Anda di halaman 1dari 1

BAHAGIAN C: NILAI MURNI

Apabila balik dari sekolah, Suraya mengeluarkan buku-buku


teks barunya dari beg. Kakaknya berkata, “Biar kakak tolong kamu
balut buku-buku itu,” Suraya menjawab, “Terima kasih kasih, kak.
Biar saya yang membalut buku-buku ini.”

Suraya merupakan anak yang suka menolong ibu bapa dan


ahli keluarganya. Suraya selalu menolong ibunya mencuci pinggan
mangkuk,melipat kain dan mengemas rumah. Suraya juga
membantu ayahnya mencuci kereta.

Setiap pagi sebelum mandi, dia akan mengemas bilik tidurnya


supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga
kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas,kukunya dipotong dan dia
sentiasa menjaga kebersihan pakaian.

Pada hari minggu,suraya dan keluarga selalu bersama-sama


membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat
pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok
bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal
mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

Anda mungkin juga menyukai