Anda di halaman 1dari 8

Pengiklanan Berkesan, Cara Terbaik Meningkatkan Jualan.

Salam sejahtera semua, dan semoga dalam keadaan yang baik sentiasa dan bertambah baik dari hari ke hari.. Kita sering kali tertanya-tanya (peniaga), ramai yang buat iklan, dah macam-macam jenis iklan pun ada, guna online, guna banner, guna kad bisnes (call card), tapi hasilnya masih belum seperti yang kita harapkan. Pada isu kali ini yang mana merupapakan isu pertama yang akan di'post' di sini, kita akan bercakap tentang rahsia pengiklanan berkesan. Ya, rahsia. Ape yang rahsia?? Kaedah pengiklanan la rahsianya. Iklan yang berkesan perlu memainkan 4 fungsi terpenting. Kalau nak senang ingat, ingat la AIDA. Ape AIDA tu..Erm, baik buat AIDA tu jadi macamni A-I-D-A.. Kalau tak, nanti ramai yang teringat-ingat kawan yang nama AIDA plak. Ok, A-I-D-A ni 'stand for': 1. 2. 3. 4. Attention (perhatian), Interest Iminat), Desire (keinginan), & Action (tindakan).

Iklan yang berkesan juga bukanlah hanya menggunakan satu-satu medium pada satu masa. Iklan yang berkesan perlu menggabungkan (combination) beberapa medium promosi. Sebagai contoh, jika kita membuat perniagaan online, kita juga perlu mempromosikan perniagaan online itu melalui online dan offline. Selain itu, iklan yang berkesan juga perlu menggunakan beberapa kaedah promosi. Sebagai contoh, kalau kita promosikan secara online, mungkin kita gunakan kaedah yang percuma aje. Ini adalah silap, kita perlu manggabungkan promosi berbayar dan yang percuma. Kita akan mendapat lebih pelanggan. Ape?? Tak nak keluar modal untuk promosi atau belum mampu? Philip Kotler, pakar pemasaran dunia ada sebut tentang 4P dalam pemasaran untuk menjadikan perniagaan lebih maju dan berkesan. Apa dia? 1. 2. 3. 4. Product, Price, Promotion, & Place.

Jadi, jelas lah, promosi atau pengiklanan adalah strategi penting untuk pemasaran. Hendak atau tidak, kita kena buat pengiklanan bagi tujuan promosi. Mula-mula mungkin guna yang free dulu. Dapat untung, 'invest' sikit untuk pengiklanan berbayar. Menurut Irfan Khairi, ada 3 kunci kepada kejayaan pengiklanan yang berkesan. 3 perkara itu adalah pengiklanan yang berkesan perlu 1. mencipta keseronakan bila pembaca melihatnya, 2. pengiklanan berkesan juga perlu memberikan berita kepada pembaca, dan 3. pengiklanan berkesan juga menyeru pembaca untuk mengambil tindakan. Apakah kaedah yang paling utama dan wajib bagi peniaga-peniaga semua untuk memberikan kepada bakal pelanggan kita suatu pengiklanan berkesan? Jawapannya adalah kad bisnes (call card). Kad bisnes adalah amat penting bagi semua peniaga. Ini dibuktikan oleh ungkapan dari Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, yang mengatakan bahawa, jangan kedekut bagi kad bisnes. Bagi sorang tu lebih 5 kali pun takpe. Biar pelanggan tu ingat kita. Ha! Dah ada kad bisnes? Ada bagus. Tapi, kami di Terabit Niaga, mahu membantu anda semua bagi 'design'kan kad bisnes anda serta print kan sekali supaya design yang direka tadi dapat diterjemahkan dengan menggunakan teknologi percetakan kami agar ianya lebih berkesan dalam menyampaikan berita, mencipta keseronakan, dan juga menyeru bakal-bakal pelanggan untuk menambil tindakan. Senjata kedua terpenting selepas kad bisnes ialah flyers. Flyers juga merupakan prospek terbesar bagi menjadikan pengiklan lebih berkesan. Bagaimana? Flyers yang bijak direncanakan boleh memberikan lebih berita, mencipta keseronakan kepada bakal pelanggan bila dapat membeli dari anda, dan sekaligus menyeru dan menggalakkan mereka bertindak bijak dengan memilih untuk membeli dari anda. Kami di Terabit Niaga juga komited atas usaha ini. Perkhidmatan yang kami sediakan di blog ini mempunyai 'form' tersendiri di setiap ruangan perkhidmatan masing-masing, bagi anda yang ingin bertanya atau ingin membuat tempahan terus kepada kami. Diharapkan kepada anda semua, berdaftarlah dengan kami secara percuma untuk mendapatkannewsletter percuma (nilai sebenar RM30 sebulan, untuk anda adalah

PERCUMA) tentang kaedah-kaedah pengiklanan berkesan ini dengan mengisi borang di bawah.

