Anda di halaman 1dari 31

1.

PENGENALAN

1.1 Lembam (Slow Learner) Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenal pasti pada peringkat awal setelah mendapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira dalam pendidikan. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak lembam kerana permasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan permasalahan mereka dapat dikesan (Jamila 2005). Menurut Messe (2001) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka juga mempunyai masalah dalam memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka. Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat kecuaian, sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang berturutan. Di dalam mata pelajaran matematik, mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik (Jamila, 2005). Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi. Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan. Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharap dan dirancangkan. Terdapat beberapa golongan kanak-kanak yang tidak bernasib baik sehingga menghalang proses-proses pembelajaran berlaku dengan baik dan cemerlang. Antara golongan itu adalah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Secara sedar ataupun tidak, pelbagai pihak telah memainkan peranan masing-masing atas kesedaran untuk tidak meminggirkan kanak-kanak berkeperluan khas. Jika dilihat dari mata kasar pihak-pihak yang paling dekat dengan murid tersebut adalah guru dan ibu bapa. Disamping itu pihak-pihak lain juga turut memainkan peranan agar kanak-kanak berkeperluan khas ini boleh memajukan diri seiring dengan individu yang lain. PKU 3106 Halaman 1

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru juga merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilainya, melapor dan menjalankan tindakan susulan, seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Ujian ialah satu kaedah atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan sifat atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Ujian adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menempatkan calon dalam kumpulan pelajar tertentu dan juga mengenal pasti kelemahan-kelemahan mereka. Bab ini akan mendedahkan anda kepada jenis-jenis ujian dan penilaian serta kaedah pengukuran yang biasanya digunakan dalam bidang pendidikan, khususnya berkait dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

1.2 Pentaksiran Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka.Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Dalam Pendidikan Khas, pentaksiran ialah suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard

PKU 3106

Halaman 2

perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Pentaksiran dalam Pendidikan Khas juga adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya

1.3 Ujian diagnostik Ujian diagnostik ialah ujian yang digunakan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah itu berlaku. Apabila sesuatu sebab dapat dikenal pasti, maka tindakan lanjutan untuk mengatasi masalah ini dapat dirancang dan dilaksanakan oleh guru. Ujian diagnostik biasanya ditumpukan kepada tajuk tertentu dan itemnya dibina secara terperinci supaya masalah yang dihadapi setiap pelajar dapat dikenalpasti bagi tajuk tersebut. Contoh ujian diagnostik ialah ujian bacaan untuk mengenal pasti masalah pelajar mengenal dan menyebut huruf. Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan ini memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan langkah pemulihan kepada murid-murid berkenaan. Di samping mengadakan secara formal iaitu melibatkan pensel dan kertas, ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab, inventori, pemerhatian dan tugasan dari semasa ke semasa. Ujian diagnostik ialah merupakan satu ujian formatif. Data-data yang diperolehi menunjukkan kelemahan dan kekuatan murid. Ujian ini dapat membantu guru mengenalpasti punca kegagalan murid menguasai sesuatu kemahiran. Malahan, analisa keputusan akan membantu guru merancang program pengajaran kepada individu atau kumpulan secara tepat dan sistematik.

PKU 3106

Halaman 3

1.4 Kemahiran sosial Kemahiran sosial adalah tingkah laku yang bersesuaian untuk berinteraksi di rumah, sekolah dan bersama masyarakat. Keupayaan sosial individu yang mampu mencapai kejayaan tanpa menggangu orang lain. Aspek dalam kemahiran sosial adalah kemahiran berkomunikasi, asertif, bergaul, menyelesaikan masalah. Tujuan pentaksiran adalah untuk mengenalpasti murid yang mempunyai kelemahan dalam bersosial dan membantu murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kehidupan seharian mereka. Bahkan membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga hubungan antara masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan.

1.5 Kemahiran tingkah laku Kemahiran tingkah laku melibatkan perangai, kelakuan dan cara seseorang itu membawa penampilan dirinya. Karektor asas benda hidup kerana setiap benda hidup di dunia ini mempunyai perwatakan yang tersendiri. Faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku ialah melalui persekitaran. Walaubagaimanapun, tingkah laku berubah menerusi pembelajaran.

1.6 Kemahiran bahasa Kemahiran bahasa ialah dengan menguasai penggunaan lambang-lambang pertuturan untuk berkomunikasi. Selain itu, memerlukan pemahaman simbol dan maksud perkataan untuk mengintrepetasikan maklumat dan idea.

1.7 Kemahiran matematik Kemahiran matematik adalah keupayaan menguasai pengetahuan tentang perkara asas Matematik seperti nombor dan operasi mudah. Ia penting dalam membantu dalam pelajaran dan aktiviti seharian

PKU 3106

Halaman 4

2.0

METADOLOGI

Bagi menyelesaikan tugasan ini, beberapa kaedah telah dilakukan bagi memastikan setiap maklumat yang diperolehi mempunyai kesahihan serta tepat. Kaedah ini berbentuk kualitatif dan antaranya ialah :1. Ujian Diagnostik Ujian diagnostik telah dijalankan keatas murid. Ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahasa Melayu dan Matematik. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid.

2. Pengumpulan maklumat Pengumpulan maklumat dijalankan dalam mencari maklumat berkaitan teori, latar belakang murid dan kajian yang lepas. Oleh itu, maklumat yang berkaitan dengan teori di perolehi melalui bacaan buku-buku, maklumat di internet dan perkongsian maklumat di antara rakan-rakan. Manakala pengumpulan maklumat mengenai latar belakang murid dibuat melalui buku rekod pelajar.

3. Pemerhatian Bagi pemerhatian, kami telah melakukan pemerhatian tehadap murid ini sejak hari pertama kami disekolah tersebut. Di antara pemerhatian yang dijalankan melibatkan tingkah laku murid ini, cara berkomunikasi dan pergaulannya bersama murid-murid lain, keperibadiannya dan juga emosinya.

