Anda di halaman 1dari 3

Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar Pada Masa Depan

Penerokaan hutan untuk kegiatan pembalakan, pertanian, dan petempatan


1. Kesan terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi Kepupusan pelbagai jenis spesies pokok hutan dan tumbuh-tumbuhan istimewa yang tidak mungkin tumbuh kembali dalam masa yang singkat. Menjejaskan keaslian tumbuh-tumbuhan semula jadi. Kehilangan hasil-hasil hutan yang berharga.

2. Kesan terhadap hidupan liar Hidupan liar kehilangan habitat dan terpaksa mencari habitat baru. Kepupusan hidupan liar seperti memerang, orang utan, pelanduk, dan seladang. Menjejaskan kadar pembiakan hidupan liar. Kekurangan makanan. Mengganggu tanaman manusia.

3. Jangkaan kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar pada masa depan Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar akan pupus. Habitat semula jadi tergganggu. Hakisan tanih akan mengurangkan kesuburan tanih dan menjejaskan sektor pertanian. Suhu permukaan bumi meningkat dan mengubah keadaan cuaca tempatan. Punca pendapatan hasil hutan terjejas. Pengunaan racun serangga dan baja kimia yang berlebihan dapat mengganggu keseimbangan ekosistem. - Bahan beracun dapat memusnahkan hidupan air seperti ikan, udang, dan ketam. - Bahan beracun dapat memusnahkan organisma pengurai seperti bakteria dan kulat. Generasi baru tidak kenal tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.

Anda mungkin juga menyukai