Anda di halaman 1dari 35

Ilmu tentang peraturan bahasa.

Orang yang mahir dalam ilmu tatabahasa dapat menjelaskan jenis-jenis ayat, klausa, frasa, kata, imbuhan dan lain-lain. Ilmu tatabahasa penting untuk mengenal bahagian-bahagian yang salah dalam penggunaan bahasa.

Penulis karya sastera perlu mengetahui ilmu tatabahasa untuk mengelakkan daripada terlanjur ketika membuat atau menghasilkan sesuatu hasil karya yang diinginkan. Berkaitan dengan kesusateraan, seorang tokoh tatabahasa, iaitu Asraf mengeluarkan aturanaturan tatabahasa yang rigid berkenaan dengan tatabahasa semasa menghasilkan karya sastera.

Beliau berhujah bahawa kesusasteraan perlu berada di tengah-tengah lingkungan tatabahasa. Betapa pun sasterawan mengalihkan unit bahasa ke sana sini, ungkapan dan kalimat yang terhasil tetap berada dalam lingkungan tatabahasa itu. Asraf memberikan penerangan tentang perkara tersebut dengan menyertakan rajah bulatan.

BUALATAN TATABAHASA

KARYA A KARYA B

Menurut Asraf, jika sasterawan mengalih-alihkan unit bahasa ke bahagian tepi lingkungan tersebut, maka unit itu mudah terkeluar dari kawasan tatabahasa. Jika sasterawan mengalihkan unit bahasa di kawasan A, maka usaha kreatifnya itu akan sentiasa berada dalam peraturan tatabahasa dan begitu juga sebaliknya.

Menurut Asraf, gaya bahasa yang bertentangan dengan peraturan bahasa akan menuju ke arah pencemaran bahasa.

Secara teorinya, Asraf berpendapat bahawa tatabahasa perlu dijaga pada mana-mana peringkat sekalipun.

Nik Safiah mengizinkan penyelewengan tatabahasa kira-kira 20% dalam sesebuah karya sastera.

Dengan kelonggaran sedemikian, jelaslah bagi Nik Safiah bahawa bahasa yang menyimpang dibenarkan dalam sesuatu penulisan hasil karya sastera.

Sekali ini aku tiada peduli kegusaran malam bintang-bintang malap meski yang lain menyambut sunyi di atas dasar yang satu terang atau gelap aku tetap berdiri
Ada bersusun-susun batu piramid tinggi tegak melindung pandang hidupku. jika tidak gila dengan fikiran orang lain entah sekarang sudah tidak jadi soalku.

Biar desar-desir angin bertiup ketahuan rang mati tiada kawan atau ada lagi yang mengerikan insan tergolek tiada bertutup sekali ini aku tiada peduli di atas dasar yang satu aku sendiri.

Masuri S.N

(a) kegusaran malam (b) bintang-bintang malap

Baris-baris tersebut akan menjadi lengkap apabila diselitkan kata hubung dan. Kegusaran malam dan bintang-bintang malap.
Adakah ketiadaan kata hubung menyebabkan bahasa Melayu tercemar? dan

Ketiadaan kata hubung dan dalam sesuatu ayat atau klausa yang memerlukannya dinamakan asindeton. Asindeton dibenarkan menimbulkan nilai estetika. untuk maksud

Tinggi tegak melindungi padang hidupku. Sifat tinggi dan tegak dideretkan tanpa kata hubung dan.

Penyair terus menyebutkan bahawa keadaan piramid yang tinggi dan tegak itu menyebabkan pandangan hidupnya terlindung. Selain tiada kata hubung, terdapat ketiadaan imbuhan untuk pandang. pula

Ketiadaan imbuhan an itu, dari sudut gaya bahasa disebut sebagai elips.

Punya satu isteri mau dakap sampai mati lima anak mau makan setiap hari teratak tua digayuti cerita pusaka sebidang tanah tandus untuk huma.

Usman Awang

Kata punya yang berada di pangkal baris pertama jelas membuat keseluruhan baris tersebut tidak gramatis. Pak Utih mempunyai seorang isteri dan isteri itulah didakap-dakapnya selalu sehingga ke akhir hayatnya. Kata mempunyai yang ditulis sebagai punya itu datang dari bahasa pertuturan, iaitu percakapan kolokial.

Mari kita berbahasa sebaiknya bahasa adalah pengatur pucuk fikiran yang bertabur bahasa adalah pelentur ranting perasaan yang bersiur Dengan bahasa terlihat fakta padu terlihat sinar ilmu terlihat cinta biru

Dengan bahasa pemimpin memaparkan arah di pentas siasah dengan bahasa orang beriman menikmati ibadah khusyuk dan pasrah Mari kita berbahasa sebaiknya

Dengan bahasa budi dipertingkatkan mesra diperlebarkan dengan bahasa kita menjadi kita bersama Jika tanpa bahasa bagaimana akan kita setujui perjanjian ini Mari kita berbahasa sebaiknya.

Rahman Shaari

Melanggar peraturan tatabahasa dalam kadar yang kecil adalah wajar. Bagaimanapun, pelanggaran ini mestilah dilaksanakan berdasarkan pengetahuan yang luas dan bukan sebaliknya. Secara langsung atau tidak langsung, penulis perlu sentiasa belajar menggunakan bahasa yang betul.