4. Temubual Beberapa sesi temubual telah kami jalankan. Di antaranya bersama murid ini sendiri bagi mengetahui masalah sebenar murid ini. Selain itu, kami telah menemubual En. Roselan yang mengajar murid ini bagi kelas pendidikan khas sejak murid ini mula-mula memasuki kelas tersebut bagi mengetahui perkembangan murid ini. Sesi temubual seterusnya adalah bersama dengan PKU 3106 Halaman 5

guru kelas murid ini bertujuan mengetahui sifat peribadi murid serta mengetahui latar belakang murid ini. Beberapa sesi temubual bersama guru-guru matapelajaran lain juga telah dijalankan bagi melihat bagaimana tingkah laku murid ini sepanjang proses pembelajaran berjalan. Temubual terakhir adalah bersama adik kandung murid ini. Temubual ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh murid ini sama ada ianya berpunca dari rumah atau pun sekolah.

PKU 3106

Halaman 6

3.0

CIRI-CIRI (SLOW LEARNER)

Kanak-kanak lembam adalah kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas , mahupun kurikulum di sekolah biasa serta terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah, objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah atau rendah. Menurut guru bahasa Melayu, En. Othman, Amirul adalah seorang kanak-kanak yang tekun dalam pembelajarannya walaupun Amirul adalah seorang kanak-kanak yang lembam. Amirul cekap dalam membuat latihan yang diberikan. Menurutnya lagi, Amirul adalah pelajar yang sentiasa memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar, namun Amirul kadang kala dilihat sukar memahami sesuatu pengajaran sehinggakan Amirul memerlukan pengulangan semula atau tunjuk ajar semula oleh guru. Amirul juga dilihat kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah. Dia sering mengganggu rakan-rakannya ketika di dalam kelas. Menurut guru kelasnya, Amirul juga kerap tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks. Dia akan meninggalkan tugasan yang sukar dilakukannya begitu sahaja.

PKU 3106

Halaman 7

3.0

PEMERHATIAN KEMAHIRAN SOSIAL

3.1 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemahiran Sosial Meskipun faktor genetik memiliki pengaruh yang kuat, hasil pada kajian tersebut juga menunjukkan bahawa lingkungan juga merupakan faktor penting. Lingkungan benar-benar menimbulkan perbezaan intelektual. Genetik dapat dianggap sebagai penentu batas atas dan bawah kemampuan intelelektual tetapi pengaruh lingkungan akan menentukan di mana letak IQ murid tersebut (Atkinson, dkk, 1983, h. 135). Keadaan lingkungan ini meliputi pemakanan, kesihatan, kualiti stimulasi, pengaruh emosi keluarga, yang diperoleh melalui tingkah laku. Zat pemakanan penting sekali bagi perkembangan otak murid. Pemakanan yang sihat mempengaruhi kesihatan murid. Murid yang sihat perkembangannya akan lebih optimal. Berdasarkan penelitian Ramey, dkk (Santrock, 2007, h. 148), masa pendidikan awal yang berkualiti tinggi (hingga usia lima tahun) secara signifikan akan meningkatkan intelektual murid dari keluarga miskin. Berikut ini adalah kesan lingkungan yang berbeza terhadap IQ, berdasarkan penelitian yang dilakukan Beyley bahawa status sosial-ekonomi keluarga mempengaruhi IQ murid (Atkinson, dkk, 1983, h. 137): kesan lingkungan yang berbeza terhadap IQ berdasarkan pandangan di atas dapat disimpulkan bahawa, individu dapat memiliki IQ sekitar 65 jika dibesarkan di lingkungan miskin, tetapi dapat memiliki IQ lebih dari 100 jika dibesarkan di lingkungan sederhana atau kaya. Penelitian tersebut menjelaskan hubungan yang erat antara pengaruh sosial-ekonomi keluarga dengan lingkungan, seperti pemakanan, kesihatan, kualiti stimulasi, dan pengaruh emosi keluarga. Keluarga mempengaruhi bagaimana keluarga mengasuh anak mereka. D.Slow-Learner dan Kemampuan Aktualisasi Diri Belajar pada dasarnya merupakan proses usaha aktif seseorang untuk memperoleh sesuatu, sehingga terbentuk perilaku baru menuju arah yang lebih baik. Kenyataannya, murid seringkali tidak mampu mencapai tujuan belajarnya atau tidak memperoleh perubahan tingkah laku sebagai mana yang diharapkan. Hal itu menunjukkan bahawa murid mengalami kesulitan belajar yang merupakan hambatan dalam mencapai hasil belajar. Sementara itu, setiap murid dalam mencapai tahap pembelajaran, mempunyai kemampuan yang berbeza-beza. Terdapat murid yang dapat mencapainya tanpa kesulitan, akan tetapi banyak pula

PKU 3106

Halaman 8

murid mengalami kesulitan, sehingga menimbulkan masalah bagi perkembangan pribadinya. Perhatian kepada murid slow learner, iaitu memberikan bantuan khusus kepada murid untuk memperoleh pemahaman diri, pengarahan diri dan integrasi sosial yang lebih baik, sehingga dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan dirinya mahupun dengan lingkungannya. Setiap fungsi pendidikan itu, pada dasarnya bertanggung jawab terhadap proses pendidikan pada umumnya. Termasuk seorang guru yang berdiri di depan kelas, bertanggungjawab terutamanya dalam membeikan perhatian kepada murid tersebut. Guru dapat membawa setiap murid ke arah perkembangan individu yang optimal mungkin dalam hubungannya dengan kehidupan sosial serta tanggungjawab moral. Dalam proses belajar dan mengajar, kondisi slow-learner menjadi hambatan bagi anak untuk berprestasi di bidang akademik, tetapi tugas guru dan sekolah adalah membuat murid tetap dapat mengaktualisasikan dirinya sesuai dengan kemampuannya. Murid tetap dapat berkembang di bidang-bidang tertentu, bahkan lebih cerdas daripada anak normal pada bidang-bidang tersebut. Maka, slow-learner bukanlah suatu hambatan yang menentukan segala-galanya dalam kehidupan murid. Menurut Gardner (Santrock, 2007, h. 140), terdapat banyak jenis inteligensi spesifik dan dengan spesifikasi ini seorang anak dapat menggambarkan sifat peribadinya kelak, sebagai wujud aktualisasi dirinya. Melalui pemerhatian kemahiran sosial Amirul, murid ini mudah bergaul dan menerima orang lain semasa berkomunikasi bersamanya. Murid ini juga mudah bergaul dengan rakan sebayanya dan merupakan seorang murid yang bijak berbanding rakan sebayanya. Apabila Amirul tidak memahami sesuatu konsep pembelajaran yang dipelajari, murid ini akan bertanya soalan kepada guru sehingga dia faham dan menerima pelajaran tersebut. Amirul juga seorang yang ringan tulang apabila menerima arahan daripada guru dan rakan sebaya yang memerlukan bantuan.

