Anda di halaman 1dari 12

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

MEMANAH
SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Pemanah sedang mencari sasaran

Target dan Tree Stand Sasaran Pemanah

Memanah atau Archery merupakan salah satu jenis sukan paling lama di dunia. Ia telah diperkembangkan sejak zaman manusia menemui dan mencipta tamadun dan peradaban. Hal ini adalah kerana memanah pada asalnya bukan untuk dipertandingan tetapi cara dan alat untuk terus mencari kehidupan atau survival. Tidak hairanlah jika acara memanah ini adalah setua umur sukan mula dipertandingkan di dunia ini. Ia dipertandingkan di semua kejohanan sukan olahraga di seluruh dunia.

111

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ALATAN DAN KEPERLUAN

Set busar dan anak panah

Kepala anak panah berbagai bentuk

anak panah

Target - Papan Skor (Score board)

112

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

Golf penarik tali busar

Quiver atau karung anak panah

Arrow Case atau kotak simpan anak panah

Shoulder pad atau lapik bahu pelbagai saiz dan bentuk

113

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TEKNIK DAN KEMAHIRAN ASAS MEMANAH

Pandangan dari belakang kedudukan kepala, kedua-dua belah tangan dan imbangan badan untuk melakukan panahan.

114

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

1. Berdiri (Stance)

Pandangan dari depan

Pandangan dari sisi

Buka kaki selebar bahu Garisan memanah (merah) di antara dua kaki Kedudukan kedua belah bahu selari ke tengah sasaran Berdiri tegak, kaki dan badan jangan dibengkokkan Berdiri dengan selesa

115

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2. Memasang Panah (Nocking)

Pasang nock panah di antara dua titik nocking di tali busar Pastikan panah dipasang sehingga bunyi klik. Satu sayap yang berlainan warna mestilah ke arah kiri. Letakkan anak panah di arrow rest.

116

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

3. Memegang (Pre Draw)

Kedudukan busar, tali dan cengkaman tangan untuk memanah

117

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4. Mencangkuk (Hooking)

10% 65% 25%


Kedudukan jari dan kadar tarikan cangkuk mengikut peratusan

5. Mengangkat (Set up)

Tangan yang memegang busar diangkat setinggi mata Bahu dan siku tangan yang satu lagi mestilah selari

118

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

6. Menarik (Drawing / Pulling)

Gunakan kekuatan otot lengan, bahu dan belikat untuk menarik tali Jangan gunakan kekuatan pergelangan tangan Siku digerakkan ke belakang selari dengan lantai

119

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

7. Menjangkar (Anchoring)

Tarik nafas dan tahan nafas secara selesa Cari sasaran dengan sebelah mata ditutup untuk penumpuan (focus) Tali busar diletakkan di hadapan tengah bibir dengan agakan

120

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

8. Membidik (Aiming)

Gunakan mata kanan (tutup sebelah mata) Halakan pembidik (sight pin) ke tengah sasaran Jangan bidik berpandukan kepala panah (Kepala panah akan kelihatan di bawah sasaran) Bayangkan tali akan berada di sebelah kanan pembidik, bukan menutupi lubang pembidik

9. Melepas (Release)
Lepaskan tali sahaja - dapat membidik ke tengah sasaran Jangan membidik terlalu lama (tangan akan menggigil) Lepaskan tali dengan melepaskan ketiga-tiga jari secara serentak Dalam masa yang sama, tangan ditarik sedikit ke belakang selari dengan arah anak panah.

121

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

10. Gerak Lanjut (Follow Through)

Selepas membuat panahan, jangan terus jatuhkan busar. Tunggu sehingga panah mengenai sasaran

11. Pemarkahan (Scoring)


Markah dikira mengikut di mana anak panah mengenai sasaran Terdapat 10 bulatan di sasaran bermula dengan 1 markah di bulatan terbesar sehinggalah ke 10 markah di bulatan terkecil.

2
Bull Eyes atau X tetap dikira 10 markah tetapi digunakan sebagai mata kelebihan jika terdapat sama markah. ( 1 ) Tiada markah bagi sasaran di luar bulatan besar. ( 2 )

3 4

Papan Skor (Scoreboard)

Jika terkena di garisan, markah yang lebih besar akan diambil kira. ( 3 ) Jika anak panah melantun balik, markah akan dikira dengan menggunakan bekas (lubang) yang terhasil. ( 4 )

122

Anda mungkin juga menyukai