Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AJK TINJAUAN BINA INSAN GURU FASA 3 PISMP PRPI 2 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

Pada program Bina Insan Guru kali ini, kami semua telah bersetuju untuk mengadakan program khidmat masyarakat di Sekolah Kebangsaan Selanyau, Bekenu. Program Bina Insan Guru ini telah diadakan pada 13 April 2013. Sebelum program ini dilaksanakan, terdapat pelbagai persediaan dan perancangan yang telah diusahakan bagi memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Setiap ahli diagihkan jawatan kerja masing-masing dan bagi AJK Tinjauan ini telah diamanahkan kepada Mohammad Azlan dan Awang Abdul Aziz. AJK Tinjauan ini bertanggungjawab di atas membuat tinjauan dan pantauan ke tempat program yang bakal dilaksanakan. AJK ini merupakan AJK yang diwajibkan untuk bertindak dengan paling awal kerana AJK-AJK yang lain cuma akan dapat bertindak setelah AJK Tinjauan ini selesai melaksanakan tugasnya.

Dengan tugas-tugas yang telah dipertanggungjawabkan ke atas AJK Tinjauan ini, langkah-langkah tersebut telah diambil tindakan dengan segera dan jayanya : Membuat tinjauan ke tempat-tempat yang telah dicadangkan bagi melaksanakan program khidmat masyarakat ini. Terdapat beberapa tempat yang telah dibuat tinjauan dan akhirnya kami semua telah bersepakat untuk memilih Sekolah Kebangsaan Selanyau, Bekenu bagi perlaksanaan program kali ini.

Meninjau persekitaran sekolah dengan mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang program. Mendapatkan gambaran umum struktur kawasan sekolah untuk dikongsikan kepada AJK Keselamatan dan AJK Aktiviti.

Membuat perjumpaan bersama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Selanyau, Bekenu bagi mendapatkan kebenaran dan kerjasama pihak sekolah dalam perlaksanaan program khidmat masyarakat ini. Perjumpaan ini juga turut dihadiri oleh Pengerusi program kami iaitu saudara Rickismail bin Seterik.

AJK Tinjauan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana telah memberikan kerjasama dan komitmen pada tahap maksima sepanjang program ini dilaksanakan. Di sini juga kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan di dalam usaha kami dalam perlaksanaan kerja kami. Semoga di masa akan datang kelemahan dan kekurangan tersebut akan dapat diatasi dengan sebaiknya. Sekian, terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

Awang Abdul Aziz bin Awang Sani, Wakil AJK Tinjauan BIG Fasa 3, PISMP PRPI 2, IPG Kampus Sarawak, Miri.

Anda mungkin juga menyukai