PKU 3106

Halaman 9

3.2 Asas pendidikan pemulihan kepada murid-murid pemulihan a) Pengajaran Secara Individu Zakaria Abdul Rahman (1992) mengatakan sekiranya terdapat satu kebenaran tentang pembelajaran, ia adalah satu penyataan bahawa setiap individu itu berbeza dan pembelajaran patutlah bermula daripada tahap pelajar berada ke tahap yang dapat dicapai olehnya. Oleh itu sebagai seorang murid yang lembam pengajaran secara individu akan berlangsung dalam RPI kerana mereka memerlukan pengajaran secara individu khusus untuknya. Justeru itu, terdapat beberapa jenis pengajaran individu yang dijalankan mengikut tujuan dan objektif pengajaran tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) telah menjeniskan pengajaran individu kepada empat, iaitu Munsyi atau tutoring, kursus melalui pos, Rancangan Berunit Mengikut Kecepatan Sendiri dan Pengajaran Terancang, dan Pengajaran Berbantukan Komputer. Namun, pengajaran melalui pos tidak bersesuaian atas murid lembam kerana tidak bersesuaian dengan tahap murid tersebut.

b) Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan Power Point dalam komputer dan electronic dictionary dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak lembam untuk mempelajari subjek yang diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran konvensional yang stereotype. Sebagai contoh, Edyburn (1991) telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar istimewa lebih berjaya memperoleh maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian menunjukkan penggunaan komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran (Jones, Torgeswn dan Sexton, 1987: Torgesen, 1986).

PKU 3106

Halaman 10

c)

Terapi Hidro

Selain itu, kanak-kanak tersebut juga seharusnya menjalani terapi. Terapi hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental kanak-kanak dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja. Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenang walaupun pada permulaannya sesetengah kanak-kanak akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanak-kanak ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung telah dapat melatih membina keyakinan diri kanak-kanak "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-kanak tersebut.

d) Cara Kerja Cara kerja pula boleh membantu murid-murid slow learner menjalankan aktiviti. Guru boleh melatih mereka bagaimanakah cara kerja yang betul, agar dapat menyiapkan atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan betul dan cepat. Bagi murid slow learner mereka boleh menjalankan aktiviti tetapi lambat menyelesaikannya. Sebagai contoh di sini, apabila guru meminta murid mengangkat kotak hadiah yang berwarna biru. Guru memberikan arahan ini berulangkali. Guru tidak harus jemu untuk mengulang-ulang apa sahaja kerana murid-murid ini kurang berupayaan untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. sahaja. Guru memberikan bimbingan kepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru tersebut.

PKU 3106

Halaman 11

e) Perkhidmatan Pemulihan Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai iltizam terhadap khidmat sokongan dalam konsep pemulihan menyeluruh berdasarkan prinsip pendekatan pelbagai disiplin untuk Orang Kurang Upaya (OKU). Perkhidmatan ini meliputi di institusi dan di luar institusi dan termasuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO). Perkhidmatan di luar institusi menyediakan pelbagai program bagi membolehkan OKU diintegrasikan sebagai ahli masyarakat, persekitarannya dan seterusnya membolehkan mereka berdikari daripada segi ekonomi dan sosial. Manakala perkhidmatan di institusi pula memberikan kemudahan penjagaan, rawatan dan latihan kepada OKU bagi menjadikan mereka sebagai ahli masyarakat yang produktif. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, telah diwujudkan kelas-kelas khas yang mengandungi sukatan pelajaran yang dikhaskan mengikut keperluan mereka. Contohnya seperti Kelas Pendidikan Khas dan juga Kelas Pemulihan Khas. Pendidikan yang mana disediakan untuk mereka menampilkan para pendidik yang telatih dalam pengurusan kanak-kanak berkeperluan khas ini.

PKU 3106

Halaman 12

4.0

KEMAHIRAN TINGKAH LAKU

4.1 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemahiran Tingkah Laku Menurut Jongmanns et. al (2003), kanak-kanak dengan masalah DCD dan Learning Disabilities (LD) adalah lemah dalam semua prestasi yang melibatkan kognitif dan motor. Bahagian hadapan otak berfungsi untuk memproses maklumat Namun kerosakkan di bahagian tersebut akan menyebabkan sebahagian persepsi motor dan simptom kognitif menyumbang kepada masalah pembelajaran (Habib, 2000). Namun kanak-kanak dengan masalah DCD dan LD memerlukan masa untuk memproses maklumat bagi menentukan pergerakan yang perlu dilakukan. Kecelaruan tingkah laku dan emosi bukan sahaja berlaku kepada orang dewasa tetapi juga berlaku terhadap kanak-kanak. Menurut IDEA masalah tingkahlaku dan emosi boleh dikenalpasti melalui seseorang itu tidak mampu untuk belajar dan tidak dapat dijelaskan melalui kemampuan intelek, deria atau faktor perubatan. Seseorang itu juga tidak mampu membina serta mengekalkan hubungan dengan rakan sebaya dan guru. Mereka mempunyai tingkah laku dan emosi yang sukar dikawal. Mereka juga seolah-olah mengalami masalah tekanan perasaan dan yang terakhir mereka mempunyai simpton-simpton fizikal seperti ketakutan dengan masalah peribadi atau masalah di sekolah. Biasanya kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi memaparkan ciri-ciri berikut. Mereka tidak dapat bercakap dengan lancar meskipun mereka sudah mencapai tahap umur mereka sudah membolehkannya. Prestasi kognitif mereka kurang memuaskan. Mereka malu untuk bersosial tetapi menunjukkan tingkah laku yang hiperaktif seperti suka mengacau orang lain, suka merayau, pemarah, kurang sabar dan resah gelisah. Ada dikalangan mereka juga yang suka bersendirian dan selalu termenung. Berdasarkan daripada kajian dan pemerhatian, didapati tingkah laku bermasalah Amirul ini timbul kerana kurangnya keupayaannya dalam proses mengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan Amirul serta seterusnya mengganggu kestabilan dan keharmonian persekitarannya rakanrakannya.

