Anda di halaman 1dari 13

Definisi dan Konsep Menulis

Konsep menulis ialah proses merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan diri sendiri.

Definisi menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang jelas dan tersusun.

Menulis merupakan proses penghasilan pertuturan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Ayat-ayat yang disusun itu adakalanya panjang dan adakalanya pendek berdasarkan beberapa urutan bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan-bahan bercetak.

Menurut Paul Jennings pula dalam The Reading Bug, Menulis adalah keperluan peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat untuk kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini. Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi di samping sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.

Kamarudin Hj. Husin (1988:178), tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambing-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semua dikatakan bahasa. Tulisan ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat.
Page | 1

Juriah

Long

dan

rakan-rakan

(1990),

menulis

adalah

satu

proses

menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khayalak.

Raminah Hj. Sabran (1985:183), penulisan ialah bentuk penglahiran perasaan, fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.

Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.

Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi mampu membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contoh keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya.

Manakala kaedah pula ialah cara atau peraturan membuat sesuatu. Menurut Mangatar Simanjuntak (1982), kaedah ialah satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan satu yang digunakan. yang Parera(1986), untuk
Page | 2

mendefinisikan

kaedah

sebagai

rancangan

menyeluruh

menyampaikan

secara

teratur

bahan-bahan

bahasa,

tidak

ada

bahagian-

bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan pendekatan. Edward (1963) pula mengatakan bahawa kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu. Beliau juga mendefinisikan kaedah sebagai satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pengajaran spesifik dalam jangka masa pendek. Selain itu, beliau berpendapat bahawa kaedah ialah satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dpilih.

Dari segi teknik pula ia pengajaran merupakan kemahiran atau perkaraperkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Teknik ialah kaedah mencipta sesuatu hasil. Sebagai contoh seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya (Kamus Dewan, 2004). Edward (1963), mendefinisikan teknik sebagai muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Beliau juga mengatakan bahawa teknik ialah kemahiran guru yang digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Oleh demikian, jika kita hendak mengajar seseorang murid sekolah rendah kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Justeru, apabila kita menyebut teknik pengajaran, kita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, pelbagai teknik boleh digunakan untuk penguasaan kemahiran menulis. Teknik-teknik tersebut boleh dicipta berdasarkan tujuan dan objektif tertentu yang hendak dicapai. Teknik pengajaran ialah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Teknik ini merupakan satu pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran menulis. Teknik ialah kaedah mencipta sesuatu hasil. Sebagai contoh seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya (Kamus
Page | 3

Dewan, 2004). Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1988), berpendapat bahawa teknik pengajaran ialah pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah dimana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Seperti kaedah dan teknik, pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk penguasaan kemahiran menulis. Di antaranya yang di anggap berkesan ialah pendekatan komunikatif, pendekatan pemerengganan, pendekatan pola dan pendekatan proses. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala

yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasarn. Dalam pengertian yang lebih luas juga diertikan sebagai to come near to in any sense atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran.

Edward (1963), mengatakan bahawa pendekatan ialah satu set andaian yang saling yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspekaspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Oleh hal yang demikian, ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

Terdapat pelbagai pendekatan, kaedah, dan teknik yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran aspek-aspek bahasa termasuk pengajaran penulisan.
Page | 4

Raimes mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan iaitu Pendekatan Terkawal, Pendekatan Bebas, Pendekatan Pola-Perenggan, dan Pendekatan Komunikatif.

Pendekatan terkawal ialah pendekatan yang digunakan oleh guru untuk mengawal pelajar daripada melakukan kesalahan. Pada peringkat awal guru mengawal secara menyeluruh. Namun begitu, pelajar masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri. Sebagai contoh, bentuk-bentuk kawalan yang diberikan oleh guru adalah dengan menyediakan sebuah penulisan yang menghendaki murid mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Selain itu, guru mengambil satu petikan yang menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian murid disuruh menggambarkan semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu.

Pendekatan yang kedua ialah pendekatan Bebas. Pendekatan ini memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka tentang sesuatu topik penulisan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini hanya sesuai digunakan bagi murid yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik. Misalnya dalam pengajaran penulisan yang berkaitan dengan masalah penderaan kanak-kanak. Guru bolehlah menggunakan keratan akhbar untuk ditunjukkan kepada pelajar dan menyuruh mereka memberikan pendapat melalui aktiviti sumbang saran. Dengan cara ini, murid akan lebih berminat, aktif dan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan menulis.

Pendekatan yang ketiga ialah pendekatan komunikatif. Dell Hymes iaitu pengasas pendekatan ini menyatakan bahawa kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh seseorang murid. Beliau merujuk kepada keupayaan murid mengguna dan memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial. Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayatPage | 5

ayat yang gramatis. Sebagai contoh, penulisan tentang kemajuan sains dan teknolgi mestilah memasukkan kata atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut. Oleh itu, pendekatan ini membolehkan murid menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan berkomunikasi termasuk dalam penulisan.

