Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PERKHEMAHAN KADET REMAJA SEKOLAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C)

UNIT : Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

PROGRAM / AKTIVITI : Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah TARIKH PERLAKSANAAN : 5 Julai 2012 sehingga 7 Julai 2012. TEMPAT : Padang Sekolah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun, Terengganu. MASA : Bermula jam 2.30 petang (Khamis 5 Julai 2012) sehingga jam 12.00 tengahari (Sabtu 7 Julai 2012).

OBJEKTIF : Untuk memupuk semangat bekerjasama dan yakin diri dalam diri peserta. Untuk memupuk sikap berdikari dan bertanggungjawab dalam diri peserta. Untuk menjalin hubungan baik sesama rakan dan guru SJK (C). Untuk memberi pendedahan, pengalaman serta kemahiran untuk peserta mengurus diri dengan lebih berkesan dan cekap. Untuk menguji daya ketahanan mental, fizikal dan rohani setiap peserta.

KUMPULAN SASARAN : Murid tahun 4,5 & 6 SJK (C). BILANGAN PESERTA : 50 orang (X lelaki, X perempuan)

DAPATAN : 11.1 KEKUATAN :

Peserta perkhemahan mendapat pendedahan tentang realiti kehidupan melalui aktiviti yang dijalankan. Setiap peserta perlu mematuhi masa dan disiplin diri sepanjang perkhemahan ini. Aktiviti yang dijalankan pula dapat memberi pengetahuan dan pengalaman baru yang berguna untuk melengkapkan diri setiap peserta agar lebih bersedia menghadapi cabaran pada masa depan. 11.2 KELEMAHAN :

Terdapat segelintir guru yang masih tidak memakai pakaian seragam unit beruniform semasa upacara perasmian perkhemahan berlangsung. PENAMBAHBAIKAN : Penambahbaikan akan dilakukan bagi memperbaiki keberkesanan program pada masa hadapan.

PENUTUP : Rata-rata peserta perkhemahan memberikan komen yang positif setelah berakhirnya program perkhemahan ini. Nyatanya mereka telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan semua aktiviti sepanjang program ini berlangsung. Semoga program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha untuk melahirkan murid SJK (C) yang seimbang dari aspek rohani, emosi, jasmani, intelek dan sahsiah.

Berikut beberapa rakaman gambar yang berjaya diabadikan sepanjang program ini berlangsung :

Peserta TKRS Putera Sesi ujian

Ujian Kawad

Membetulkan pakaian bagi meneruskan ujian kawad

Barisan Pengelola KRS Daerah

Anda mungkin juga menyukai