Anda di halaman 1dari 1

Sifat-sifat Insan Moral SIFAT-SIFAT INDIVIDU BERMORAL Biasanya dapat dilihat melalui perlakuan yang menggambarkan sifat pemikiran

dan emosi (jiwanya). Kemoralan bukan sahaja melibatkan perlakuan tetapi juga merangkumi aspek emosi dan pemikiran.

PRINSIP INDIVIDU BERMORAL Teori-teori etika menjadi petunjuk kepada sifat insan bermoral. Wbp teori-teori tersebut mempunyai pelbagai petunjuk seperti berasaskan kesan, motif, jalan tengah dan kemoralan sosial untuk merujuk kepada individu bermoral. Tiga prinsip sebagai panduan menentukan individu bermoral.

PRINSIP KEADILAN Adil bermaksud saksama, seimbang, sama rata dan sama rasa Sama rata bukan bermaksud orang yang bekerja lebih tetapi mendapat bayaran yang sama (dengan orang lain). Agama Islam mendefinisikan keadilan sebagai, meletakkan sesuatu di tempatnya. Aristotle adil itu sebagai `fair-minded, tidak berat sebelah, sesuai dan berpatutan Aristotle menyebut Prinsip Keadilan Umum iaitu masy. diorganisasi supaya semua individu memberi sumbangan kpd. kebajikan umum.

PRINSIP ALTRUISME Individu saling berhubung (interaksi) dengan orang lain. Perlakuan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk memberi kebaikan kepada orang lain mengatasi diri sendiri. Berperikemanusiaan. Perasaan kasihan, kasih sayang, simpati dan empati.

PRINSIP AUTONOMI Autos= diri sendiri Nomos= undang-undang Autonomi= Penentuan sendiri tentang peraturan dan kawalan. berdasarkan pertimbangan bebas dan kebebasan memilih. Tingkah laku akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral tidak rasional dan adil. tidak mengakuri tanggungjawab moral. Posted by Pensyarah Cemerlang, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan at 00:16

Anda mungkin juga menyukai