Anda di halaman 1dari 11

2.

1 Boleh menyalakan api dengan menggunakan dua batang mancis api dan menggunakan api itu untuk memasak sesuatu jenis makanan atau menjeram air untuk minuman. Langkah-langkah menyalakan api (a) Membersihkan tempat dan sediakan kayu api. Tempat haruslah kering supaya dapat menghidupkan api dengan mudah. Mencari sumber bahan api. Bagi menghasilkan api yang baik serta tahan lama api perlu menghasilkan banyak bara. Dengan demikian banyak kayu perlu dikumpul. Api yang baik mempunyai haba yang sekata dan tidak mengeluarkan banyak asap. Umpan terdiri daripada daun-daun kering, sabut kelapa dan sebagainya. Kayu haruslah terdiri daripada pelbagai saiz, iaitu besar, sederhana dan kecil. Dahan dan ranting juga sesuai untuk dijadikan bahan api. Pastikan kayu, dahan dan ranting adalah kering. Tempat memasak perlu dibersihkan dahulu. `Turfing lapisan rumput dilakukan supaya api tidak memusnahkan rumput dan api tidak melarat.

Bahagikan kawasan berumput kepada petak-petak

Keluarkan lapisan berumput petak demi petak

Kemudian susunkan petak-petak berumput atas pelapik plastic dan rumput tersebut disiram.

(b) Menyusun kayu api Jika tanah itu lembap, letakkan beberapa batang kayu sebagai alas. Di atas alas, susunkan umpan, ranting-ranting dan kayu api seperti dibawah.

(c) Memulakan api Mula-mula nyalakan umpan. Api akan membakar timbunan itu secara berperingkat. Kemudian tindihkan kayu yang semakin besar saiznya apabila api mula menyala. Kayu ini sebaiknya ditindihkan bersilang supaya membolehkan peredaran udara. Sekiranya asap yang banyak keluar, ini bereti kayu tak mungkin cukup kering. Carilah kayu yang ringan dan kering. Biasanya apabila hujan turun, hanya bahagian luar kayu saja yang basah, melainkan hujan terlalu lebat dan berpanjangan. Jika bahagian luarnya

basah, belahkan kayu tersebut dan ambillah bahagian dalamnya. Rapatkan kayu yang lembap tadi berhampiran dengan nyalaan api supaya kayu tersebut kering perlahan-lahan. Semasa menyalakan api, pastikan api itu tidak terlalu besar. Kawal api tersebut. Ada baiknya mengepung kawasan pembakaran tersebut supaya api tidak merebak.

(d) Memadam dan menbersihkan tempat. Setelah selesai memasak, api dipastikan padam dengan menjirus air kepada api tersebut. Sampah atau putung kayu yang ada dibersihkan. Kemudian rumput yang dibuang itu diambil dan ditanam semula. Jiruskan dengan air supaya rumput itu dapat hidup.

Rumput ditanam semula dan disiramkan dengan air.

Jenis-jenis api

Jenis-jenis dapur

Dapur Hunter`s atau Trench fire

Laporan Ujian Menyalakan Api Pada 12 Februari 2013, jam 11.30 pagi, saya telah menjalankan ujian menyalakan api di belakang surau kuartes SMK Sultan Azlan Shah. Sebelum ujian, saya telah menyediakan umpan, ranting-ranting dan kayu. Saya telah membuat `turfing supaya rumput terpelihara. Saya telah menyusun bahan api dalam bentuk unggun jenis tepee. Saya berjaya menyalakan api dengan menggunakan sebatang mancis sahaja.

4 petak untuk `turfing

Tempat untuk menyalakan api yang telah dilakukan `turfing

Rumput diletakkan di atas pelapik plastik

Ranting-ranting, umpan dan kayu disusun secara unggun tepee. Kemudian saya menyalakan api dengan menggunakan sebatang mancis

Mengipas untuk memarakkan api

Api semakin marak

Saya membaluti ubi kentang dengan kertas aluminium untuk memasak kentang bakar.

Ubi kentang dimasukkan ke dalam api

Selepas itu, saya merebus 3 biji telur

Saya mengangkat penutup periuk untuk memeriksa sama ada air telah mendidih atau tidak

Saya juga mengunakan api yang sama untuk membakar ikan. Setelah makanan siap dimasak, api dipadamkan dengan menggunakan air. Kayu-kayu dibuang dan batu bata dialihkan. Saya kemudiannya menanam semula rumput yang telah dilakukan turfing tadi.

Inilah rumput yang telah ditanam semula.

Ubi kentang bakar yang telah siap kemudiannya dipotong dan dihidangkan

Disahkan oleh : Tandatangan Penguji Nama Penguji Jawatan Tarikh : . :.. :.. :..

Anda mungkin juga menyukai