Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PERKHEMAHAN PERKHEMAHAN LANS KOPERAL & KOPERAL TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KINTA UTARA 2012

Pada 6 Julai sehingga 8 Julai 2012,Tunas Kadet Remaja Sekolah-Sekolah Derah Kinta telah melaksanakan Program Perkhemahan Tahunan di SK Wira Jaya,Ipoh,Perak . Secara amnya, perkhemahan ini dijalankan untuk memupuk jatidiri dalam diri peserta perkhemahan serta membina ketahanan diri mereka kepada cabaran. Ini dapat menyiapkan diri mereka untuk menghadapi cabaran sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Perkhemahan ini melibatkan 250 orang peserta sahaja. Terdapat beberapa aktiviti yang akan diadakan sebagai pengisian kepada perkhemahan tahunan yang berlangsung selama 3 hari ini. Antaranya ialah ceramah kemahiran perkhemahan, demonstrasi penyediaan tapak perkhemahan, kawad kaki,iktiar hidup, jungle tracking dan sebagainya. Semua aktiviti yang dijalankan berobjektifkan membina jati diri peserta supaya menjadi insan yang berdisiplin, berkemahiran serta berdikari.

Kekuatan 1. Merapatkan hubungan silaturrahim antara peserta-peserta dimana mereka perlu berinteraksi sesama sendiri atau dalam aktiviti berkumpulan supaya tugas yang diberi dapat dilaksanakan dengan cekap 2. Membina insan yang kental dari segi fizikal dan mental. Aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan ini sebenarnya mengandungi elemen-elemen yang boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental peserta dalam menghadapi cabaran. 3. Memberi pendedahan tentang cara hidup di hutan. Memandangkan kem ini terletak berhampiran dengan hutan, jadi aktiviti yang dijalankan juga difokuskan dengan kemahiran-kemahiran untuk menyelamatkan diri di dalam hutan selain cara untuk hidup di dalam hutan. 3. Membentuk disiplin yang mantap dalam diri peserta. Salah satu aktiviti wajib untuk dilaksanakan setiap hari pada perkhemahan tahunan ini ialah kawad kaki. Aktiviti ini

dapat mendisiplinkan para peserta dan membentuk mereka menjadi orang yang berguna. 4. Memupuk nilai cintakan alam sekitar. Semasa mendirikan khemah dan melaksanakan aktiviti yang dirancang, peserta telah diingatkan supaya tidak merosakkan tumbuhan yang ada di sekeliling serta memastika kawasan persekitaran sentiasa dalam keadaan bersih. Ini mendidik mereka supaya menghargai alam sekitar. 5. Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan. Semasa aktiviti berkumpulan diadakan peserta-peserta terpaksa berinteraksi antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan yang telah diberi. Di sini, mereka dapat belajar bekerjasama dan bukan bertindak seorang diri. 6.Membentuk nilai kepimpinan. Melalui perkhemahan ini, peserta-peserta akan dididik untuk menjadi pemimpin dalam kumpulan mereka. Ini akan menghapuskan rasa malu mereka untuk berinteraksi dengan orang lain.

Kelemahan 1. Kekurangan peralatan juga merencatkan perlaksanaan aktiviti semasa perkhemahan ini di mana peralatan ini disediakan dalam kuantiti yang sedikit serta keadaan peralatan yang sudah uzur 2.Kurangnya sumber air bersih terutamanya apabila selepas hujan. Ini menyukarkan tugas menyiapkan makanan dan minuman untuk para peserta. Para peserta kurang mematuhi masa dan jadual aktiviti yang telah ditetapkan. Ini menyebabkan sesetengah aktiviti dijalankan lebih lewat daripada yang sepatutnya. Cara mengatasi 1.Memastikan kelengkapan yang dibawa mencukupi. AJK peralatan yang telah dilantik hendaklah memainkan peranan dengan menyemak segala kelengkapan yang hendak dibawa dan memastikannya mencukupi untuk aktiviti yang akan dijalankan. Penutup Secara keseluruhannya, perkhemahan ini berjalan lancar dan mencapai objektifnya. Namun, masih terdapat beberapa permasalahan dan kekurangan yang perlu diambil perhatian dan diambil tindakan segera supaya tidak lagi berlaku pada sesi

perkhemahan tahunan yang akan datang. Segala permasalahan ini mungkin tidak dapat dilihat kesannya secara langsung, namun sedikit sebanyak ia menjejaskan kesempurnaan perlaksanaan aktiviti semasa perkhemahan ini. Adalah diharapkan perkhemahan tahunan yang akan datang dapat dijalankan dengan lebih menarik dan lebih teratur.

Anda mungkin juga menyukai