PKU 3106

Halaman 13

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dapat dikenal pasti Amirul ini seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, rakan sebaya dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.

4.2 ASAS PENDIDIKAN PEMULIHAN 4.2.1 Kaedah kumpulan Kaedah ini bererti murid belajar dan membuat kerja dalam kumpulan. Kebiasaannya, kumpulan ini diwujudkan berdasarkan kebolehan atau pun perbezaan minat. Semasa Amirul di dalam kelas, dapat dilihat sememangnya mudah mengajar Amirul secara kumpulan berbanding individu kerana murid mempunyai daerah kelemahan yang sama. Oleh yang demikian, bahan yang hendak dihasilkan juga mudah. Dengan adanya kaedah ini akan dapat membantu kelancaran komunikasi sesama murid, saling bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dan berkongsi idea.

4.2.2 Kaedah individu Selain itu, kaedah ini juga menekankan tumpuan guru hanya kepada seorang murid sahaja. Kebiasaannya, murid dalam kategori ini lebih mudah diurus kerana guru tidak mengalami gangguan banyak mulut daripada murid semasa mengajar. Guru akan lebih mudah fokus kepada objektif pembelajaran murid dan murid berasakan mendapat lebih perhatian daripada guru.

PKU 3106

Halaman 14

4.2.3 Kaedah rakan sebaya Apabila kami mengajar Amirul di dalam kelas yang mempunyai kelompok slow

learner, kami telah menggunakan kaedah ini. Kebiasannya, murid-murid yang dilihat matang dan lebih cerdik daripada rakan yang lain akan dibimbing dan dilatih untuk membantu melicinkan pengajaran dan pembelajaran. Melalui pemerhatian kami, Amirul dapat menerima bantuan pembelajaran melalui rakan sebayanya apabila Amirul tidak faham akan sesuatu pelajaran yang dipelajari dan bertanya soalan kepada rakan yang lain.

PKU 3106

Halaman 15

5.0

KEMAHIRAN BAHASA

5.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran bahasa Amirul merupakan pelajar yang lebih bijak berbanding rakan-rakannya yang lain. Di dalam keluarganya, Amirul adalah salah satunya anak atau adik beradik yang berkeperluan khas. Amirul mempunyai adik di sekolah yang sama. Akan tetapi, adiknya berada dalam aliran perdana. Menurut gurunya, Amirul bukanlah daripada keluarga yang berada. Oleh kerana kemiskinan keluarga mereka, maka Amirul serta adik beradik yang lain kekurangan perhatian serta kasih sayang daripada ibu bapanya. Ibu bapanya sentiasa sibuk sehinggakan tiada masa untuk diluangkan bersama anak mereka di rumah. Oleh kerana kurangnya perhatian, maka Amirul sering terpengaruh dengan rakan-rakan yang agak nakal di rumahnya. Jadi, ini adalah punca utama bagaimana Amirul terpengaruh dalam pergaulannya yang agak kasar. Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci punca -punca kegagalan dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh LPPKN denagn kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca yang dikaenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa yang seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca. Sesetengah kanak-kanak pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakanrakan sebayanya. Apa yang menarik ialah kanak-kanak yang bermasalah ini menunjukkan kemajuan yang amat menggalakan apabila dinilai sekali lagi enam bulan kemudian. Pada pendapat saya, Perkembangan yang positif ini adalah juga disebabkan oleh perhatian yang lebih oleh guru-guru terhadap kanak-kanak tersebut. Setelah mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan-kelemahan muridnya, guru dapat menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu kanak-kanak itu PKU 3106 Halaman 16

membaca, menulis dan mengira dengan cepat. Ibu bapa juga turut memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajaran anak mereka. Si anak sendiri akan lebih bermotivasi setelah mendapat perhatian, sokongan dan bimbingan daripada ibu bapa dan guru.

5.2 Ujian diagnostik kemahiran bahasa Ujian diagnostik bahasa dibina berdasarkan beberapa perkara iaitu diagnostik pengamatan, diagnostik lisan dan diagnostik tulisan. Tujuan pelaksanaan ujian diagnostik pengamatan ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti gerak mata, koordinasi mata-tangan dan kecekapan saraf. Sebahagian soalan mengandungi arahan-arahan yang perlu disebut oleh guru dan dilakukan oleh murid. Manakala tujuan pelaksanaan ujian diagnostik lisan adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti pertuturan, gagap, gerak mata, membaca, menyebut, mengeja, membatang perkataan. Sebahagian soalan ada meminta murid memberikan pendapat mengenai sesuatu gambar yang ditunjukkan. Selain itu, tujuan pelaksanaan ujian tulisan pula adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid dari segi pergerakan tangan dan mata. Murid diuji secara langsung berdasarkan soalan dalam aspek koordinasi mata dan tangan, kekemasan menulis, menulis dengan cermat, tulisan yang boleh dibaca, setara dan berstruktur. Sebahagian soalan akan menyerlahkan kesilapan murid semasa menulis seperti menulis terbalik, menulis tidak mengikut susunan, tulisan comot, struktur ayat yang bercampur aduk hufur besar dan kecil. Selesai pelaksanaan ujian diagnostik, guru bolehlah membuat analisa setelah mengetahui daerah kelemahan murid. Di sini, guru perlu mengasingkan murid mengikut daerah kelemahan masing-masing. sekiranya murid A, B dan F tidak boleh mengeja suku kata KV+KVKK, guru perlu meletakkan mereka dalam satu kumpulan. Jika murid C, G dan H tidak boleh membina ayat, mereka perlu diasingkan dalam satu kumpulan yang lain. Berdasarkan ujian diagnostik bahasa yang telah kami jalankan ke atas Amirul, ternyata Amirul tidak menghadapi masalah dalam penguasaan bahasanya. Amirul memahami maksud ayat serta boleh mengisi tempat kosong dengan jawapan yang

