Anda di halaman 1dari 2

SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI

DEFINISI ILMU EKONOMI 1. Perkataan Ekonomi berasal dari bahasa Greek iaitu oikos dan nomos = peraturan rumahtangga. - Merujuk kepada kegiatan ketua isi rumah mengurus,memperuntukkan dan mengagihkan semua ekonomi untuk memenuhi kehendak,memaksimumkan kepuasan,memaksimumkan keuntungan dan memaksimumkan kebajikan ahlinya. 2. Definisi oleh Para Ahli Ekonomi Klasik a. Adam Smith = kajian tentang sebab-2 wujudnya kekayaan. b. F.A. Walker = satu cabang ilmu yang berkaitan dengan kekayaan. c. David Ricardo = satu kajian tentang hukum pelbagai jenis golongan masyarakat. d. J.B Say = satu kajian tentang peraturan-2 yang menentukan kekayaan. e. J.S. Mill = satu sains yang berhubung dengan pengeluaran hasil negara dan pengagihannya. Rumusan : kajian sains kekayaan untuk memenuhi keperluan dan kehendak individu, masyarakat dan negara dan cara-2 yang digunakan untuk mencapai kekayaan tersebut. p/s: individu,masyarakat dan negara boleh hidup kaya-raya dan makmur.

3. Definisi oleh Para Ahli Ekonomi Neo-Klasik a. (Ketua) Alfred Marshall = satu kajian tentang kelakuan manusia berhubung dengan cara mereka mendapatkan dan menggunakan keperluan kebendaan mereka. b. Edwin Cannan = matlamat ilmu ekonomi adalah untuk menerangkan faktor-2 umum yang menentukan kebajikan material. c. A.C. Pigou = satu kajian untuk + menambah jumlah pengeluaran untuk meningkatkan taraf hidup. d. William Beveridge = satu kajian tentang kelakuan manusia berhubung dengan cara mereka bekerjasama untuk mendapatkan keperluan kebendaan mereka. Rumusan : kajian sains kebajikan di mana kekayaan material dianggap sumber kepada kebajikan dan kekayaan bukanlah matlamat utama. P/s: kebajikan manusia dapat diperbaiki dan dipertingkatkan.

4. Definisi oleh Para Ahli Ekonomi Moden. a. Diketuai oleh Lionel Robbins = satu sains sosial yang mengkaji tentang bagaimana manusia memenuhi kehendak mereka yang tidak terbatas berbanding dengan punca-2 sumber ekonomi yang terhad dan banyak pilihan kegunaan. b. 4 ciri kehidupan asas oleh Lionel Robbins : i. Manusia ada kehendak untuk dipenuhi. ii. Sumber ekonomi terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terbatas. iii. Sumber ekonomi yang terhad perlu digunakan untuk membuat banyak pilihan kegunaan. iv. Manusia perlu membuat pilihan. Rumusan : Bidang sains sosial yang mengkaji tentang gelagat pelaku ekonomi dalam kegiatan penggunaan,pengeluaran dan pengagihan sumber ekonomi yang terhad berbanding kehendak manusia yang tidak terbatas.

SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI

SOALAN : 1. Apakah definisi ilmu ekonomi ? __________________________________ (JAWAPAN : BAGI JAWAPAN MENURUT EKONOMI MODEN SAHAJA)

Anda mungkin juga menyukai