Anda di halaman 1dari 31

Bagaimana batuan di kelaskan ?

Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu-batan ini berbeza daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, cara terjadinya, mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli geologi yang mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan tentang batu-batan ini sangatlah penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli Geografi. Mereka perlu mempunyai pengetahuan asas tentang jenis jenis batu-batan yang biasa terdapat dan juga hubungannya dengan rupa bumi. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenis tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di sesuatu kawasan. Oleh itu kita perlu mengetahui dan mengenal batu-batan yang terdapat di sekeliling kita. Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan (a) kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini. (b) tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan; (c) struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan. Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu: (a) batuan igneus; (b) batuan enapan; (c) batuan metamorfosis.

Batuan Igneus
Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahanbahan logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid ini tidaklah padat dan lebih muda warnanya daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium. Dari segi asal kejadiannya, batuan igneus boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu : l. Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan - Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di bahagian bawah kerak bumi. Penyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara perlahan-lahan. Oleh kerana itu terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah dikenal.

Batu jalar dalam ini, umpamanya granit, diorit dan gabro terdedah di permukaan bumi akibat daripada proses gondolan dan hakisan. 2. Batu Gunung Berapi atau Terobosan - Batu gunung berapi adalah batu cecair yang telah melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini membeku dengan cepat di permukaan bumi dan hablur yang dihasilkannya berbentuk halus. Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat ialah batu basol. Batu basol ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan daratan tinggi lava. Setengahsetengah batu basol membeku dengan cara yang luar biasa dan menghasilkan menaramenara batu. Sebahagian daripada lava cair itu mungkin mengalir keluar melalui rekahan-rekahan. Lava cair itu kemudian membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil yang datar. Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah batu igneus biasanya dipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan dan batu-batu nisan yang berukir.

Batuan Enapan
Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan. Kejadiannya memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza dari beberapa sentimeter hingga ke beberapa meter. Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras. Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang. Batuan enapan tidak berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus. Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali cara kejadiannya jika dibandingkan dengan batuan lain, batuan enapan dapat dikelaskan berdasarkan umurnya. Berbagai-bagai jenis batu-batan yang terjadi dalam jangka waktu yang sama telah dijeniskan ke dalam satu golongan. Mengetahui sifat-sifat pelbagai jenis batu-batan itu sangatlah penting. Batuan enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan berdasarkan kepada asal kejadiannya dan kandungannya iaitu : l. Batuan enapan yang terjadi secara mekanik - Batuan jenis ini terjadi daripada pemaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain. Batu pasir merupakan batuan enapan yang paling banyak terdapat. Batuan ini terjadi daripada pasir dan kadang-kadang serpihan batu kuarza. Susunan, kandungan dan warnanya

sangatlah berbeza-beza. Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari untuk kegunaan membuat rumah atau membuat batu penggiling. Batu pasir yang lebih besar dikenal sebagai grit. Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar berpadu dengan kukuhnya sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu disebut konglomeret (sekiranya bulat) dan brekia (sekiranya bersegi-segi). Batuan enapan yang lebih halus menjadi tanah liat yang banyak digunakan untuk membuat bata, syil atau batu lodak. Pasir dan batu kelikir mungkin terdapat dalam bentuk yang tidak berpadu. 2. Batuan enapan yang terjadi secara organik - Batu ini terjadi daripada bangkai hidup-hidupan yang halus. Contohnya, organisma seperti karang dan kerang yang telah reput dagingnya akan meninggalkan kulit-kulit yang keras. Kebanyakan batu yang terjadi secara ini terdiri daripada jenis kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur. Batu yang mengandungi karbon juga terjadi secara organik. Batuan ini terjadi daripada pemendapan tumbuh-tumbuhan yang telah reput seperti yang terdapat di kawasan paya dan hutan. Batuan di atas memberikan tekanan kepada tinggalan tumbuh-tumbuhan itu dan memampatkannya menjadi jisim karbon yang padat. Akhirnya tinggalan ini menjadi gambut, lignit atau arang batu. Semua bahan-bahan ini sangat tinggi nilainya dari segi ekonomi. 3. Batuan enapan yang terjadi secara kimia - Batu jenis ini terenap melalui tindakan kimia larutan yang berbagai jenis. Natrium klorid (garam batu) berpunca daripada lapisan yang pada satu masa dahulu berada di dasar laut atau tasik. Gipsum atau kulsium sulfat didapati dari penyejatan yang berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat masin airnya itu. Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara yang sama.

Batuan Metamorfosis
Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan, baik batuan igneus mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan metamorfosis. Sifat-sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh kuasa-kuasa tersebut di atas taditerutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku dan dengan cara ini tanah lempung akan berubah menjadi batu loh, batu kapur menjadi batu marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu granit menjadi gneis, syal menjadi syis, arang batu menjadi grafit dan grafit menjadi berlian. Batuan metamorfosis seperti batu marmar dan syis banyak dijumpai di Malaysia. Batu marmar misalnya boleh didapati di Pulau Langkawi dan syis pula boleh didapati di kawasan pergunungan di Sarawak.