PKU 3106

Halaman 17

tepat. Namun, dari aspek sebutan, Amirul masih mengalami kecelaruan dalam sebutannya. Berdasarkan pemerhatian kami, Amirul mengalami kekeliruan untuk menyebut tiga abjad dalam satu sukukata seperti suara, Amirul akan menyebut surat. Apabila kami membahagikan sukukata, Amirul dapat mengeja dengan betul walaupun sebutannya makna perkataan masih tidak tepat. Antara lain, perkataan peperiksaan hanya dapat dieja oleh Amirul, tetapi Amirul tidak dapat menyebut e pepet. Dalam perkataan fenomena pula, telah berlaku pengguguran konsonan apabila Amirul hanya menyebut fenona. Amirul juga menghadapi masalah untuk membezakan bunyi vokal e taling ataupun e pepet. Amirul juga tidak dapat membayangkan sesuatu yang abstrak. Sebagai contoh, kusut masai. Amirul akan menyebut kasut misai. Ini adalah kerana kasut sesuatu yang konkrit dan dapat dilihat olehnya. Keseluruhannya, Amirul masih memerlukan bimbingan guru untuk menyebut perkataan yang sukar, malahan memerlukan pembahagian sukukata sekiranya sukukata tersebut mengandungi lebih daripada tiga abjad dalam satu sukukata. Amirul juga mengalami masalah membaca lambat. Ini kerana, apabila diberikan petikan ayat, Amirul akan membaca lancar, tetapi sebutannya lambat untuk menyebut satu-satu perkataan tersebut. malahan, Amirul turut mengalami masalah perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat. Aktiviti perbendaharaan seterusnya, saya membacakan cerita pendek dengan kuat, jelas, lancar dan meminta Amirul mendengar dengan teliti. Tiga perbendaharaan kata di dalam cerita tersebut, telah siap digaris oleh saya dengan pelbagai warna. Selepas itu, saya akan meminta Amirul membaca semula cerita pendek tersebut. walaupun lambat, Amirul dapat menyebutnya dengan betul, kecuali beberapa perkataan sahaja. Seterusnya, saya ,mengeluarkan tiga perbendaharaan kata yang bergaris dalam cerita tersebut. Saya akan menerangkan makna setiap perbendaharaan kata yang hendak saya ajarkan. Saya akan mendapatkan respon Amirul dengan bertanyakan soalan, adakah kamu faham maksud perbendaharaan kata yang diajar tadi?. Namun Amirul menggelengkan kepalanya dan mengarukan kepalanya tandanya dia tidak memahami perbendaharaan kata tersebut. malahan, saya meminta Amirul membina ayat berdasarkan apa yang difahaminya, dia akan mendiamkan diri dan tidak melakukan apa yang disuruh.

PKU 3106

Halaman 18

Dalam percakapan hariannya pula, kami diberitahu oleh guru-guru serta pembantu pendidikan khas bahawa Amirul sering menggunakan percakapan yang agak kasar ketika bercakap dengan rakan-rakannya.

6.0

KEMAHIRAN MATEMATIK

Berdasarkan kandungan ujian diagnostik matematik, kami telah menjalankan empat peringkat kemahiran matematik kepada Amirul. Ujian yang dijalankan mengandungi komponen pra nombor, kenal nombor, operasi asas dan tahu nilai. Kami telah berjumpa dan berbincang dengan guru Matematik di kelas PKBP, En. Roselan bin Awang dan beliau telah memaklumkan bahawa kebanyakkan muridmurid PKBP menghadapi masalah dalam pembelajaran Matematik. Kebanyakan mereka mempunyai daya ingatan jangka pendek sahaja. Mereka dapat menguasai kemahiran yang dipelajari pada hari tersebut tetapi gagal mengingati pelajaran yang sebelumnya. Langkah seterusnya kami telah berbincang dan membina soalan ujian yang pendek bagi tajuk tambah untuk dijawab oleh beberapa orang murid. Melalui ujian tersebut, terbukti beberapa orang murid tidak menjawab langsung atau hanya menjawab beberapa soalan. Juga didapati mereka gagal menjawab dengan betul. Melalui ujian tersebut kami dapati Amirul, telah dapat menjawab dengan baik soalan tambah tanpa mengumpul semula. Bagi soalan mengumpul semula, Amirul gagal menjawab soalan tambah tiga digit dengan dua digit melibatkan mengumpul semula. Semasa ujian tersebut dijalankan saya membuat pemerhatian tanpa sebarang teguran dan kami dapati Amirul belum menguasai cara menambah yang melibatkan mengumpul semula. Sebagai contoh semasa menjawab 129 + 72, Amirul memberikan jawapannya 191. Kami dapati Amirul dapat membilang dengan betul semasa operasi menambah tetapi hanya sedikit kesilapan sahaja yang dilakukannnya iaitu cara menulis apabila melibatkan mengumpul semula yang belum dikuasainya.

PKU 3106

Halaman 19

Untuk membetulkan kesilapan atau kekeliruan yang dialami oleh Amirul itu, kami telah menggunakan pendekatan pengajaran konstruktivisme, supaya pengetahuan tersebut dapat dibinanya sendiri melalui aktiviti atau pengalaman yang dilaluinya. Oleh itu kami memberi ruang yang secukupnya untuk Amirul berinteraksi dengan bahan pengajaran. Pembelajaran ini lebih tertumpu atau berpusatkan kepada Amirul sendiri sedangkan kami hanya membantu memudahkan pembelajaranya sahaja. Kami telah merancangkan supaya Amirul mengukuhkan konsep mengumpul semula yang menjadi kecelaruan dalam dirinya itu melalui pengalaman konkrit, kemudian diikuti dengan pengalaman secara semi konkrit dan seterusnya aktiviti secara abstrak. Aktiviti abstrak tersebut hanya dapat dilaksanakan apabila konsep mengumpul semula benar-benar difahaminya.

