Anda di halaman 1dari 2

Hukum melakukan oral seks

- Last Updated (01 Apr 2008 : 11:49 AM)

Soalan 72

Assalamualaikum...ustaz..

Soalan 1:
Salahkah disisi Islam apabila seorang isteri mengulum (menghisap) alat sulit
suaminya untuk menaikkan nafsu syahwat..
dan berdosakah isteri yg ingkar apabila suami menyuruh dia melakukan sedemikian?

Soalan 2:

Apakah hukumnya jika beronani untuk mengelakkan dari berjimak ketika isteri
hamil?

Jawapan

Wa'alaikumussalam,

Hukum menghisap
kemaluan suami adalah makruh kerana ianya bercanggah dengan adab-adab
yang digariskan oleh Rasulullah. Dalam apa keadaan sekalipun kita perlu menjadikan Rasulullah
sebagai contoh.

Manakala hukum isteri menolak permintaan suami untuk melakukan perkara


demikian adalah haram kerana isteri hanya disuruh melakukan perkara
makruh bukan perkara haram atau maksiat. Ini kerana tidak boleh mentaati
manusia yang menderhakai Allah.

Haram hukum
jika mengeluarkan mani dengan tangan suami sendiri tetapi Harus hukumnya
jika menggunakan tangan isteri.

http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:22 August, 2009, 13:52
Sekian.

Wassalam.

http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:22 August, 2009, 13:52

Anda mungkin juga menyukai