Batuan metamorfosis ialah batuan yang telah mengalami perubahan fizikal dan kimia akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi. Perubahan fizikal dan kimia yang dimaksudkan itu ialah perubahan dari segi tekstur, struktur dan komposisi mineral batuan. Batuan metamorfosis mungkin berasal daripada batuan igneus, batuan enapan atau batuan metamorfosis yang lain. Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses metamorfisma ialah antara 100C hingga 800C. Pada suhu ini batuan masih lagi berkeadaan lembut. Dalam keadaan yang lembut ini, batuan boleh berubah dari segi susunan mineralnya. Hablur dalam mineral pula boleh berubah dari segi saiz dan bentuknya. Komposisi batuan juga boleh berubah akibat tindak balas kimia. Tekanan yang kuat mungkin menghimpit hablur menjadi rata atau panjang. Apabila magma panas mengalir keluar ke permukaan muka bumi ataupun memasuki celah-celah rekahan, batuan kerak bumi yang disentuhnya berubah menjadi batuan metamorfosis. Proses ini dikenali sebagai metamorfisma terma. Batu marmar dan slat bintik terbentuk secara metamorfisma terma ini. Metamorfisma yang berlaku secara besarbesaran adalah metamorfisma serantau. Di kawasan kerak bumi yang pernah mengalami proses pembentukan gunung terdapat batuan metamorfosis seperti syis dan gneis. Hal ini terjadi apabila batuan yang terdapat jauh di dalam kerak bumi mengalami tekanan yang kuat dan haba yang tinggi. Tekanan dan haba yang tinggi menyebabkan batuan mertgalami proses penghabluran semula. Batuan metamorfosis mempunyai ciri-ciri yang jelas. Kesemua batuan metamorfosis mempunyai struktur berhablur. Batuan metamorfosis mempunyai mineral yang sama seperti batuan igneus, tetapi sering terdapat juga mineral yang hanya terbentuk pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi. Sesetengah batuan metamorfosis mampat dan menjadi lebih padat akibat tekanan yang sangat tinggi yang dialaminya. Pemadatan batuan menyebabkan molekulnya menjadi lebih rapat dan isipadu batuan lebih kecil. Sesetengah batuan metamorfosis yang berjalur mempunyai mineral yang tersusun dalam lapisan-lapisan yang selari. Batuan metamorfosis berjalur ini terjadi apabila mineral dalam batuan itu mengalami penghabluran semula atau terhimpit akibat tekanan. Jaluran juga terjadi apabila mineral yang mempunyai kepadatan berlainan terasing lalu membentuk lapisan-lapisan. Contoh batuan berjalur ialah batu loh dan syis. Batuan ini boleh pecah menjadi lapisan-lapisan yang nipis. Batuan metamorfosis tidak berjalur seperti batu marmar dan kuarzit pula tidak boleh pecah kepada beberapa lapisan.

Batuan enapan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dua jenis batu enapan: limey shale dilapis dengan batu kapur. Dataran Cumberland, Tennessee.

Batuan enapan merupakan salah satu dari tiga jenis bentuk kumpulan batu (yang lain adalah batu igneous dan metamorf). Batu yang terbentuk dari enapan melitupi 75% daripada tanah daratan Bumi, dan termasuk jenis biasa seperti kapur, batu kapur, dolomit, batu pasirdan syal. Batu enapan dikelaskan menurut sumber enapan mereka, dan biasanya adalah:

batu klastik terbentuk dari serpihan yang pecah dari batu asal, melalui

luluhawa di situ atau hakisan oleh air, air batu atau angin, diikuti oleh hanyutan mendapan, sering kali melalui apungan, ke tempat ia mendak;

aktiviti biogenik; atau mendakan dari sebatian.

Mendakan ini kemudiannya mengeras dan bertukar menjadi batu melalui proses pembatuan.

Pembentukan[sunting]
Batuan endapan terbentuk akibat tekanan litostatik kerana zarah-zarah endapan dilonggokkan oleh udara, air batu, angin, atau aliran air yang membawa zarah-zarah yang terapung. Ketika pemendapan endapan meningkat, tekanan melampau (atau 'litostatik') menekan endapan menjadi lapisan keras dalam proses yang dikenali sebagai pembatuan ('pembentukan batu') dan cecair tersekap asal disingkirkan. Istilah diagenesis digunakan bagi menggambarkan kesemua pertukaran kimia, fizikal, dan biologi, termasuk penyimenan yang dilalui oleh mendakan selepas mendapan awal dan semasa dan selepas pembatuannya, kecuali luluhawa permukaan.

Batuan enapan mendap dalam bentuk lapisan yang dipanggil strata. Setiap lapisan baru akan mendap secara mendatar di atas lapisan lama dalam satu proses yang dipanggil "pertindihan". Biasanya terdapat celah antara lapisan yang dipanggil ketakselanjaran. Ini mewakili sela masa yang tiada mendapan baru, ataupun apabila lapisan endapan lebih tinggi dari aras laut dan terhakis. Batuan enapan mengandungi maklumat yang penting tentang sejarah Bumi. Batuan ini mengandungi fosil, tinggalan tumbuhan dan haiwan lama yang terawet. Batuan enapan boleh memelihara fosil kerana ia terbentuk pada suhu dan tekanan yang tidak menghancurkan sakibaki fosil, tidak seperti batu igneus atau metamorf. Komposisi endapan pula memberikan petunjuk mengenai batu yang asal, sementara perbezaan antara lapisan yang berturut menandakan perubahan persekitaran yang berlaku. Batuan enapan meliputi kawasan yang luas pada benua kerak Bumi, namun peratusan batuan enapan sebenarnya cuma lima peratus. Selebihnya, di bawah lapisan batuan enapan yang nipis ini, adalah batu igneus dan metamorf.

Pengelasan[sunting]
Batu enapan dikelaskan kepada tiga kumpulan. Kumpulan ini adalah klastik, mendakan kimia dan biokimia atau biogen.

