Anda di halaman 1dari 13

SGDP 4043 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

1.0

TAJUK KAJIAN

E is F (English is Fun) Mengatasi Masalah English Fear Syndrome di kalangan pelajar tingkatan satu yang berpencapaian rendah di sekolah luar bandar iaitu SMK Kuala Besut, Terengganu. 2.0 i. ii. iii. 3.0 NAMA PENYELIDIK Syahnur Azura Binti Mohd Saufi Norsuhailah Binti Mahyidin Nur Mardziah Binti Abd Ghani @ Yaakob NAMA SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut, Terengganu. 4.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran teras yang diajar sebagai bahasa kedua di semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Seperti yang terkandung di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Inggeris, terdapat empat kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar iaitu kemahiran bercakap, mendengar, membaca dan menulis di dalam Bahasa Inggeris. Kemahiran-kemahiran ini perlu dikuasai dengan sebaiknya bagi membolehkan pelajar menggunakan bahasa kedua ini dengan yakin dan berkesan. Matlamat utama pengajaran Bahasa Inggeris adalah untuk membantu pelajar menguasai bahasa ini supaya mereka dapat menggunakannya dalam kehidupan seharian mereka, untuk melanjutkan pengajian mereka, dan untuk tujuan pekerjaan di masa hadapan. Bahasa Inggeris adalah penting, seperti globalisasi, rakyat Malaysia perlu mahir dalam Bahasa Inggeris untuk memudahkan mereka berkomunikasi dengan orang dari negara lain.

SGDP 4043 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

5.0

PENYATAAN MASALAH dijalankan apabila kami mendapati ramai murid tingkatan satu

Penyelidikan kajian ini

menghadapi masalah English Fear Syndrome di SMK Kuala Besut. Pelajar didapati tidak boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik di mana mereka tidak boleh menulis dengan menggunakan tatabahasa yang betul serta tidak mampu bertutur selain tidak memahami maksud Bahasa Inggeris itu sendiri walaupun telah mempelajari Bahasa Inggeris selama enam (6) tahun di peringkat sekolah rendah dahulu. Keadaan ini telah menjurus kepada perasaan takut dan tidak berminat terhadap mata pelajaran ini. Berdasarkan kepada permasalahan kajian ini, topik kertas kerja kajian tindakan ini diperoleh hasil temubual yang dilakukan di antara pengkaji dengan guru Bahasa Inggeris Tingkatan 1K4 SMK Kuala Besut iaitu Puan Suriaty Binti Abdullah. Melalui temubual ini, pengkaji dapat mengetahui serba sedikit mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 1K4 di sekolah tersebut dalam sukar mendapatkan skor yang tinggi bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Didapati masih terdapat sebilangan pelajar yang keliru terhadap penambahan s untuk kata kerja (verb) yang dilakukan oleh pihak kata ganti diri ketiga tunggal (third singular person) serta tidak tahu cara menyusun ayat yang betul di dalam Bahasa Inggeris. Walaupun guru berkenaan telah menerangkan beberapa kali mengenai penambahan s terhadap kata kerja (verb) di dalam kelas, namun pelajar tersebut masih tidak dapat mejawab soalan peperiksaan dengan betul. Ini adalah sesutu yang perlu ditekankan kerana topik subject verb agreement telah disenaraikan dalam top ten kesilapan yang sama dilakukan pelajar tidak kira di peringkat rendah mahupun menengah. Berdasarkan pemerhatian pengkaji dan guru berkenaan terhadap para pelajar Tingkatan 1K4, mereka didapati masih menghadapi kekeliruan masalah dalam pembentukan ayat kerana memiliki bilangan kosa kata (vocabulary) yang sedikit. Selain itu, melalui

SGDP 4043 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

pemerhatian kami ketika pelajar dikehendaki menjawab soalan, didapati terdapat sebilangan pelajar yang masih teragak-agak memilih jawapan yang tepat bagi soalan objektif serta tidak dapat menulis jawapan esei dengan baik. Hal ini kerana pelajar tidak tahu jawapan yang perlu mereka pilih dan tulis. Kelemahan pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dan jelas dalam menjawab soalan objektif dan esei menyebabkan mereka sukar mendapatkan skor yang tinggi dalam peperiksaan. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji sendiri, terdapat dua jangkaan yang menyebabkan pelajar tidak tahu teknik menjawab soalan dengan baik. Pertama, pelajar mungkin tidak didedahkan dengan satu teknik khas atau cara yang memudahkan mereka untuk mengingati SVA dan menambah bilangan kosa kata ini. Selain itu, guru dilihat lebih banyak menekankan teori pembelajaran dan menggunakan kaedah chalk and talk semata-mata, di mana pelajar mudah berasa bosan semasa proses P&P berlangsung. Seharusnya guru mengoptimumkan penggunaan bahan bantu mengajar agar dapat menarik minat pelajar mempelajari bahasa Inggeris serta memudahkan pemahaman mereka terhadap pelajaran tersebut. Guru juga boleh menggalakkan pemusatan pelajar di mana pelajar berlatih sesama sendiri dan mengadakan dialog ringkas di kalangan mereka untuk membiasakan mereka dengan penggunaan SVA yang betul. Berdasarkan pemerhatian dan praktikal yang pernah dijalankan oleh pengkaji sebelum ini di tempat lain, pelajar didapati lebih mudah mengingati sesuatu perkara itu berdasarkan praktikal berbanding teori semata-mata.