PERSEDIAAN MENULIS SAJAK, RAHMAN SHAARI

Ini Nasi Yang Kusuap , Masuri S.N

Ini nasi yang kusuap pernah sekali menjadi padi harap melentok dipuput angin pokoknya

Ini budi yang kusambut pemberian lumrah beranting dan bertaut

kerap
tenang berisi tunduk menatap Ini butir nasi yang kukunyah sedang kutelan melalui tekak basah jadi dari darah mengalir dalam badan gerak berakhir Angin kencang mentari khatulistiwa membakar raga petani di sawah panas hujan dan tenaga masuk kira

ini nasi hasil dari kerja


kembali pada siapa yang patut menerima Jadi yang kumakan bukan berasal dari nasi tapi peluh, darah, dalam isi mengalir pasti jadi kutelan bukan berasal dari padi tapi dari urat dari nadi seluruh pak tani

dan nasi yang kusuap campuran dari


manusia

Masuri S.N

INVERSI

- Membawa maksud pembinaan struktur frasa ayat atau ayat yang terbalik. - Ayat pasif.

Contoh yang terdapat dalam Sajak Ini Nasi yang Kusuap :

Ini nasi yang kusuap > Aku yang menyuap nasi ini

Ini nasi yang kusuap > Aku yang menyuap nasi ini

Penyajak memilih gaya inversi Ini nasi kerana merasakan bahawa bentuk asal Nasi ini tidak kuat atau tidak puitis. Baha Zain : Ini dunia menjadi rumah segala peristiwa

(sajak Topeng-topeng)

Cuba teka gaya bahasa yang digunakan ?

1. Ini nasi yang kusuap.

2. Ini butir nasi yang kukunyah.


3. Ini budi yang kusambut. 4. Jadi yang kumakan bukan berasal dari nasi.

5. Jadi yang kutelan bukan berasal dari padi

SINKOF

- Membawa maksud singkatan perkataan.

- Pemendekan sesuatu kata dengan menggugurkan satu atau lebih huruf


atau suku kata dari tengah-tengah kata. - Contohnya : sahaja > saja - Kata ganti klitik : Kata ganti nama singkat dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya. - Contoh : kaubawa, kaupergi, kauterima

- Perkataan ku dalam sajak Ini Nasi yang Kusuap tidak sahaja berasal daripada kata ganti klitik malah sebagai penanda pasif. - Kata tersebut disekalikan dengan kata kerja di belakangnya. - Contoh : kusuap, kukunyah, kusambut, kumakan, kutelan.

- Peraturan yang dikemukakan oleh ahli-ahli tatabahasa sekarang (kecuali


Asmah Haji Omar) adalah sekata bahawa kata ganti klitik didekatkan dengan kata kerja tanpa menerima imbuhan awalan.

- Ada peraturan tertentu. - Selepas ku tidak boleh diselitkan perkataan lain misalnya akan, telah.

- Contoh kesilapan dalam karya :


Ku akan petikmu Walau kau telah Dustaiku (Adri Anand)

Kelemahan tatabahasa akan mengakibatkan kelemahan gaya bahasa. Maksud kekuatan sastera dan bahasa adalah kekuatan dari keduadua aspek tersebut. Bukan bermaksud kekuatan dari segi teori, namun kekuatan dari segi praktikalnya yang diperoleh daripada pengalaman dan kesungguhan

dalam menghadapi bahasa dan sastera.


Kekurangan pengetahuan tidak akan menghasilkan keindahan yang diharapkan, sebaliknya hanya akan mengganggu bidang perpuisian dan memberi sumbangan kepada pencemaran bahasa.

Subagio Sastrowardoyo - Ali Baba


uang panas jadi darah melekat!! yang kucuri dari gua penuh emas Lempar kata ini tercecer dari tangan sebelum dituntut seribu jari kembali. yang mendekap ke dada deras berdebar sambil berlari Apakah derap itu sebelum raksasa Penjaga suara jantung berdegup mendekat dan atau datang Penjaga menutup segala pintu menutup? Uang di tangan

Diksi :
pemilihan dan penggunaan kata yg tepat dan berkesan utk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bertulis atau lisan Kamus Dewan Edisi Keempat Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej

Masalah
Masalah utama penulis Ilham Ilham- idea yang muncul secara tibatiba dalam otak. Masalah lain pada penulis masalah teknik dan gaya (pemilihan citra/imej dan pembentukan baris dan rangkap) Penyair memperoleh idea melalui susunan kata (bentuk bahasa).

Belum Pasti - Bishar A.S


Semalam adalah derita Yang kulalui Hari ini Aku masih di garisan itu Esok Entah bagaimana, adakah Merana atau gembira Seperti pungguk yang merayu Di ranting cemara

Burung Tempua Abdul Hadi Yusoff


Tanpa mengenal jemu Mengayam rapi Jerami dan rumput. Mencipta rumah tempt berlindung Membina bilik tempat berteduh Dari hujan dan ribut Sering merempuh. Dan terik mentari Menjelajah dari setiap pandang Kembali ke sarang. Tempua itu Rajin dan tekun mencipta Mengajar kami Erti keberanian Sebuah kejayaan Tentang usaha Dan ketabahan

Tubuhmu sekepal daging Tabah meredah angin

Anda mungkin juga menyukai