Dengan menggunakan pendekatan ini, dapatlah disimpulkan bahawa murid menulis adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat. Justeru, guru perlu memastikan dan menggalakkan murid menulis sama seperi dalam situasi kehidupan seharian mereka.

Pendekatan yang keempat ialah pendekatan Pola-Perenggan. Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. Ini dapat melatih murid supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan teratur. Selain itu, pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara meringkaskan penulisan dengan baik.

Kesimpulannya, tidak ada pendekatan, kaedah atau teknik yang terbaik untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. Ini kerana setiap murid adalah berbeza. Oleh itu, guru perlu lebih kreatif untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajar dengan menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang difikirkan sesuai berdasarkan ilmu yang hendak disampaikan agar murid-murid dapat menerima ilmu tersebut dengan baik dan pengajarannya menarik dan berkesan.

Page | 6

Jenis-jenis Kemahiran Menulis

Terdapat dua jenis kemahiran yang perlu dikuasai dalam menyampaikan pengajaran kemahiran menulis iaitu kemahiran menulis secara mekanis, atau mendirikan asas dan kemahiran menulis secara pelahiran mental, iaitu secara kreatif (Chomsky,1957).

Kemahiran Menulis Secara Mekanis Kemahiran ini dikuasai pada peringkat awal agar dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak menekap dan membentuk huruf adalah penting kerana ia bertujuan member latihan dan pengalaman asas yang diperlukan oleh kanak-kanak. Ini dapat membantu pelajar menguasai kemahiran menulis yang selanjutnya seperti menulis huruf, menulis suku kata perkataan, rangkai kata dan ayat.

Selain itu, murid dilatih menggunakan tanda baca di tempat-tempat yang betul. Kemahiran ini penting kerana tanpa tempat-tempat yang betul hasil penulisan akan menjadi sukar dibaca dan kemungkinan membawa kepada kesalahan maksudd. Pada peringkat awal pembelajaran menulis, pelajar menganggap bahawa aktiviti menulis sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan berbanding dengan orang dewasa.

Kanak-kanak yang berumur dua tahun telah menggunakan jari dan tangan mereka untuk menconteng dan membuat gambar mengikut tanggapan mereka. Contengan ini merupakam asas bagi kebolehan menulis. Semasa kanak-kanak mempelajari fungsi lambing hufur (tulisan) sebagai mewakili bunyi suara (bahasa) mereka dapat membezakan bentuk-bentuk huruf yang digunakan dalam bacaan. Kebolehan yang mereka kuasai daripada contengan lukisan itu membolehkan

Page | 7

mereka meniru huruf yang dilihat dalam bacaan mereka. Latihan awal menulis di peringkat rendah perlu menekankan aktiviti-aktiviti yang berikut: a) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan b) Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. c) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata. d) Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.

Kemahiran Menulis Secara Pelahiran Mental Kemahiran menulis ini biasanya dikuasai setelah kanak-kanak memperoleh kemahiran menulis mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Latihanlatihan mental yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran menulis ialah: a) Latihan pernyataan fikiran atau pendapat. b) Latihan pernyataan perasaan. c) Latihan pernyataan kehendak. d) Latihan mengeluarkan pendapat yang tulen dan asli.

W.M Rivers menyenaraikan lima peringkat pengajaran menulis secara mental iaitu: a) Menyalin dan meniru (copiying) b) Menghasilkan semula (reproduction) c) Menggabung (recombination) d) Penulisan berpandu e) Penulisan bebas

Page | 8

PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS

a) Peringkat Pramenulis

Peringkat menulis ini melibatkan latihan pergerakan tangan, pergerakan mata serta koordinasi tangan dan mata. Latihan pergerakaan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut bentuk ukuran dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan seumpama ini dapat membantu murid menguasai kordinasi antara tangan dan mata, dan seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis. Untuk mencapai strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar murid mendapat asas yang kukuh dalam kemahiran menulis ini ialah antara kemahiran yang dimaksudkan dalam kemahiran menulis ialah: i. Kemahiran tulisan tangan, yakni kebolehan murid membentuk huruf, mengetahui konsep jarak perantaraan huruf dalam perkataan dan jarak perantaraan perkataan dalam ayat. ii. iii. iv. Kemahiran huruf besar. Kemahiran tanda baca. Kemahiran mengeja.

b)

Peringkat mendirikan asas

Peringkat ini dijalankan serentaak dengan pengajaran bacaan. Pelajar diperkenalkan dengan lambang-lambang huruf yang bersesuaian dengan gambar, seterusnya menulis ayat pendek. Semasa menulis, murid digalakkan menyebut huruf dan membaca perkataan itu. Buku tulisan murid pada peringkat ini sebaikbaiknya tidak mempunyai garisan. Murid menulis dengan menggunakan krayon atau pensil warna. Apabila tulisan pelajar beransur baik mereka boleh menulis dalam buku latihan bergaris yang jaraknya inci.
Page | 9

Huruf manuskrip merupakan bentuk awal dalam pembelajaran tulisan. Dalam mengajar kemahiran menulis ini, pembelajaran tulisan meliputi beberapa peringkat seperti yang berikut: i. Peringkat pramenulis yang membolehkan pelajar-pelajar mengenal bentuk huruf. ii. Peringkat model yang membolehkan pelajar-pelajar berlatih menulis nama mereka sendiri dengan merujuk model-model yang tertentu. iii. Peringkat menghafal yang membolehkan pelajar-pelajar menulis sendiri tanpa merujuk sebarang model.