Proses Berlangsungnya Siklus Batuan


Siklus batuan menggambarkan seluruh proses yang dengannya batuan dibentuk, dimodifikasi, ditransportasikan, mengalami dekomposisi, dan dibentuk kembali sebagai hasil dari proses internal dan eksternal Bumi. Siklus batuan ini berjalan secara kontinyu atau berulang dan tidak pernah berakhir. Siklus ini adalah fenomena yang terjadi di kerak benua (geosfer) yang berinteraksi dengan atmosfer, hidrosfer, dan biosfer dan digerakkan oleh energi panas internal atau energi panas dari dalam Bumi dan energi panas yang datang dari Matahari. Kerak bumi yang tersingkap ke udara akan mengalami pelapukan dan mengalami transformasi menjadi regolit melalui proses yang melibatkan atmosfer, hidrosfer dan biosfer. Selanjutnya, proses erosi mentansportasikan regolit dan kemudian mengendapkannya sebagai sedimen. Setelah mengalami deposisi, sedimen tertimbun dan mengalami kompaksi dan kemudian menjadi batuan sedimen. Kemudian, proses-proses tektonik yang menggerakkan lempeng dan pengangkatan kerak Bumi menyebabkan batuan sedimen mengalami deformasi. Penimbunan yang lebih dalam membuat batuan sedimen menjadi batuan metamorik, dan penimbunan yang lebih dalam lagi membuat batuan metamorfik meleleh membentuk magma yang dari magma ini kemudian terbentuk batuan beku yang baru. Pada berbagai tahap siklus batuan ini, tektonik dapat mengangkat kerak bumi dan menyingkapkan batuan sehingga batuan tersebut mengalami pelapukan dan erosi. Dengan demikian, siklus batuan ini akan terus berlanjut tanpa henti. Dari kesimpulan diatas, jika kita hubungkan siklus batuan dengan sedimentologi, maka batuan sedimen itu bisa berasal dari batuan apa saja, baik itu batuan beku, batuan metamorf, atau pun batuan sedimen itu sendiri, untuk mudah memahami bisa dilihat dari gambar dibawah ini.

JENIS - JENIS BATUAN, CIRI - CIRI DAN PROSES TERBENTUKNYA

Semua batuan pada mulanya berasal dari magma. Magma merupakan batu-batuan cair yang terletak di bawah permukaan bumi. Magma keluar di permukaan bumi antara lain melalui puncak gunung berapi, misalnya saat terjadi letusan. Magma yang sudah mencapai permukaan bumi disebut lava. Di atas permukaan bumi lava akan membeku. Lava yang telah membeku kemudian menjadi batuan beku. Batuan beku yang berada di muka bumi selama beribu-ribu tahun lamanya dapat hancur terurai akibat terkena panas, hujan, serta aktifitas tumbuhan dan hewan. Selanjutnya hancuran batuan tersebut tersangkut oleh air, angin atau hewan ke tempat lain untuk diendapkan. Hancuran batuan yang diendapkan dapat kembali membatu yang disebut batuan endapan atau batuan sedimen. Batuan sedimen atau beku tersebut dapat berubah bentuk karena adanya perubahan temperatur dan tekanan. Batuan yang berubah bentuk disebut batuan malihan atau batuan metamorf. Untuk lebih memahami jenis-jenis batuan perhatikan huraian berikut:

1. BATUAN BEKU Batuan beku adalah batuan yang terbentuk dari magma yang membeku. >SIMULASI Batuan yang termasuk jenis batuan beku diantaranya adalah :

a.Basal

Basal adalah batuan beku yang berwarna gelap, kristalnya halus. Batu Basal terbentuk dari pendinginan lava yang mengandung gelembung gas tetapi gasnya telah menguap. Ciri-ciri utama batu basal terdiri dari atas kristal-kristal yang sangat kecil, berwarna hijau ke abu-abuan dan berlubang-lubang.

Penggunaan batu basal

Batu basal digunakan untuk berbagai tujuan. Biasanya batu basal dihancurkan untuk digunakan sebagaibahan bangunan. Basal yang telah dihancurkandigunakan untuk dasar jalan, bahan campuran beton, pemberat kereta api, batu filter dalam bidang pembuangan. Basal juga dapat dipotong menjadi lembaran tipis basal dipotong dan kadang-kadang dipoles untuk digunakan sebagai ubin lantai, bangunan veneer, monumen dan objek batu lain. b. Batu Apung

Batu Apung Batu apung terbentuk dari pendinginan magma yang mengandung gelembung gas. Ciri-ciri utama batu apung adalah warna ke abu-abuan berpori-pori, bergelembung, ringan hingga dapat terapung di air. Batua apung dimanfaatkan sebagai alat penggosok. c. Batu Kaca atau Obsidian Batu obsidian terbentuk dari lava permukaan yang mendingin dengan cepat. Ciri- ciri utama batu ini adalah mengkilap seperti kaca dan tidak ada kristal. Warnanya bervariasi dari hitam pekat, hitam dengan motif kecoklatan atau kemerahan, juga ada yang berbintik-bintik putih.

Perhiasan perak dengan hiasan batu obsidian Zaman dahulu batu obsidian digunakan untuk membuat pisau, kepala panah,mata tombak, dan senjata lainnya. Dewasa ini karena keindahannya batu obsidian dimanfaatkan dalam pembuatan perhiasan. d. Batu Granit

Batu granit terbentuk dari pendinginan magma yang terjadi dengan lambat dibawah permukaan bumi. Ciri-ciri utama batu granit yakni warna nya putih sampai abu-abu, kadang-kadang terdiri atas kristalkristal kasar.

Meja dapur dari batu granit

Granit telah digunakan selama ribuan tahun. Granit yang dipotong dan dipoles kasar digunakan dalam bangunan, jembatan, paving, monumen danlain sebagainya. Dalam ruangan, granit dibentuk lembaran dan dipoles untukdigunakan sebagai ubin, anak tangga bahkan meja.

