Anda di halaman 1dari 10

1.

1 Ujian Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan Komposisi Badan a) Indeks Jisim Badan (body mass index) Ujian ini membandingkan berat badan dengan tinggi individu. Peralatan :

Mesin penimbang dan pita ukur. Kelebihan :

Ujian ini mudah dijalankan serta tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dan dapat dijalankan ke atas kumpulan peserta yang ramai. Kekurangan :

Kandungan lemak seseorang tidak dapat diukur dengan tepat. Prosedur : Berat badan (kg) [Tinggi (m)]2 = BMI

Jadual Body Mass Index (BMI) Klasifikasi Underweight Normal Overweight Obese Kelas I Obese Kelas II Obesiti Lampau Skor BMI < 18.5 18.5 24.9 25.0 29.9 30.0 34.9 35.0 39.9 > 40.0

b) Lipatan Kulit Ujian ini memerlukan pengukuran ketebalan lipatan kulit di beberapa tempat pada badan. Jumlah bacaan lipatan kulit ini membolehkan jangkaan jumlah kandungan lemak dalam badan dibuat. Peralatan :

Kaliper lipatan kulit. Kelebihan :

Hanya memerlukan kaliper lipatan kulit tetapi penguji perlu konsisten dalam cara pengambilan bacaan. Prosedur : i) Guna ibu jari dan jari telunjuk untuk menarik/mencubit kulit pada tempat yang hendak diuji. Jarak antara jari-jari tersebut ialah lebih kurang 2.5cm. ii) Buka rahang kaliper dan lepaskan rahang tersebut pada kulit yang telah dicubit lebih kurang 1.25cm di bawah ibu jari dan jari telunjuk. iii) Biar kaliper itu menutup rahangnya selama 2-3 saat sebelum mengambil bacaan. Skala pada angkup ialah dalam milimeter. iv) Ambil tiga kali bacaan pada setiap tempat dan ambil bacaan median. Contoh : Bacaan 8mm, 9mm, 10mm;bacaan 9mm diambil. v) Tempat mengambil bacaan ialah bahagian kanan badan atau bahagian badan yang dominan.

Lokasi Mengambil Bacaan di Bahagian Badan yang Dominan Trisep Kuadrisep Abdomen

LELAKI Jumlah Lipatan 8-10 11-13 14-46 17-19 20-22 23-25 26-28 29-31 32-34 35-37 38-40 41-43 44-46 47-49 50-52 53-55 56-58 59-61 62-64 65-67 68-70 71-73 74-76 77-79 80-82 83-85 86-88 89-91 92-94 95-97 98-100 101-103 104-106 107-109 110-112 113-115

Peratusan 3.2 Lemak 4.1 5.0 6.0 6.0 7.8 8.7 9.7 10.6 11.5 12.5 13.4 14.3 15.2 16.2 17.1 18.0 18.9 19.9 20.8 21.7 22.6 23.6 24.5 25.4 26.4 27.3 28.2 29.1 30.1 31.0 31.9 32.8 33.8 34.7 35.6

PEREMPUAN Jumlah Lipatan 23-25 26-28 29-31 32-34 35-37 38-40 41-43 44-46 47-49 50-52 53-55 56-58 59-61 62-64 65-67 68-70 71-73 74-76 77-79 80-82 83-85 86-88 89-91 92-94 95-97 98-100 101-103 104-106 107-109 110-112 113-115 116-118 119-121 122-124 125-127 128-130

Peratusan 16.8 Lemak 17.7 18.5 19.4 20.2 21.0 21.9 22.7 23.5 24.4 25.2 26.1 26.9 27.7 28.6 29.4 30.2 31.1 31.9 32.7 33.6 34.4 35.5 36.1 36.9 37.8 38.6 39.4 40.3 41.1 42.0 42.8 43.6 44.5 45.3 46.1

116-118 119-121 122-124 125-127

36.6 37.5 38.4 39.3

131-133 134-136 137-139 140-142

47.0 47.8 48.7 49.5

Anggaran Peratusan Lemak untuk Jumlah Lipatan KulitPada Bahagian Trisep, AbdomendanKuadrisep c) Whole-Body Air-Displacement Plethysmography Ujian ini menggunakan pengukuran seluruh badan seperti prinsip yang digunakan dalam hydrostatic weighing tetapi dalam ujian ini ianya menggunakan pengisian ruang udara. Peralatan :

Bod Pod.