SGDP 4043 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

6.0

FOKUS / ISU KEPRIHATINAN / RASIONAL KAJIAN

Masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar ini adala lanjutan dari ketidakbolehan mereka menguasai Bahasa inggeris dari peringkat asas lagi iaitu sejak dari sekolah rendah. Apabila masalah ini tidak diatasi dari awal lagi, pelajar akan menanam satu stigma di dalam minda mereka bahawa Bahasa Inggeris adalah satu mata pelajaran yang amat sukar. Sekiranya ini dibiarkan berlanjutan, pelajar tidak akan berminat untuk mempelajari mata pelajaran ini dan menjadikan mereka pelajar yang pasif. Justeru, kajian ini amat penting dijalankan untuk menarik minat pelajar belajar dengan memperkenalkan pendekatan yang mudah dan menarik supaya pelajar meminati mata pelajaran Bahasa Inggeris. 7.0 7.1 OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum

Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris serta memudahkan mereka mempelajari bahasa kedua ini. 7.2 Obektif Khusus 1. Menambah kosakata (vocabulary) pelajar bersesuaian peringkat pembelajaran mereka. 2. Mengatasi kekeliruan untuk menambah s kepada kata kerja (verb) bagi pengganti diri ketiga tunggal (third singular person). 3. Meningkatkan keyakinan diri supaya pelajar dapat berkomunikasi dengan yakin dalam Bahasa Inggeris. 4. Memastikan murid dapat keyakinan untuk mengarang esei dan mengelakkan melakukan kesilapan sama berulang kali. 5. Membantu murid mendapat skor A dalam English.

SGDP 4043 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

8.0 8.1

METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk Kajian 1 mengenalpasti masalah 7 menganalisis dan menilai data 2

mengumpul data

6 mengumpul data untuk mengesahkan perubahan

3 menganalisis data

5 melaksanakan pelan tindakan

4 merancang pelan tindakan

Rajah 1 : Model Somekh (1989) i. Mengenal pasti isu dan masalah Kaedah kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif. Di sini pengkaji mengenal pasti isu dan masalah yang sering dihadapi pelajar dan mendapati kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh kebanyakan guru hanya lah bersifat teori semata dan kurang menarik minat pelajar oleh itu pelajar tidak memberi perhatian dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Daripada isu dan masalah yang diperhatikan sebagaimana yang dinyatakan di atas maka kajian tindakan ini diambil agar dapat meningkatkan minat pelajar dan menjadikan subjek Bahasa Inggeris seronok dan mudah dipelajari.

SGDP 4043 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

ii. Mengumpul data Pengkaji mula mengumpul data melalui beberapa kaedah iaitu ujian pra, temubual serta pemerhatian. iii. Menganalisis data Data data yang diperolehi akan dianalisis dan dinilai untuk membolehkan pengkaji membentuk aktiviti-aktiviti yang boleh membantu mengatasi masalah yang telah dikenalpasti sebelum ini. iv. Perancangan Pengkaji merancang kajian ini dapat dilaksanakan dalam masa empat bulan bagi melihat keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan. Diharapkan penglibatan bersama guru-guru bahasa Inggeris yang sama-sama mengajar di tingkatan satu dapat mengatasi dan mengurangkan kesilapan yang sering berlaku berulangkali dalam topik SVA. Pengkaji akan melakukan pemantauan dan pemerhatian secara berkala ke atas sampel kajian. v. Pelaksanaan Tindakan Disini di senaraikan carta aktiviti yang dicadangkan.

AKTIVITI 1 TEMPOH MASA : SEBULAN 10 sen a word setiap pelajar yang menggunakan bahasa Melayu semasa waktu pengajaran Bahasa Inggeris akan dikenakan denda 10 sen untuk setiap patah perkataan Bahasa Melayu yang digunakan. Pelajar dimestikan menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi walaupun

menggunakan 'broken English'.

