Anda di halaman 1dari 1

Freddy Vacklean 4 PISMP RBT

Refleksi Amali 1 (Membaca perintang)

Hari ini berlaku proses ulang kaji di mana saya dikehendaki untuk membaca perintang. Subjek RBT 3107 ini merupakan subjek baharu bagi saya pada semester ini dan ini merupakan amali pertama saya. Perkataan perintang bukanlah asing pada saya memandangkan kerana sebelum ini saya telah mempelajari tentangnya semasa di bangku sekolah lagi. Pada mulanya terdetik di fikiran saya bahawa segala ingatan saya tentang nilai perintang berdasarkan jalur-jalur warna yang terdapat pada perintang telah luput dari ingatan. Namun mujurlah ada rakan yang membantu dengan membawa buku-buku yang berkaitan dengan perintang dan ini secara tidak langsung mengembalikan ingatan saya terhadap perintang dan cara membaca nilainya. Pensyarah telah memberikan satu set soalan kepada saya sebagai latihan ulang kaji. Saya membuat latihan tersebut bersungguh-sungguh kerana saya tahu bahawa ini merupakan pengetahuan asas yang perlu dikuasai sebelum saya beralih kepada amali yang seterusnya dan sekali gus sebagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan amali nanti. Antara amali yang dilakukan ialah, membaca dan mencatat nilai perintang. Setiap orang telah diberikan 10 biji perintang di mana tiap-tiap satunya berlainan nilai. Setiap orang dikehendaki untuk melekatkan 10 biji perintang tersebut pada kertas saiz A4 diikuti nilai bacaannya serta pengiraan kadar toleransinya. Melalui amali ini, saya telah belajar dua perkara iaitu mengira nilai toleransi dan membaca nilai perintang. Agak sukar pada mulanya, tetapi berkat bantuan rakan-rakan yang pakar dalam bidang ini, saya mampu mengorak langkah sendiri untuk melakukannya.

Disediakan Oleh, FREDDY VACKLEAN ANAK JILIN 2012121340074

Anda mungkin juga menyukai