Kelebihan :

Ujian ini adalah tepat, selamat dan cepat serta analisis boleh didapati dalam masa lebih kurang 5 minit. Prosedur : i) Peserta hanya perlu duduk di dalam Bod Pod dengan selesa. ii) Pengesan tekanan berkomputer akan menentukan ruang udara yang diisi oleh badan peserta berkenaan.

d) Hydrostatic Weighing (Dunk Tank) Ujian ini adalah bertujuan untuk mengukur kepadatan badan dan melalui bacaan yang didapati itu dikira peratusan lemak badan. Peralatan :

Tangki hydrostatic weighing berserta dengan kerusi bawah air dengan penimbang berat. Kelebihan :

Ujian yang paling sesuai digunakan untuk mengukur kepadatan badan dan banyak digunakan pada masa lalu. Kekurangan :

Peralatan yang digunakan agak mahal dan ujian ini mengambil masa yang lama serta memerlukan kemahiran untuk mengendalikannya. Prosedur : i) Peserta dikehendaki duduk di atas kerusi yang akan direndamkan ke dalam air dan ditimbang. ii) Semasa berendam, peserta perlu menghembus keluar semua udara yang terdapat dalam paru-paru dan menahan nafas selama 10-15 saat sehingga bacaan dapat diambil oleh penguji. iii) Proses ini diulang lebih kurang l0 kali supaya keputusan yang tepat dapat diperoleh.

e) Bioelectric Impedance Ujian ini melibatkan penggunaan elektrod yang didekatkan pada kulit manusia di mana arus elektrik yang sangat rendah akan melalui badan dan rintangan arus ini akan dikenalpasti yang kemudiannya ditukar kepada peratusan lemak badan. Peralatan :

Bioelectric impedance analyzer. Kelebihan :

Ujian ini adalah mudah, selesa dan dapat dilakukan dalam masa yang singkat.

Kekurangan :

Hasil yang diperoleh adalah kurang tepat kerana dipengaruhi oleh jenis alat yang digunakan dan juga keadaan badan seseorang individu (suhu, makanan yang diambil). Prosedur : i) Oleh kerana alat yang digunakan ini adalah menguji rintangan tisu badan melalui aliran arus elektrik rendah, maka peserta yang diuji tidak boleh bersentuhan dengan permukaan lain yang tidak diuji. ii) Ketika sedang diuji, peserta perlu berdiri dalam keadaan kaki yang sedikit terbuka dan tangan dijauhkan daripada badan. iii) Cara penggunaan alat adalah bergantung kepada jenis model alat yang digunakan. Ini kerana ada alat yang elektrodnya diletakkan pada tangan atau kaki dan ada jenis yang kita perlu berdiri di atas platnya.

f) Dual-Energy X-ray Absorptiometry (DEXA) Ujian ini menggunakan pancaran sinar-x yang membezakan berat badan kepada komponen tisu lembut kurang lemak, tisu lembut berlemak dan mineral pada tulang. Peralatan :

Mesin DEXA. Kelebihan :

Ujian menggunakan cara ini adalah tepat, jitu dan benar. Kekurangan :

Peralatan yang mahal dan memerlukan radiologis yang mahir. Prosedur : i) Peserta akan baring di atas pengimbas badan dengan sumber sinarx dari bawah dan pengesan di atas. ii) Komputer akan membentuk imej tisu yang dapat mengenalpasti jumlah jisim tisu lembut kurang lemak dan tisu lembut berlemak serta jumlah mineral pada tulang. iii) Ujian ini mengambil masa lebih kurang 10-20 minit.

Anda mungkin juga menyukai