2. BATUAN SEDIMEN

Batuan sedimen/endapan terbentuk oleh batuan beku yang terkikis, kemudian mengalami proses pengangkutan lalu diendapkan di tempat lain. Batuan sedimen dibedakan oleh jenis zat pengangkutnya, yaitu : Batu sedimen aeolis : batuan hasil proses pengangkutan oleh angin Batu sedimen aluvial : batuan hasil proses pengangkutan dan pembentukan oleh air yang mengalir. Contoh : delta di muara sungai Batu sedimen marin : batuan hasil proses pengangkutan dan dibentuk oleh air laut. Contoh : sand-dune di pantai Batu sedimen glasial : batuan hasil proses pengangkutan dan pembentukan oleh gletser atau es yang mengalir Jenis-jenis batuan endapan diantaranya: a. Konglomerat Konlomerat adalah jenis batuan beku yang butiran penyusunnya membulat.

Konglomerat

b.Breksi Batu breksi tersusun atas batuan yang kristalnya tajam

Breksi

c. Batu Pasir Sandstone atau batu pasir terbentuk dari butiran-butiran pasir yang terbawa oleh aliran sungai, angin, dan ombak dan akhirnya terkumpul pada suatu tempat.

Batu Pasir

d. Batu kapur/batu gamping Sebagian besar batu kapur yang terdapat di alam terjadi secara organik, yakni berasal dari pengendapan cangkang/rumah kerang dan siput, foraminifera atau ganggang, atau berasal dari kerangka binatang koral/kerang. Batu kapur dapat berwarna putih susu, abu muda, abu tua, coklat bahkan hitam, tergantung keberadaan mineral pengotornya. Penggunaan batu kapur sudah beragam diantaranya untuk bahan campuran bangunan, industri karet dan ban, kertas, dan lain-lain.

e. Gipsum

Gipsum umumnya berwarna putih, kelabu, cokelat, kuning, dan transparan. Endapan gipsum biasanya terdapat di danau, laut, mata air panas, dan jalur endapan belerang yang berasal dari gunung api. Gipsum memiliki banyak kegunaan sejak zaman prasejarah hingga sekarang. Beberapa kegunaan gipsum yaitu: Bahan perekat. Penyaring dan sebagai pupuk tanah Sebagai penambah kekerasan untuk bahan bangunan Untuk bahan baku kapur tulis f. Coal/Batu bara

Batu bara adalah salah satu bahan bakar fosil, merupakan batuan sedimen yang dapat terbakar, terbentuk dari endapan organik, utamanya adalah sisa-sisa tumbuhan dan terbentuk melalui proses pembatubaraan. Batu bara umumnya dimanfaatkan sebagai bahan bakar. Namun dewasa ini penggunaan batu bara semakin dikurangi, di samping merupakan sumber daya alam yang tidak dapat diperbaharui, penggunaan batu bara juga menimbulkan pencemaran. 3. BATUAN MALIHAN (METAMORF) Batuan malihan bersal dari batuan beku dan batuan endapan yang berubah karena pengaruh suhu dan tekanan tinggi dalam kerak bumi. Macam-macam batuan malihan atau metamorf adalah : a. Marmer atau batu Pualam Marmer adalah batu gamping yang berubah karena tekanan dan suhu tinggi di dalam kerak bumi. Marmer atau batu pualam mempunyai permukaan yang mengkilap dengan garis-garis warna lembut melintang banyak digunakan batu hiasan karena indah dipandang.

Batu marmer

Batu marmar sering digunakan untuk membut berbagai barangan seperti meja, asbak, guci dan berbagai hiasan lainnya.

Barangan dari batu marmar

b. Batu Sabak Batu sabak adalah batuan metamorf yang berasal dari batuan sedimen berbutir halus, misalnya serpih yang berubah karena tekanan dan suhu tinggi. Jaman dahulu lembaran tipis batu sabak digunakan sebagai alat tulis sebagai pengganti buku.

c. Batu Kuarza Batu kuarza berasal dari batu pasir yang berubah karena suhu dan tekanan yang tingi. Batu kuarsa kristalnya berbentuk prisma segi enam, transparan dengan warna yang amat beragam. Sejak jaman dahulu kuarsa dimanfaatkan untuk pembuatan kaca dan keramik dan sebagian dijadikan batu perhiasan.

Pisau dari batu obsidian

BATUAN
Konsep 1. Geologi atau batuan Huraian Komponen semulajadi mineral spt mika, kuartza, feldsfar, kalsium, karbonat yg terikat secara langsung menerusi pembekuan magma atau diikat oleh bahan perikat spt koalin, kapur, oksida menerusi proses simentasi/penyimenan.

2. Batuan Igneus

Terbentuk hasil pembekuan magma didlm rekahan kerak bumi (igneus rejahan) cth, granit atau di permukaan bumi (igneus terobosan) cth, Basalt. Batuan yg terbentuk hasil pemendapan bahan-bahan mendapan sungai, ais dan angin yg mengalami proses pemadatan dan simentasi. Cth, batu kapur, batu arang, batu garam, syal Batuan jelmaan yg mungkin berasal dari batuan igneus atau batuan enapan yg mengalami tekanan dan suhu yg tinggi. Cth, batu marmar

3. Batuan Enapan

4. Batuan Metamorfosis

Konsep batuan

Batuan merujuk kepada himpunan galian-galian dalam kumpulan-kumpulan batuan seperti batuan igneus, enapan dan metamorfosis yang membentuk bahagian kerak bumi atau litosfera yang biasanya dalam keadaan padu, padat dan keras.

Kata kunci

o o o

himpunan galian-galian dalam kumpulan- kumpulan batuan seperti batuan igneus, enapan membentuk bahagian kerak bumi atau litosfera dalam keadaan padu, padat dan keras Jenis batuan o Batuan ingeus o Batuan enapan o Batuan metamorfosis BATUAN IGNEUS

Konsep batuan igneus Batuan igneus merujuk kepada batuan yang terhasil daripada penyejukan dan pemejalan magma dan lava hampir permukaan ataupun di permukaan bumi.