Page | 10

JENIS-JENIS PENULISAN a) Terkawal Karangan peringkat terkawal merupakan karangan peringkat asas atau pertama yang harus dilalui oleh murid-murid dalam gerak kerja penulisan. Karangan yang harus dilalui oleh murid-murid dalam gerak kerja penulisan. Karangan terkawal adalah segala isi dan bahasanya sedia terkawal oleh guru. Susunannya dikawal ketat dan sedikit dipimpin kea rah karangan bebas. Tujuan karangan terkawal adalah untuk mengurangkan kesilapan berlaku di kalangan murid-murid. Apa yang dititikberatkan dalam karangan terkawal adalah kelancaran dalam penggunaan bahasa dan membolehkan murid-murid mengeluarkan fikiran mereka tanpa digangu oleh soal bahasa. Karangan jenis ini dapat dibahagi kepada 3 jenis iaitu: i. Seratus peratus terkawal atau kawalan sepenuhnya. Ia hampir menyerupai peringkat menyalin semula. ii. iii. Separuh terkawal iaitu peringkat menghasilkan semula. Hampir terkawal iaitu peringkat menggabungkan semula ayat-ayat.

b)

Separa Terkawal

Pada tahap ini, murid-murid masih diberikan kawalan walaupun tidak sepenuhnya. Murid-murid diberi peluang untuk menggunakan sedikit daya pemikiran mereka untuk memilih perkataan dan menyesuaikannya dengan pengajaran guru. Misalnya guru akan membacakan sebuah karangan pendek yang sedia tulis di papan hitam dan kemudian murid-murid diminta menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadam dengan perkataan-perkataan lain yang disediakan. Latihan ini mungkin menimbulkan sedikitkesukaran dan murid-murid boleh melakukan

kesalahan.

Page | 11

c)

Berpadu Murid diberi sedikit kebebasan untuk memilih unit leksikal dan bentuk ayat

tetapi dengan bahan dan isi yang dikawal. Contohnya menyudahkan cerita, melengkapkan perenggan-perenggan, menulis ayat-ayat mudah dan latihan diperluaskan dengan ayat mudah dan latihan diperluaskan dengan ayat itu. Latihan di peringkat ini memerlukan murid bertindak balas secara individu.

d)

Bebas Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam kemahiran ini. Mandel

(1980) menyatakan bahawa penulisan bebas merupakan penulisan sebenar. Karangan bebas hanya akan dijalankan setelah murid-murid sudah mula menguasai bahasa yang diajar dengan baik. Pada peringkat ini, murid-murid diberi tajuk umum dan mereka diminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa yang hendakditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulisnya. Oleh sebab muridmurid ini telah mempunyai kemahiran tatabahasa dan kemahiran mekanikal yang mencukupi, guru hanya perlu menumpukan kepada isi dan kesilapan-kesilapan yang dilakukan.

Latihan peringkat ini memberi kebebasan kepada murid membuat pemilihan perkataan dan struktur ayat berlandaskan kreativiti mereka. Murid membuat pemilihan perkara dengan mencipta ayat-ayat sendiri dengan melahirkan pendapat masing-masing. Pada peringkat ini, hasil kerja murid lebih panjang dan murid menghasilkan karangan yang lebih kompleks seperti kemahiran gaya daripada kemahiran mengorganisasi penulisan misalnya mengikut kronologi mengikut fakta perbandingan susunan sebab dan akibat serta penerangan sesuatu. Selain itu, murid juga perlu menguasai kemahiran menulis yang lain seperti penggunaan tanda baca, pemerengganan, wancana, organisasi idea dan stail. Apabila menggunakan pendekatan ini, murid haruslah mengetahui tentang proses menulis yang terdiri daripada tiga langkah iaitu pramenulis, membuat rangka dan isi serta menyemak dan memeriksa kembali.

Page | 12

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis harus dijalankan dengan berkesan agar usaha untuk meningkatkan untuk murid-murid sekolah rendah menguasai elemen menulis. Elemen menulis mestilah diambil kira ialah dari segi pendekatan, teknik dan kaedah dan sebagainya untuk membimbing murid-murid menguasai kemahiran menulis.

Kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi mampu membantu ke arah pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Page | 13

Anda mungkin juga menyukai