Anda di halaman 1dari 4

Teknik Merumus Petikan

1. Memahami petikan.
Anda mungkin perlu membaca 2 kali untuk memahami petikan tersebut. Petikan yang
akan diberikan mungkin berupa rencana akhbar atau majalah, ucapan, syarahan, cerpen,
laporan, dialog, dan sebagainya.
2. Menentukan kehendak soalan.
Pastikan jumlah kata yang dikehendaki. Misalnya, ... tidak melebihi 100 patah kata, atau
...tidak kurang daripada 120 patah kata, atau... antara 100 hingga 120 patah kata, dan
sebagainya. Anda juga perlu memastikan skop rumusan yang diarahkan (sekiranya ada).
Misalnya, ...punca berlakunya..., atau kesannya..., atau usaha mengatasinya..... Hal ini
kerana dalam petikan yang diberikan itu mungkin terdapat beberapa skop sedangkan anda
dikehendaki membuat rumusan bagi skop yang tertentu sahaja.
Contoh Soalan merumus petikan.
Arahan Soalan: Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian buat suatu rumusan
tentang usaha-usaha untuk mengatasi masalah melepak di kalangan remaja. Panjang
rumusan anda hendaklah antara 100 hingga 120 patah perkataan.
Fikir: i. Apakah skop rumusan yang dikehendaki?
ii. Berapa patah perkataan ?
3. Menulis rumusan
Tulislah rumusan anda dalam 3 atau 4 perenggan (walaupun jumlah perenggan tidak
ditetapkan). Misalnya:
Perenggan 1 : Pengenalan
Pengenalan ialah sebaris ayat yang mengaitkan kehendak soalan dengan petikan secara
umum. Contoh i.
Petikan ini berkenaan dengan punca-punca kebakaran dan cara-cara mengelak daripada
berlakunya kebakaran.
Contoh ii
Petikan ini membincangkan langkah-langkah mengurangkan masalah ponteng di
kalangan pelajar dan kepentingannya.ATAU
Contoh iii
Petikan ini tentang perkembangan teknologi maklumat dan kesannya terhadap
masyarakat Malaysia.
Antara kelemahan-kelemahan calon ketika menulis ayat pengenalan ialah:
i. Tidak memasukkan skop sampingan. Contoh:
Petikan itu membincangkan kebaikan penswastaan (1markah) dan pelaksanaannya di
negara kita. (1 markah lagi)
ii. Menulis skop sampingan yang sama makna. Contoh: Petikan itu membincangkan
kebaikan penswastaan dan faedah-faedahnya kepada masyarakat kita.
(Kebaikan=faedah=kepentingan)
iii. Melakukan kesalahan tatabahasa dengan memasukkan perkataan “tentang” selepas
perkataan "membincangkan".

Perenggan 2 : Isi tersurat


Isi-isi tersurat dapat ditemui secara langsung daripada petikan. Mengesan isi-isi tersurat
samalah seperti mengesan isi-isi penting daripada petikan yang diberikan. Cuba dapatkan
antara 2 hingga 6 isi tersurat daripada petikan.

** kebanyakan calon didapati tidak menulis ayat pertama dalam perenggan isi yang
menunjukkan mereka menjawab soalan sebaliknya menulis sesuatu yang berbentuk
pernyataan umum.contoh ayat pertama dalam perenggan isi yang menunjukkan calon
menjawab soalan adalah seperti berikut:
-Antara punca-punca masalah melepak ialah....atau
-Masalah ponteng didapati berpunca daripada...atau
-Perlumbaan motosikal secara haram didapati telah mengakibatkan...
Perenggan 3 : Isi Tersirat
Isi-isi tersirat diperolehi melalui tafsiran dan analisis yang kritis. Anda hendaklah
menulis isi yang tersurat itu dengan mengambil kira skop atau arahan yang diberikan.
Jangan memberikan cadangan anda dalam isi tersirat kecuali bagi skop “cara-cara
mengatasi” sesuatu masalah.Biasanya isi tersirat menunjukkan implikasi bagi isi
tersurat.Anda juga boleh menulis isi tersirat dalam bentuk memberikan penilaian anda
tentang sesuatu masalah yang dikemukakan dalam petikan. Cuba dapatkan antara 2
hingga 6 isi tersirat dan tuliskan dalam rangka jawapan anda.
Perenggan 4 : Kesimpulan
Dalam bahagian kesimpulan, tuliskan kesimpulan anda tanpa menyimpang daripada
arahan asal yang terdapat dalam soalan iaitu menurut skop yang diminta. Secara
umumnya, kesimpulan tidak jauh berbeza daripada isi tersirat.
( Anda juga boleh menggabungkan perenggan ke2 dan ke3 dalam satu perenggan. )