Kata kunci

o o

kepada batuan yang terhasil daripada penyejukan dan pemejalan magma dan lava hampir permukaan ataupun di permukaan bumi

Proses pembentukan batuan igneus

o o

Batuan igneus berasal daripada penyejukan dan pemejalan magma dan lava. Suhu magma yang tinggi ( dalam lingkungan 700 C 1 200 C ) dalam kerak bumi menyebabkan batuan sentiasa dalam tekanan yang tinggi. o Apabila tekanan berkurangan secara tiba-tiba, batuan yang cair akan menular keluar melalui celah-celah kerak bumi sebagai magma dan lava. o Penyejukan dan pemejalan magma dan lava akan menghasilkan pelbagai jenis batuan igneus. o Penyejukan dan pemejalan magma dalam rekahan batuan akan menghasilkan batuan igneus rejahan manakala penyejukan dan pemejalan lava di permukaan bumi akan menghasilkan batuan igneus terobosan. Jenis-jenis batuan igneus

Batuan igneus rejahan

o o
bumi.

Magma yang mengalir keluar daripada lapisan mantel memasuki rekahan dan retakan batu. Magma ini menyejuk dan membeku pada struktur rekahan dan retakan ini sebelum sampai ke permukaan

Batuan igneus rejahan terbentuk dalam kerak bumi dalam dua keadaan iaitu jauh di dalam kerak bumi dan berhampiran permukaan bumi.. o Batuan igneus rejahan yang terletak amat jauh di dalam kerak bumi dikenali sebagai batuan pluton. o Batuan igneus yang terletak berhampiran permukaan bumi dikenali sebagai batuan hipabis. o Batuan pluton biasanya bersaiz besar seperti granit dan gabro manakala batuan hipabis mempunyai tekstur yang lebih kasar seperti diorit. o Batuan igneus rejahan akan muncul ke permukaan bumi akibat tindakan luluhawa dan hakisan. Batuan igneus terobosan

o o

Terbentuk daripada lava yang menyejuk dan memejal dengan cepat di permukaan bumi. Batuan igneus terobosan bersifat licin dan berkaca kerana lava terlalu cepat menyejuk sehingga hablurnya tidak sempat terbentuk. o Contoh batuan igneus terobosan ialah riolit, basalt dan pumis. o Batuan igneus terobosan juga terbentuk apabila aliran lava membentuk dataran tinggi lava, contohnya dataran Tinggi Deccan di India, dan Dataran Tinggi Columbia-Snake di Amerika Syarikat. BATUAN ENAPAN

Konsep batuan enapan Batuan enapan merujuk kepada batuan yang terbentuk secara berlapis-lapis akibat daripada proses pemendapan, perekatan dan pemampatan serpihan batuan, kelodak, pasir, lumpur dan cengkerang oleh agen-agen seperti air, angin dan gasier.

Kata kunci

o o o o

batuan yang terbentuk secara berlapis-lapis akibat daripada proses pemendapan, pemekatan dan pemampatan serpihan batuan, kelodak, pasir, lumpur dan cengkerang oleh agen-agen seperti air, angin dan gasier Pembentukan batuan enapan o Bahan-bahan yang terdapat di dalam batuan enapan terhasil melalui peluluhawaan batuan. o Bahan-bahan ini kemudiaannya diangkut dan dimendapkan di kawasan tertentu oleh agen-agen pengangkutan seperti air yang mengalir, angin dan glasier. o Bahan-bahan ini kemudiaannya dimendapkan secara lapisan demi lapisan. o Lapisan ini menjadi mampat melalui proses pemadatan dan perekatan. o Dalam proses pemadatan, lapisan enapan di lapisan atas akan menekan turun lapisan bawah. o Akibat tekanan yang tinggi dari lapisan atas, bahan enapan yang halus seperti pasir dan lempung akan melekat lalu membentuk batuan. Jenis-jenis batuan enapan

Batuan enapan klastik

o o o o

terbentuk daripada bahan-bahan enapan seperti pasir, kelikir, kelodak dan lempung. Tekanan ( bebanan ) daripada atas akan memadatkan bahan enapan tersebut. Bahan-bahan ini kemudiaannya berpadu menjadi batuan enapan melalui proses perekatan Contoh batuan batuan enapan klastik ialah konglomerat, batu pasir dan syal. Batuan enapan kimia o Batuan enapan jenis ini berasal daripada bahan mineral yang dilarutkan oleh air semasa proses penguraian dan pemecahan batuan. o Garam batu terbentuk daripada proses sejatan tasik garam atau daripada lautan yang cetek. o Stalaktit dan stalagmit di dalam gua batu kapur merupakan contoh batuan enapan yang terbentuk secara kimia. Batuan enapan organik o Batuan enapan ini berasal daripada sisa-sisa hidupan seperti cengkerang haiwan dan terumbu karang yang hidup berjuta tahun yang lampau. o Sisa-sisa bahan ini akan termendap dan kemudiaannya mengalami proses pemadatan dan perekatan.

BATUAN METAMORFOSIS

Konsep batuan metamorfosis Batuan metamorfosis merujuk kepada batuan yang asalnya batuan igneus atau enapan yang telah mengalami perubahan sama ada daripada segi tekstur dan komposisi kimia atau kedua-duanya akibat daripada tekanan yang tinggi, dan suhu yang tinggi.

Kata kunci batuan yang asalnya batuan igneus atau enapan telah mengalami perubahan sama ada daripada segi tekstur dan komposisi kimia akibat daripada tekanan yang tinggi, dan suhu yang tinggi

Proses pembentukan batuan metamorfosis

Berasal daripada batuan igneus atau enapan yang bertukar kepada batuan jenis lain melalui proses metamorforsis. o Batuan bertukar kepada batuan lain akibat daripada haba dan tekanan yang tinggi serta perubahan dalam susunan mineral batuan berkenaan. o Batuan metamorfosis berbeza daripada batuan-batuan lain dari segi struktur, tekstur, warna dan kandungan mineral. o Terdapat dua cara proses metamorfosisma berlaku iaitu metamorfosisma serantau dan metamorfosisma sentuhan. Metamorfosisma serantau o Terbentuk akibat tekanan ( himpitan ) dan suhu yang tinggi semasa berlakunya proses tektonik seperti lipatan kerak bumi. o Akibatnya batuan asal akan berubah menjadi padat dan keras lalu membentuk batuan metamorfosis. Metamorfosisma sentuhan o Terbentuk apabila batuan asal dalam kerak bumi bersentuhan dengan magma atau lava. Suhu magma atau lava yang tinggi akan memanaskan batuan tersebut lalu menjadikan lembut. o Tindak balas kimia serta perubahan kandungan mineral batuan tersebut menjadikan batuan tersebut kepada batuan metamorfosis. Pengaruh batuan terhadap pembentukan konfigurasi bentuk bumi o Kumpulan batuan metamorfik seperti batu marmar, gneiss dan batuan igneus seperti riolit, gabro yang teguh dan tahan kepada kegiatan luluhawa dan hakisan akan menghasilkan bentuk-bentuk muka bumi yang menonjol seperti banjaran gunung, bukit dan permatang. o Batuan mendak seperti syal, batu kapur, gipsum dan kaolin lebih lembut dan mudah terluluwa dan dihakis oleh agen-agen hakisan akan menghasilkan bentuk muka bumi yang melekuk seperti lurah dan lembah. KEPENTINGAN BATUAN TERHADAP AKTIVITI MANUSIA

Batuan igneus

o o o o o

Granit digunakan sebagai asas pembinaan bangunan dan jalan raya Basalt akan membentuk tanah yang subur apabila terluhawa- tanah lava bes yang subur untuk tanaman padi. Granit apabila terluluhawa akan membentuk tanah aluvium sesuai untuk tanaman padi. Bijih timah dan bijih besi sumber perlombongan terhasil dari batu granit ( batuan igneus ) Batuan enapan o Petroleum, gas asli dan batu arang digunakan sebagai bahan api. o Batu kapur untuk membuat simen. Digunakan di dalam pertanian sebagai agen menutralkan keasidan tanah. o Pasir industri membuat kaca. o Kaolin industri tembikar. o Tanah liat industri batu bata, pasu dan periuk. o Fosfat industri baja o Natrium klorida ( garam batu )- mengawet makanan. o Gua batu kapur / karst tujuan pelancongan Batuan metamorfosis o Batu marmar kepingan lantai. o Grafit membuat dakwat dan mata pensil. o Slat membuat genting atap. o Batu permata, berlian, delima dan zamrud dijadikan barang kemas. o Antrasit sebagai bahan bakar di kilang dan rumah.

Pembentukan Batuan
Wednesday, January 23, 2013

Proses hancurnya batuan dan pembentukan batuan baru antara batuan beku, sedimen dan metamorf di permukaan bumi dinamakan daur/siklus Batuan, sebagai berikut :

siklus batuan

Karena ini adalah daur, sebenarnya tidak ada awal dan akhirnya. Tapi untuk mempermudah kita dalam mempelajarinya, kita mulai dari magma yang membeku membentuk Batuan Beku. Batuan beku yang berada di permukaan bumi akan mengalami Proses Sedimentasi > Pelapukan, Erosi, Transportasi, Pengendapan, Kompaksi, Sementasi dan akhirnya akan terbentuk Batuan Sedimen. Sedangkan Batuan Metamorf dihasilkan oleh Batuan Beku yang berada di dalam bumi lalu terkena tekanan dan suhu yang tinggi sehingga merubah komposisi mineral di dalamnya membentuk Batuan Metamorf. Selain itu, Batuan Metamorf juga dapat dihasilkan oleh Batuan Sedimen yang dibawa ke dalam bumi oleh proses dinamika bumi, misal : Proses Subsduksi Lempeng. Di dalam bumi Batuan Sedimen akan terkenal tekanan dan suhu yang tinggi menjadi Batuan Metamorf. Jika pengaruh tekanan dan suhu sangat tinggi sehingga melewati titik leleh batuan, maka batuan itu akan meleleh menjadi magma.

Begitulah daur terbentuknya batuan di Bumi kita. Berikutnya kita akan lebih detil. Bagaimana proses terjadinya macammacam Intermediate, dan Ekstrusif (di permukaan Batuan Beku. Basa dan Ultrabasa. bumi) Berdasarkan keasaman kimia di dalam batuan maka batuan beku di klasifikasikan menjadi Batuan Beku Asam, Berdasarkan tempat terbentuknya maka batuan beku diklasifikasikan menjadi Batuan Beku Intrusif (di dalam bumi)

