Anda di halaman 1dari 4

AKTIVITI PENJAGAAN POKOK HIASAN Pokok hiasan merupakan antara tanaman yang popular dan amat digemari oleh

penggiat seni taman terutamanya bagi kaum wanita. Bagi yang meminati pokok jenis ini, mereka juga haruslah mengetahui cara-cara penjagaannya. Pokok hiasan perlu dijaga seperti digembur medium tanamannya, dibuang rumput, dipangkas jika perlu, diberi sungkupan bagi menutup medium tanamannya, diberi pancang jika perlu, dipasu semula, diberi semburan racun serangga dan kulat dan sebagaihya. AKTIVITI PENJAGAAN POKOK HIASAN Selepas pokok ditanam dalam medium yang sesuai, diberi siraman air, dedahan cahaya dan pembajaan secukupnya, langkah-langkah seterusnya adalah penjagaan bagi mengekalkan pertumbuhannya agar subur dan segar sentiasa. Aktiviti penjagaan yang dimaksudkan itu merangkumi proses menggembur tanah atau medium tanaman, merumput, memangkas, memberi sungkupan, memancang, memasu semula, penjagaan daun dan pengawalan daripada serangan penyakit dan serangga yang mungkin menyerang pokok tanaman kita. 1 Menggemburkan medium tanaman a) Air siraman lambat meresap masuk ke dalamnya. b) Ia kelihatan padat dan bekas tanaman atau pasu pecah atau akar terkeluar dari lubang saliran air di bawah pasu. c) Walaupun tanaman disiram dan dibaja selalu, ia kelihatan tidak subur serta mempunyai daun yang kecil saiznya, kekuningan dan mudah gugur. Medium tanaman boleh digemburkan menggunakan alat serampang tangan atau alat lain seperti garfu yang tidak digunakan untuk menggembur medium tanaman dalam pasu yang kecil. Pastikan siram dahulu medium tanaman bagi melembutkannya. Awas dan berhati-hati agar tidak terkena akar pokok ketika menggembur. 2 Merumput

Proses ini penting bagi air dan nutrien untuk terus sampai ke akar. Ia juga mampu memperbaild pengudaraan dalam medium tanaman untuk menyuburkan akar pokok. Medium tanaman pokok perlu digemburkan jika ia men unjukkan tandatanda berikut:

Ini perlu dilakukan untuk membuang rumpai yang bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan baja, cahaya dan air. Biasanya rumpai berjaya dalam persaingan ini lantas membantutkan pertumbuhan pokok atau mematikannya. Untuk tanaman di dalam pasu, cabut rumpai dengan tangan atau alat serampang tangan. Untuk tanaman di atas tanah, gunakan cangkul atau alat lain mengikut kesesuaian untuk membuang rumpai. 3 Memangkas atau mencantas Kerja-kerja memangkas atau mencantas adalah bertujuan untuk: a) Menggalakkan pertumbuhan tunas baru seterusnya merimbunkan pokok.

b) Membentuk kanopi pokok seperti yang dikehendaki. Contohnya bentuk bonsai dan topiary. c) Membuang bahagian pokok yang tidak dikehendaki kerana berpenyakit, buruk, tidak diperlukan dan sebagainya serta menggalakkan pertumbuhan ranting baru, daun, bunga dan buah yang banyak.

d) Mengelakkan medium menjadi terlalu padat disebabkan oleh siraman air atau titisan air hujan lebat yang membantutkan pertumbuhan pokok. e) Bahan sungkupan juga boleh bertindak bagi mencantikkan permukaan pasu atau medium tanaman serta mengelakkan pertumbuhan rumpai. Di antara bahan sungkupan yang boleh digunakan adalah seperti berikut: i) Serbuk kayu dari bahan buangan kilang papan. ii) Sekam padi, bahan buangan kilang padi. iii) Sabut kelapa yang disiat kecil-kecil dan boleh diletakkan di permukaan medium tanaman. iv) Pasir sungai kasar atau batu-batu kecil berwarna-warni boleh mencantikkan permukaan tanaman pasu. v) Hampas atau bahan buangan kilang memproses kelapa sawit. vi) Bunga kelapa sawit. NOTA: Sebahagian bahan-bahan ini boleh dibeli dari pusat tanaman. 5 Memancang

Memangkas, menggetu dan menyungkup Untuk pokok berpasu yang lembut batangnya seperti pokok Iresine, memangkas boleh dilakukan dengan hanya menggetu (pinching) hujung ranting yang lembut dengan dua jari atau gunakan gunting pokok. Bagi pokok yang mempunyai ranting yang keras dan berkayu, gunakan gunting khas. Manakala bagi daun, bunga dan ranting yang mati atau yang tidak diperlukan lagi atau berpenyakit perlulah segera dipotong supaya pokok kelihatan kemas, cantik dan menarik serta penyakit tidak merebak ke bahagian lain. 4 Memberi Sungkupan Ia dilakukan bagi menutup medium daripada terkena bahang terik matahari yang boleh mengakibatkan medium keras dan menyukarkan pertumbuhan akar pokok. Ini juga boleh menghalang meresapnya air siraman yang boleh menjejaskan pertumbuhan pokok. Medium dalam pasu atau di atas tanah memerlukan sungkupan bagi memastikan :a) Medium tanaman tidak cepat kering dan seterusnya dapat mengekalkan kelembapan sentiasa. b) Baja bijian yang ditabur tidak mudah terpercik keluar dari pasu ketika siraman. c) Bahan sungkupan yang reput boleh membekalkan bahan organik kepada pokok.