SGDP 4043 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

AKTIVITI 2 TEMPOH MASA : SEMINGGU Substitute Table Pelajar didedahkan dengan dengan "subsitute table' yang memaparkan secara menyeluruh mengenai pasangan kata ganti nama dengan 'SVA' dan juga "tenses'. Kaedah 'strong superman diperkenalkan'

AKTIVITI 3 TEMPOH MASA : 2 MINGGU Program 100 2 Pelajar diwajibkan mencari perkataan yang sukar dan tidak difahami maksudnya di dalam teks atau bahan bacaan yang dibaca oleh mereka. pelajar boleh merujuk kamus. Seterusnya pelajar perlu membentuk ayat pendek menggunakan perkataan tersebut untik menunjukkan pemahaman mereka terhadap perkataan tersebut. setiap kali pelajar berjaya membentuk ayat dengan maksud dan tatabahasa yang betul mereka akan diberi token sebagai ganjaran

AKTIVITI 4 TEMPOH MASA : 2 MINGGU Joyful Journal Pelajar dikehendaki memilih seorang kawan untuk aktiviti ini. Setiap pelajar akan diberikan sebuah diari kecil dan dikehendaki menulis aktiviti harian mereka di dalam diari tersebut dengan menggunakan tenses 'present tense' pada hujung minggu, pelajar akan saling bertukar diari dan masingmasing perlu menulis semula catatan diari tersebut dengan menggantikan kata ganti diri pertama kepada kata ganti diri ketiga.

SGDP 4043 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

vi. Mengumpul data untuk mengeesahkan perubahan. Pengkaji melaksanakan pemerhatian secara langsung dengan cara mencatatkan nota terus dari pemerhatian ke atas aktiviti yang dilaksanakan dalam bilik darjah yang mana melibatkan penglibatan dan tindak balas guru dan pelajar, suasana pembelajaran sama ada mendapat perhatian dari pelajar dan mencatatkan pemerhatian ke dalam jurnal. Didalam jurnal terbabit dicatatkan rekod peribadi tentang perasaan dan pemikiran penyelidik dan guru-guru yang terlibat. vii. Refleksi dan Penilaian Maklumat dan pemerhatian yang dilakukan tentang latar belakang, minat dan pandangan pelajar yang dianalisis. Setelah masalah utama dianalisis pengkaji mendapati pelajar kurang mengemari cara pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Maklumat disampaikan kepada semua guru dalam perbincangan kumpulan. Pandangan guru diambil kira bagi kebaikan bersama. 8.2 Sasaran Kajian

Kajian ini melibatkan pelajar Sekolah Menengah Kuala Besut, Besut Terengganu. Sampel kajian adalah seramai 30 orang pelajar yang berpencapaian rendah dari kalangan pelajar tingkatan satu di sekolah berkenaan. Semua pelajar terbabit merupakan pelajar yang telah dikenal pasti sering melakukan kesilapan yang sama dalam setiap kali ujian dan peperiksaan yang dijalankan.

SGDP 4043 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

8.3

Alat Instrument Kajian

Dalam kajian akan digunakan 3 kaedah pengumpulan data iaitu: i. Soalan Ujian : Analisis markah pencapaian pelajar Dua set soalan iaitu Pra ujian dan Pos ujian akan diberikan kepada pelajar berkaitan topik yang sukar difahami oleh pelajar melalui keputusan boring soal selidik. Tujuan pra ujian dan pos ujian dijalankan adalah untuk melihat pencapaian pelajar bagi kedua-dua ujina tersebut. Berdasarkan perbandingan yang dibuat, akan diketahui sama ada berkesan atau tidak aktiviti-aktiviti yang dijalankan. ii. Temubual : Analisis kandungan Seramai 10 orang telah kami temubual dan didapati hanya 4 orang sahaja yang benar-benar berminat pada mata pelajaran Bahasa Inggeris dan selebihnya mengatakan Bahasa Inggeris adalah susah dan tidak faham setiap kali menjawab soalan. Keadaan persekitaran di rumah dan pergaulan dengan rakan-rakan mempengaruhi sikap pelajar. Masa lapang banyak diisi dengan kawan-kawan dan mereka sering diejek apabila cuba menggunakan Bahasa Inggeris dalam perbualan. iii. Pemerhatian : Analisis secara perbincangan dan aspek-aspek yang tidak terduga. Sikap : kebanyakan daripada mereka membuat kerja sambil lewa Tingkah laku : sebelum kajian, mereka tidak member tumpuan semasa belajar. Apabila ditanya soalan mereka hanya membisu. Penglibatan pelajar sebelum kajian : pasif dan liat.