Untuk menjelaskan masalah ini, pembaca sekalian harus paham tentang Proses Diferensiasi Magma. Diferensiasi magma adalah proses yang memungkinkan satu magma homogen menghasilkan bermacam-macam batuan beku yang secara komposisi kimianya berbeda. Perlu diketahui bahwa batuan beku selalu tersusun oleh mineral-mineral yang murni membeku dari magma. Mineral-mineral ini memiliki temperatur tertentu untuk dapat terbentuk, ada mineral yang terbentuk dalam suhu yang tinggi ada pula mineral yang terbentuk dalam suhu yang rendah. Selain itu, mineral yang bersifat basa akan terbentuk pada suhu yang lebih tinggi daripada mineral yang bersifat asam. (simak : bowenpembentukan-mineral) Proses diferesiasi magma, akan dimulai pada saat magma mulai mendingin, kristal-kristal mineral yang terbentuk pada suhu tinggi akan muncul disini, mineral ini pada umumnya bersifat ultrabasa. Lalu, akibat gaya gravitasi, kristal-kristal (zat padat) yang terbentuk lebih dulu ini akan tenggelam dan mengendap, dengan magma (zat cair) yang lebih dingin dan asam akan berada di atasnya. Demikianlah seterusnya sehingga terjadilah pemisahan kristal. Sekarang kita akan membahas pertanyaan, Mengapa di zona divergen lempeng memiliki batuan ultrabasa-basa? di kerak samudra memiliki batuan ultrabasa hingga basa? di kerak benua memiliki batuan intermediate hingga asam? Perlu diketahui bahwa cadangan magma yang besar di mantel luar bumi bersifat ultrabasa.

Gambaran Zona Divergen

Di zona divergen, terjadi fenomena dimana terdapat dua buah lempeng yang saling menjauh. Karena saling menjauh maka terdapat rongga yang memungkinkan magma dari mantel atas tersebut menerobos keluar. Karena sumber magma di zona ini langsung dari mantel atas bumi, maka batuan di sekitar zona ini akan bersifat ultrabasa-basa. Pada umumnya, Zona divergen ini terletak di tengan benua sehingga sering disebut Mid Oceanic Ridge / Punggungan tengah samudra. Hal ini dikarenakan bentukan batuan di zona ini akan menyerupai punggungan yang memangjang ditengah lautan. Zona divergen juga disebut sebagai zona pembentukan batuan, yang nantinya akan membentuk kerak samudra. Oleh karenanya, dapat disimpulkan bahwa kerak samudra akan memiliki batuan beku yang bersifat ultrabasa-basa.

Gambaran Zona Subduksi

Selanjutnya kita akan membahas mengenai Kerak Benua, berbeda dengan kerak samudra yang terbentuk dari zona divergen. Kandungan batuan dalam Kerak benua dipengaruhi oleh zona konvergen, contohnya : zona subduksi / zona penunjaman. Pada keadaan inilah akan terjadi proses Diferensiasi magma yang telah penulis jelaskan di awal artikel ini. Pada zona subduksi akan terjadi pertemuan antara kerak samudra dan kerak benua. Dengan hasil, kerak samudra akan menunjam di bawah kerak samudra. Karena besarnya gesekan antara keduanya maka terdapat bagian dari kerak samudra atas dan kerak benua bawah yang akan mengalami partial melting (peleburan bertahap), proses ini akan menghasilkan cairan magma dengan kandungan silika yang lebih tinggi daripada batuan asalnya. Magma yang terbentuk akan bergerak ke atas, karena massa jenisnya yang lebih rendah. Karena perjalanan ini memerlukan waktu maka akan terjadi proses diferensiasi magma. Mineral yang bersifat ultrabasa akan terbentuk terlebih dahulu dan seterusnya akan terbentuk mineral asam, jika memang waktu yang diperlukan magma menerobos itu sangat lama. Sehingga pada akhirnya dapat disimpulkan bahwa proses ini akan menghasilkan kandungan batuan di kerak benua bersifat intermediate hingga asam.

BATUAN BEKU
Batuan beku atau batuan igneus (dari Bahasa Latin: ignis, api) adalah jenis batuan yang terbentuk dari magma yang mendingin dan mengeras, dengan atau tanpa proses kristalisasi, baik di bawah permukaan sebagai batuan intrusif (plutonik) maupun di atas permukaan sebagai batuan ekstrusif (vulkanik). Magma ini dapat berasal dari batuan setengah cair ataupun batuan yang sudah ada, baik di mantel ataupun kerak bumi. Umumnya, proses pelelehan terjadi oleh salah satu dari proses-proses berikut: kenaikan temperatur, penurunan tekanan, atau perubahan komposisi. Lebih dari 700 tipe batuan beku telah berhasil dideskripsikan, sebagian besar terbentuk di bawah permukaan kerak bumi.(id/Wikipedia)

proses pembekuan magma Terdiri dari : 1. Batuan beku dalam (Intrusiva) Contoh : Granit, Gabro, Diorit, Sienit.

GAMBAR BATUAN BEKU

Batu Granit

obsidian

gabbro

Diorit

peridotite

pegmatit

Batuan beku dalam (intrusiva) dibedakan mjd: 1) Diskordan (batun beku dalam yang memotong struktur lapisan batuan disekitarnya. Bentuk dari diskordan antara lain : a. Batolith : Dapur magma yang membeku. b.Gang atau korok : batuan beku dalam yang tipis dan panjang, yang arahnya tegak/miring. c. Apofisa : Cabang dari gang. d. Diatrema : Lubang kawah gunung api 2) Konkordan (batun beku dalam yang searah dengan struktur lapisan batuan di sekitarnya. Bentuk dari konkordan antara lain : Sill: batuan beku dlm yg tipis dan pipih. Lakolit : batuan beku dalam bentuknya cembung.

intrusi magma 2. Batuan beku luar (Ekstrusiva) Batuan yg terbentuk dari magma yg membeku diluar bumi. Contoh : Riolit, Traktit, Andesit, Basalt, Dasit, Scoria, Bumice (batu apung).

GAMBAR BATUAN BEKU LUAR

riolit

Pumice (Batu Apung)

Batu Andesit Batu Basalt Jenis batuan beku menurut kandungan silikat dan kuarsa dalam magma: 1) Batuan Beku Asam (Granitis) yaitu batuan beku yang berasal dari magma yang bersifat asam karena banyak mengandung mineral kuarsa (SiO2), sedangkan kandungan Oksida Magnesiumnya (MgO) rendah. 2) Batuan Beku Intermediet (Andesitis) yaitu bakuan beku yang berasal dari magma pertengahan dengan perbandingan mi neral kuarsa (SiO2) dan Oksida Magnesium (MgO) relatif seimbang. 3) Batuan Beku Basa (Basaltis) yaitu bakuan beku yang berasal dari magma yang bersifat basa karena banyak mengandung mineral Oksida Magnesium (MgO), sedangkan kandungan kuarsanya (SiO2) rendah.

BATUAN SEDIMEN
Merupakan batuan mineral yang telah terbentuk dipermukaan bumi yang mengalami pelapukan. Bagian bagian yang lepas dari hasil pelapukan tersebut terlepas dan ditansportasikan oleh aliran air, angin, maupun oleh gletser yang kemudian terendapkan atau tersedimentasi dan terjadilah proses diagenesis yang menyebabkan endapan tersebut mengeras dan menjadi bantuan sedimen. Macam-macam batuan sedimen : a) Menurut tenaga yang mengangkut 1) Batuan Sedimen Aeolis / Aeris : Batuan sedimen yg terbentuk dengan tenaga/ media angin. Contoh : Barchan, tanah loss. 2) Batuan Sedimen aquatis : Batuan sedimen yg terbentuk dengan media air. Contoh : batu pasir, tanah liat, konlomerat, breksi, delta

GAMBAR BATUAN SEDIMEN

BATU PASIR

KONGLOMERAT

BREKSI 3) Batuan Sedimen Glassial : Batuan sedimen yg terbentuk dengan media gletsyer/es. Contoh : Morena 4) Batuan Sedimen Marine : Batuan sedimen yg terbentuk dengan media gelombang laut. Contoh : Gosong. b) Menurut tempat pengendapan 1) Batuan sedimen teristris: batuan sedimen yg diendapkan didaratan yg dipengaruhi oleh tenaga air, angin, dan es. 2) Batuan sedimen marine : batuan sedimen yg diendapkan dilaut yg dipengaruhi oleh tenaga gelombang laut. 3) Batuan sedimen limnis : batuan sedimen yg diendapkan di danau atau rawa yg banyak mengandung unsur-unsur organik.

BATU GARAM

4) Batuan sedimen fluvial : Batuan sedimen yg diendapkan di sekitar sungai. 5) Batuan sedimen glassial : Batuan sedimen yg diendapkan di ujung pengerjaan es b) Menurut akumulusi material sedimen 1) Batuan sedimen klastik seperti breksi, batupasir, konglomerat, dan serpih, yang terbentuk dari endapan puing-puing pelapukan mekanik 2) Batuan sedimen kimiawi seperti garam batu dan beberapa batugamping, yang terbentuk dari endapan bahan terlarut 3) Batuan sedimen organik seperti batu bara dan beberapa batu gamping, yang terbentuk dari akumulasi endapan sisa-sisa tanaman atau hewan.

BATUAN METAMORF
Batuan metamorf (malihan) terbentuk dari batuan beku dan batuan sedimen yang mengalami perubahan akibat panas dan tekanan. Macam-macam batuan metamorf : 1) Metamorf kontak: Terbentuk akibat suhu yg sangat tinggi. Batuan yg letaknya dekat dg dapur magma, seperti batuan kapur akan berubah menjadi batu pualam. Tumpukan vegetasi / fosil tumbuhan akan berubah menjadi batu bara. 2) Metamorf dinamo/ kinetis: Terbentuk akibat tekanan kuat dalam waktu lama. Contoh : Batu sabak dan batu bara 3) Metamorf Pneumatolitis Kontak: Terbentuk akibat pengaruh panas dan kemasukan unsur lain, seperti gas fluor dan bor. Contoh : Batu akik

GAMBAR BATUAN METAMORF

Batu Marmer

Batu Kwarsa

Batu Sabak

Batu Gneiss

PERBEDAAN PROSES TERBENTUNYA BATU METAMORF

PERBEDAAN

MARMER

SABAK

KWARSA

Terbentuk dari batu kapur CARA TERJADINYA (karst) yang mengalami tekanan dan panas tinggi

Lava panas yang mendingin dengan cepat dipermukaan bumi

Pembekuan magma yang mendingin dalam waktu lama dipermukaan bumi

Bahan bangunan (lantai, MANFAAT perhiasan)

Untuk media tulis (digunakan sebelum kertas digunakan secara masal. Dindonesia tahun 60-an masih digunakan di sekolah-sekolah pedesaan Bahan baku kaca

BIBIOGRAFI

Batuan Beku. Dimuat turun pada 22 September 2013 daripada http://tugasgeografi.wordpress.com/2011/05/08/batuan/ Batuan. Dimuat turun pada 20 September 2013 daripada http://pagarmuseh.blogspot.com/2012/07/kuliah-6-batuan.html Batuan Enapan. Dimuat turun pada 20 September 2013 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Batuan_enapan 20 Ogos 2013 Jenis-jenis batuan, cirri-ciri dan [roses terbentuknya. Dimuat turun pada 20 September 2013 daripada http://fitrahsunnah.blogspot.com/2013/04/jenis-jenis-batuan-ciriciri-dan-proses.html Pelbagai Jenis Batuan. Dimuat turun pada 22 September 2013 daripada http://inani.tripod.com/batu.htm Proses Pembentukan Batuan. Dimuat turun pada 22 September 2013 daripada http://2a-arpram.blogspot.com/ Proses Pembentukan Batuan dan Tanah. Dimuat turun pada 22 September 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/18274942/Proses-Pembentukan-BatuanTanah

Anda mungkin juga menyukai