Memancang dan menambah medium Pokok dari jenis pemanjat memerlukan kayu pancang untuknya memanjat. Contohnya pokok Scindapsus atau Sireh Puteri yang biasa dilatih memanjat batang kayu yang dibaluti sphagnum moss atau sabut kelapa. Medium tanaman ini dapat mengekalkan kelembapan untuk pokok jenis ini. Kayu pancang juga perlu untuk pokok yang mudah tumbang atau condong.

Memasu semula atau menambah medium Pasu pokok atau medium tanaman perlu ditukar apabila terdapat tanda-tanda pokok tidak subur, daunnya kecil, akar terkeluar melalui lubang air di bawah pasu atau pasu mula retak dan pecah, serta medium tanaman seperti campuran tanah begitu padat menyebabkan air tidak dapat meresap masuk ke dalamnya. Cara menukarkan pasu adalah seperti berikut:a) Siram atau rendam pasu tanaman dalam air seketika bagi melembutkan medium tanaman dan menyenangkan kerja-kerja menukar pasu. b) Keluarkan medium dan pokok daripada pasu asalnya. c) Potong akar yang berlebihan atau akar yang mati dan sebagainya. d) Tanam di dalam pasu yang lebih besar saiznya dengan medium tanaman yang baru. Sebagai pilihan, anda juga boleh menceraikan rumpun pokok kepada beberapa rumpun kecil untuk ditanam dalam beberapa pasu dengan medium tanaman yang baru. Ini boleh dilakukan untuk pokok yang boleh dibiakkan dengan cara belah rumpun. Kadangkala medium tanaman berkurangan di dalam pasu sehingga mendedahkan akar pokok yang boleh menyebabkan pertumbuhan yang kurang sihat. Hal ini terjadi disebabkan medium tanaman menjadi padat kerana siraman air atau terkena air hujan. Jika terjadi begini, gembur medium tanaman dan tambah medium tanaman yang ada di dalam pasu tersebut tetapi biarkan sedikit ruang di atas permukaan pasu untuk meletakkan bahan sungkupan dan ruang air siraman.

akan cepat menyerang pokok yang berkeadaan kotor. Oleh itu, kekotoran dan debu berkenaan perlu dibersihkan. Terdapat beberapa kaedah untuk membersih dan mencantikkan serta mengilatkan daun pokok hiasan.

Bagi daun yang licin permukaannya, anda boleh mencuci debu dengan menggunakan tuala atau tisu lembap. Kemudian gunakan cecair pengilat daun atau leaf gloss. Tuang di atas tuala atau tisu dan sapu permukaan daun untuk mencantikkan lagi daun pokok berkenaan. Cecair ini boleh dibeli dari pusat tanaman. Permukaan daun akan bersinar dan daun akan lebih pekat warnanya, bersih dan cantik. Satu kaedah lagi ialah dengan menggunakan susu tepung tanpa gula. Bersihkan kotoran dan debu dengan kaedah yang sama seperti di atas. Kemudian bancuh sedikit susu tepung dengan air supaya cair dan boleh dilap di permukaan daun dengan menggunakan tuala atau tisu. Manakala daun yang mempunyai permukaan yang tidak licin, berbulu, berduri dan sebagainya boleh dicuci kotoran dan debu dengan menggunakan berus berbulu lembut. Untuk daun begini, penggunaan leaf gloss bergantung kepada kesesuaian permukaan daun berkenaan. 8 Kawalan penyakit dan serangga Kadangkala pokok tanaman memerlukan rawatan daripada jangkitan penyakit atau kulat, serangan serangga, sepah bulan dan siput. Mencegah lebih baik daripada

Membersihkan kotoran dan mencantikkan daun pokok Debu dan habuk kotoran banyak terkumpul di atas daun pokok hiasan yang ditanam atau diletakkan di dalam atau di luar rumah. Jika ini tidak dibersihkan, proses pembinaan makanan untuk pokok akan terbantut kerana kurang cahaya matahari dapat diserap oleh klorofil (berwarna hijau) dalam daun untuk proses pembinaan makanan pokok. Selain dari itu, penyakit

merawat. Gunakan racun serangga dan ubat mencegah penyakit. Terdapat pelbagai jenama untuk pelbagai kegunaan bagi pencegahan serangga dan penyakit yang boleh dibeli dari pusat tanaman atau pertanian atau kedai hardware. Pastikan anda mengikuti arahan penggunaannya seperti yang tertera di pek racun atau ubat yang digunakan untuk hasil yang lebih berkesan.

Anda mungkin juga menyukai