Banner/Banting
Banner/Banting boleh menjadi salah satu medium pengiklanan yang baik dan berkesan jika distrategikan dengan betul. Design dengan imej dan warna yang menarik mampu menggamit pembaca untuk mengambil sedikit masa mereka untuk membaca apa yang tertera pada banner/banting itu. Namun, setiap perkara ada 'range' tertentu yang menentukan 'eficiency' atau keberkesanan sesebuah pengiklanan itu. Jadi, 'design' yang berinovasi tajam dan tepat sahaja mampu menterjemahkan keberkesanan iklan melalui banner/banting. Namun banner/banting perlu digantung dibanyak kawasan supaya ianya lebih berkesan. Jumlah yang normal bagi pengiklanan yang berkesan menggunakan banner/banting adalah perlu melebihi 4 tempat/penjuru pada satu-satu kawasan yang padat. Penggantungan banner/banting juga perlu dilakukan di tempat yang tepat, pada waktu yang tepat, dan mengiklankan produk yang tepat. Secara ringkas, banner/banting perlu digantung dalam jumlah minima 4 penjuru di tempat yang tepat, masa yang tepat, dan mempromosikan produk yang tepat untuk 'target market' yang kita nak iklankan tu. Kami di Terabit Niaga, memberikan perkhidmatan design dan cetak banner/banting untuk anda. Dalam masa yang terdekat juga, kami akan meningkatkan perkhidmatan kami untuk memasang banner/banting anda ke tempat-tempat tertentu yang kami yakin tepat dan lebih mudah untuk dicapai dengan berkesan. Di bawah ini, kami sertakan contoh-contoh banner/banting yang pernah kami cetak. Jaminan kami adalah, banner/banting yang kami cetak mempunyai cetakan warna yang tepat dan tulisan dan gambar yang diiklankan juga jelas bagi menjamin keberkesanan iklan anda. Di bawah ini juga, kami perincikan tentang ciri-ciri kualiti banner/banting kami, beserta harga yang kami berikan kepada anda.

Banner.

Banner pengiklanan berkesan bersaiz besar, sesuai digantung di kawasan tumpuan ramai seperti berdekatan dengan pasar tani dan sebagainya.

Banner pengiklanan berkesan bersaiz besar juga, yang hanya memaparkan nama syarikat/kedai dengan berlatar-belakangkan produk-produk sangat sesuai digantung di luar kedai atau syarikat perniagaan anda.

Banner pengiklanan berkesan bersaiz sederhana, sesuai digantung di kawasan

tepi jalan yang mempunyai lampu isyarat. Ciri-Ciri Pengiklanan Berkesan Menggunakan Banner/Banting: 1. Saiz : Mengikut kebebasan anda (saiz minima adalah 2' x 5' = 10' persegi) 2. Jenis material : Vinyl (outdoor) dan syntetic (indoor) 3. Warna : 4c (full color, using RGB format). 4. percetakan : 600 dpi (outdoor) dan 1200 dpi (indoor) 5. penggantung : banting boleh menggunakan kayu atau paip PVC.
p/s: Mutu percetakan indoor (menggunakan syntetic material) adalah amat jelas dan 'sharp' dan kualitinya hampirsama dengan mutu gambar foto.

Harga outdoor: 1. kurang 100 kaki persegi : RM3.00 sekaki persegi + RM50 design (jika kami designkan untuk anda) 2. kurang 500 kaki persegi : RM2.80 sekaki persegi + RM0 design (professional design percuma!) 3. lebih 500 kaki persegi : RM2.80 sekaki persegi + RM0 design (professional design percuma!) + call card 3 box FREE! 4. penggantung banting (kayu atau paip PVC ) + RM4 setiap sehelai banting.

Harga indoor: 1. kurang 100 kaki persegi : RM5.00 sekaki persegi + RM50 design (jika kami designkan untuk anda) 2. kurang 500 kaki persegi : RM4.50 sekaki persegi + RM0 design (professional design percuma!) 3. lebih 500 kaki persegi : RM4.50 sekaki persegi + RM0 design (professional design percuma!) + call card 3 box FREE! 4. penggantung banting (kayu atau paip PVC ) + RM4 setiap sehelai banting.

Banting.
Banting yang bersaiz 3' x 6' amat sesuai diletak di dalam kedai anda, supaya menggalakkan pelanggan untuk melihat produk-produk anda dengan minat yang lebih mendalam. Penggantungan banting di tiang-tiang lampu mungkin banyak anda saksikan bukan? Namun penggantungan banting di tiang-tiang lampu memerlukan kuantiti banting yang agak besar seperti 10 batang banting atau lebih bagi sesebuah kawasan target anda bagi menjadikannya pengiklanan berkesan.

Banting-banting di atas digunakan di dalam kedai seperti yang menjual kerepek bagi menunjukkan apa yang menarik bagi pelanggan bagi memudahkan mereka mencari apa yang mereka mahu, dan BELI!

Penyampaian maklumat di univeristi/sekolah/pejabat yang berkesan juga boleh menggunakan banting.

Anda mungkin juga menyukai