Anda di halaman 1dari 5

Buku Fiqah Kecantikan

Soalan 1: Apakah hukum seseorang wanita menyambung rambut menggunakan rambut


manusia?
Jawapan: Para fuqaha berpendapat bahawa haram seseorang wanita menyambung
rambutnya dengan rambut manusia, sama ada rambut itu kepunyaan lelaki atau perempuan,
dan juga sama ada kepunyaan mahramnya atau suaminya atau selain daripada kedua-
duanya. Hal ini demikian disebabkan penggunaan sebahagian daripada tubuh manusia
adalah haram berikutan pengharaman mengambil manfaat dengan tubuh manusia kerana
kemuliaannya.

Soalan 2: Apakah hukum mewarnakan rambut dengan warna hitam?


Jawapan: Jumhur ulama berpandangan bahawa makruh mewarnakan dengan warna hitam.
Dalam konteks lain, dibenarkan mewarnakannya dengan warna hitam dalam peperangan bagi
menunjukkan kekuatan.

Soalan 3: Apakah hukum seseorang wanita menghilangkan bintik-bintik dan panau pada
muka?
Jawapan: Harus kepada seseorang wanita merawat dengan menggunakan pelbagai jenis
ubat bagi menghilangkan kecacatan yang timbul pada wajahnya seperti bintik-bintik, panau,
jerawat, jeragat dan sebagainya. Hal ini demikian kerana kewujudannya menyebabkan
kecacatan pada dirinya dan adalah lebih cantik dan elok sekiranya dihilangkan.
Ibnu al-Jauzi al-Hanbali berkata, “Adapun ubat-ubatan yang menghilangkan bintik-bintik pada
muka serta mencantikkan muka untuk suami adalah tidak mengapa.”

Soalan 4: Apakah hukum mencelak mata?


Jawapan: Penggunaan celak adalah harus secara mutlak sama ada dengan niat perubatan
atau perhiasan. Hal ini kerana terdapat manfaat padanya sebagaimana yang dinyatakan
dalam hadis-hadis, tambahan pula ia tidak mengubah ciptaan Allah dan tidak membawa
kepada kesakitan.

Soalan 5: Apakah hukum menindik telinga?


Jawapan: Haram menindik telinga bagi lelaki. Adapun bagi wanita, hukumnya adalah harus
untuk dipakaikan subang dengan niat perhiasan, kerana wanita berhajat kepada perhiasan.

Soalan 6: Apakah hukum menindik hidung bagi wanita?


Jawapan: Hukumnya adalah harus kerana perbuatan ini adalah merupakan adat kepada
wanita untuk melakukannya sebagaimana diharuskan perbuatan menindik telinga.
Menurut al-Thahthawi, “Jika ia adalah perhiasan sebagaimana di sesetengah negara maka
hukumnya seperti hukum menebuk lubang pada telinga.”
Soalan 7: Apakah hukum merenggang gigi?
Jawapan: Merenggangkan gigi ialah membuat ruang di antara gigi-gigi. Jumhur fuqaha
bersepakat bahawa merenggangkan gigi adalah haram hukumnya jika dilakukan dengan niat
untuk mencantikkan atau untuk kelihatan lebih muda.

Soalan 8: Apakah hukum menanam gigi dengan emas atau perak?


Jawapan: Harus ketika tiada bahan lain yang boleh menggantikan kedua-duanya. Ini adalah
berdasarkan kaedah ِ‫الَّض َوراتُِِتُب ُيحِِالْ َم ْح ُظ َورات‬
ُ‫ر‬
iaitu kemudharatan mengharuskan perkara yang
haram.

Soalan 9: Apakah hukum mengerat kuku dengan gigi?


Jawapan: Makruh mengerat kuku dengan menggunakan gigi dan sebaliknya perlulah
menyempurnakan pemotongan kuku tersebut dengan menggunakan alat pemotong kuku
(pengepit kuku). Al-Farghani menyebut bahawa mengerat kuku dengan menggunakan gigi
antara punca yang menyebabkan penyakit sopak.

Soalan 10: Apakah hukum penggunaan inai dalam kalangan lelaki?


Jawapan: Lelaki yang menggunakan inai dengan niat untuk berubat hukumnya adalah harus
dan jika niatnya untuk berhias maka hukumnya adalah makruh:
Disebut dalam al-Fatawa al-Hindiyyah, "Dan tidak harus mengecat kedua-dua belah tangan
dan kaki budak lelaki kecuali ketika berhajat sahaja.”
Buku Fiqh Wanita
Soalan 1: Apakah hukum melihat aurat wanita untuk rawatan?
Jawapan: Para fuqaha telah bersepakat dalam keharusan melihat faraj wanita bagi tujuan
rawatan secara umum. Keharusan tersebut berbeza mengikut kepada sifat (jenis) perubatan.
Sekiranya berubat adalah wajib dan tidak boleh dijalankan melainkan perlunya melihat faraj,
maka hukum melihatnya adalah wajib.
Dalil yang mengharuskan melihat faraj wanita untuk rawatan adalah keumuman firman Allah
SWT:

‫ﲢ‬ ‫ﲡ‬ ‫ﭐﲛﲜ ﲝﲞﲟﲠ‬


Maksudnya: “Dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam
perkara agama.”

Soalan 2: Apakah hukum berkhatan bagi wanita?


Jawapan: Mengkhatankan wanita adalah sunat mustahabbah dan makrumah (elok), tetapi
tidaklah wajib, iaitu boleh ditinggalkan. Ini ialah merupakan pendapat yang dikeluarkan oleh
jumhur ulama. Berkata Ibnu Qudamah, "Ini ialah pendapat kebanyakan ahli ilmu."

