Anda di halaman 1dari 9

Persamaan Indeks dan Logaritma

Assalamualaikum ..

Adakah Indeks dan Log mempunyai persamaan? Bukan begitu maksud 'persamaan' pada tajuk kita kali. Tapi, maksud persamaan ialah dua ungkapan dihubungkan dengan tanda sama dengan ( = ). Gitu dongg. Contoh ungkapan : x + 4, 6, y - 7. Ini dipanggil ungkapan. Jika persamaan pula : x + 4 = 5. Ini baru dipanggil satu persamaan. Ok, soalan persamaan Indeks dan Logaritma merupakan soalan yang agak femes dalam kertas 1 Matematik Tambahan SPM. Pernah satu tahun, soalan log muncul dalam Kertas 2 2011. Apa yang diperlukan seorang pelajar semasa mengendalikan masalah penyelesaian persamaan ini ialah : 1. Kemahiran pemfaktoran 2. Mahir dengan hukum indeks/logaritma 3. Mahir menukarkan dari indeks kepada log dan sebaliknya. 4. Penukaran asas bagi logaritma. Kemahiran pemfaktoran biasanya diperlukan semasa menjawab soalan persamaan indeks. Kita teruskan kepada contoh :

Berikut merupakan langkah-langkah penyelesaian :

Kalau mengikut pengalaman saya, ramai pelajar pening dengan proses pemfaktoran. Pening? Jika pening, gunakan cara penggantian. Biarkan setiap nombor yang ingin difaktorkan menjadi algebra. Saya ambil contoh yang sama.

Biar lambat asal selamat. Tapi, kalau dah biasa, mesti cepat! Lepas selesai proses pemfaktoran, sila gantikan semula algebra-algebra tersebut dengan nombor asal.

Asas mestilah sama, barulah proses penyelesaian boleh dilakukan. Contoh lagi :

Nota : Apabila dua nombor mempunyai nilai indeks yang sama, dan dihubungkan dengan operasi darab atau bahagi, maka mereka dapat digabungkan. Sebagai contoh 4 dan 9. Indeks mereka ialah x, dan mereka dihubungkan dengan operasi darab. Apabila sebelah kiri dan sebelah kanan persamaan mempunyai asas yang sama dan kiri ada satu asas, kanan pun ada satu asas, maka buang asas tersebut dan hanya ambil indeks sahaja. Jika nilai indeks sama, dan kiri ada satu asas dan kanan pun satu asas ... maka buang indeks, ambil asas sahaja. Contohnya :

Indeks dan Logaritma


Assalamualaikum ..

Sekian lama tidak meng-update blog. Buzy, buzy sungguh. Exam semakin mendatang. Tidak sampai sebulan lagi. Ok, lupakan kisah ini. Teruskan dengan kisah cinta antara Indeks dan Logaritma yang terjalin sejak sekian lama setelah John Napier mengasaskan Logaritma. Indeks pada pemahaman umum : Mendarabkan nombor atau algebra yang sama banyak banyak banyak kali. Kalau sekali pun dah jadi. Hehe. Sebarang nombor atau algebra yang sama jika didarabkan, boleh ditulis dalam bentuk tatatanda indeks. It looks something like this ... Jen jen jen ..

Nota : Makhluk-makhluk yang berwarna merah itu dipanggil indeks. Nombor 4 didarabkan dengan nombor 4 sebanyak lima kali, maka tatatanda indeksnya ialah 4^5 (4 kuasa 5). 4, b, dan (m + n) dikenali sebagai asas. Sudah faham mungkin ...? Bagus. Indeks juga boleh menjadi suatu pecahan. Ia dinamakan sebagai Indeks Pecahan. Nilai pengangka (sebelah atas) akan menjadi kuasa, manakala nilai penyebut (sebelah bawah) akan menjadi punca kuasa.

Nota : Hijau untuk pengangka (kuasa), merah untuk penyebut (punca kuasa). Kita bergerak ke destinasi seterusnya ... Hukum Indeks :

Syarat bagi hukum pertama dan kedua : Nilai asas mestilah sama, barulah operasi penambahan dan penolakan indeks dapat dilakukan. Hukum-hukum ini sangat penting apabila ingin meringkaskan sesuatu persamaan indeks. Contohnya :

Berwarna lagi tu. Hampir kesemua hukum telah diaplikasikan dalam persamaan ini. Perhatikan bagaimana setiap berjalan dalam persamaan tersebut. Cuba kaji baik-baik. Nanti fahamla tuu. Yang bahagi tukar jadi tolak, yang darab tukar jadi tambah. Simple bukan? Syaratnya, asas mestilah sama. Habis tajuk Indeks, buat masa sekarang. Nanti kita sambung lagi. Kita teruskan dengan Logaritma. Logaritma pada asasnya ialah : Proses pembalikan indeks - dengan cara menukarkan asas indeks menjadi asas logaritma. Kita tengok contoh yee ..

Nota : Bagi persamaan indeks - merah itu asas, biru itu nilai indeks, pink itu jawapan kepada indeks. Bagi persamaan log - merah itu tetap asas, biru itu jawapan, pink menjadi nilai log. Nampak perbezaannya? Apa yang penting, bukan kerjasama .. tapi pastikan asas indeks dan asas log itu sama! Kalau tak sama, salah laa tu. Haha. Beres! Hukum indeks - lebih kurang jee dengan indeks punya hukum.

Syarat untuk persamaan pertama dan kedua : Asas mestilah SAMA ! Warna merah itu asas yee. Darab jadi tambah, bahagi jadi tolak. Tambah jadi darab, tolak jadi bahagi. Akaskan sahaja. Kalau kuasa? Pindahkan kuasa pergi hadapan log. Pesanan ikhlas : Nilai log mestilah sentiasa positif. Log tidak menerima sebarang nombor negatif untuk berdamping dengannya. Jadi, sentiasa positifkan minda anda! Tambahan : Log juga tidak menerima sifar. Tidak tertakrif jika nilai log ialah sifar. Jika asas sama dengan nilai log .............?

Jawapan jadi sama dengan satu laaa! Mudah bukan ..? Jom kita ringkaskan persamaan logaritma :

Tambah jadi darab, tolak jadi bahagi. Ini bagi soalan permudahkan. Kalau soalan persusahkan? Haha. Darab jadi tambah, bahagi jadi darab laaa. Terbalikkannya. Asas sama dengan nilai, jadikan sebagai 1.

Anda mungkin juga menyukai