Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN

Aktiviti pengamatan pendengaran 1 -Mengetuk benda satu persatu unuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan bunyinya. Bahan

Paku Tin batang kayu Meja Tempurung Batu

Aktiviti guru/murid 1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu. 2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya. 3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak. 4. Murid menyanyi lagu Mari Bergembira dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau nyanyian guru sendiri. Aktiviti pengamatan pendengaran 2 Mengajuk bunyi haiwan Bahan Aktiviti murid Murid mengajuk bunyi-bunyi haiwan yang terdapat di sekeliling mereka. Aktiviti pengamatan pendengaran 3 Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Bahan Bahan rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, hujan lebat, dan ombak. Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan. Aktiviti guru/murid 1. Rakaman memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman 2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan bunyi itu. 3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan.

Aktiviti pengamatan pendengaran 4 Mengajuk bunyi-bunyi kenderaan yang biasa terdapat dalam kehidupan murid seperti kereta, motorsikal, kapal terbang, kereta api dan lain-lain. Bahan Berbagai-bagai gambar kenderaan seperti kereta, motorsikal, kapal terbang, kereta api dan lain-lain. Rakaman audio bunyi kenderaan Aktiviti guru/murid 1. Guru berbual dengan murid tentang kenderaan dan jentera. 2. Guru memainkan pita rakaman. Murid meneka nama kenderaan atau jentera yang mengeluarkan bunyi itu. 3. Murid melakonkan gaya memandu kenderaan. Aktiviti pengamatan pendengaran 5 Mengajuk bunyi alat-alat muzik Bahan Berbagai-bagai alat muzik seperti gendang, tamborin, kerincing, rekoder, dan harmonika. Aktiviti guru/murid 1. Murid mendengar bunyi muzik daripada pita rakaman dan menyatakan nama alat muzik yang berkenaan. 2. Murid mendengar bunyi dua alat muzik yang hampir sama bunyinya dan menyatakan sama ada bunyi tersebut sama atau berbeza. Aktiviti 6 Aktiviti 7 Aktiviti 8 Aktiviti 9 Aktiviti 10 Aktiviti 11 Aktiviti 12 Aktiviti 13 Aktiviti 14 Aktiviti 15 Aktiviti 16 -- Mengajuk bunyi. -- Menghasilkan bunyi atau nada yang berlainan untuk menentukan perbezaannya. -- Mendengar dan mengecam bunyi yang kuat dan perlahan, suara yang kasar dan halus, bunyi yang bingit dan lunak, dan lain-lain. -- Mendengar dan mengecam berbagai-bagai suara satu persatu daripada pita rakaman. -- Menyatakan samada bunyi atau suara yang didengar sama atau tidak. -- Mengetuk benda-benda seperti kayu, tempurung, tin dan lain-lain dan meneka arah datangnya. -- Mengecam adunan bunyi yang telah dirakam serentak. -- Menyusun benda maujud atau gambar benda mengikut urutan nama yang disebutkan. -- Mendengar dan melakukan arahan. -- Mendengar arahan dan menyampaikan arahan tersebut pada pihak lain. -- Mengajuk bunyi yang terdapat di sekeliling murid yang mirip bunyi s dan k.

Anda mungkin juga menyukai