6.1 Pendekatan Pengajaran Matematik Dalam proses untuk membantu Amirul menguasai mata pelajaran Matematik khususnya dalam kemahiran tambah dengan mengumpul semula, pendekatan yang difikirkan sesuai ialah pendekatan konstruktivisme. Konstruktivisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Disamping itu konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Saunders (1992) juga menjelaskan bahawa konsruktivisme ialah suatu proses di mana seseorang membina kefahamannya sendiri terhadap sesuatu ilmu yang telah dipersembahkan kepadanya dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan lepas yang adaptasikan olehnya. Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Menurut http://www.my-rummy.com dalam matematik kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunapakai untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang akan dipelajari pada masa yang akan datang.

PKU 3106

Halaman 20

Implikasi daripada pendekatan konstruktivisme ini, dapatlah dinyatakan bahawa : i. ii. Pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid. Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. iii. Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang

menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru. iv. Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. v. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif

Kesimpulannya pendekatan konstruktivisme adalah seperti yang dinyatakan oleh Nik Aziz Nik Pa dalam Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh indidvidu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih.

6.2 Aktiviti Intervensi Khusus Matematik Dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik bagi tajuk tambah dengan mengumpul semula bagi tiga digit dengan dua digit, saya memilih untuk melakukan aktiviti konkrit, kemudian diikuti dengan aktiviti semi konkrit dan diakhiri dengan pengiraan secara abstrak. Menurut C. Thomas dalam Open University Malaysia (2007), aktiviti konkrit semi konkrit abstrak merupakan urutan aktiviti intervensi khusus yang tepat dan mesti diberikan kepada kanak-kanak dalam memupuk

PKU 3106

Halaman 21

kefahaman yang betul tentang matematik melalui penggunaan konsep, kemahiran dan masalah-masalah matematik yang menggunakan perkataan secara tersusun. Dalam pengajaran secara individu yang telah dirancangkan tersebut saya telah memilih untuk menggunakan dekak-dekak sebagai aktiviti konkrit. Misalnya dalam mengira 143 + 39 = ______. Murid tersebut akan menambahkannya dengan cara menggunakan dekak-dekak. Sebelum itu murid telah menguasai hubungan sa, puluh dan ratus pada dekak-dekak. Setelah murid dapat melakukan kiraan tambah dengan mengumpul semula dengan menggunakan dekak-dekak, murid mula dapat membuat kesimpulan apabila jumlahnya melebihi daripada 10 maka satu akan dikumpulkan kepada tempat puluh. Penguasaan murid menyelesaikan kiraan ditunjukkan apabila murid dapat membuat kiraan semakin pantas. Kemudian barulah guru memperkenalkan aktiviti mengira secara semi konkrit. Misalnya dalam soalan 143 + 39 = ______. Murid dibimbing untuk menggunakan simbol-simbol yang sesuai untuk membuat kiraan.

Perubahan aktiviti konkrit kepada semi konkrit hanya berlaku apabila murid telah menguasai kemahiran tambah dengan mengumpul semula dengan melalui aktiviti konkrit dan begitulah selanjutnya Setelah murid benar-benar mantap mengira dengan menggunakan aktiviti semi konkrit, barulah murid didedahkan membuat latihan pengiraan secara abstark. Penggunaan buku kotak adalah lebih sesuai semasa membuat latihan mengira tersebut. Kesimpulannya demikianlah intervensi khusus Matematik yang kami jalankan dalam aktiviti pengajaran bagi kemahiran tersebut kepada Amirul.

PKU 3106

Halaman 22

6.3 Strategi pengajaran Sebelum menjalankan ujian keatas Amirul, kami terlebih dahulu akan menjalankan temubual bersama guru kelas Amirul akan pembelajaran serta sikapnya di dalam kelas. Selain guru kelasnya, kami turut menemubual pembantu Pendidikan Khas dan adiknya, Aisyah yang berada di aliran perdana. Dalam temubual tersebut, kami dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh Amirul. Setelah mengetahui masalah yang dihadapinya, kami bersama-sama mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet mahupun buku-buku di perpustakaan sekolah. Kami juga akan merujuk guru yang mengajar subjek mata pelajaran di dalam kelasnya. Kami juga tidak lupa meminta contoh-contoh latihan yang telah dibuat oleh Amirul sebelum ini. Setelah menyediakan kit pengajaran dan latihan yang bersesuaian, kami telah menjalankan pembelajaran dalam suasana yang sesuai dan menyeronokkan. Amirul juga banyak memberikan tumpuannya kerana jelas kelihatan bahawa dia tertarik mengikuti sesi pembelajaran tersebut. di samping itu, kami telah menjalankan ujian ke atas Amirul yang turut diikuti oleh rakannya. Ini adalah kerana pelajar lain juga ingin menyertai sesi pembelajarn tersebut, namun perhatian yang lebih khusus diberikan kepada Amirul. Pada permulaan pengajaran, kami akan mengajar dari aras senang ke susah. Dalam kemahiran bahasa, kami akan membuat pengajaran yang dimulakan dengan abjad, seterusnya ke perkataan dan ayat. Pembelajaran juga adalah dari konkrit ke abstrak. Namun, Amirul mengalami masalah untuk memahami sesuatu yang abstrak. Manakala, dalam kemahiran Matematik, kami akan membuat latihan dari nombor mudah ke nombor susah. Dari latihan tambah dan tolak, ke latihan darab. Jadi, dalam kemahiran Matematik ini, kami akan melibatkan seberapa banyak pancaindera yang perlu digunakan oleh Amirul. Banyak latih tubi mahupun pengukuhan telah kami berikan. Ini adalah untuk mengukuhkan kefahaman Amirul dalam sesuatu kemahiran. Walaupun Amirul kerap melakukan kesalahan dalam latihannya, namun kami tidak mengenakan dendaan, malah teguran serta pengajaran dan bantu semula kepada Amirul.

