan isi pengajaran matematik 4. Tidak memperdulikan murid dan bersikap pilih kasih. 5. Guru kurang bermotivasi dan kurang yakin Peratus Responden Ya Tidak 50.0 50.0 100.0 50.0 50.0 50.0 00.0 50.0 50.0 50.0

a) Guru masih menggunakan kaedah tradisional semasa proses pengajaran.


NORLIZA BINTI BUSU 730926055588

17

HBMT 4203 : Teaching Mathematics In Form Four

2012

Seorang guru (50%) bersetuju mengatakan bahawa sebab kebimbangan matematik berlaku adalah kerana guru masih lagi menggunakan kaedah tradisional calk and talk semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas. Pembelajaran menjadi kaku dan murid tidak aktif. Sementara seorang guru lagi tidak bersetuju kerana menurut beliau ada guru yang menggunakan teknik, kaedah dan strategi yang pelbagai seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran masa depan, pembelajaran inkuri-penemuan dan sebagainya. b) Guru yang terlalu garang dan mengajar terlalu laju Dapatan menunjukkan kedua-dua responden (100%) mengakui bahawa terdapat guru yang mengajar terlalu garang sehinggakan pelajarnya takut untuk bertanya mana-mana soalan yang tidak difahami dan juga mengajar terlalu laju sehingga pelajar tidak faham setiap langkah pengiraan yang sepatutnya dilakukan. Ini menyebabkan pelajar tidak menyukai dan takut pada matematik. c) Guru yang lemah dengan isi pengajaran matematik Item ini menunjukkan bahawa seorang responden (50% ) bersetuju bahawa terdapat guru yang lemah dengan isi pengajaran matematik menyebabkan pelajar sendiri berasa tidak yakin untuk mempelajari matematik. d) Tidak memperdulikan pelajar dan bersikap pilih kasih Seorang responden (50%) menyatakan terdapat guru yang bersikap pilih kasih semasa mengajar di mana pelajar yang pandai akan dilayan dengan baik dan diberikan keutamaan , manakala palajar yang lemah dibiarkan sahaja tanpa mendapat perhatian yang sewajarnya. Ini menjadikan pelajar rasa diketepikan dan terpinggir lalu masalah membenci matematik akan wujud dalam diri mereka.

e) Guru tidak berminat untuk mengajar dan tidak bermotivasi.

NORLIZA BINTI BUSU 730926055588

18

HBMT 4203 : Teaching Mathematics In Form Four

2012

Terdapat segelintir guru yang tidak berminat untuk mengajar, tidak bermotivasi menyebabkan pelajar juga terikut-ikut dengan caranya. Guru ini tidak menunjukkan gaya pengajaran yang berkesan dan tidak dapat menarik minat murid untuk mempelajari matematik. Item ini terbukti menjadi salah satu sebab kebimbangan matematik berlaku kerana diakui sendiri oleh seorang responden (50%). Secara keseluruhannya kelima-lima item berkaitan dengan personaliti dan gaya pengajaran guru yang disoal semasa temu bual tersebut menunjukkan ada kaitan dengan masalah kebimbangan matematik yang berlaku dikalangan pelajar di sekolah ini. RUMUSAN RUJUKAN Bandalos, D. L., Yates, K., & Thorndike-Christ, T. (1995). Effects of maths selfconcept, perceived self-efficacy, and attributions for failure and success on test anxiety, Journal of Educational Psychology, 87(4), 611623. Noraini Idris. (2002). Developing self-confidence among Malay students: Usage of graphing calculators. Paper presented at the Proceedings of Second East Asia Regional Conference on Mathematics Education in Singapore, Singapore. Tobias, S. (1985). Test anxiety: Inference, defective skills, and cognitive capacity. Educational Psychologist, 20, 135142. Tobias, S. (1998). Anxiety and mathematics. Harvard Education Review, 50, 6370. http://qalish.com/2011/01/kepelbagaian-pelajar.html

NORLIZA BINTI BUSU 730926055588

19

HBMT 4203 : Teaching Mathematics In Form Four

2012

NORLIZA BINTI BUSU 730926055588

20

Anda mungkin juga menyukai