Soalan 3: Adakah wuduk seseorang wanita terbatal sekiranya menyentuh faraj sendiri atau
wanita lain?
Jawapan: Seseorang wanita yang menyentuh faraj sendiri atau faraj wanita lain adalah tidak
batal wuduk melainkan dengan sengaja dan tanpa ada sebarang kain lapik.

Soalan 4: Adakah terbatal wuduk jika keluar sesuatu dari faraj wanita secara kebiasaan pada
tempat keluar dan waktu keluar?
Jawapan: Yang dimaksudkan dengan sesuatu yang keluar secara kebiasaan ialah sesuatu
yang keluar dalam keadaan normal ( ِ‫الْ ُم ْعتَا ُدِِالْخَار ُج‬
) dan sesuatu yang keluar dari tempat biasa
keluar, iaitu faraj dan waktu kebiasaan adalah sesuatu yang diketahui orang ramai, yang
keluar tidak memakan masa waktu solat fardu seperti air kencing, mazi dan wadi.
Para fuqaha telah berijmak bahawa apa yang keluar secara kebiasaan dari faraj adalah
membatalkan wuduk, sama ada keluar secara sengaja, lupa atau terkeluar kerana tidak
sempat menahan dalam kuantiti yang sedikit atau banyak.

Soalan 5: Adakah wujud ketetapan umur kepada seseorang wanita bagi tamat tempoh haid?
Jawapan: Tiada penetapan umur, sebaliknya mengikut tabiat keadaan setiap wanita. Ini
adalah berdasarkan keumuman hadis daripada Saidatina Aisyah RA:

ُِ ‫ا رِنِِ َه َِذِاِآِ ْمِرِِ َِكَِتَِب ُه‬


‫ِِللاِعَ َِلِِِب َ َنِاتِِآ َِد َِم‬
Maksudnya: “Perkara ini adalah ketetapan yang ditetapkan Allah ke atas anak-anak wanita Adam.”
Soalan 6: Berapakah tempoh paling lama bagi haid?
Jawapan: Jumhur ulama berpandangan bahawa tempoh paling lama bagi haid ialah 15 hari.
Mereka berhujah bahawa tempoh paling pendek wanita dalam keadaan bersih ialah 15 hari,
maka begitu juga haid.

Soalan 7: Apakah hukum mempercepat dan memperlambat darah haid?


Jawapan: Apa yang dimaksudkan dengan mempercepat dan memperlambat darah haid
adalah mengambil ubat untuk mempercepat pengeluaran darah haid atau melewatkan
kedatangan darah haid daripada kebiasaan. Tidak terdapat nas yang jelas melarang daripada
menggunakan ubat untuk mempercepat dan memperlambat penurunan darah.
Oleh yang demikian, para fuqaha telah bersepakat bahawa harus menggunakan ubat untuk
memperlambat atau mempercepat penurunan haid bagi tujuan yang betul seperti ingin
melaksanakan ibadah puasa Ramadan dengan syarat tidak ada kemudharatan yang timbul.

Soalan 8: Berapakah umur baligh bagi wanita?


Jawapan: Jumhur ulama berpendapat bahawa paling awal haid bagi wanita ialah 9 tahun
mengikut bulan Hijriah. Hal ini demikian kerana dari sudut adat tiada wanita yang didatangi
haid sebelum umurnya 9 tahun. Ibnu Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda:

‫ِيِفَِهيَ ِِا ْم َِرِآِِة‬


َِ ‫ِس َعِِسِن‬ ِ ‫اِ َذِاِِب َِلَغَتِِاِلْ َج‬
ِْ ‫ِارِي َ ُةِِت‬
Maksudnya: “Apabila seseorang kanak-kanak perempuan mencapai umur 9 tahun, maka dia telah
menjadi wanita dewasa.”

Soalan 9: Apakah antara tuntutan ke atas suami ketika bersama dengan isterinya?
Jawapan: Disunatkan ke atas suami berlaku lembut terhadap isterinya dan melakukan apa
yang boleh menggalakkan isterinya dalam menunaikan hajatnya.
Firman Allah SWT:

‫ﲾ‬
‫ﲿ‬ ‫ﲸ ﲺﲻﲼﲽ‬
‫ﲹ‬ ‫ﲵﲷ‬
‫ﲶ‬ ‫ﭐﲯﲰﲱﲲﲳﲴ‬

‫ﳀﳁ‬

Maksudnya: "Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu. Oleh itu, datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri
kamu; dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada
hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang yang beriman."

Soalan 10: Apakah yang dimaksudkan dengan azal dan apakah hukumnya?

Jawapan: Azal ( ‫ )العز ِل‬dari sudut bahasa ialah menjauhkan sesuatu dari tempatnya. Dari sudut
istilah, azal ialah melakukan pancutan air mani di luar faraj isteri.
Hukum azal adalah haram melainkan diizinkan oleh isteri. Ini merupakan pendapat jumhur
ulama. Mereka berhujah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Umar RA:

‫ِولِِللاِِ(ص)ِآ ِْنِِِيُ ْعَِِز َلِِ َعِنِِالُ رِرِةِِاِلرِِبِ ْذِنَِِا‬


ُ ‫نََِي َِر ُِس‬
Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang melakukan azal terhadap wanita merdeka melainkan dengan
izinnya.”

Anda mungkin juga menyukai