Anda di halaman 1dari 10

EKSPERIMEN 4.2 MEMBANDINGKAN DAN MEMBEZAKAN SIFAT-SIFAT LOGAM DAN BUKAN LOGAM.

NAMA: TARIKH EKSPERIMEN: HARI: TINGKATAN: NAMA GURU: CIK NORAZMAH BT MOHD NOOR

Tujuan:
Mengkaji sifat-sifat bahan logam dan bahan bukan logam.

Pernyataan masalah:
Adakah sifat bahan logam dan bahan bukan logam sama?

Hipotesis
Sifat bahan logam dan bahan bukan logam adalah berlainan.

Pemboleh ubah:
Dimanipulasikan: jenis bahan (logam dan bukan logam) Bergerak balas : Sifat bahan yang diuji Di malarkan : kuantiti bahan.

Bahan dan radas


Rod kaca, paku tekan, rod kuprum, kertas pasir, ketulan sulfur, wayar penyambung, sel kering, tungku kaki tiga, penunu Bunsen, klip buaya, ammeter, suis dan tukul besi.

Prosedur
1. Permukaan rod kuprum dan rod karbon digosok dengan kertas pasir dan permukaan bagi rod kuprum dan rod karbon selepas digosok diperhatikan dan dicatat dalam jadual. 2. Rod kuprum dan rod karbon diketuk dengan tukul besi dan pemerhatian dicatatkan dalam jadual.

3.

Rod kuprum dan rod karbon dibengkokkan dan pemerhatian dicatatkan.


Kedua-dua rod kuprum dan rod karbon yang sama panjang disediakan. Paku tekan dilekatkan pada hujung setiap rod dengan menggunakan lilin. Kedua-dua hujung rod yang lain dipanaskan dengan serentak menggunakan penunu Bunsen. Pemerhatian di catatkan dalam jadual.

4.

5.

Litar elektrik seperti yang di tunjukkan dalam gambar rajah disediakan. Rod kuprum diklipkan pada kedudukan X dan Y. Langkah ini diulang dengan menggunakan ketulan sulfur dan rod karbon. Pesongan jarum ammater diperhatikan dan dicatatkan dalam jadual.
Sel kering Suis

Ammeter A X
Rod Kuprum

Y Klip buaya

PEMERHATIAN
PEMERHATIAN
Keadaan permukaan selepas digosok dengan kertas pasir

KUPRUM KARBON SULFUR


Berkilau Pudar

Selepas diketuk dengan tukul besi Selepas dibengkokkan Mengkonduksikan haba Pesongan jarum ammeter

Tidak berubah
Boleh dibengkok kan

Hancur

Patah
Tidak boleh
Tiada pesongan

Boleh

Terpesong Terpesong

SOALAN
1.

Apakah perbezaan antara permukaan rod kuprum dan rod karbon?

Permukaan rod kuprum berkilau manakala permukaan rod karbon pudar.

2.

Antara rod kuprum dan rod karbon, yang manakah apabila diketuk, tidak akan hancur?

Rod kuprum

3.

Antara rod kuprum dan rod karbon, yang manakah dapat dibengkokkan tanpa patah?

Rod kuprum

4.

Antara rod kuprum, rod karbon dan ketulan sulfur, yang manakah dapat mengkonduksikan arus elektrik?
Rod kuprum dan rod karbon

5.

Antara kuprum dan karbon, yang manakah konduktor haba yang lebih baik?
Rod kuprum.

Anda mungkin juga menyukai