PKU 3106

Halaman 23

7.0

IMPLIKASI

PENDIDIKAN

PEMULIHAN

KEPADA

MURID-MURID

PEMULIHAN Rasionalnya pendidikan pemulihan adalah amat penting kerana melalui pendidikan pemulihan murid-murid yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan yang lebih berbanding murid lain. Hal ini berlaku kerana murid adalah berbeza dari segi pengalaman, minat dan juga kebolehan. Oleh itu murid yang lemah atau menghadapi masalah tertentu perlulah diberi perhatian dan bimbingan. Objektif pendidikan pemulihan diadakan adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan murid. Selain itu pendidikan pemulihan ini juga membolehkan murid-murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental mereka di samping membolehkan murid mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru-guru dan juga pihak lain. Murid juga turut diberikan peluang untuk mencuba mengembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka untuk mencuba ke tahap yang lebih maju serta samasama melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Antara faktor yang membawa kepada masalah pembelajaran ialah apabila wujudnya perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan murid. Selain itu masalah pembelajaran juga berlaku akibat daripada sikap negatif yang ada dalam diri murid tersebut sendiri seperti tidak mahu mengikut kata, tingkah laku yang kurang baik serta disiplin diri yang rendah. Aktiviti pemulihan boleh dilakukan melalui lima kaedah iaitu pengajaran individu, pengajaran kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajaran bimbingan rakan sebaya dan juga pengajaran kolaboratif. Bagi pengajaran individu guru akan membimbing murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan alat bantuan yang sesuai manakala bagi pengajaran kumpulan kecil pula guru akan membimbing murid yang berada dalam kelompok kumpulan yang sama dan mempunyai masalah yang sama tetapi mendapat perhatian secara individu dari guru.

PKU 3106

Halaman 24

Berapa langkah khas harus diambil kira ketika menjalankan langkah-langkah pemulihan bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan tercapai seperti membuat perancangan dan memilih teknik pengajaran yang sesuai, menentukan masalah yang sama tidak berulang, mengikuti kemajuan murid dengan menggunakan senarai semak dan juga membuat penentuan aktiviti penhukuhan yang sesuai dan secocok bagi menyelesaikan masalah. Setelah selesai proses pemulihan sebagaimana yang telah dijadualkan satu penilaian harus dilakukan bagi menguji tahap penguasaan murid. Penilaian ini bertujuan bagi memastikan sama ada objektif pengajaran pemulihan terlah tercapai atau tidak dan tindakan susulan akan diambil ke atas murid.

PKU 3106

Halaman 25

8.0

CADANGAN

Kesilapan yang biasa dilakukan dalam kemahiran bahasa adalah penggunaan huruf besar dan huruf kecil yang bercampur. Ini dapat dilihat terutama ketika pelajar menyalin secara terburu-buru agar cepat siap dan dapat bermain. Malahan, dalam penulisan mereka, tidak mempunyai jarak antara satu-satu perkataan. Kadangkadang, penulisan mereka dapat difahami, malahan terdapat juga yang sukar dibaca mahupun difahami oleh guru. Bukan itu sahaja, mereka kerap tertinggal huruf mahupun perkataan ketika membuat latihan serta menulis terbalik sama ada huruf, perkataan atau susunan ayat. Puncanya adalah disebabkan cara memegang pensel tidak betul di mana jarak mata pensel dengan buku. Postur atau kedudukan semasa menulis juga merupakan punca masalah ini. Cara untuk mengatasinya adalah dengan meminta pelajar menyalin dengan berhatihati (bukan menyalin untuk cepat siap sahaja). Guru perlu menasihati serta bijak mengawal keadaan bilik darjah. Selain itu, guru perlu memperbaiki atau membetulkan cara memegang pensel pelajar agar pelajar tidak membawa tabiat memegang pensel dengan salah apabila dewasa kelak. Ketika sesi pengajaran, guru harus memerhatikan postur pelajar sama ada betul atau tidak. Sekiranya postur mereka tidak betul, guru perlulah memperbaiki kedudukan postur mereka semasa menulis. Di samping itu, guru perlulah memperbanyakkan latih tubi kepada pelajar agar mereka memahami dengan jelas setiap pengajaran. Selain itu, kanak-kanak juga seharusnya mempunyai perpustakaan sendiri iaitu perpustakaan kanak-kanak. Penyediaan perpustakaan untuk kanak-kanak ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada kanak-kanak untuk mencari maklumat dan memajukan pembacaan mereka. Perpustakaan kanak-kanak juga seharusnya mempunyai pelbagai bahan berasaskan perkembangan yang bersesuaian dalam kesemua format, termasuk bahan-bahan bercetak (buku, majalah, komik), media (CD, DVD, kaset), barang mainan, permainan pembelajaran, komputer dan perisian. Penyedian bahan-bahan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi perkembangan kognitif kanak-kanak. Ruang di dalam perpustakaan juga memainkan peranan yang penting kepada kanak-kanak. Contohnya, perabot yang istimewa, gaya hiasan dan warna di dalam perpustakaan mampu merangsang minda kanak- kanak tersebut.