SGDP 4043 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

10

8.4 i.

Teknik Penganalisaan Dapatan Kajian Ujian-ujian penilaian Analisis markah pencapaian pelajar melalui ujian pra dan ujian pos yang akan dijalankan.

ii.

Pemerhatian Pemerhatian secara langsung akan dilaukan oleh para engkaji disertai dengan membuat catatan tentang pergerakan, tindak balas dan keaktifan pelajar, suasana pembelajaran dan penerimaan aktiviti yang dijalankan oleh pengkaji semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

iii.

Temubual Pelajar yang telah ditemubual sebelum aktiviti penyelesaian masalah dijalankan akan ditemual untuk mendapatkan refleksi mereka selepas menjalani aktiviti yang disediakan. Hasil temubaul akan direkod dan dinilai.

SGDP 4043 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

11

9.0

KESIGNIFIKAN KAJIAN

Kajian ini amat penting kerana apabila pelajar melangkah naik ke tingkatan seterusnya, tahap penggunaan Bahasa Inggeris akan menjadi semakin sukar sesuai dengan peringkat umur dan pembelajaran mereka. Sekiranya pelajar gagal menguasai Bahasa Inggeris dengan baik pada peringkat Tingkatan 1 ini, pelajar akan menghadapi kesukaran menerima pembelajaran pada peringkat seterusnya. Kajian tindakan ini boleh menjadi permulaan kepada penguasaan Bahasa Inggeris yang lebih baik kepada mereka. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan kaedah yang menyeronokkan dan dipercayai mampu menarik minat mereka mengemari mata pelajaran Bahasa Inggeris ini. Kajian ini diharapkan dapat membantu guru tentang kaedah yang lebih menarik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris terutama bagi topik subject verb agreement. Ia juga diharapkan dapat mengurangkan kesilapan sama yang disering dilakukan pelajar bagi topik berkenaan. Guru-guru boleh menggunakan kelengkapan teknologi yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan dengan cara yang lebih berkesan melalui aktiviti tutorial secara individu ataupun berkumpulan. Latihan yang disediakan juga diharapkan dapat meningkatkan prestasi pelajar dan mengurangkan kesilapan berulang. Terdapat juga slot permainan yang berkaitan topic tersebut yang boleh diguna pakai didalam bilik darjah dimana ia dapat memberi motivasi dan menceriakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Diharapkan semoga kajian ini dapat di terima oleh Ahli Jawatan kuasa Penyelidikan Tindakan SMK Kuala Besut, Besut Terengganu dan dapat dikongsi bersama guru-guru sekolah melalui aktiviti perkembangan staf untuk faedah bersama dan sama-sama dapat dimanfaatkan dengan meluas bersama-sama guru-guru Bahasa Inggeris melalui mesyuarat panitia daerah.

SGDP 4043 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

12

10.0

ANGGARAN PERUNTUKAN KAJIAN JUMLAH BIL PERKARA (RM) I Bahan dan alatan bantuan mengajar Pen ( 2 batang x RM 1.50 ) Marker pen ( 5 batang x RM 4.50 ) Kertas Kadbod ( 5 keping x RM 5 ) Pisau Pemotong Kadbod ( 1 unit x RM 5 ) Manila Kad ( 5 keping x RM 0.80 ) Buku nota kecil : jurnal ( 30 buah x RM1.50) 3.00 22.00 25.00 5.00 4.00 45.00 7.00 4.00 15.00 50.00 7.50 25.00 212.50

Percetakan soal selidik / borang ujian Percetakan modul / bahan pengajaran Percetakan laporan kajian (6 jilid) Hadiah untuk ganjaran pelajar (penanda buku) II Perbelanjaan Mesyuarat ( RM 1.50 x 5 org) Bengkel Penulisan Kajian ( RM 5.00 x 5 org) JUMLAH KESELURUHAN

SGDP 4043 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

13

11.0

PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN JANUARI FEBRUARI M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8

BIL 1. 2. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

PERKARA Mengenalpasti masalah dan isu Temubual dengan 10 orang pelajar dari kumpulan sasaran Perbincangan bersama guru-guru Bahasa Inggeris Pembentukan soalan pra Pelaksanaan ujian pra terhadap pelajar Memproses data ujian pra Menganalisis data ujian pra Merangka aktiviti yang bersesuaian Perbincangan bersama ahli kumpulan dan guru panitia bagi menentukan kesesuaian aktiviti Penulisan kertas cadangan Pembentangan kertas cadangan Pemurnian kertas cadangan Penyerahan kertas cadangan

9. 10. 11. 12.

Anda mungkin juga menyukai