Anda di halaman 1dari 13

PENGAJIAN AM

zopfan

SOALAN
Tulis rencana ringkas mengenai: a) ZOPFAN b) Pendirian Malaysia dalam masalah Kampuchea c) Hubungan Malaysia dengan negara-negara Islam d) Pendirian Malaysia dalam isu Antartika.

Peta ASEAN

SKEMA JAWAPAN
a)

ZOPFAN - Zone of Peace, Freedom and Neutrality. Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali. - Diumum oleh menteri-menteri luar ASEAN melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971. - Dicadang oleh Malaysia dan meliputi seluruh kawasan Asia Tenggara. - Tujuan utama menjamin keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara dengan mengelakkan campur tangan politik dan ketenteraan kuasa-kuasa besar seperti Rusia, China dan Amerika Syarikat.

- Negara rantau Asia Tenggara dibenarkan menentukan nasib sendiri tanpa campur tangan kuasa luar. Juga melibatkan pengunduran tentera asing dari kawasan Asia Tenggara. - Mencapai keamanan, negara ASEAN tidak harus melibatkan diri dalam pertikaian antara kuasa besar. Hubungan dengan kuasa luar berasaskan Dasar Berkecuali. - Sebarang pertikaian di Asia Tenggara harus diselesaikan secara aman dan bukan menggunakan kekerasan. - Sokongan moral dari negara-negara Persatuan Ekonomi Eropah, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, Persidangan Komanwel serta beberapa negara lain seperti Jepun, Pakistan dan Yugoslavia.

- Juga disokong pada prinsipnya oleh Rusia, Amerika Syarikat dan China tetapi kejujuran kuasakuasa tersebut masih diragui oleh ASEAN. - Pencerobohan Vietnam di Kampuchea sejak tahun 1978 menjejaskan usaha pencapaian ZOPFAN. ASEAN tetap berusaha mencapai keamanan di Asia Tenggara melalui konsep ZOPFAN.
b)

Pendirian Malaysia dalam masalah Kampuchea - Tentera Vietnam menduduki Kampuchea sejak tahun 1978 dan menyokong rejim Heng Samrin. - Malaysia dan negara ASEAN lain menentang pencerobohan ini atas beberapa prinsip.

- Malaysia berpendapat: - negara-negara luar tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal sesebuah negara. - rakyat sesebuah negara harus menentukan nasib mereka sendiri. - prinsip penyelesaian sebarang pertikaian secara aman dan bukan menggunakan kekerasan. - Pergolakan politik di Kampuchea mengancam keamanan rantau Asia Tenggara dengan penglibatan kuasa besar, Rusia memihak Vietnam manakala China menyokong Kerajaan Campuran Demokratik Kampuchea.

- Malaysia memperjuangkan penyelesaian politik secara aman di Kampuchea. Tentera Vietnam berundur dari Kampuchea dan rakyatnya diberi peluang memilih kerajaan mereka. - Perjanjian penubuhan Kerajaan Campuran Demokratik Kampuchea dirasmikan di Kuala Lumpur pada Jun 1982. - Malaysia berperanan aktif dalam memperolehi pengiktirafan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Kerajaan Campuran Demokratik Kampuchea sebagai kerajaan yang mewakili rakyat Kampuchea. - Malaysia terus mempergiatkan usaha menyelesaikan masalah Kampuchea secara aman bagi menjamin kestabilan politik Asia Tenggara.

c)

Hubungan Malaysia dengan negara-negara Islam - Islam agama rasmi Malaysia, menitikberatkan hubungan yang baik dengan negara-negara Islam. - Berperanan aktif dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang berikhtiar memupuk perpaduan dan kemajuan umat Islam. - Sering kali menganjurkan persidanganpersidangan negara-negara Islam serta menyokong projek-projek seperti Bank Pembangunan Islam. - Tunku Abdul Rahman merupakan Setiausaha Agung Sekretariat OIC yang pertama yang beribu pejabat di Jeddah.

- Terlibat sebagai perantara dalam menyelesaikan konflik Iran-Iraq melalui OIC. - Menyokong kuat perjuangan rakyat Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) serta Mujahidin Afghanistan. - Tuan rumah Persidangan Keserantauan Asia mengenai Persoalan Palestin di Kuala Lumpur pada Mei 1983. - Hubungan baik ini meningkatkan perdagangan antara Malaysia dengan negara-negara OIC.

d)

Pendirian Malaysia dalam isu Antartika - Mula ditimbulkan melalui ucapan Y.A.B. Perdana Menteri di Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu pada September 1982. - Berpendapat bahawa Antartika dan sumbersumbernya merupakan sebahagian daripada warisan bersama manusia dan harus diletakkan di bawah rejim antarabangsa yang lebih luas. - Pengurusan hal-ehwal Antartika terletak di tangan sebilangan negara yang menjadi ahli Perjanjian Antartika 1959. - Malaysia berpendapat sistem pengurusan tersebut bertentangan dengan kepentingan masyarakat dunia.

- Antartika mempunyai potensi bekalan bahan-bahan galian seperti besi, arang batu, kobalt, uranium, nikel dan minyak serta bahan-bahan makanan. - Berpendapat bahan-bahan tersebut harus digunakan untuk faedah manusia sejagat. - Antartika juga penting kerana mempengaruhi ekologi dan cuaca dunia. Oleh itu, ia perlu dipertahankan. - Pendirian Malaysia disokong oleh kebanyakan negara yang bukan ahli Sistem Perjanjian Antartika. - Memasukkan isu pengagihan bahan-bahan galian di Antartika dalam agenda Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu bagi tahun 1985.

SEKIAN,

TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai