Anda di halaman 1dari 65

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN KAJIAN

Isu keganasan rumah tangga antara suami isteri bukanlah sesuatu yang baru untuk dibincangkan dan dihidangkan. Setiap hari kita disogokkan dengan pelbagai kes, kisah dan cerita mengenainya yang kerap menghiasi dada-dada akhbar mahupun lipatan majalah. Terdapat suatu kes dimana seorang suami yang merupakan seorang mekanik yang menampar dan menyepak isterinya sebelum isterinya itu diliwat, berapa tragisnya penderitaan seorang isteri apabila perbuatan itu berlaku pada dirinya. Akibat dari tindakan nafsu suami itu, suami tersebut didakwa di Mahkamah sivil mengikut syeksyen 377C kerana meliwat isterinya dan juga mengikut syeksyen 375A kerana mendatangkan kecederaan keatas isterinya sebelum melakukan hubungan kelamin.1 Hak isteri untuk bergaul dengan baik. Seorang isteri berhak untuk bergaul dengan baik dan tidak dizalimi oleh suaminya. Berhubung dengan hak ini, Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 memperuntukkan didalam

enekmen128 (1) seseorang suami atau isteri yang dengan sengaja menganaiya isterinya atau suaminya atau menipu harta isterinya atau suaminya, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah melakukan kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu. (2) mahkamah boleh, sebagai perintah tambahan, memerintahkan supaya dibayar pampasan bagi harta yang telah ditipu itu. Manakala enakmen 129 menyebut seseorang yang tidak memberi keadilan sewajarnya kepada isterinya mengikut hukum syarak adalah melakukan kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu

Berita Harian, 2009, 2 April, Wanita ditampar, disepak sebelum diliwat suami, hlm. 14.

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.2 Perkataan anaiya disini termasuklah segala kezaliman yang dilakukan oleh suami terhadap isterinya seperti memukul, mencederakan, dan apa-apa perkataan lain yang memudharatkan isterinya. Suami tidak seharusnya memudharatkan isteri samada menyakitkan tubuh badannya atau menipu hartanya. Sebaliknya suami hendaklah mengauli isterinya dengan baik. Firman Allah swt :3


Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan Dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa Yang kamu telah berikan kepadaNya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji Yang nyata. dan bergaulah kamu Dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) Dengan cara Yang baik. kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa Yang kamu benci itu kebaikan Yang banyak (untuk kamu). Di Malaysia khususnya, jenayah hubungan seks secara paksaan terhadap isteri dianggap masih baru kewujudanya tanpa disedari perkara-perkara ini telah dibincangkan dan sudah wujud peruntukanya didalam kanun keseksaan, meskipun isu ini sudah lama didebatkan, tetapi ia masih dianggap segar khususnya dinegara yang penuh adab dan sopan seperti Malaysia ini.

2 3

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor:2003. al-Quran, Al-Nisa, 4:19.

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

1.2

PERMASALAHAN KAJIAN

Menerusi kajian yang penulis jalankan ini, kita melihat jenayah suami melakukan hubungan seksual secara paksaan terhadap isteri dalam konteks Negara Malaysia. Penulis menghuraikan kedudukanya di Malaysia berdasarkan kanun keseksaan, dimana adakah perbuatan tersebut diiktiraf sebagai jenayah di Malaysia? Jika ya, adakah ia mampu melindungi hak isteri? Apakah tindakan yang perlu diambil untuk memastikan hak isteri terus dibela dan dilindungi dari nafsu serakah suami. Jika tidak, adakah hak suami yang boleh meminta isteri untuk digauli pada bila-bila masa sahaja tanpa melihat keadaan isteri? Dan wujudkah kesalahan suami memaksa isteri untuk digauli didalam Islam? Bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut, penulis akan menerangkan tentang peruntukan-peruntukan yang terdapat diantara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dalam konteks Negara Malaysia. Dan dalam persoalan ini juga, penulis akan menerangkan rasionalnya untuk mengklasifikasikan seksual secara paksaan dalam dalam perkahwinan sebagai jenayah, memandangkan hal ini dibincangkan dalam konteks Malaysia yang mana majoriti penduduknya beragama Islam, perspektif Islam dalam isu ini akan diberi penekanan. Malah kita juga akan melihat faktor masyarakat Malaysia yang beragama Islam yang menganggap isu-isu yang berkaitan dengan seksual sebagai sesuatu yang tidak patut untuk dipercakapkan secara umumnya. Dipenghujung kajian ini, penulis akan memberikan beberapa cadangan untuk menyelesaikan masalah ini agar, isu yang dibincangkan ini akan dapat diatasi, sekali gus apakah kedudukan sebenar isteri dalam undang-undang. Justeru itu, kesalahan melakukan hubungan seksual secara paksaan akan dapat dinilai didalam kajian ini.

1.3

OBJEKTIF KAJIAN

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Secara khususnya, kajian ini adalah bertujuan untuk : a) Membincangkan tentang peruntukan-peruntukan undang-undang Malaysia

berhubung kesalahan hubungan seksual secara paksaan diantara sivil dan syariah. b) Menilai samaada peruntukan dibawah kanun keseksaan dapat melindungi isteri daripada menjadi kekejaman suami. c) Mengkaji perlunya mengklasifikasikan melakukan hubungan seksual secara paksaan sebagai satu jenayah. d) Mengkaji bagaimana untuk menghalang isteri-isteri di Malaysia ini dari terus menjadi mangsa nafsu suami.

1.4

MATLAMAT KAJIAN

Matlamat kajian adalah matlamat umum sesebuah kajian yang hendak dijalankan. Ia merujuk kepada kepada tajuk kajian yang dicadangkan.4 Kajian yang dijalankan oleh penulis ialah kajian yang bertajuk : Hukum Suami Melakukan Hubungan Seksual Secara Paksaan. Satu Kajian Perbandingan Antara Mahkamah Syariah Dan Mahkamah Sivil. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peruntukan-peruntukan yang terdapat didalam kanun keseksaan mahupun didalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, adakah peruntukan-peruntukan yang ada itu dapat melindungi hak isteri dari diperlakukan oleh suaminya dengan zalim dan mengkaji hukuman yang akan dijatuhkan kepada pesalah setelah disabit kesalahan tersebut.

1.5

METODOLOGI KAJIAN

a) Kajian Perpustakaan
4

Ahmad Sunawari Long, 2009, Pengenalan Metodlogi Penyelidikan Pengajian Islam, Gema Alam Interprise : Bandar Baru Bangi Selangor, hlm. 39.

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Kaedah yang digunakan di sini adalah analisa kandungan. Pemilihan kaedah ini adalah atas dasar bahawa dokumen-dokumen seperti buku-buku, laporan dan peruntukan undang-undang, artikel serta makalah lain dilihat sebagai sumber rujukan yang paling sesuai. Di antara dokumen yang dimaksudkan adalah kanun keseksaan, buku-buku kajian berkenaan dengan rogol dalam perkahwinan, buku-buku hasil tulisan individu serta artikel-artikel, akhbar dan majalah-majalah.

Pencarian data kebanyakannya dilakukan di Perpustakaan Undang-undang (Fakulti Undang-undang), Perpustakaan Tun Seri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia dan Perpustakaan Zaba Universiti Malaya. Pencarian data melalui laman web juga ada dilakukan khususnya untuk mengumpul pendapat-pendapat awam berkenaan permasalahan ini.

1.6

ULASAN PERPUSTAKAAN

Nor Aini Abdullah (1995) telah mengkaji tentang pemasalahan keganasan rumahtangga didalam kajian dan ulasan yang bertajuk Martial Rape- Domestic Violence . Kajian ini telah membincangkan tentang masalah keganasan domestik atau masalah terpencil seperti ganguan yang dibuat secara seksual, verbal dan emosi. Keganasan rumahtangga ini sering dilakukan oleh kaum lelaki termasuk juga ahli keluarga seperti datuk, ayah dan abang terhadap isteri atau anak mereka. Ia juga mengupas dengan lebih terperinci berkenaan dengan apa yang dinyatakan sebagai Domestic violance, seperti kes suami merogol isteri termasuk juga beberapa kes keganasan rumahtangga lain seperti perbuatan sumbang5 Abdul Aziz Bin Nashir Sucud Al-Abdillah (2003) telah membincangkan mengenai perlakuan suami kepada isteri didalam bukunya yang bertajuk Untaian Bunga Persembahan Untuk Pengantin. Pembincangan ini mengenai Islam menyuruh suami untuk mempergauli isteri dengan baik dan lemah lembut, serta berupaya untuk membuatnya

Nor Aini Abdullah, 1995, Martial Rape-Domestic Violence, The Malaysian Law Journal.

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

bahagia. Melihat contoh kepada Rasulullah saw yang bersikap lembut, bermain dan bertutur kata yang baik yang dapat menanamkan rasa bahagia dan gembira kepada isteri, serta kesenangan dan kedamaian dalam hati-hati mereka.6

Mustafa Zuhaili (2005) telah mengupas tentang kesalahan dan kesilapan suami isteri sepanjang dalam kehidupan bahtera rumahtangga didalam bukunya yang bertajuk 80 kesilapan Suami Isteri Dalam Berumahtangga. Kupasan ini menjurus kesalahan suami isteri yang membawa kepada kehancuran rumahtangga seperti sikap dingin isteri waktu hubungan seksual dan penolakan isteri terhadap ajakan suami untuk digauli juga kadangkala membawa faktor dimana suami akan melakukan perkara yang tidak sepatutnya seperti memaksa isteri melakukan hubungan seks.7

Syeikh Al-Muqari Hj Othman Hamzah (2006) membincangkan permasalahanpermasalahan masa kini dengan memberikan jawapan atau fatwanya didalam bukunya Fatwa Menempuh Kehidupan Moden. Antara permasalahanya ialah bolehkah isteri menolak kehendak suami yang hendak bersetubuh? Ianya telah dijawab oleh sekumpulan ulama dan penyelidikan islam menyeru agar kedua-dua pihak iaitu suami isteri memahami dan menyahut kehendak masing-masing agar dapat mengekalkan kasih sayang, sekiranya isteri menolak kehendak suami, ditakuti suami akan berzina atau akan melakukan perkara yang tidak diingini oleh isteri seperti memaksa isteri melakukan hubungan seks dan ini akan membawa anaiya kepada tubuh badan isteri.8

Muhammad Bin Soleh Al-Munajjid (2007) telah membincangkan tentang kemusykilan yang berkaitan dengan adab didalam bukunya Fatwa Adab. Ianya membincangkan kaitan dengan adab-adab jimac antara suami isteri yang mana pergaulan

Abdul Aziz Bin Nashir Sucud Al-Abdillah, 2003, Untaian Bunga Persembahan Untuk Pengantin, Pustaka Qalami : Jakarta. 7 Mustafa Zuhaili, 2005, 80 Kesilapan Suami Isteri Dalam Beriumahtangga, Jasmin Enterprise : Kuala Lumpur. 8 Syeikh Al-Muqari Hj Othman Hamzah, 2006, Fatwa Menempuh Kehidupan Moden, Daud Baharum : Subang Jaya.

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

antara suami isteri itu hendaklah dilakukan dengan tatatertib dan tiada unsur-unsur paksaan.9

BAB

Syahrul Noor Saidin, 2007, Fatwa Adab, Karya Bestari Sdn. Bhd : Shah Alam Selangor.

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

KONSEP JENAYAH MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL SECARA PAKSAAN

2.1

PENDAHULUAN

Perkahwinan didalam Islam antara tujuannya ialah melalui perkahwinan dapat menghindarkan masyarkat daripada gejala zina, rogol, melanggan pelacur, meliwat dan gejala-gejala sosial yang lain. Dengan melalui perkahwinan, halal antara seorang lelaki dan perempuan untuk melakukan hubungan seks diantara keduanya dengan mengikut adab-adab dan etika-etika yang diajarkan oleh sunnah Rasulullah saw. Apabila suami isteri melakukan hubungan seks antara keduanya ianya dikira sebagai ibadah disisi Allah swt. Ada pun ianya dikira ibadah, namun terdapat juga amalan-amalan seks yang dikutuk dan tidak direhdai oleh Allah swt. Sebelum kita membincangkan tajuk kajian ini dengan lebih terperinci, adalah penting untuk kita mengetahui dan memahami makna paksaan, rogol dan mengetahui dengan lebih dekat objektif perkahwinan serta jenis-jenis dan adab-adab berjima antara suami isteri didalam Islam serta hak-hak dan tanggungjawab isteri, dengan ini kita akan dapat fahami apakah hak-hak suami isteri yang sepatutnya tidak dicerobohi antara duanya.

2.2

PENGERTIAN PAKSAAN

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Makna paksaan dari segi bahasa ialah membawa seseorang melakukan perbuatan yang dipaksa atau diluar kemahuanya. Maka, paksaan didalam syarak ialah membawa seseorang kepada perbuatan atau perkataan yang tidak secara langsung, dan demikian bahawa paksaan dan kerelaaan tidak mungkin bertemu antara keduanya.10 Manakala, makna rogol didalam fiqh jenayah Islam tiada perbezaan dengan definisi zina, melainkan dalam hal keadaan yang berkaitan perkara terjadinya dengan paksaan, atau bersama dengan perempuan dibawah umur. Kecuali tidak terdapat perbezaan antara kedua perbuatan itu. Oleh itu, definisi zina ialah persetubuhan haram secara sengaja yang dilakukan oleh orang yang mukallaf pada kemaluan manusia tanpa hak milik yang sah pada hukum dan persetubuhan cara haram. 11 Dan makna rogol dari aspek bahasa adalah perbuatan memaksa seseorang perempuan secara fizikal untuk mengadakan hubungan seks ataupun, suatu perbuatan hubungan seks yang dilakukan secara paksa terhadap seseorang perempuan di luar kemahuannya.12 Manakala, dalam undang-undang jenayah, istilah rogol merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual. Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti serangan seksual atau dipukul untuk seksual, dan ada juga yang mentakrifkan "rogol" sebagai serangan seksual dengan penembusan. Rogol boleh juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-undang belum cukup umur; ini dikenali sebagai "rogol statutori".13 Walaubagaimanapun, menurut takrif rogol dalam perundangan moden iaitu mengikut Syeksyen 375 Kanun Keseksaan mendifinisikan rogol sepertimana berikut :14

10

Ahmad Ali Al-Majdub, 1996, Ightisab Al-cInas Fi Al-Mujtamicat Al-Qadimati Wa Al-Macasirat, Dar AlMasriah Al-Bananiah : Kaherah, hlm. 96. 11 Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, 1997, Penghantar Fiqh, Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd, hlm. 270. 12 Oxford dictionary of law, 2002, Oxford: Oxford University Press, hlm. 406. 13 http://ms.wikipedia.org/wiki/Rogol 14 Abu Mazaya al-Hafiz, Abu Izzat Al-Sahafi, 2004, Fiqh Jenayah Islam, Al-Hidayah Product Sdn. Bhd : Kuala Lumpur, hlm. 385.

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

seorang lelaki dikatakan merogol jika ia, melainkan dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan-keadaan yang termasuk ke dalam mana-mana perihal yang berikut : a) Bertentangan dengan kemahuan perempuan itu. b) Tanpa kerelaan perempuan itu. c) Dengan kerelaan perempuan itu padahal kerelaan itu diperolehi dengan mendatangkan kepada perempuan itu atau mana-mana orang ketakutan mati atau cedera, atau telah diperolehi melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan itu. d) Dengan kerelaan perempuan itu padahal lelaki itu mengetahui bahawa ia bukan suami perempuan itu dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya bahawa lelaki itu ialah lelaki yang menjadi atau ia percaya menjadi suaminya yang sah disisi undang-undang atau yang kepadanya ia akan member kerelaan. e) Dengan kerelaanya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai kenapa dia memberi kerelaan. f) Sama ada dengan atau tanpa kerelaan perempuan itu juka perempuan itu dibawah umur enam belas tahun. Merujuk kepada definisi daripada syeksyen 375 kanun keseksaan, didapati istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang dilakukan oleh lelaki kepada perempuan selain daripada isterinya, berpadukan kepada definisi rogol ini tindakan suami merogol isteri tidak munasabah.15

2.3

OBJEKTIF PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

Islam sentiasa menggalakkan umatnya supaya hidup berkeluarga bagi sesiapa sahaja yang mempunyai kemampuan dari segi fizikal, material, keagamaan dan kerohanian. Hidup berkeluarga dan berkahwin khasnya dapat membantu seseorang mencapai kesempurnaan
15

Nor Aini Abdullah, 1995, Martial Rape-Domestic Violence, The Malaysian Law Journal.

10

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

dalam agama serta merupakan sunnah Nabi dan Nabi berbangga dengan jumlah umatnya yang ramai. Dengan itu, Islam telah mensyariatkan pernikahan serta meletakkan peraturanperaturan yang jelas dan tepat. Peraturan-peraturan ini diasaskan atas prinsip-prinsip kukuh yang menjamin kesejahteraan masyarakat, kebahagian rumahtangga, penyebaran kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia. Oleh itu, sebelum penulis membincangkan objektif perkahwinan, terlebih dahulu penulis akan membawa tafsiran tentang perkahwinan ataupun pernikahan dan serta pensyariatanya. 2.3.1 Definisi nikah dan perkahwinan

Nikah dari segi bahasa ialah bercampur atau bergaul. Manakala dari segi syarak pula membawa maksud, satu akad yang menghalalkan istimtac (bersetubuh/berseronokseronok) di antara suami dan isteri dengan cara yang dibenarkan oleh syarak. Ianya dinamakan nikah kerana ia mengumpulkan dua manusia dan menyatukan diantara satu sama lain.16 Manakala menurut ensiklopedi muslim, nikah membawa maksud akad yang menghalalkan kedua-dua belah pihak (suami dan isteri) menikmati pihak satunya.17 Sementara itu, perkahwinan menurut pengertian bahasa ialah berkumpul atau himpun. Manakala perkahwinan menurut fiqh pula ialah suatu ikatan yang berlaku melalui akad yang menggunakan perkataan (kahwin) diantara pasangan lelaki dengan pasangan perempuan bagi mengharuskan pergaulan di antara mereka dan menghalalkan persetubuhan yang diharamkan diantara mereka sebelumnya.18 Dalam konteks lain, akad perkahwinan juga ialah satu proses ikatan yang kukuh antara lelaki dan perempuan yang sah kahwin melalui akad perkahwinan untuk hidup bersama dan membolehkan perkara yang tidak halal sebelumnya diantara mereka. Akad
16

Mustofa Al-Khin, Kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid 4, 2005, Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd, hlm. 827. 17 Abu Bakr Jabir Al-Jazairi, 2005, Ensiklopedi Muslim Minhajul Muslim, Darul Falah : Jakarta. hlm574.
18

Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Penghantar Fiqh, hlm. 174.

11

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

perkahwinan juga ialah ikatan perjanjian antara pasangan suami isteri untuk memikul tanggungjawab dalam institusi keluarga. 2.3.2 Dalil disyariatkan perkahwinan

Antara dalil-dalil pensyariatan tentang berkaitan dengan perkahwinan ini, penulis akan mengemukakan dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah. Firman Allah swt :19


Maksudnya : Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuanperempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja. Dan Allah Berfirman dalam surah an-nur :20


Maksudnya : Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. Firman Allah swt dari surah an-nur diatas, itu adalah perintah Allah kepada hamba-hambanNya. Umat Islam yang sudah layak berkahwin digalakkan mencari pasangan bagi mengelakkan berlakunya zina.21

19 20

al-Quran, Al-Nisa 3:4. al-Quran, An-Nur 32:24.

21

Nik Abdul Aziz Nik Mat, Hasmariza Md Hashim, 2007, Bunga Kebahgiaan. Anbakri Publika Sdn. Bhd. : Selangor, hlm. 4.

12

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Dan terdapat banyak hadis yang menerangkan tentang perkahwinan antaranya Rasulullah bersabda :22


Maksudnya : Wahai para pemuda! Sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri. Berkahwin serta hidup berkeluarga juga merupakan fitrah yang dikurniakan oleh Allah swt. Semenjak Adam yang dijadikan manusia dan semua makhluk berpasangpasangan. Perkahwinan juga merupakan suatu rahmat serta salah satu daripada tandatanda yang membuktikan kekuasaan Allah swt. Dimana dengan berkahwin, seseorang itu dapat menyalurkan kehendak fitrah mereka mengikut apa yang telah diharuskan oleh syara seperti berkasih sayang, mengadakan hubungan kelamin serta berbincang. 2.3.3 Objektif perkahwinan didalam Islam

Perkahwinan merupakan salah satu keperluan dasar yang mengandungi banyak manfaat dan faedah serta hikmahnya. Diantara yang terpenting hikmah perkahwinan ialah : a) Menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh Allah. Allah telah mencipta manusia serta membekalkan mereka dengan keinginan seksual dan keinginan kepada wanita. Fitrah ini juga dibekalkan kepada wanita-wanita. Oleh kerana Islam merupakan agama fitrah, Islam telah mensyariatkan perkahwinan untuk menyahut seruan fitrah yang terpahat dijiwa manusia. Islam menjadikan perkahwinan sebagai satu-satunya jalan yang boleh memenuhi tuntutan itu.23

22

Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Penghantar Fiqh, hlm. 155.

23

Shihabudin, 2010, Gerbang Perkahwinan Panduan Kursus Perkahwinan, Jasmin Enterprise : Kuala Lumpur, hlm. 31.

13

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Keperluan seksual merupakan sesuatu yang bersifat alamiah. Kerana, manusia harus segera menyalurkan keinginan ini. Kalau tidak, nescaya akan muncul pelbagai penyakit jiwa, fizikal, mahupun sosial. Kita sering menyaksikan betapa ramai orang yang tidak atau menolak kahwin kemudian terjangkit penyakit jiwa ataupun fizikal. Oleh yang demikian, Islam tidak menyekat naluri ini, ia tidak menghancurkan kehidupan manusia dengan mengharamkan perkahwinan, dan tidak menyeru manusia agar membujang dan hidup seperti seorang rahib. Saad bin Abi Waqas ra berkata :24 Rasulullah telah menolak permohonan Osman bin Mazcun untuk hidup membujang. Kalaulah Rasulullah membenarkanya necaya kami akan mengembiri. Islam tidak membiarkan naluri manusia tidak dipenuhi. Islam juga tidak membenarkan manusia bebas sepenuhnya memenuhi keinginan seksual sehingga boleh merosakkan diri, orang lain, akhlak, meruntuhkan keluarga dan rumahtangga serta membuka pintu luas kepada syaitan. Sebaliknya Islam berpendirian sederhana dengan memnuhi keinginan fitrah manusia serta mengaturnya supaya dapat berperanan dengan baik dalam melahirkan keturunan manusia serta memastikan kesinambungan kehidupan manusia. b) Melahirkan keturunan yang soleh dan remaja yang berakhlak untuk masyrakat IslamIslam mengalakkan umatnya supaya mempunyai keturunan yang ramai. Islam juga menjadikan di antara matlamatnya ialah melahirkan masyarakat Islam yang digeruni dan disegani. Sabda Rasulullah saw : 25


Maksudnya : kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat.

24

Mustofa Al-Khin, Kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid 4, hlm. 728. Mustofa Al-Khin, Kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid 4, hlm.729.

25

14

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Melalui perkahwinan, seseorang dapat menghasilkan banyak keturunan yang merupakan salah satu penyeri hidup rumahtangga, sekaligus akan menjaga ketenangan serta ketenteraman hubungan suami isteri. c) Mewujudkan ketenangan jiwa dan kententeraman rohani Perkahwinan akan menghasilkan ketenangan jiwa dan ketenteraman diri. Melalui perkahwinan juga ianya dapat mengadakan perbincangan dan berkasih sayang antara pasangan suami isteri.26 Firman Allah swt:27


Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteriisteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keteranganketerangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. Lihatlah bertapa indahnya firman Allah dalam mengambarkan keperluan manusia kepada perkahwinan, serta ketenangan dan kebahgiaan yang lahir daripada perkahwinan tersebut. Oleh itu, keperluan suami kepada isteri dan keperluan isteri kepada suami adalah seperti keperluan masing-masing kepada pakaian. Pakaian diperlukan untuk menutup keaiban tubuh badan dan mengelakkan dari sesuatu yang menyakitkan. Begitulah juga dengan suami isteri, masing-masing akan menjaga kemulian, kehormatan, memberikan kerehatan serta kebahagian kepada pasangan masing-masing. d) Menjaga akhlak dari runtuh dan rosak Apabila manusia dilarang daripada berkahwin, dia akan memenuhi keperluan nafsunya dengan cara yang haram. Semua orang mengetahui dengan jelas bahawa zina adalah perbuatan yang tidak berakhlak. Ia boleh merosakkan keharmonian
26 27

Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Penghantar Fiqh, hlm. 157. al-Quran, Ar-Rum 30:21.

15

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

rumahtangga,

mencabul

kehormatan,

menyebarkan

wabak

penyakit

serta

menimbulkan tekanan jiwa dan perasaan. Untuk menjaga akhlak dan memeliharanya daripada rosak, Rasulullah saw bersabda :28


Maksudnya : Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu mnegahwinkanya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan diatas muka bumi ini e) Menjaga kesempurnaan dan kesejahteraan keturunan manusia Allah telah menentukkan bahawa manusia hanya berasal dari kedua ibu bapa, lelaki dan perempuan. Dan sedia maklum bahawa Islam mengharamkan lelaki dan perempuan hidup bersama melainkan dengan ikatan perkahwinan yang syarie. Ini menunjukkan Islam memelihara kewujudan manusia melalui perkahwinan.29 Sekiranya Islam mengharamkan perkahwinan, golongan manusia akan pupus. Manakala jika Islam mengharuskan penzinaan, manusia akan hidup didalam keadaan tenat dan kucar-kacir. Allah mengkehendaki hambanya menikmati kebaikan dan dijauhkan daripada keburukan. f) Meluaskan medan persaudaraan dan membina prinsip bekerjasama perkahwinan meluaskan daerah persaudaraan. Dua keluarga akan bertemu dan bersatu. Persemendaan akan melahirkan satu ikatan baru dan kasih sayang.30 Perkahwinan juga akan melahirkan kerjasama diantara suami isteri. Isteri akan membantu suaminya didalam urusanya, makan minum, pakaian, tempat tinggal,

28 29

Mustofa Al-Khin, Kitab Fikah Mazhab Syafie, hlm. 731. Mustofa Al-Khin, Kitab Fikah Mazhab Syafie, hlm. 732. 30 Ibid, hlm. 732.

16

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

mendidik anak-anak serta menguruskan rumahtangga. Suami pula akan membantu isteri memenuhi keperluannya, memberikan nafkah, mempertahankanya dan memelihara kehormatanya. Islam adalah agama tolenransi. Oleh yang demikian, Islam mensyariatkan perkahwinan untuk merealisasikan kesemua maslahat tersebut.

2.4

JENIS-JENIS DAN ADAB-ADAB JIMA YANG DIANJURKAN OLEH

ISLAM Setelah cijab Kabul dilakukan diantara pihak lelaki dan anak perempuan, terbukalah segala aurat dan hijab ( tutup ) antara keduanya. Dengan itu, si isteri adalah halal untuk digauli oleh suaminya dengan baik. Firman Allah swt :31


Maksudnya : Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). 2.4.1 Ciri-ciri jimac yang dianjurkan oleh Islam

Didalam Islam, melakukan hubungan seks antara suami dan isteri juga akan dihitung sebagai ibadah, jika sekiranya hubungan tersebut dilakukan menurut aturan-aturan yang terlah ditetapkan, bahkan memaluli hubungan seks ini, akan besar sekali pengaruhnya terhadap pembentukan kejiwaan anak yang akan dilahirkan.32

31 32

al-Quran, An-Nisa. 4:19. Shihabudin, 2010, Gerbang Perkahwinan Panduan Kursus Perkahwinan, hlm. 284.

17

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Oleh kerana itu, jika salah dalam melakukan hubungan tersebut, kelak akan melahirkan generasi yang tidak sihat, dan ini berpunca dari sikap ibu bapa yang mengikut sertakan syaitan bersama dengannya kerika persetubuhan dilakukan. Oleh yang demikian, dalam membincangkan adab-adab atau etika ketika berjimac bersama isteri, penulis akan membincangkan etika dan adab-adab berjimac menurut amalan-amalan Rasulullah saw sebagai panduan umat Islam. Rasulullah saw bersabda : seseorang yang hendak melakukan persetubuhan dengan isterinya, ikutlah caraku, jika kamu dikurniakan zuriat, anak-anak tersebut akan menjadi seorang insan yang soleh, berilmu dan berakhlak mulia. Antara adab-adab dan etika ketika mahu berjimac yang dituntut oleh Rasulullah saw ialah : a) Memberi salam Hendaklah si suami sebelum menyentuh isterinya, suami hendaklah memberi salam dan salam tersebut wajib dijawab oleh isteri dengan penuh tertib.33 b) Berdoa dan membaca bismillah sebelum berjimac pada waktu melakukan jimac, mendekatkan diri kepada Allah adalah merupakan hal yang sangat penting, kerana berkemungkinan dengan izin Allah persetubuhan tersebut akan menghasilkan keturunan yang akan lahir ke muka bumi. Oleh kerana itu sangatlah perlu sekali jimac itu dimulai dengan membaca bismillah dan berdoa, hal ini bertujuan supaya anak yang akan dilahirkan itu sentiasa berada dibawah rahmat Allah swt.34

. , , , , , () " : ! ". . , .
33 34

Shihabudin, 2010, Gerbang Perkahwinan Panduan Kursus Perkahwinan, hlm. 284 M. Talib, 1997, 90 Tips Kedamaian Suami Isteri, Darul Numan : Kuala Lumpur, hlm. 81.

18

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Telah meriwayatkan kepada kami Amr bin Rafic: telah meriwayatkan kepada kami Jarir, dari Mansyur, dari Salim bin Abi Jacd, dari Kuraib, dari Ibnu Abbas, dari Nabi saw, Baginda bersabda : Apabila seseorang di antara kamu berkumpul dengan isterinya, hendaklah ia berdoa Wahai Tuhan kami, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang kelak Engkau akan berikan kepadaku, kemudian jika ternyata antara keduanya memperolehi anak, maka semoga Allah tidak menjadikan syaitan dapat menguasai diri anak itu atau merugikanya. Rasulullah saw memberitahu kepada kita bahawa segala sesuatu itu mempunyai sisi buruknya, yang buruknya itu tidak boleh kita ketahui dengan pandangan mata secara biasa. Oleh kerana itu kita perlu memohon kepada Allah agar dijauhkan dari hal-hal yang tidak baik. Maka caranya sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah saw, apabila kita bersama dengan isteri kita, kita disunatkan untuk memegang kepalanya seraya kita berdoa : 35

,
Maksudnya : Wahai Tuhan, aku meminta kepada-Mu sisi baiknya dan kebaikan yang Engkau telah ciptakan pada dirinya dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatanya dan kejahatan yang Engkau telah lekatkan kepada dirinya Dan doa diatas yang mengandungi doa ketika seorang suami hendak melakukan hubungan bersama isterinya, tujuan doa itu perlu dibaca adalah untuk menghindarkan anak yang mungkin kelak akan lahir dari hubungan tersebut selamat dari gangguan syaitan dan dari bahaya yang mungkin akan menimpanya kelak kemudian hari. Doa ini walaupun sunat kita lakukanya, namun apabila kita melaksanakanya, Allah kelak akan menjamin kita dan menjauhkan diri dari perkara yang tidak baik.

35

M. Talib, 90 Tips Kedamaian Suami Isteri, hlm. 80.

19

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Selain itu perlu diketahui, bahawa kalau suami mencampuri isterinya, bererti ia telah bersedekah, iaitu sedekah nafkah batin dan ianya dihitung sebagai ibadah dan berpahala. Bergitu juga dengan si isteri, dengan melakukan jimac tersebut, bererti ia telah melaksanakan perintah agama supaya taat kepada suami. Dan ianya dihitung sebagai ibadah. c) Solat sunat dua rakaat Didalam amalan Rasulullah saw, dianjurkan pula supaya solat sunat dua rakaat serta berdoa kepada Allah. Dalam sebuah hadis diceritakan bahawa suatu hari datanglah seorang lelaki bernama Abu Huraiz kepada Rasulullah saw. Dia menerangkan kepada baginda bahawa dia telah mengahwini seorang gadis remaja dan merasa khuatir kalau-kalau isterinya akan membencinya. Abdullah bin Mascud mengatakan bahawa Nabi saw bersabda :36 Sesungguhnya kesatuan itu datangnya dari Allah sedangkan kebencian itu datangnya dari syaitan. Dia ingin menanam kebencian kepadamu. Oleh itu jika ia datang kepadamu, perintahkanlah untuk menunaikan solat dua rakaat lalu berdoa : Ya Allah, berkatilah keluargaku untuk aku dan berikanlah mereka untukku. Ya Allah, satukanlah kami dengan baik, dan jangan pisahkan kami dari kebajikan. d) Berhias dan berwangi-wangian sebelum melakukan jimac Berhias dan berwangi-wangian dengan hal-hal yang boleh membangkitkan ghairah, ianya sangat dianjurkan sebelum melakukan jimac.
37

Seperti merapikan rambut,

mencukur bulu zakar atau vagina dan memakai wangi-wangian yang akan melahirkan kemesraan dan kenikmatan. sebagaiman sabdanya : Sebagaimana Rasulullah menganjurkan hal ini

36

Shihabudin, 2010, Gerbang Perkahwinan Panduan Kursus Perkahwinan, hlm. 285. Fauziah Mohamad, 1995, Rahsia Kepimpinan Suami Dalam Rumahtangga, Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Sdn. Bhd. hlm. 44.
37

20

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Jabir r.a berkata :kami bersama Rasulullah saw dalam suatu peperangan. Ketika kami datang dan (ingin) pergi untuk menemui (isteri-isteri) beliau bersabda :sabar dulu sehingga kita masuk pada waktu malam agar mereka merapikan rambutnya dan mencukur bulu kemaluanya. Dan bagi wanita yang selesai dari haid atau nifas, disunatkan untuk membersihkan dengan kapas yang dicampurkan dengan wangi-wangian seperti misk dan yang lainnya. Hal ini dilakukan dalam rangka menghilangkan bau-bau yang tidak sedap sebelum melakukan hubungan seksual. Hal ini pernah diperintahkan oleh Rasulullah saw kepada shahabiah yang bertanya tentang mandi jubub : Ambillah kapas (atau yang serupa) yang dicampuri dengan misk, lalu bersihkan denganya. e) Menutup diri ketika melakukan jimac Semua yang dimiliki isteri dari hujung rambut sampai hujung kuku adalah milik suaminya dan halal untuk dinikmatinya. Isteri tidak perlu menutup auratnya ketika dihadapan suaminya dan begitu juga suami dihadapan isterinya. Namun ketika hendak melakukan hubungaan seksual bersama isteri maka dianjurkan untuk memakai kain. Sebagaimana sabda Rasulullah saw, telah diriwayatkan kepada kami Yazid bin Harun dan Abu Usamah, katanya : telah meriwayatkan kepada Bahz bin Hakim, dari bapanya, dari Jiddah, katanya : saya bertanya :wahai Rasulullah, bagaimana dengan aurat kami? Bagaimana kami mendatanginya dan bagaimana kami menghindarinya? Baginda bersabda :Peliharalah dengan baik auratmu, kecuali terhadap isterinya atau orang-orang yang menjadi hambamu. Lalu saya bertanya :Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat tuan kalau seorang lelaki bersendirian dengan lelaki lain? Sabdanya :Selama engkau boleh janganlah seseorang dapat melihat aurat saudaranya dan jangan pula kamu memperlihatkanya. Lalu saya bertanya :Wahai Rasulullah, bagaiman kalau seorang diantara kami bersendirian? sabdanya :Engkau lebih berhak untuk malu kepada Allah daripada kepada manusia.38

38

M. Talib, 1997, 90 Tips Kedamaian Suami Isteri, hlm. 82.

21

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Hadith diatas menjelaskan bahawasanya setiap orang wajib menutup auratnya agar tidak terlihat oleh orang lain. Seorang laki-lakipun wajib menutup auratnya terhadap lelaki lain dan seseorang bila bersendirian, misalnya mandi dikamar mandi pun ia tidak boleh terlihat dan terbuka. Suami dan isteri dianjurkan supaya melepaskan semua pakaian akan tetapi keduanya menutupi diri dengan sehelai kain, yang dimaksudkan disini ialah berjima dalam satu selimut. Sebab melakukan persetubuhan dalam keadaan telanjang tanpa sedikitpun ditutupi oleh kain sangat dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya :
39

:
Maksudnya : Apabila salah seorang kami bersetubuh dengan isterinya, maka janganlah (makruh) bertelanjang seperti dua ekor keldai Melalui hadith ini, Rasulullah saw menganjurkan kepada suami dan isteri dalam melakukan hubungan jimac pun, hendaklah di tempat yang tertutup, sehingga tidak terlihat oleh orang lain. Walaupun antara suami isteri dibenarkan didalam bilik yang tertutup untuk terlihat telanjang, namun yang sebaiknya adalah menutup diri, sehingga tidak melakukan perbuatan seperti halnya dua ekor keldai. Kerana Allah swt membezakan antara manusia dan haiwan dengan akal dan perasaan malu, oleh kerana itu dengan akal dan perasaan malu itu manusia tidak patut meniru perbuatan keldai, unta atau sapi atau kerbau. f) Berlaku baik terhadap isteri dan bergaul dengan sewajarnya Persetubuhan itu adalah kemuncak kasih sayang seorang isteri terhadap suaminya dengan merelakan dirinya kepada suaminya. Manakala seorang suami hendaklah mencampuri isterinya dengan penuh kasih sayang dan dengan cara yang sebaik-

39

M. Talib, 90 Tips Kedamaian Suami Isteri, hlm. 83.

22

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

baiknya dengan kerelaan serta persetujuan kedua suami isteri itu bukan dengan paksaan. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :40 Nabi Muhamad saw melarang melakukan persetubuhan sebelum engkau membangkitkan syahwatnya dengan cumbuan. g) Tidak boleh melakukan cAzl (Azal) kecuali izin isteri Islam menginginkan hubungan antara suami isteri harus mampu melahirkan keharmonian, saling mencintai, menghargai dan saling mengasihi. Ini berlaku dalam setiap demensi kehidupan berkeluarga, salah satunya adalah kehidupan bersetubuh antara suami dan isteri. Oleh itu, Islam mengajarkan kepada sepasang suami istri untuk menjaga perasaan, maka suami dilarang untuk melakukan cAzl (Azal) iaini melepaskan air mani diluar faraj isteri tanpa izin isteri. Hal ini biasanya dilakukan untuk mengelakkan kehamilan. Akan tetapi jika si isteri telah berasa puas dan mengizinkan air mani dilepaskan diluar farajnya, maka yang demikian itu tidaklah dilarang. h) Berwuduk semula jika ingan berjimac lagi. Setelah selesai bersetubuh, kemudian hendak mengulanginya lagi, maka hendaklah berwuduk terlebih dahulu, hal yang demikian ini sesuai dengan sabda Rasulullah saw:41 Apabila telah bersetubuh salah seorang daripada kamu dengan isterinya, kemudian ia akan berbuat lagi, maka hendaklah ia mengambil wudhuc terlebih dahulu. 2.4.2 Ciri-ciri jimac yang bertentangan dengan Islam

Setelah kita mengetahui antara-antara adab-adab dan etika ketika suami isteri melakukan jimac menurut sunnah Rasulullah saw, dan haruslah kita mengetahui perkara-perkara dan

40

Muhammad Abdul Latif, 1996, Rumahku Syurgaku Pedoman Membina Mahligai Impian, Darul Numan, hlm. 65. 41 M. Talib, 1997, 90 Tips Kedamaian Suami Isteri, hlm. 84.

23

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

perbuatan yang ditegah dan dilarang oleh Allah dan Rasulullah ketika suami dan isteri ingin melakukan jimac antaranya ialah : a) Tidak boleh menjimac di dubur isteri Maklum kita ketahui bahawa tubuh isteri itu hak milik suami, seluruh tubuh isteri boleh dinikmati oleh suami bila-bila masa pun, namun ada bahagian tubuh yang mana suami tidak boleh menikmatinya iaitu dubur isteri. melalui hadith Rasulullah saw iaitu:42

. :
Maksudnya : Allah tidak mahu melihat seorang lelaki yang menyetubuhi isterinya pada duburnya. Hadith ini melarang seorang suami untuk menyetubuhi isterinya melalui pada duburnya. Dan telah diriwayatkan kepada kami Shal bin Abi Sahl dan Jamil bin Ahsan, katanya : telah diriwayatkan kepada kami Sufyan, dari Muhammad bin Munkadir : sesungguhnya ia mendengar Jabir bin Abdillah berkata : orang-orang yahudi berkata :barang siapa yang menyetubuhi isterinya pada duburnya, maka anaknya akan lahir dengan mata juling. 43 Lalu Allah swt menurunkan firman-Nya: 44 isteri-isteri kamu adalah merupakan ladang bagi kamu, kerana itu datangilah pada ladang mereka bila saja kamu kehendaki. Disini dinyatakan isteri-isteri kamu sebagai ladang-ladang bagi kamu, kerana itulah kamu semaikan benih itu pada ladang kamu bila saja kamu menyukainya. Oleh kerana ladang yang dimaksudkan itu ialah vagina perempuan, maka sudah menjadi
42 43

M. Talib, 1997, 90 Tips Kedamaian Suami Isteri, hlm. 85. Ibid. hlm. 85. 44 al-Quran, Al-Baqarah. 2:223.

24

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

jelas bahawa seorang suami yang menyetubuhi isterinya pada duburnya adalah merupakan perbuatan derhaka kepada Allah dan sekaligus juga merosakan kesihatan isterinya. Perbuatan seperti ini haiwan juga tidak melakukanya, maka sangat tercela jikalau hai ini dilakukan oleh manusia. Dan manusia yang hendak melakukan perbuatan tersebut hanyalah orang-orang yang terkutuk hidupnya dan rendah akhlaknya. b) Tidak boleh berjimac ketika isteri sedang haid dan nifas

Suami diharamkan menggauli isterinya ketika mana isterinya sedang menjalani masa haid atau nifas, atau sebelum mandi dari keduanya jika telah suci dari haid dan nifas.45 Allah swt berfirman : 46


Maksudnya : Dan mereka bertanya kepada engkau perihal, haid (darah bulan perempuan). Katakanlah: Ia satu kotoran, sebab itu hindarkanlah perempuanperempuan ketika dalam haid, dan janganlah kamu bersetubuh dengan mereka sehingga mereka suci. Apabila mereka bersuci (mandi) bersetubuhlah kamu dengan mereka sebagaimana Allah telah menyuruhmu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat dan mengasihi orang-orang yang bersuci.

Walaubagaimanapun, seseorang itu tidaklah dilarang makan dan minum bersama isterinya yang didatangi haid atau memeluk dan menciumnya. Hanya yang dilarang ialah menyetubuhinya ketika itu. nifasnya selama lebih kurang 40 hari itu.47 Dan dilarang mengadakan

persetubuhan dengan isterinya selepas melahirkan anak sehingga suci ia daripada

45 46

M. Talib, 90 Tips Kedamaian Suami Isteri, hlm. 86. al-Quran, Al-Baqarah . 2:222. Muhammad Abdul Latif, Rumahku Syurgaku Pedoman Membina Mahligai Impian, hlm. 65.

47

25

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Jelas di sini bahawa seorang isteri perlu dilayan dengan lembut, manja dan kasihsayang. Ini adalah berlainan dengan definasi paksaan dan rogol itu sendiri. Rogol tidak menghiraukan perasaan isteri dan memaksa isteri melayan nafsu buas suami tanpa perasaan belas-kasihan. Ia adalah perlakuan hina dan dipenuhi dengan keganasan. Adalah tidak adil dan tidak patut apabila seorang isteri dipaksa untuk melakukan hubungan dalam keganasan dan bertujuan untuk menjatuhkan martabatnya.

2.5

Hak-Hak Dan Tanggungjawab Suami Isteri

Apabila akad nikah telah berlangsung dan sah memenuhi syarat rukunya, maka akan menimbulkan hak dan kewajiban antara suami isteri dalam institusi kekeluargaan. Jika suami isteri sama-sama menjalankan tanggungjawab masing-masing, maka akan wujudlah ketenteraman dan ketenangan hati, sehingga sempurnalah kebahagian hidup berumah tangga. Dengan demikian sesuai dengan tuntutan agama iaitu sakinah, mawaddah wa rahmah. Setelah kita membincangkan tentang jenis-jenis dan adab-adab jima yang dituntut oleh ajaran Islam, dan seterusnya kita akan membincangkan tentang hak-hak dan tanggungjawab diantara suami isteri.

2.5.1

Hak dan tanggungjawab suami

Sudah maklum bahawa seorang isteri itu adalah menjadi hak milik sepenuhnya terhadap suami setelah berlakunya pernikahan. Walaubagaimnapun seorang suami dan isteri itu mempunyai hak-hak dan tanggungjawab masing-masing. Antara tanggungjawab seorang suami kepada isterinya ialah :48

48

Abd Rahman Ghazali, 2003, Fiqh Munakahat, Prenada Media : Jakarta, hlm. 161.

26

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

a) Suami adalah pembimbing terhadap isteri dan rumahtangganya, akan tetapi mengenai hal-hal urusan rumahtangga yang penting diputuskan oleh kata sepakat antara keduanya. b) Membayar mas kahwin kepada isterinya sebelum meyetubuhi isterinya itu. c) Suami wajib melindungi isterinya dan memberikan segala keperluan hidup rumahtangga sesuai dengan kemampuanya dan memberikan kasih sayang dan layanan mesra. d) Suami wajib memberi pendidikan agama kepada isterinya dan memberi kesempatan belajar ilmu pengetahuan yang berguna dan bermanfaat bagi agama dan bangsa, dan memberi pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka. e) Suami hendaklah menanggung nafkah terhadap isteri dan anak-anaknya dari segi keewangan, tempat tinggal, perubatan dan lain-lain. f) Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman bahaya. g) Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih seorang isteri. h) Hak isteri yang paling utama untuk dilaksanakan suami adalah berusaha menjaga isterinya dari api neraka. Dimana hal ini dapat dilaksanakan dengan memerintahkan isterinya melaksanakan perintah Allah, serta membantunya melaksanakan kebenaran.49

Suami mestilah menunaikan tanggungjawab dengan memberikan nafkah kepada isterinya bergantung kepada keadaan suami dan keperluan. Oleh itu Islam tidak menentukan kadar tertentu dan tidak ada penentuan yang khusus, ia bergantung kepada pendapatan serta keadaan taraf hidup, kemampuan suami serta menilai keadaan keperluan.

2.5.2

Hak Dan Tanggungjawab Isteri

49

Shalih Bin Ahmad Al-Ghazali, 2004, Romantika Rumah Tangga, Cendekia Sentra Muslim : Jakarta, hlm. 221.

27

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Setelah kita mengetahui tentang hak dan tanggungjawab suami terhadap isteri, sekarang kita lihat mengenai hak-hak seorang isteri dan tanggungjawabnya terhadap suaminya. Diantara hak-hak seorang isteri ialah :50 a) Isteri mestilah sentiasa mentaati suami dan menjaga maruah suami mereka selama mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak. Rasulullah saw pernah bersabda :51


Maksudnya : Andaikata aku menyuruh seseorang sujud kepada orang lain niscaya aku perintahkan perempuan bersujud kepada suaminya, kerana bergitu besar haknya kepadanya.

b) Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ianya dibenarkan syarak contohnya ketika bersih dari haid dan nifas. c) Menjaga maruah dirinya baik sewaktu dihadapan suami mahupun semasa ketiadaanya. d) Menjaga serta membelanjakan segala harta suaminya dengan jalan yang baik serta dengan keizinan suaminya terlebih dahulu. e) Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya. f) Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan dan keburukan suaminya kepada orang lain. g) Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka. h) Sentiasa memberi layanan yang baik kepada suaminya. i) Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.

50 51

Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Penghantar Fiqh, hlm. 189. Abd Rahman Ghazali, Fiqh Munakahat, hlm. 159.

28

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

j) Hak isteri yang paling utama untuk dilaksanakan suami adalah berusaha menjaga isterinya dari api neraka. Dimana hal ini dapat dilaksanakan dengan memerintahkan isterinya melaksanakan perintah Allah, serta membantunya melaksanakan kebenaran.

Biarpun nafkah adalah tanggungjawab suami, namun dalam sebuah rumahtnagga yang sederhana dan suami yang berpendapatan kecil, tidak menjadi kesalahan untuk isteri bekerja dan membantu suaminya demi memantapkan kehidupan rumahtangga mereka. Selain itu, Islam menegah isteri menuntut nafkah serta keperluan yang tidak mampu oleh suaminya.

Seterusnya untuk menjamin keutuhan dan keluarga yang bahagia, masing-masing hendaklah merelakan dan sanggup menerima hakikat keadaan rumahtangga mereka dan saling berkerjasama untuk menjaga kebahagian dan keharmonian rumahtangga.

2.6

KESIMPULAN

Memang benar dalam Islam isteri adalah milik suami dan adalah hak suami untuk mendapatkan layanan seks (jimac) daripada isteri mengikut kehendaknya sendiri, namun Islam juga menghadkan kebebasan suami itu mengikut sunnah dan peraturan yang tidak bercanggah dengan ajaran asas Islam seperti yang telah dibincangkan dan difokuskan tentang adab-adab dan etika ketika berjimac diatas itu tadi.

Membina kehidupan seksual yang sihat antara suami isteri, maka dikehendaki sikap toleransi, memahami, bekerjasama dan saling memberi kebahagiaan dan kasih sayang merupakan kunci bagi bahagianya perkahwinan. Biasanya usaha menuju ke arah itu tidak mendapat kesulitan apabila suami isteri itu bijak menyesuaikan dan mengatur kehendak hubungan seksual antara mereka berdua secara teratur.

29

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

BAB II

PERBANDINGAN HUKUMAN JENAYAH MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL SECARA PAKSAAN MENURUT SIVIL DAN SYARIAH

3.1

PENDAHULUAN

Di Malaysia secara umumnya, isu-isu atau kes-kes mengenai jenayah melakukan hubungan seksual secara paksaan antara suami isteri ataupun didalam perkahwinan jarang didengari oleh masyarakat di Malaysia ini. Kebanyakkan yang diketengahkan didadadada akhbar atau majalah kebiasaanya berkaitan rogol, keganasan rumahtangga dan gangguan seksual sahaja. Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini telah wujud keskes dimana isteri membuat aduan di mahkamah bagi mendakwa suaminya telah melakukan hubungan seks secara paksa, ganas dan mendatangkan kecederaan. Oleh disebabkan itu, Kementerian Hal Ehwal Wanita dan disertai oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bersama Sister In Islam dan beberapa NGO menggangap suami merogol isteri adalah melanggar hak asasi manusia. Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Abu Talib Othman meminta kerajaan menjadikan tindakan suami `merogol' isteri sendiri sebagai satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan negara ini. Oleh itu, Seksyen 375A iaitu satu seksyen baru yang diperkenalkan dalam Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 telah diluluskan oleh Kementerian Hal Ehwal Wanita dimana seorang suami yang mencederakan isterinya walaupun hanya dari segi mental, termasuk menyebabkan stress atau tekanan bagi mendapatkan hubungan seks boleh didakwa dibawah seksyen baru ini.

3.2

HUBUNGAN SEKSUAL

SECARA PAKSAAN DIBAWAH KANUN

KESEKSAAN

30

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Dalam mengkaji bab ini iaitu perbandingan hukuman jenayah melakukan hubungan seksual secara paksaan menurut sivil dan syariah. Maka kita perlulah memahami tentang peruntukan-peruntukan dan akta yang berkaitan dengan paksaan, rogol, mendatangkan kecederaan dan sebagainya terhadap isteri, oleh itu penulis akan mengkaji dan mendatangkan perkaitan mengenai melakuakn hubungan seksual secara paksa dibawah peruntukan kanun keseksaan yang berkaitan. Dengan itu penulis akan mengkaji dan memberi tumpuan kepada Seksyen 375 dan Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan beberapa seksyen yang lain. 3.2.1 Apakah Yang Dimaksudkan Oleh Seksyen 375

Di Malaysia, rogol dan perkosaan didefinisikan mengikut seksyen 375 Kanun Keseksaan, di mana rogol adalah perbuatan seseorang lelaki melakukan hubungan seks tanpa kerelaan wanita, dengan kerelaan tetapi di dalan keadaan ketakutan fizikal atau maut, wanita itu menyangka yang lelaki itu suaminya, dan wanita di bawah umur 16 tahun.52 Peruntukan undang-undang berkenaan dengan kesalahan rogol ada dinyatakan di bawah Seksyen 375 Kanun Keseksaan: Seseorang lelaki adalah dikata melakukan rogol jika ia, kecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan yang termasuk di bawah mana-mana daripada perihal-perihal yang berikut:

(a) bertentangan dengan kemahuan perempuan itu; (b) dengan tiada kerelaan perempuan itu; (c) dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu

52

Hans Abd. Wahab, 2002, Penerimaan Keluarga Dan Masyarakat Terhadap Mangsa Rogol, Malaysian Journal of Social Administration, Universiti Malaya : Kuala Lumpur.

31

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat daripada salah tanggapan tersebut; (d) dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukan suaminya, dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah seorang lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah di sisi undang-undang atau yang kepadanya ia akan memberi kerelaan; (e) dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi kerelaan; (f) dengan kerelaan perempuan itu, apabila kerelaannya didapati dengan menggunakan kedudukannya yang berkuasa ke atas perempuan itu atas sebab hubungan profesional atau lain-lain hubungan amanah berkaitan dengannya; (g) sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak, apabila perempuan itu di bawah umur enam belas tahun. Huraian Kemasukan adalah memadai bagi persetubuhan yang perlu bagi kesalahan rogol. Kecualian Persetubuhan oleh seseorang lelaki dengan isterinya dengan perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis pada masa itu berkuatkuasa, atau diikitiraf dalam Persekutuan sebagai sah, bukanlah rogol. Huraian 1 Seorang perempuan

(a) tinggal berasingan dari suaminya di bawah dikri pemisahan kehakiman atau suatu dikri tidak dibuat mutlak; atau

(b) yang memperolehi injunksi menyekat suaminya dari melakukan persetubuhan dengannya,

32

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

hendaklah disifatkan sebagai bukan isteri bagi maksud seksyen ini. Huraian 2 Seorang perempuan Islam yang tinggal berasingan dari suaminya dalam tempoh iddah, yang mana dihitung mengikut Hukum Syarak, hendaklah disifatkan sebagai bukan isteri suaminya bagi maksud seksyen ini.53

Berdasarkan peruntukan ini, terdapat empat elemen yang perlu ada bagi mensabitkan orang kena tuduh (OKT) dengan kesalahan rogol iaitu:54

(a) bahawa tertuduh yakni seorang lelaki telah mengadakan hubungan seks dengan seorang perempuan yang menjadi persoalan; (b) perbuatan itu dilakukan dalam keadaan-keadaan di bawah mana-mana perkara yang dinyatakan dalam Seksyen 375 Kanun Keseksaan; (c) bahawa perempuan itu bukanlah isteri tertuduh yang sah di sisi undangundang; (d) wujudnya kemasukan.

Bagi elemen (a), sememangnya cukup jelas bahawa persetubuhan yang berlaku mestilah antara lelaki ke atas perempuan. Justeru itu, perbuatan seorang lelaki memaksa lelaki lain untuk bersetubuh bukanlah rogol. Sebaliknya, pelaku bagi perbuatan itu hanya boleh didakwa di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan iaitu berkenaan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii. Selain daripada itu, perbuatan seorang perempuan memaksa perempuan atau lelaki lain bersetubuh juga bukanlah dianggap rogol.

Bagi elemen (b), adalah perlu untuk membincangkan satu persatu perihal-perihal tersebut dengan terperinci. Hal ini amatlah penting agar dapat dilihat sama ada suatu perlakuan itu benar-benar dianggap rogol atau tidak di bawah Kanun Keseksaan.

53 54

Seksyen 375 Kanun Keseksaan. Lihat kes Public Prosecutor v Mohd Ridzwan bin Md Borhan [2004] 5 MLJ 300.

33

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Elemen (c) pula merupakan elemen yang menyebabkan perbuatan rogol dalam perkahwinan bukanlah dianggap rogol di bawah Kanun Keseksaan. Elemen ini wujud kerana adanya kecualian pada Seksyen 375 tadi. Sekiranya dapat dibuktikan bahawa perempuan yang disetubuhi itu adalah isteri tertuduh yang sah di sisi undang-undang, maka kesalahan rogol tidak wujud.

Namun, harus diingat bahawa terdapat isteri yang sah di sisi undang-undang tetapi dianggap bukan isteri di dalam konteks Seksyen 375. Hal ini adalah berdasarkan Huraian 1 dan Huraian 2. Menurut Huraian 1, perempuan yang tinggal berasingan dengan suaminya di bawah suatu dikri pemisahan kehakiman atau suatu dikri tidak dibuat mutlak adalah dianggap bukan isteri. Huraian 1 juga menyatakan bahawa perempuan yang mendapat injunksi daripada mahkamah untuk menyekat suaminya dari melakukan persetubuhan dengannya, turut dianggap bukan isteri.

Selain daripada itu, Huraian 2 pula menyatakan bahawa perempuan Islam yang sedang berada dalam tempoh iddah adalah dikategorikan sebagai bukan isteri. Berdasarkan huraian-huraian tersebut, dapatlah dinyatakan bahawa perbuatan suami merogol perempuan yang dalam situasi yang disebutkan tadi adalah terjumlah kepada jenayah di bawah Seksyen 375.

Berkenaan dengan elemen (d) pula, sedikit kemasukan zakar lelaki ke dalam faraj perempuan itu pun sudah boleh mewujudkan kesalahan rogol. Hal ini bererti bahawa berapa dalam kemaluan lelaki telah memasuki kemaluan perempuan tidak perlu diputuskan. Malah, tidak perlu juga dibuktikan bahawa selaput dara perempuan itu telah pecah, dengan syarat unsur kemasukan telah dibuktikan dengan jelas walaupun hanya sedikit sahaja. Perhatian juga perlu diberi kepada fakta bahawa ketiadaan air mani tidak boleh menafikan berlakunya rogol. Dalam erti kata lain, rogol tetap berlaku walaupun tiada pelepasan air mani oleh si pelaku.

34

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Manakala dibawah SubSeksyen 375A Kanun Keseksaan mengenai suami menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan iaitu: Mana-mana lelaki dalam suatu perkahwinan yang sah menyebabkan kecederaan atau ketakutan kematian atau kecederaan kepada isterinya atau mana-mana orang lain untuk mengadakan persetubuhan dengan isterinya hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun. Seksyen 375 Kanun Keseksaan menyebut bahawa seseorang lelaki dikatakan melakukan rogol jika ia bersetubuh dengan seseorang perempuan bertentangan dengan kemahuan dan tanpa kerelaan perempuan itu. Ataupun, kerelaan diperoleh dengan cara mendatangkan ketakutan mati mahupun cedera. Ataupun kerelaan diberikan oleh mangsa setelah dia diberikan tanggapan fakta yang salah dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa mangsa memberikan kerelaannya akibat daripada salah tanggapan tersebut. Di samping perincian yang diberikan itu, telah disertakan juga satu kecualian yang amat penting dan ternyata tidak memesongkan akidah serta pegangan agama iaitu, persetubuhan oleh seseorang lelaki dengan isterinya melalui perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis pada masa itu masih lagi berkuat kuasa, atau diiktiraf dalam Persekutuan yang sah, bukanlah rogol. Manakala terdapat juga dua huraian terperinci untuk menjelaskan lagi apakah yang dimaksudkan dengan isteri : a) dinyatakan bahawa seorang perempuan yang tinggal berasingan daripada suaminya di bawah dekri pemisahan kehakiman (pembubaran perkahwinan yang sah) atau suatu dekri tidak dibuat mutlak; atau yang memperoleh injunksi

menyekat suaminya dari melakukan persetubuhan dengannya hendaklah disifatkan sebagai bukan isteri kepada suaminya bagi maksud seksyen tersebut.

35

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

b) seorang perempuan Islam yang tinggal berasingan daripada suaminya dalam tempoh iddah, yang jika dihitung mengikut hukum syarak, hendaklah juga disifatkan sebagai bukan isteri kepada suaminya. Walaubagaimanapun, terdapat juga peruntukan mengenai seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dibawah Seksyen 323 Kanun keseksaan dengan menyebut :55 Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh seksyen 334, dengan sengaja menyebabkan cedera, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit. Definisi cedera menurut Seksyen 319 Kanun Keseksaan ialah :56 barang siapa menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada seseorang adalah dikatakan menyebabkan cedera. Menyentuh persoalan dikasari atau didera secara seksual, di dalam Kanun Keseksaan ada peruntukan untuk mendakwa si pelaku dengan mengheretnya ke mahkamah. Misalnya, jika isteri disakiti, didera (dibelasah) oleh suami ketika dia menagih layanan seksual daripada isteri maka mangsa perlu terlebih dahulu membuat aduan polis. Siasatan akan dijalankan bagi membolehkan suami didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mencederakan isterinya. Ataupun jika ia melibatkan penggunaan senjata mahupun lain-lain benda yang berbahaya, pendakwa raya akan mendakwa suami mengikut Seksyen 324 kanun yang sama. Sebaliknya jika kecederaan yang dialami parah bolehlah didakwa mengikut Seksyen 325 kanun yang serupa. Menurut Seksyen 324 Kanun Keseksaan memperuntukkan mengenai mendatangkan kecederaan dengan mengunakan senjata atau benda-benda merbahaya, seksyen 324 dengan menyebut :57

55 56

Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Seksyen 319 Kanun Keseksaan. 57 Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

36

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Barangsiapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh seksyen 334, dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan mengunakan apa-apa alat untuk menembak, menikam, atau memotong, atau apa-apa alat yang, jika digunakan sebagai senjata untuk menyerang, mungkin menyebabkan kematian, atau dengan jalan menggunakan api atau apa-apa benda hangat, atau dengan jalan menggunakan racun atau apa-apa benda melecur, atau dengan jalan menggunakan apa-apa benda yang merbahaya kepada tubuh manusia apabila dihisap, ditelan atau dimasukkan ke dalam darahnya, atau dengan jalan menggunakan apa-apa haiwan, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan manamana dua daripada seksaan-seksaan itu. Hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen-seksyen tersebut lebih ringan berbanding dengan Seksyen 376 kanun yang sama kerana kesalahan merogol yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan. Jika tujuan membawa perkara itu ke muka pengadilan untuk mengajar suami dan bukan menghukumnya sepuas kehendak hati maka hukuman yang rendah sudah memadai.

3.2.2

Hukuman Jenayah Melakukan Hubungan Seksual Secara Paksaan Menurut Sivil

Di Malaysia, hukuman bagi jenayah rogol dinyatakan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang menyatakan bahawa:58

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), (3), (4), barang siapa melakukan rogol hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

(2) Barang siapa melakukan rogol ke atas seseorang perempuan di bawah manamana keadaan berikut:

58

Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

37

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

(a) pada masa, atau segera sebelum atau selepas melakukan kesalahan itu, menyebabkan kecederaan kepada perempuan itu atau kepada mana-mana orang lain; (b) pada masa, atau segera sebelum atau selepas melakukan kesalahan itu, meletakkannya dalam ketakutan kematian atau kecederaan kepada perempuan itu atau mana-mana orang lain; (c) kesalahan itu telah dilakukan dalam kehadiran atau di hadapan manamana orang lain; (d) dengan tiada kerelaan perempuan itu, apabila perempuan itu di bawah umur enam belas tahun; (e) sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak, apabila perempuan itu di bawah umur dua belas tahun; (f) dengan kerelaannya, apabila kebenaran diperolehi dengan menggunakan kedudukan berkuasanya terhadap perempuan itu atau kerana hubungan profesional atau hubungan amanah lain yang berhubungan dengannya; atau (g) pada masa kesalahan itu perempuan itu mengandung,

hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari tiga puluh tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat.

(3) Barang siapa melakukan rogol ke atas seseorang perempuan di mana hubungan perempuan itu dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan, untuk berkahwin dengan perempuan itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lapan tahun dan tidak lebih dari tiga puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat tidak kurang dari sepuluh sebatan.

38

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

(4) Barang siapa semasa melakukan atau percubaan melakukan rogol menyebabkan kematian perempuan yang dirogol itu atau yang ke atasnya percubaan rogol itu dilakukan hendaklah dihukum mati atau penjara selama tempoh tidak kurang dari lima belas tahun dan tidak lebih dari tiga puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat tidak kurang dari sepuluh sebatan.

Secara ringkasnya, subseksyen (1) adalah berkenaan hukuman umum bagi jenayah rogol di Malaysia. Subseksyen (2), (3), dan (4) pula memperuntukkan hukuman khusus bagi jenayah rogol mengikut kategori yang berbeza. Misalnya, jika mangsa mengalami kecederaan sewaktu dirogol, pesalah akan tertakluk kepada hukuman khusus di bawah subseksyen (2).

Manakala hukuman bagi kesalahan suami yang melakukan persetubuhan sehingga mendatangkan kecederaan kepada isterinya boleh dikenakan hukuman dipenjara selama lima tahun.59

3.3

Hubungan Seksual Secara Paksaan Dibawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Syariah

Selepas kita mengetahui tentang seksyen-seksyen dibawah Kanun Keseksaan yang berkaitan mengenai tentang rogol, suami mendatangkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan, hukuman dan seksaan terhadap perogol dan seterusnya kita akan mengkaji peruntukan-peruntukan dibawah Syariah menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 sekiranya terdapat perkaitan dengan permasalahan kajian ini.

3.3.1

Pengertian Paksaan

59

Seksyen 375A Kanun Keseksaan.

39

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3 mendefinisikan perkataan paksa dengan perbuatan memastikan seseorang melakukan sesuatu dengan mendatangkan contoh kahwin tidak dengan suka hati sendiri iaitu kerana desakan atau ugutan. Manakala perkataan paksaan didefinisikan sebagai desakan kuat dan kekerasan. Perkataan berlawanan dengan paksaan ialah kerelaan. Definisi kerelaan menurut Kamus Dewan ialah kesudian atau kesanggupan, kesediaan, perkenanan, keredaan dan keikhlasan.60

Manakala menurut kamus Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, paksa didefinisikan sebagai memestikan, mewajibkan, mendesak, mengerasi, memeras, mengugut,

mengancam, mengerah, menyuruh, menekan ataupun mengakas. Manakala paksaan bermaksud desakan, kekerasan, ugutan, ancaman, tekanan dan kerahan.61

Makna paksaan dari segi bahasa ialah membawa seseorang melakukan perbuatan yang dipaksa atau diluar kemahuanya. Maka, paksaan didalam syara ialah membawa seseorang kepada perbuatan atau perkataan yang tidak secara langsung, dan demikian bahawa paksaan dan kerelaaan tidak mungkin bertemu antara keduanya.62

Oleh itu, dapat disimpulkan melakukan hubungan seksual secara paksaan ialah melakukan hubungan seks secara paksa terhadap pasangannya dengan melalui kekerasan dan boleh mendatangkan kecederaan. Dan juga mengancam pasangan yang membawa ketakutan supaya melakukan hubungan seks tanpa kerelaan dan keredaan.

3.3.2

Hubungan Seksual Secara Paksaan Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam ialah suatu Enakmen bagi meminda dan menyatukan peruntukan-perunukan Undang-Undang Keluarga Islam mengenai

60 61

Kamus Dewan Edisi Ke-3, 1994, hlm. 960. Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, 2008, hlm. 610. 62 Ahmad Ali Al-Majdub, 1996, Ightisab Al-cInas Fi Al-Mujtamicat Al-Qadimati Wa Al-Macasirat, Dar AlMasriah Al-bananiah : Kaherah, hlm. 96.

40

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

perkahwinan, perceraian, nafkah, penjagaan dan perkara-perkara lain berkaitan dengan kehidupan keluarga.

Didalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor, tiada peruntukan mengenai suami melakukan hubungan seksual secara paksaan, dan tiada peruntukan mengenai perkaitanya dengan masalah rogol, mendatangkan kecederaan kepada isteri atau perkara berkaitan dengan keganasan rumahtangga. Dan dapat dilihat bahawa peruntukan didalam enakmen ini adalah terbatas dan terhad kepada perkara yang tertentu sahaja.

Antara peruntukan yang terdapat didalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor antaranya dibawah Akta 128 iaitu menganiayai isteri atau suami dengan menyebut:63

(1) Seseorang suami atau isteri yang dengan sengaja menganaiya isterinya atau suaminya atau menipu harta isterinya atau suaminya, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah melakukan sesuatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

(2) Mahkamah boleh, sebagai perintah tambahan, memerintahkan supaya dibayar pampasan bagi harta yang telah ditipu itu.

Seterusnya menurut peruntukan Akta 129 iaitu mengenai tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri dengan menyebut :64

Seseorang yang tidak memberi keadilan sewajarnya kepada isterinya mengikut hukum syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum

63 64

Akta 128 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. Akta 129 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

41

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

denda tidak

melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau

kedua-duanya denda dan penjara itu.

Manakala menurut Akta 130 mengenai isteri tidak menurut perintah dengan menyebut :

Seseorang perempuan yang bersengaja tidak menurut sesuatu perintah yang diberi oleh suaminya yang sah mengikut hukum syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ratus ringgit atau, bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudianya, denda tidak melebihi lima ratus ringgit.65

Walaubagaimanapun, didalam Enakmen Undang-Undang keluarga Islam juga terdapat akta dimana jika isteri telah dianaiya serta diseksa atau disakiti, isteri bolehlah meminta perintah daripada Mahkamah Syariah bagi perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh.

3.3.2.1

Fasakh

Definisi perkataan fasakh adalah memutuskan atau membatalkan ikatan hubungan antara suami dan isteri.66 Didalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor telah memperuntukan Akta 53 yang membolehkan suami atau isteri boleh membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh.

Setelah melihat Akta 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam maka dapat disimpulkan bahawa isteri boleh meminta fasakh atau pembubaran perkawhinan dengan disebabkan atas alasan-alasan dan sebab-sebab seperti yang diperincikan oleh Akta 53 seperti isteri telah dianaiya isteri dan menderita dengan perlakuan suami, suami menjalani kehidupan keji mengikut hukum syarak, suami memaksa isteri berkehidupan dengan suasana lucah dan alasan-alasan lain lagi.

65 66

Akta 130 Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Selangor 2003. Abd. Rahman Ghazaly, Fiqh Munakahat. hlm. 141.

42

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

3.3.3

Hukuman Jenayah Melakukan hubungan Seksual Secara Paksaan Menurut Syariah

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor tidak mempunyai akta-akta yang berkaitan dengan permasalahan kajian ini iaitu suami melakukan hubungan seks secara paksa. Melalui perincian mengenai akta-akta yang disebutkan diatas hanya disebutkan mengenai suami menganaiya isteri, menipu harta suami atau isteri, suami tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri dan isteri dengan sengaja tidak menurut perintah yang diberikan oleh suaminya. Maka, hukuman yang terdapat didalam akta 128 dan akta 129 meliputi hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit dan penjara selama tidak lebih enam bulan. Dan bagi akta 130 bagi kesalahan yang pertama, isteri boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit dan bagi kesalahan yang kedua denda tidak melebihi lima ratus ringgit dan bagi kesalahan yang seterusnya tanpa ada penjara bagi isteri yang tidak menurut perintah.67 Jelas dapat dilihat, didalam akta-akta yang terdapat didalam Enakmen UndangUndang Keluarga Islam Selangor hukuman-hukuman yang didalamnya tidaklah seberat hukuman daripada Mahkamah Sivil yang diperuntukan didalam Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan kepada suami.

3.4 DI

KEDUDUKAN JENAYAH HUBUNGAN SEKSUAL SECARA PAKSAAN MALAYSIA

Seperti yang telah diperjelaskan sebelum ini, Seksyen 375 Kanun Keseksaan adalah melindungi perempuan yang dirogol manakala rogol dalam perkahwianan tidaklah menjadi kesalahan dalam seksyen ini. Hal ini bererti rogol dalam perkahwinan bukanlah satu kesalahan di bawah undang-undang jenayah di Malaysia. Peruntukan Seksyen 375 memperuntukkan hukuman bagi jenayah rogol, tetapi terdapat kecualian iaitu:
67

Akta 128, Akta 129 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, 2003.

43

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Persetubuhan oleh seseorang lelaki dengan isterinya dengan perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis pada masa itu berkuatkuasa, atau diiktiraf dalam Persekutuan sebagai sah, bukanlah rogol.68

Berdasarkan pengecualian tersebut, perbuatan seseorang suami yang memaksa isterinya bersetubuh dengannya walaupun tanpa kerelaan isteri atau berlawanan dengan kemahuannya, tidaklah digolongkan sebagai rogol. Hal ini adalah kerana peruntukan umum undang-undang adalah: Undang-undang tidak mengambil kira perhubungan dalaman antara suami dengan isteri dalam menyempurnakan hak kontrak dan tujuan perkahwinan mereka asalkan tiada penyeksaan yang serius atau kecederaan yang berlaku.69 Pada tahun 2006, dalam cubaan penggubal mengiktiraf rogol dalam perkahwinan sebagai suatu jenayah, satu sub-seksyen telah dimasukkan iaitu Seksyen 375A yang menyatakan bahawa: Mana-mana lelaki dalam suatu perkahwinan yang sah menyebabkan kecederaan atau ketakutan kematian atau kecederaan kepada isterinya atau mana-mana orang lain untuk mengadakan persetubuhan dengan isterinya hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun.70

Jadi dapat dilihat pertembungan dan percanggahan diantara kecualian didalam seksyen 375 dan sub-seksyen 375A. Jika kerajaan ingin memperuntukan dan melaksanakan seksyen 375A, maka perlulah kerajaan memansuhkan kecualian didalam seksyen 375 itu. Dan masih perlukah peruntukan seksyen 375A didalam Kanun Keseksaan kerana sudah terdapat peruntukan mengenai cedera didalam Seksyen 319 yang
68 69

Kecualian Seksyen 375 Kanun Keseksaan. Mohamad Shariff bin Hj. Abu Samah & Asidah binti Hj. Mohd Ali (Alman), 2008, Undang-undang jenayah di Malaysia, Kuala Lumpur: International Law Book Series, hlm. 349. 70 Seksyen 375A Kanun Keseksaan.

44

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

boleh mensabitkan sesiapa yang mendatangkan kecederaan kepada orang lain dimana hukuman didalam seksyen 319 adalah lebih ringan daripada hukuman didalam seksyen 375A.

3.5

KESIMPULAN

Setelah mengkaji hukuman didalam Kanun Keseksaan dan Enakmen Undang-Undang keluarga Islam Selangor, maka dapat disimpulkan bahawa didalam Kanun Keseksaan telah memperuntukkan Seksyen 375A sebagai kesalahan mendatangkan kecederaan ketika melakukan hubungan seks dimana hukumanya dipenjara sehingga tempoh lima tahun. Akan tetapi wujud kecualian yang mengatakan bahawa persetubuhan seorang lelaki dengan isterinya didalam perkahwinan yang sah bukanlah dianggap sebagai rogol. Disini timbul persoalan mengenai manakah peruntukan yang terpakai didalam seksyen ini. Dan didalam Kanun Keseksaan juga terdapat peruntukan mengenai kecederaan yang diakibatkan oleh orang lain termasuk yang mendatangkan kecederaan itu adalah suami sendiri iaitu dialam seksyen 319. Jadi isteri juga boleh mendakwa suami dengan mengunakan seksyen ini.

Manakala didalam Enakmen Undang-Undang keluarga Islam dapat disimpulkan, tidak wujud akta yang menyokong mengenai suami merogol isteri, akan tetapi wujud akta 128 yang memperuntukan suami boleh didenda satu ribu ringgit dan penjara tidak lebih enam bulan atau keduanya kerana menganaiya isteri. Juga, isteri boleh menuntut fasakh dan membubarkan perkahwinan kerana alasan-alasan yang munasabah yang terdapat didalam Akta 53.

45

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

BAB III

IMPLIKASI JENAYAH MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL SECARA PAKSAAN

Didalam bab-bab yang lepas, kita telah membincangkan peruntukan-peruntukan mengenai suami melakukan hubungan seksual secara paksa didalam Kanun Keseksaan dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor dan hukuman-hukaman yang

46

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

akan dikenakan terhadap suami yang memaksa isteri melakukan hubungan seksual. Dan bab yang seterusnya ini, kita akan membincangkan tentang faktor-faktor yang membawa kepada berlakunya jenayah suami melakukan hubungan seksual secara paksa dan implikasi-implikasi diatas perbuatan suami terhadap isteri serta cadangan-cadangan untuk membantu menyelesaikan permasalahan ini.

4.1

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA JENAYAH HUBUNGAN SEKSUAL SECARA PAKSAAN

Kita sudah mengetahui hukuman-hukuman yang akan dikenakan terhadap suami yang melakukan hubungan seksual secara paksaan yang telah dibincangkan dibab yang lepas. Seperti didalam Kanun Keseksaan telah memperuntukkan Seksyen 375A sebagai kesalahan mendatangkan kecederaan ketika melakukan hubungan seks dimana hukumanya dipenjara sehingga tempoh lima tahun. Oleh itu, kita akan membincangkan faktor-faktor berlakunya jenayah hubungan seksual secara paksaan antaranya ialah :

a) Buta tentang ilmu seks

Betapa banyak pasangan suami isteri yang tidak memiliki pengetahuan tentang seks mengikuti adab-adab dan cara-caranya. Hal itu dapat menyebabkan runtuhnya rumah tangga, timbulnya berbagai macam persoalan dan perselisihan antara suami dan isteri, perceraian dengan cepat, tidak saling memberi perhatian, padamnya ghairah seks dan masalah-masalah lainnya.71

Jika suami dan isteri tidak mengetahui hak dan kewajipannya terhadap pasanganya, akan timbul permasalahan, dan satu sama lain tidak mengetahui
71

Abdul Aziz Bin Nashir Suud Al-Abdillah, 2003, Untaian Bunga Persembahan Untuk Pengantin, Pustaka Qalami : Jakarta, hlm. 112.

47

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

keinginan pasangannya. Kerana Al-Quran menjelaskan sekaligus mengingatkan, khusunya para suami agar mempersiapkan dirinya dengan baik, baik jasmani mahupun rohani sebelum melakukan hubungan intim.

Faktor ini menjelaskan bahawa suami isteri perlulah memiliki ilmu tentang seks agar hubungan intim antara suami isteri dapat dinikmati sekaligus dapat menjaga hubungan antara suami isteri agar tidak masalah yang timbul seperti suami memaksa isteri melakukan hubungan seks sehingga mendatangkan kecederaan.

b) Isteri membenci terhadap suami

Sebahagian isteri kadangkala benci kepada suaminya, timbulnya masalah ini kerana dipaksa untuk berkahwin, sedangkan dia tidak menginginkan lelaki tersebut menjadi suaminya. Atau mungkin dia benci kepada suami setelah perkahwinan walau sebelumnya sudah rela, kerana berbagai sebab yang bersifat asmara mahupun sosial.72 Dan kebencian itu akhirnya menyebabkan isteri menolak hasrat suami untuk melakukan hubungan seksual dan menyebabkan suami melakukan paksaan terhadap isteri untuk melakukan hubungan seks.

Faktor ini adalah salah satu faktor berlakunya jenayah suami melakukan hubungan seks secara paksaan, mungkin disebabkan isteri enggan untuk melakukan hubungan seks dan suami pula tidak dapat menahan gelojak nafsunya, maka suami memilih jalan untuk melakukan hubungan seks dengan cara kekerasan dan paksaan.

c) Kebencian suami kepada isterinya

Sebagaimana halnya kebencian dapat timbul dari pihak isteri, kebencian yang sama juga dapat terwujud dari pihak suami. Tapi dalam sebahagian rumah tangga kebencian
72

Abu Mahmud Nabil B. Muhammad Mahud, 2008, 140 Masalah Keluarga & Bagaimana Cara Mengatasinya, Perniagaan Jahabersa : Johor Bahru, hlm. 33.

48

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

ini menimbulkan mogoknya isteri dan melayani suami dengan buruk tanpa adanya sebab syariah sebelumnya.73

Dalam faktor ini dapat dilihat suami dan juga isteri masing-masing boleh membenci antara satu sama lain. Dalam melayani kebencian itu, isteri tidak melaksanakan tanggungjawab melayani suami dengan baik dan suami pula yang bersifat gagah dan kuat pula melayani isteri dengan kasar dan ganas sehingga boleh mendatangkan kecederaan terhadap isteri. Dan apabila suami membenci isteri, suami pula mengajak isteri melakukan hubungan seks tanpa kerelaan dan keredhaan isteri atas niat untuk menyakiti isteri dengan sebab kebenciannya itu kepada isterinya.

d) Degil dan tidak taat kepada suami

Isteri merasa sombong beranggapan bahawa taat kepada suami merupakan salah satu refleksi penghinaan terhadap eksistensinya. Pandangan yang salah ini timbul kerana menyaksikan filem dan drama-drama dan mendengar pemikiran yang datang dari negara kafir, yang memberikan idea kepada wanita bahawa dialah lelaki, bahwa dialah yang mesti menjadi lelaki, bahawa sebahagian dari haknya adalah mendapatkan apa yang diperoleh kaum lelaki, bahawa lelaki tidak mempunyai kekuasaan dan kendali apapun terhadap dirinya.74

Maksud faktor diatas, dapat difahami bahawa apabila seorang isteri itu ingkar dan tidak taat kepada suami dengan beranggapan bahawa tanpa suami disisinya dia boleh melakukan apa yang suaminya boleh lakukan, isteri boleh melaksanakan apa sahaja tanpa ada sokongan dari suami kerana dia beranggapan bahawa mempunyai hak sebagaimana suaminya mempunyai hak keatas dirinya. Oleh itu, kita semua sudah maklum bahawa seorang lelaki mempunyai ego yang tinggi didalam diri. Suami merasa tercabar apabila isteri tidak ikut perintahnya dan tidak taat kepadanya apabila

73 74

Ibid. hlm. 34. Ibid. hlm. 38.

49

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

suami mengajak melakukan hubungan seks, maka terjadinya suami melakukan hubungan seks secara paksaan.

e) Sebab-sebab akhlak

Keburukan akhlak isteri juga nampak dalam cara mereka memandang suami dan dianggap sebagai teman atau bersikap menentang kepada suaminya, tidak mahu mentaati perintahnya kecuali setelah berdebat, juga tidak memenuhi keinginan suaminya kecuali setelah isteri sudah tidak menginginkanya lagi, dan disamping juga tidak memahami keadaan keewangannya dan menghambur-hamburkannya sepuas hatinya.75 Sedangkan apabila isteri tidak memenuhi keinginan suaminya, tidak segan-segan isteri menuntutnya dengan cara bertengkar, dan pergi ke mahkamah untuk mengadukan masalahnya dengan membawa saksi dan mempertahankan tuduhannya.76

Faktor ini dapat difahami bahawa seorang isteri yang akhlaknya buruk, rosak dan teruk, dan kadangkala memijak kepala suaminya setelah dia tidak meniginkannya dan sudah tidak menyukai suaminya, dan sebab ini seorang isteri sanggup menolak ajakan suami sehingga suami sanggup melakukan kekerasan dan melakukan paksaan untuk melakukan hubungan seks setelah isteri menolak ajakan tersebut.

d) Bahan-bahan lucah

Masa kini banyak bahan-bahan lucah yang mudah didapati di premis perniagaan dan juga di internet. Ini membawa kepada sikap suami yang suka menonton filem-filem lucah dan majalah-majalah lucah yang berkaitan dengan seks. Sikap suami yang suka meniru adegan-adengan yang melampau didalam filem tersebut membolehkan isteri merasa kesakitan dan kecederaan akibat perbuatan suami yang suka meniru aksi-aksi
75

Asy-Syeikh Atiyah Saqar, 2005, Ensiklopedia Keluarga Muslim Masalah-Masalah Dalam Keluarga, Jasmin Enterprise : Kuala Lumpur, hlm. 22. 76 Ibid. hlm. 23

50

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

yang ditonjolkan didalam filem lucah tersebut. Sikap suami yang suka meniru aksiaksi didalam filem lucah tersebut kadangkala memaksa isteri untuk melayani suami dengan cara-cara yang diluar ajaran Rasulullah saw sehinggakan isteri terasa anaiya dan merasa terpaksa untuk melayani suami dalam menjalinkan hubungan seks mereka.

4.2

Implikasi Jenayah Melakukan Hubungan Seksual Secara Paksaan

4.2.1

Penderitaan emosi

Perkahwinan adalah sebuah institusi yang dibina atas nama cinta, kasih sayang dan kepercayaan. Dalam erti kata lain, perkahwinan ialah penyatuan secara sukarela untuk seumur hidup seorang lelaki dan seorang perempuan dengan mengecualikan semua orang lain. Pernahkah kita membayangkan perasaan seorang Hawa yang memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada seorang Adam atas nama cinta lalu bersetuju melayari bahtera perkahwinan bersama; namun di akhirnya kepercayaan itu diakhiri dengan sebuah pengkhianatan?

Tiada cara yang lebih baik untuk memahami perasaan atau emosi yang dialami si mangsa melainkan mendengar terus rintihannya. Petikan di atas adalah surat yang ditulis oleh seorang wanita di Australia yang telah 5 tahun dirogol oleh suaminya sendiri. I could not contact anyone, I was watched all the time. He woke easily, I could not do anything. I was never alone, he questioned me incessantly, he kept me in a state of fatigue. Interrupted all thought processes. I was imprisoned mentally, physically and emotionally. Worse than the actual rapes was the shattering of my trust in this person I loved.77

77

Easteal, P., 1994, Voices of the survivors, North Melbourne: Spinifex Press Pty Ltd., hlm. 66.

51

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Kajian yang telah dinyatakan terdahulu tadi sesungguhnya benar. Wanita ini mengakui bahawa pengkhianatan terhadap kepercayaan oleh insan yang dicintai itulah yang menjadikan rogol dalam perkahwinan lebih teruk berbanding rogol biasa.

Mengapakah kesannya sehingga sedemikian rupa? Berdasarkan kajian Filkenhor tadi, faktor si isteri tinggal bersama dengan pelaku memberi impak yang lebih besar serta mendalam. Sudah resmi orang berkahwin, pastinya mereka duduk sebumbung pada kebanyakan masa sekaligus membawa kekecewaan yang teramat sangat kepada isteri apabila berlaku pengkhianatan sebegini oleh suami. Hal ini membawa kepada penderitaan emosi lain yang berterusan seperti pengasingan diri dari suami, gangguan komunikasi dalam perkahwinan dan sebagainya. Lantaran daripada itulah hubungan seks secara paksaan dalam perkahwinan membawa kesan negatif terhadap ister dalam jangka masa panjang, tidak seperti rogol biasa.

Selain daripada itu, faktor ketiadaan tempat mengadu turut menyebabkan penderitaan emosi kepada isteri78. Ada juga isteri yang enggan mengadu kerana risau jika tindakannya dianggap membuka pekung di dada. Ada juga yang tampil membuat aduan namun akhirnya tidak diendahkan, malah dipandang serong pula oleh masyarakat kerana dituduh sanggup mencanang aib suami ke pengetahuan umum.

4.2.2

Kesan fizikal

Hubungan seks secara paksaan didalam perkahwinan telah didapati sebagai antara komponen masalah rumah tangga yang melibatkan penderaan secara fizikal79. Penderaan secara fizikal ini berlaku dalam pelbagai cara. Misalnya, kecenderungan suami mengadakan persetubuhan yang ganas dan keterlaluan, tindakan memukul isteri agar akur pada kehendak suami dan sebagainya.

78

Burgess, A.W. & Hazelwood, R.R., 1993, The victims perspective, Practical aspects of rape investigation : a multidisciplinary approach, Florida: CRC Press Inc., hlm. 31. 79 Bowker, L.H., June 1983, Marital rape: a distinct syndrome?, Social casework, No.6, Vol. 64, hlm. 347.

52

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Implikasi ini sememangnya tidak dapat dielakkan kerana konsep jenayah rogol itu sendiri melibatkan paksaan. Apabila tiada kerelaan daripada pihak si mangsa, maka pelaku mengenakan paksaan untuk mencapai matlamatnya yakni untuk merogol si mangsa. Begitu jugalah dengan hubungan seks secara paksaan dalam perkahwinan, di mana suami akan akan menggunakan kekerasan ke atas isteri agar kemahuannya dituruti. Kekerasan yang dimaksudkan di sini termasuklah menggunakan alat, objek atau senjata seperti tali pinggang. Tidak kurang juga suami yang mendatangkan kecederaan dengan menggunakan anggota badan mereka sendiri seperti tangan untuk menampar dan kaki untuk menendang. Semua ini dilakukan semata-mata untuk membuat isteri tunduk pada arahan untuk bersetubuh.

Pada sesetengah masa, terdapat suami yang berkeras untuk mengadakan hubungan seks sewaktu isteri mengalami menstruasi (haid). Dari aspek kesihatan sekalipun, persetubuhan sewaktu menstruasi amatlah tidak digalakkan kerana kotoran itu boleh menyebabkan jangkitan penyakit kelamin 80 . Malah, telah dinyatakan juga dalam kitab suci al-Quran bahawa Islam sama sekali mengenakan hukum Haram untuk suami dan isteri berjimac ketika isteri sedang datang haid. Hukum ini jelas dinyatakan menerusi firman Allah swt:81 Maksudnya : Dan mereka bertanya kepada engkau perihal, haid (darah bulan perempuan). Katakanlah: Ia satu kotoran, sebab itu hindarkanlah perempuan-perempuan ketika dalam haid, dan janganlah kamu bersetubuh dengan mereka sehingga mereka suci. Apabila mereka bersuci (mandi) bersetubuhlah kamu dengan mereka sebagaimana Allah telah menyuruhmu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat dan mengasihi orang-orang yang bersuci.

Pada waktu isteri mengandung pula, persetubuhan bukanlah mesti dielakkan tetapi digalakkan apatah lagi saat menjelang kelahiran bayi. Namun, ia sewajarnya dilakukan
80

Zeccardi, J.A. & Dickerman. D.D.1993. Medical exam in the live sexual assault victim. Practical aspects of rape investigation: a multidisciplinary approach. hlm. 318. 81 al-Quran, Al-Baqarah, 2:222.

53

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

dengan lembut. Jika dilakukan dengan kekerasan, isteri bakal berdepan risiko keguguran, kesukaran sewaktu bersalin atau mungkin anak pramatang akan lahir82.

4.3

Cara-Cara Mengatasi Jenayah Melakukan Hubungan Seksual Secara Paksaan Dan Cadangan Untuk Menjaga Hak Isteri Terus Di Zalimi Oleh Suami

Setelah kita membincangkan faktor-faktor dan implikasi mengenai jenayah melakukan hubungan seksual secara paksaan maka, kita akan membincangkan cara-cara ataupun cadangan bagi mengatasi masalah ini, sekaligus dapat menjaga hak isteri terus terbila dan terjamin.

4.3.1

Membubarkan peruntukan didalam Kanun Keseksaan

Berdasarkan penerangan yang dibuat di bab 3, didalam Seksyen 375 telah menjelas peruntukan mengenai rogol, akan tetapi wujud kecualian yang menyebabkan jenayah hubungan seksual secara paksaan didalam perkawinan tidak dikira sebagai rogol atau pun memaksa melakukan hubungan seks secara paksaan ketika didalam ikatan perkahwinan. Kecualian didalam Seksyen 375 menyebutkan : Persetubuhan oleh seseorang lelaki dengan isterinya dengan perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis pada masa itu berkuatkuasa, atau diikitiraf dalam Persekutuan sebagai sah, bukanlah rogol.

Oleh itu bagi mengatasi masalah jenayah melakukan hubungan seksual secara paksaan ialah dengan memansuhkan kecualian didalam Seksyen 375 ini bagi membolehkan isteri mendakwa suami diatas kesalahan melakukan hubungan seks secara paksaan.
82

Zeccardi, J.A. & Dickerman, D.D. Medical exam in the live sexual assault victim, Practical aspects of rape investigation: a multidisciplinary approach. hlm. 319.

54

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Selain daripada itu, adalah dicadangkan bahawa Seksyen 375A turut dimansuhkan bagi mengelakkan kekeliruan mengenai mana satu peruntukan yang terpakai bagi perbuatan memaksa isteri melakukan hubungan seks. Kekeliruan yang dimaksudkan di sini adalah sama ada Seksyen 375 atau Seksyen 375A yang terpakai bagi jenayah rogol dalam perkahwinan. Seksyen 375A menyatakan: Mana-mana lelaki dalam suatu perkahwinan yang sah menyebabkan kecederaan atau ketakutan kematian atau kecederaan kepada isterinya atau mana-mana orang lain untuk mengadakan persetubuhan dengan isterinya hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun.

Jika benar Kanun Keseksaan ingin membela isteri yang dianaiya oleh suami bagi melakukan hubungan seks secara paksaan, maka perlulah memansuhkan antara kecualian didalam Seksyen 375 dan Sub-Seksyen 375A. Ini kerana, jika terdapat kedua-dua peruntukan ini didalam Kanun keseksaan, maka suami boleh melepaskan diri dengan mengeluarkan hujah di Mahkamah bahawa wujud kecualian didalam Seksyen 375 yang mengatakan rogol didalam perkahwinan bukanlah dikatakan rogol (hubungan seks secara paksa). Oleh itu, jika benar-benar ingin membela isteri-isteri yang dianaiya oleh suami, maka perlulah membubarkan antara dua peruntukan yang terdapat didalam Kanun keseksaan ini.

4.3.2

Meminta nasihat dan kaunseling di Jabatan Agama

Jika masalah ini berterusan dan pihak isteri pula tidak dapat menanggung beban terhadap suami yang suka melakukan hubungan seksual secara paksaan, maka isteri boleh meminta nasihat dan kaunseling di Unit Pembangunan Keluarga di Jabatan Agama di setiap daerah masing-masing. Peranan Unit Pembangunan Keluarga adalah untuk bertanggungjawab terhadap aduan serta penyelesaian masalah rumahtangga serta merancang dan

55

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

melaksanakan aktiviti atau program pengukuhan institusi kekeluargaan. Antara fungsifungsi di Unit Pembangunan Keluarga ialah83 :

a) Memberi perkhidmatan rundingcara dan nasihat dalam menyelesaikan masalah kekeluargaan Islam. b) Membantu menyelesaikan masalah kekeluargaan yang dihadapi oleh pasanganpasangan yang berkahwin. c) Mengadakan sesi rundingcara dan bimbingan kepada pengaduan kes masalah rumahtangga bagi aduan rasmi / kes-kes berdaftar. d) Mengadakan sesi rundingcara dan bimbingan kepada pengaduan kes masalah rumahtangga bagi aduan secara hotline atau kes pandangan. e) Menyediakan laporan kes rundingcara untuk di kemukakan ke Mahkamah Syariah. f) Menjadi Urusetia kepada aktiviti yang dijalankan oleh Unit. g) Pengendalian Jawatankuasa Pendamai yang dilantik oleh Mahkamah Syariah. h) Urusetia pengendalian seminar pemantapan keluarga. i) Merancang serta menyelaras perkhidmatan Pusat Pembangunan Keluarga Islam berdasarkan modul-modul yang ditetapkan. j) Merancang dan menyediakan kursus/bengkel/ forum berkaitan dengan

permasalahan masyarakat di Pusat-Pusat Khidmat Sosial. k) Menyelaras dan menyelia tugas-tugas yang dilakukan oleh kakitangan Pusat pembangunan Keluarga Islam. l) Menyelaras program-program dengan agensi luar. m) Menjalankan pemantauan keatas Pusat-Pusat Khidmat Sosial. n) Bertanggungjawab terhadap Pusat-Pusat Kursus Pra-Perkahwinan yang dilantik. Di Unit Pembangunan keluarga ini akan memanggil kedua-dua pasangan suami isteri ini bagi membincangkan permasalahan dan membolehkan antara suami isteri ini dapat berkomunikasi dan sekaligus pegawai yang bertugas akan memberikan nasihat dan
83

http://www.jawi.gov.my

56

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

panduan agar permasalahan ini dapat diselesaikan dan boleh dibawa berbincang tanpa perlu mendakwa suami di Mahkamah atau tanpa perlu ikatan perkahwinan itu berkecai (bercerai). jika sikap si suami tidak berubah selepas sesi nasihat dan kaunseling itu, maka isteri bolehlah melakukan apa-apa tindakan terhadap suaminya seperti mendakwa suami di Mahkamah dan meminta fasakh daripada suaminya.

4.4

KESIMPULAN

Disini akan dijelaskan kesimpulan hasil daripada kajian ini. Ia berdasarkan hukuman suami melakukan hubungan seks secara paksaan, satu kajian perbandingan antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Didalam bab dua, dapat disimpulkan mengenai objektif perkahwinan yang sebenar didalam Islam iaitu melalui perkahwinan dapat menghindarkan masyarakat daripada gejala zina, rogol, melanggan pelacur, meliwat dan gejala-gejala sosial yang semakin bertambah pada masa kini. Dengan melalui perkahwinan, halal seorang lelaki dan perempuan untuk melakukan hubungan seks dengan mengikut adab-adab dan sunnah Rasulullah saw.

Bab dua ini juga membincangkan adab-adab dan etika melakukan hubungan seks seperti yang dianjurkan oleh Islam dan mengkaji jenis-jenis jima yang bertentangan dengan ciri-ciri keislaman. Antara adab-adab dan etika ketika melakukan hubungan seks yang dituntut oleh Rasulullah saw ialah suami memberi salam dan isteri menjawab salam suaminya, dan sebelum melakukan hubungan seks perlulah membaca bismilah dan berdoa agar syaitan tidak turut serta ketika hubungan seksual itu terjalin. Seterusnya, Rasulullah saw menggalakkan solat sunat dua rakaat sebelum melakukan hubungan seks serta berhias dan berwangi-wangian kerana hal-hal ini boleh membantu pasangan untuk membangkitkan ghairah, ianya membantu suami isteri agar terus mekar kasih sayangnya.

57

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Manakala cirri-ciri hubungan seks yang dilarang oleh sunnah Rasulullah saw antaranya ialah Islam melarang suami melakukan hubungan seks melalui dubur isteri, perbuatan ini adalah dikutuk dan ianya menunjukkan rendahnya akhlak seseorang itu.

Seterusnya dibincangkan juga mengenai hak-hak dan tanggungjawab suami isteri adalah dapat dirumuskan bahawa hak dan kewajipan antara suami isteri bermula selepas mereka dinikahkan. Jika tanggungjawab antara suami dan isteri digalas dengan baik dan seiring mengikut kehendak dan keselesaan masing-masing, maka hak-hak antara keduanya dapat terjamin dan kehidupan suami isteri itu sentiasa diliputi kasih sayang tidak berbelah bagi. Antara hak dan tanggungjawab suami ialah suami membimbing isteri dalam menguruskan hal-hal rumah tangga dan suami juga perlu mendidik isteri mengenai ajaran agama seperti didalam ibadah untuk bersolat dan sebagainya. Suami juga perlu melindungi isteri dari segala bahaya dan suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan menyediakan keperluan isteri dan anak-anak dengan sebaiknya.

Seterusnya hak dan tanggungjawab isteri terhadap suaminya pula merangkumi isteri haruslah mentaati dan menjaga maruah suami selama mana suaminya tidak menyuruh untuk melakukan perkara-perkara yang bertentanggan dengan syarak. Isteri juga harus memberikan hak kepada suaminya apabila suami ingin menyetubuhinya kecuali ada halangan yang dituntut oleh syarak seperti ketika haid dan nifas. Manakala isteri haruslah menjaga makan dan minum suaminya, serta menjaga hal rumahtangga ketika suaminya keluar bekerja dan tidak keluar rumah tanpa izin suaminya dan berbagaibagai lagi tanggungjawab isteri terhadap suaminya.

Didalam bab tiga dapat disimpulkan mengenai kajian tentang perbandingan hukuman antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Disini dapat dirumuskan mengenai Seksyen 375 Kanun Keseksaan ianya mengenai rogol, peruntukan ini merangkumi ciri-ciri untuk mensabitkan kesalahan rogol itu seperti melakukan hubungan seks tanpa kerelaan dan kemahuan perempuan itu, ataupun kerelaan diperoleh dengan cara mendatangkan ketakutan mati mahupun cedera, ataupun kerelaan diberikan mangsa

58

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

setelah dia diberikan tanggapan fakta yang salah dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa mangsa memberikan kerelaannya akibat salah tanggapan tersebut.

Disamping itu disertakan juga kecualian didalam Seksyen 375 Kanuan keseksaan iaitu persetubuhan seorang lelaki dengan isterinya melalui perkahwinan yang sah dibawah undang-undang bukanlah rogol. Akan tetapi, telah dimasukkan SubSeksyen 375A yang memperuntukkan hukuman seksaan dengan penjara selama tempoh lima tahun kerana seorang suami melalui perkahwinan yang sah melakukan hubungan seks dengan menyebabkan kecederaan atau ketakutan mati atau kecederaan kepada isterinya.

Manakala hukuman rogol mengikut Seksyen 376 ialah siapa yang melakukan rogol hendaklah diseksa dengan penjara selama dua puluh tahun dan boleh dikenakan sebatan. Dan sesiapa yang melakukan atau percubaan merogol dengan menyebabkan kematian perempuan yang dirogol itu hendaklah dikenakan hukuman mati atau penjara tidak kuarang daripada lapan tahun dan tidak melebihi tiga puluh tahun dan juga boleh dikenakan sebatan tidak melebihi sepuluh sebatan.

Seterusnya bagi hukuman mengikut Mahkamah Syariah yang dikaji melalui Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor, dapat disimpulkan bahawa hanya terdapat beberapa akta yang melindungi isteri seperti Akta 128 yang menyebut, mana-mana suami yang menganaiya isteri, menipu harta isteri hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit dan penjara tidak melebihi enam bulan atau keduaduanya. Manakalah Akta 129 memperuntukan mengenai suami tidak memberikan keadilan sewajarnya kepada isteri hendak lah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit dan penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali, Akta 128 dan Akta 129 hukuman menyerupai antara keduanya.

Tetapi, didalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam terdapat peruntukan yang memberikan hak kepada isteri yang telah dianaiya serta diseksa dan disakiti oleh suami boleh meminta perintah daripada Mahkamah Syariah untuk membubarkan perkahwinan ataupun fasakh. Ianaya dapat disimpulkan bahawa isteri boleh meminta

59

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

fasakh dengan sebab atas alasan dan sebab-sebab seperti isteri telah dianiya oleh suaminya, suami menjalani kehidupan keji yang bersalahn dengan hukum syarak, juga suami memaksa isteri menjalani kehidupan dengan suasana lucah dan lain-lain lagi.

Bab ke empat, telah dikaji mengenai faktor-faktor yang membawa berlakunya hubungan seks secara paksaan serta implikasi daripada perbuatan tersebut terhadap isteri dan juga cara-cara mengatasi permasalahan ini. Antara faktor-faktor berlakunya hubungan seks secara paksaan ini ialah suami ataupun isteri buta tentang ilmu seks, ilmu mengenai seks perlu dipelajari oleh setiap pasangan suami isteri agar dapat memberikan layanan yang baik antara mereka serta tahu adab-adab melakukan hubungan seks seperti yang dituntut oleh Rasulullah saw.

Seterusnya, faktor isteri membenci suami dan suami pula membenci isteri. Faktor ini mungkin disebabkan oleh isteri dipaksa berkahwin atau suami terpaksa berkahwin dengan isterinya. Oleh itu, rasa terpaksa untuk menjalani kehidupan dibawah satu bumbung dan satu katil akan mendatangkan kesan yang negative seperti isteri terpaksa melayani suami untuk melakukan hubungan seks, dan jika isteri tidak menyukai suami maka suami terpaksa memaksa isterinya untuk melakukan hubungan seks. Manakalah sebab-sebab akhlak juga menjadi faktor berlakunya hubungan seks secara paksaan ini, faktor ini dapat disimpulkan bahawa jika akhlah suami itu teruk dan buruk, sudah pasti keimanan didalam dirinya amatlah menyedihkan. Suami tidak dapat menahan nafsunya serta memiliki tabiat-tabiat seks yang pelik dan keluar daripada ajaran Islam.

Seterusnya faktor bahan-bahan lucah yang bertebaran pada masa kini membawa faktor yang amat utama kenapa berlakunya hubungan seks secara paksaan, sikap suami yang suka menonto filem-filem lucah serta terikut-ikut aksi-aksi yang dipaparkan dimana perbuatannya agak keterlaluan dan yang pasti diluar ajaran Islam.

Implikasi daripada perbuatan melakukan hubungan seks secara paksaan seperti memberikan kesan penderitaan emosi kepada isteri serta kesan fizikal. Kesan emosi dapat digambarkan bahawa, isteri merasa tertekan dengan sikap suami yang melayaninya

60

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

seperti pelacur, tertekan emosinya untuk mendakwa suaminya kerana ditakuti dituduh membuka aib dan maruah suaminya. Dan bagi penderitaan fizikal, akibat perbuatan suaminya itu, kadangkala ianya mendatangkan kecederaan ditubuh badannya, ada juga terdapat kes dimana suami memukul isteri sehinga puas sebelum suami melakukan hubungan seks, ini menunjukkan dimana fizikal isteri tercedera dan disakiti.

Oleh tu, kami telah memberikan beberapa cadangan bagi mengatasi dan mengawal perbuatan ini seperti kerajaan perlulah membubarkan sedikit peruntukan yang terdapat didalam Seksyen 375 iaitu kecualian dimana suami tidaklah dikatakan rogol ketika didalam perkahwinan yang sah menurut undang-undang bagi membolehkan isteri mendakwa suami yang melakukan hubungan seks secara paksaan, jikalau kerajaan ingin melindungi wanita-wanita yang dianiaya oleh suami mereka. Serta cadangan yang lain pula ialah isteri meminta nasihat dan kaunseling kepada Jabatan Agama Islam mengikut Negeri masing-masing, kerana disetiap Jabatan Agama Islam telah diwujudkan Unit Pembangunan Keluarga bagi menyelamatkan rumahtangga bagi pasanagan-pasangan yang bermasalah dan lain-lain lagi.

RUJUKAN

Al-Quran

Abu Bakr Jabir Al-Jazairi. 2005. Ensiklopedi Muslim Minhajul Muslim. Darul Falah : Jakarta.

Abu Mahmud Nabil B. Muhammad Mahud. 2008. 140 Masalah Keluarga & Bagaimana Cara Mengatasinya. Perniagaan Jahabersa : Johor Bahru. Abu Mazaya al-Hafiz. Abu Izzat Al-Sahafic. 2004. Fiqh Jenayah Islam. Al-Hidayah Product Sdn. Bhd : Kuala Lumpur.

61

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Abd. Latif Muda. Rosmawati Ali @ Mat Zin. 1997. Penghantar Fiqh. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Abd Rahman Ghazali. 2003. Fiqh Munakahat. Prenada Media : Jakarta. Abdul Aziz Bin Nashir Sucud Al-Abdillah. 2003. Untaian Bunga Persembahan Untuk Pengantin. Pustaka Qalami : Jakarta. Ahmad Ali Al-Majdub. 1996. Ightisab Al-cInas Fi Al-Mujtamicat Al-Qadimati Wa AlMacasirat. Dar Al-Masriah Al-Bananiah : Kaherah.

Ahmad Sunawari Long. 2009. Pengenalan Metodlogi Penyelidikan Pengajian Islam. Gema Alam Interprise : Bandar Baru Bangi Selangor.

Asy-Syeikh Atiyah Saqar. 2005. Ensiklopedia Keluarga Muslim Masalah-Masalah Dalam Keluarga. Jasmin Enterprise : Kuala Lumpur.

Berita Harian. 2009. 2 April. Wanita ditampar, disepak sebelum diliwat suami.

Burgess, A.W. & Hazelwood. R.R. 1993. The Victims Perspective. Practical Aspects Of Rape Investigation : A Multidisciplinary Approach. Florida: CRC Press Inc.

Bowker. L.H. June 1983. Marital Rape: A Distinct Syndrome?. Social Casework. No.6,. Vol. 64.

Easteal, P. 1994. Voices of the survivors. North Melbourne: Spinifex Press Pty Ltd.

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor : 2003.

62

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Fauziah Mohamad. 1995. Rahsia Kepimpinan Suami Dalam Rumahtangga. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

Hans Abd. Wahab. 2002. Penerimaan Keluarga Dan Masyarakat Terhadap Mangsa Rogol. Malaysian Journal of Social Administration. Universiti Malaya : Kuala Lumpur.

Kanun Keseksaan (Akta 574) 2010

kes Public Prosecutor v Mohd Ridzwan bin Md Borhan [2004] 5 MLJ 300. M. Talib. 1997. 90 Tips Kedamaian Suami Isteri. Darul Nucman : Kuala Lumpur.

Mashitah Binti Taharin. 2008. Tesaurus Bahasa Melayu Dewan. Dewan Sdn. Bhd. : Selangor. Mohamad Shariff bin Hj. Abu Samah & Asidah binti Hj. Mohd Ali (Alman). 2008. Undang-undang jenayah di Malaysia. Kuala Lumpur: International Law Book Series.

Muhammad Abdul Latif. 1996. Rumahku Syurgaku Pedoman Membina Mahligai Impian. Darul Numan : Kuala Lumpur. Mustafa Zuhaili. 2005. 80 Kesilapan Suami Isteri Dalam Beriumahtangga. Jasmin Enterprise : Kuala Lumpur.

Mustofa Al-Khin. Kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid 4. 2005, Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hasmariza Md Hashim. 2007. Bunga Kebahgiaan. Anbakri Publika Sdn. Bhd. : Selangor

63

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

Noresah Bt Baharom. 1994. Kamus Dewan Edisi Ke-3. Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka : Selangor.

Nor Aini Abdullah. 1995. Martial Rape-Domestic Violence. The Malaysian Law Journal

Oxford Dictionary Of Law. 2002. Oxford: Oxford University Press.

Shalih Bin Ahmad Al-Ghazali. 2004. Romantika Rumah Tangga. Muslim : Jakarta.

Cendekia Sentra

Shihabudin.

2010.

Gerbang Perkahwinan Panduan Kursus Perkahwinan.

Jasmin

Enterprise : Kuala Lumpur.

Syahrul Noor Saidin. 2007. Fatwa Adab. Karya Bestari Sdn. Bhd : Shah Alam Selangor.

Syeikh Al-Muqari Hj Othman Hamzah. 2006. Fatwa Menempuh Kehidupan Moden. Daud Baharum : Subang Jaya.

Zeccardi. J.A. & Dickerman. D.D. 1993. Medical Exam In The Live Sexual Assault Victim. Practical Aspects Of Rape Investigation: A Multidisciplinary Approach.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Rogol

http://www.jawi.gov.my

64

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA(MUNAKAHAT)

2011

65

Anda mungkin juga menyukai