PKU 3106

Halaman 26

Satu perisian telah dicipta oleh syarikat komputer yang dinamakan Free Draw. Ia merupakan perisisan berbentuk interaktif dimana kanak-kanak melukis interaktif yang membolehkan si kecil menyerlahkan kreativitinya. Jika anak-anak tersebut telah mampu mengawal pergerakkan tetikus (mouse), ibubapa boleh memperkenalkan perisian yang lebih menarik lagi yang seakan Free Draw kepadanya dimana melaluinya anak-anak akan belajar melukis dan elemen kognitif lain dapat dikembangkan berdasarkan pengalaman yang diperolehinya. Daripada segi perkembangan kognitif kanak-kanak, Free Draw merupakan satu kaedah bagi anak anda meluahkan perkara yang ada di minda mereka. Melalui imaginasi dan percubaan (experimentation), mereka bebas melakar, mengecat dan membentuk objek dalam dua dimensi. Pilihan warna yang pelbagai menambah lagi keceriaan perisian atas talian ini Banyak kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara permainan dan pembelajaran kanak-kanak. Mengikut Piaget (1983, keupayaan adaptasi psikologikal adalah amat penting dalam memastikan perkembangan struktur kognitif atau mental kanak-kanak. Piaget memandang permainan sebagai aktiviti pengukuhan untuk tingkah laku yang baru dipelajari. Walaupun permainan bukan kesamaan dengan pembelajaran, apa yang pasti, permainan memudahkan cara pembelajaran. Ini adalah kerana dengan bermain ia secara tidak langsung memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh pengalaman baru agar dapat diadaptasikan dalam struktur kognitif mereka. Banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk membantu merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak. Guru boleh menggalakkan kanakkanak berfikir dengan cara mengadakan permainan yang boleh mencabar pemikiran kanak-kanak seperti bersoal-jawab apa yang mereka akan rasa sekiranya mereka menjadi sebuah buku, menjadi sebuah basikal, dan sebagainya. Permainan seperti ini mendorong kanak-kanak berfikir secara spontan dan secara langsung akan membantu perkembangan kognitif mereka.

PKU 3106

Halaman 27

9.0

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, murid yang dikaji iaitu Amirul bukan seorang murid yang tidak boleh di bentuk, tetapi murid ini memerlukan sedikit perhatian untuk dipulihkan. Perhatian dalam konteks ini bukan sahaja di kelas dan sekolah tetapi juga melibatkan ibubapa dirumah. Perhatian yang diberikan sekurangkurangnya akan membantu murid ini dalam menguasai kemahiran dalam membaca dan tidak lagi ketinggalan di dalam pembelajaran yang dibawa di dalam kelas. Guru juga tidak seharusnya putus asa dalam membantu pelajar dalam memperbaiki kelemahan yang terdapat di dalam diri murid ini. Jika dilihat dari permulaan kami mengenali murid ini, banyak kelemahan yang dihadapi seperti tidak boleh membatang suku kata serta menghadapi masalah dalam mengeja perkataan gabungan konsonan yang diberi oleh guru. Selain itu, murid ini menunjukkan kesungguhan dalam setiap pembelajaran yang diberikan oleh guru. Murid juga mula mengenal dan boleh membunyikan suku kata yang melibatkan terbuka dan tertutup. Dalam membantu memulihkan murid ini, bukan hanya terletak pada guru sahaja, tetapi ianya harus melibatkan pelbagai pihak seperti guru-guru lain serta ahli keluarga murid ini seperti kakak yang membantunya dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru serta perhatian yang diberikan oleh ibubapa kepada murid ini. Walaupun Amirul tergolong dalam golongan murid yang lemah dalam pembelajaran, murid ini tidak harus dipinggirkan dan sepatutnya menerima pelajaran sama seperti murid-murid lain. Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas kejadian yang berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri dalam keadaan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Justeru, terdapat insan yang dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan khas kerana cacat deria lihat dan dengar, pertuturan, fizikal, mental dan emosi. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak semua mengikuti norma pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal.

PKU 3106

Halaman 28

Masyarakat

hendaklah

memahami

kanak-kanak

istimewa

bahawa

mereka

mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd. Sharani 2004). Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin terdapat pada anak-anak perlu diambil berat dan membawa berjumpa pakar perubatan bagi mengetahui mengesan sebarang kekurangan pada kanak-kanak. Keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung dan memberi semangat kepada kanak-kanak yang tergolong kanak-kanak berkeperluan khas untuk terus hidup. Oleh itu, masyarakat khususnya ibu bapa perlu mendapatkan nasihat, pengetahuan dan bantuan supaya kanak-kanak khas dapat dibimbing dengan sempurna.

PKU 3106

Halaman 29

10.0

REFLEKSI

Dalam menyiapkan tugasan ini, kami telah melakukan beberapa kali perbincangan bersama guru pembimbing, guru kelas, dan pensyarah pembimbing. Perbincangan ini dijalankan bagi memastikan maklumat yang diperolehi tidak bercanggah dengan kajian yang kami lakukan. Pada permulaannya, kami telah mengesan sampel kajian kami pada kali ini. Pada hari kedua kami telah mengenal pasti murid ini dan mendapatkan sedikit maklumat mengenai murid ini daripada guru kelasnya. Kemudian kami mengenalpasti kelemahan murid ini daripada hasil ujian diagnostik yang dijalankan keatas murid ini. Kemudian kami menemuramah murid ini bagi memastikan kesahihan dalam ujian yang dilakukan. Kemahiran yang gagal dikuasai oleh murid ini akan direkodkan bagi memudahkan kajian yang bakal dilakukan. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Amirul sepanjang kami membantunya harus dipuji. Semangatnya yang ingin setanding dengan rakan lain harus dipuji kerana dia sanggup di denda dan melakukan apa sahaja kerja yang diberikan oleh guru kepadanya. Mendengarkan perubahan yang positif dalam diri Amirul yang diceritakan oleh gurunya membuatkan kami terharu dengan kaedah yang dilakukan oleh gurunya dahulu. Keinginannya dalam menimba ilmu harus di beri sokongan oleh semua pihak agar murid ini boleh setanding dengan murid lain. Dengan keyakinan yang ada pada Amirul, kami yakin dia akan beroleh kejayaan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada guru pembimbing dan warga sekolah kerana telah memberikan kerjasama yang baik bagi kami memperoleh maklumat dalam penghasilan kajian kes ini.

PKU 3106

Halaman 30

11.0

BILIOGRAFI

Bacaan Ilmiah Hajah Hasnah Udin. (1988). Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jamila K.A Mohamad. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur: PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd. Messe. (2001). HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia. Mohd. Sharani Ahmad. (2004). Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ross. (1993). HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia.

Laman Web http://www.my-rummy.com http://www.scribd.com/doc/4853453/PBK-kemahiran-bahasa

PKU 3106

Halaman 31

Anda mungkin juga menyukai