4. Menyemak rumusan.

Semak rumusan yang telah anda siapkan untuk memastikan tiada kesalahan ejaan,
kesalahan tanda baca, dan kesalahan bahasa terutamanya kesalahan ayat. Pastikan juga
anda tidak menulis melebihi jumlah kata yang telah dihadkan. Hal ini kerana jumlah kata
yang melebihi had itu tidak akan dibaca oleh pemeriksa. Anda akan kehilangan markah
yang banyak sekiranya melakukan kesilapan ini.
Sebagai garis panduan anda, perkara-perkara berikut atau golongan kata berikut dikira
sebagai satu patah kata:
a. Kata nama Khas seperti nama orang, nama tempat, judul buku, dan sebagainya.
b. Kata ganda seperti tempat-tempat, gunung-ganang, rumput-rampai, dan sebagainya.
c. (Kata majmuk seperti luar bandar, mengambil alih, mengenal pasti, lebuh raya, dan
sebagainya.)
d. Tarikh dan angka.
e. Cogan kata, dan simpulan bahasa.
Setelah selesai menyemak, tulislah jumlah kata di dalam kurungan di sebelah kanan di
bawah rumusan anda.
5. Penanda Wacana.
Untuk mendapatkan kesinambungan antara ayat dengan ayat, anda hendaklah
menggunakan penanda wacana yang sesuai dan letakkan tanda koma setiapkali selepas
anda menulis penanda wacana. Misalnya :
Di samping itu, ...
Namun begitu, ...
Oleh hal yang demikian, ...
Tambahan pula, ...
Sungguhpun begitu, ...
Dalam pada itu, ...
6. Jumlah Kata
Jika jumlah kata anda kurang daripada yang dikehendaki, lakukanlah penambahan kata
yang perlu sebaliknya jika jumlah kata anda berlebihan, lakukanlah pengurangan kata
dengan mengeluarkan isi-isi yang difikirkan tidak begitu penting.
7. Tulisan
Tulislah dengan jelas dan dalam bentuk yang mudah dibaca.

LATIHAN MERUMUS 1/99


Pemarkahan:
Markah penuh = 30
Yang perlu ada dalam rumusan anda ialah perkara-perkara seperti berikut:
1. Pengenalan - 2 markah
2. Isi tersurat - 2 markah setiap satu isi yang lengkap (minimum 2 isi= 4markah,
maksimum 6 isi =12 markah)
3. Isi tersirat - 2markah setiap satu isi yang lengkap (minimum 2 isi= 4markah,
maksimum 6 isi =12 markah)
(Isi tersurat + isi tersirat= 8 isi = 2+6 atau 3+5, atau 4+4, dan seterusnya)
3. Penutup/kesimpulan - 2markah bagi isi yang betul dan sesuai.
1. CARA MENULIS PENGENALAN DALAM MERUMUS.
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN UNTUK
MENGHASILKAN PENGENALAN YANG BAIK.
1. Biasanya pengenalan dalam merumus mempunyai 2 bahagian dan calon diberi
1markah bagi setiap bahagian.
2. Calon hendaklah menulis pengenalan dengan berpandukan arahan dalam soalan.
Contoh soalan:
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan pihak
swasta untuk memajukan ekonomi negara Malaysia.
Setelah membaca petikan itu, anda mungkin akan menulis pengenalan itu seperti berikut:
Contoh:
a. Petikan tersebut membincangkan peranan pihak swasta untuk memajukan ekonomi
negara Malaysia dan pelaksanaannya. ATAU
b. Petikan tersebut membincangkan peranan pihak swasta untuk memajukan ekonomi
negara Malaysia dan sambutannya terhadap masyarakat. ATAU
c. Petikan tersebut tentang peranan pihak swasta untuk memajukan ekonomi negara
Malaysia dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam peringkat pelaksanaannya.
(tulislah mana-mana isi tambahan yang sesuai dengan petikan yang diberikan itu)
Contoh-contoh yang lain adalah seperti yang berikut:
a. Petikan tersebut membincangkan masalah sosial di kalangan masyarakat di Malaysia
dan kesannya terhadap ekonomi negara.
b. Petikan menjelaskan peranan media elektronik di negara kita dan pengaruhnya
terhadap masyarakat remaja.
c. Petikan membincangkan masalah jerebu di Malaysia dan usaha-usaha yang telah
dijalankan untuk mengatasinya.
PERHATIAN
3. Pastikan anda tidak menulis isi tambahan yang tidak ada kaitan dengan petikan.
4. Pastikan anda tidak menulis isi tambahan yang mempunyai sama makna atau sama
maksud dengan isi utama seperti yang terdapat dalam arahan soalan. Misalnya begini:
a. Petikan membincangkan kebaikan penggunaan komputer dan faedah-faedahnya. (1
markah sahaja, kerana perkataan kebaikan dengan perkataan faedah mempunyai maksud
yang sama)
b. Petikan membincangkan unsur-unsur negatif dalam internet dan keburukannya. (1
markah)

Anda mungkin juga menyukai