Anda di halaman 1dari 16

JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

DASAR LATIHAN DAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI JKR

1.0

PENDAHULUAN

Dasar Latihan dan Pembangunan Kompetensi Jabatan Kerja Raya (JKR) menjelaskan hala tuju, tanggung jawab, dan strategi pelaksanaan pengurusan latihan dan pembangunan kompetensi pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dan kakitangan sokongan Jabatan Kerja Raya (JKR).

2.0

OBJEKTIF

Objektif Dasar Latihan dan Pembangunan Kompetensi JKR adalah: (a) Melahirkan tenaga kerja yang mahir, pakar dan kompeten dalam rekabentuk, pengurusan projek, pengurusan aset/fasiliti dan khidmat teknikal (Pembangunan Infrastruktur). Melahirkan pegawai-pegawai teknikal yang profesional yang mendapat pengiktirafan kepakaran dan kemahiran dalam dan luar negara. Melahirkan pegawai yang berdaya saing, inovatif, berketrampilan, dinamik dan berwawasan. Membangun kompetensi baru dan meningkatkan kompetensi sedia ada secara terurus, sistematik dan berstruktur. Menyediakan hala tuju dan memberikan ruang serta peluang kepada pegawai dalam membangunkan kerjaya di JKR berkonsepkan pembelajaran berterusan. Membudayakan perkongsian ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran di kalangan warga JKR.

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

Membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif yang akan mewujudkan nilai cipta (value-creation) dan nilai tambah (value-added) di dalam jabatan.

3.0

TAKRIF

Bagi maksud pemakaian dasar ini : Latihan bermaksud proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan berdisiplin, bertujuan menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam Jabatan. Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti kursus, seminar, persidangan, bengkel, latihan semasa bekerja dan latihan melalui penempatan secara tukar sementara/pinjaman di projek mega Kerajaan/ Jabatan/ Agensi/ Swasta/ Syarikat Usahasama Kerajaan (GLC) dan program mentoring/coaching atau yang seumpama dengannya yang menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan Jabatan. Pembangunan Diri merujuk kepada peningkatan kemahiran, kebolehan dan kerjaya yang dapat dicapai dengan mempraktikkan pengetahuan, pendedahan kepada pelbagai idea dan pengalaman serta melalui latihan dan mentoring. Pembelajaran ialah proses perubahan hasil daripada pengalaman secara relatif ke atas pelakuan (behaviour). Ianya melibatkan setiap individu menerima pembelajaran mengikut keperluan masing-masing sama ada mengikut kaedah eksperimen, analisis dan keupayaan menggunakan pengalaman. Pembelajaran Berterusan ialah proses mendapatkan ilmu pengetahuan sepanjang hayat yang melibatkan tiga (3) elemen utama iaitu latihan, pembelajaran dan pembangunan diri.

Ketua Program merujuk kepada Pengarah Cawangan yang terlibat dalam penggubalan program latihan strategik kepakaran. Contohnya Pengarah Kanan Cawangan Kerja Mekanikal sebagai Ketua Program Kejuruteraan Mekanikal. Ketua Disiplin merujuk kepada Pengarah Kanan Cawangan yang dinamakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) yang bertanggungjawab ke atas disiplin masing-masing. Contohnya : Ketua Disiplin Elektrik ialah Pengarah Kanan Cawangan Kerja Elektrik. Pegawai merujuk kepada pegawai JKR daripada kumpulan P&P dan kumpulan sokongan. Kompetensi Strategik ialah bidang-bidang kepakaran teknikal yang strategik yang telah dikenal pasti oleh Jabatan. Kursus Jangka Panjang ialah kursus sepenuh masa yang tempohnya melebihi dua belas bulan seperti program Sarjana (MSc) dan Kedoktoran (PhD).

4.0

TANGGUNGJAWAB

Peranan dan tanggungjawab organisasi JKR dibahagikan kepada dua (2) bidang kuasa iaitu : a) Latihan Bukan Di bawah Peruntukan Jabatan; dan b) Latihan Di Bawah Peruntukan Jabatan.

4.1 4.1.1

PENGURUSAN ATASAN LATIHAN BUKAN DI BAWAH PERUNTUKAN JABATAN

Pengurusan Atasan adalah bertanggungjawab untuk: (a) Merancang, merangka strategik dan menentukan bidang-bidang pengajian yang perlu diberi keutamaan untuk latihan jangka panjang dan jumlah pegawai yang akan dijana bagi bidang kepakaran tertentu. Merancang, mengenal pasti dan menentukan latihan yang berbentuk kursus jangka pendek / sederhana sama ada di dalam atau di luar negara. Memastikan pemilihan pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti latihan jangka pendek/sederhana/panjang mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh jabatan selaras dengan dasar Kerajaan.

(b)

(c)

4.1.2

LATIHAN DI BAWAH PERUNTUKAN JABATAN

Pengurusan Atasan adalah bertanggungjawab untuk : (a) Merangka strategi, hala tuju dan polisi bagi pelaksanaan Pelan Latihan dan Pembangunan Kompetensi pegawai JKR. Memastikan pelan latihan yang mantap dirancang dan menyediakan peruntukan yang mencukupi supaya pelaksanaan program latihan adalah efektif dan produktif. Memastikan polisi-polisi dan dasar latihan semasa Kerajaan dipatuhi dan dilaksanakan.

(b)

(c)

4.2

KETUA DISIPLIN (SIVIL/MEKANIKAL/ELEKTRIK/ARKITEK/ UKUR BAHAN)

Tanggungjawab Ketua Disiplin bagi Latihan di Bawah Peruntukan Jabatan dan Latihan Bukan Di bawah Peruntukan Jabatan adalah : (a) Merancang dan merangka strategi untuk membangunkan kepakaran teknikal melalui program Pelan Latihan dan Pembangunan Kompetensi, Latihan Semasa Bekerja dan penempatan pegawai secara tukar sementara/pinjaman bagi disiplin masingmasing. Mengenal pasti kompetensi strategik yang akan membawa JKR ke taraf dunia dan pusat kecemerlangan. Mengenal pasti dan menetapkan tahap kompetensi yang diperlukan oleh pegawai mengikut tahap jawatan untuk melaksanakan tugas-tugas Jabatan. Memastikan pelan latihan dan pembangunan kompetensi pegawai-pegawai dibawah disiplin masing-masing yang dibangunkan oleh Ketua Program adalah menepati model kompetensi yang telah ditetapkan. Memastikan perkongsian pengetahuan dan kompetensi yang berterusan berlaku bagi setiap pegawai agar tiada jurang kompetensi. Memastikan skop kerja adalah bersesuaian dan tepat dengan tahap kompetensi pegawai agar right people at right place and right time dapat dilaksanakan.

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

4.3

PENGARAH KANAN/PENGARAH CAWANGAN/PENGARAH NEGERI/KETUA UNIT BAGI JAWATAN KADER/JURUTERA DAERAH (KETUA JABATAN)

Tanggungjawab Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan / Pengarah Negeri / Ketua Unit bagi Jawatan Kader / Jurutera Daerah bagi Latihan Di Bawah Peruntukan Jabatan dan Latihan Bukan Di Bawah Peruntukan Jabatan adalah : (a) Merancang program latihan dan pembangunan kompetensi tahunan yang meliputi semua kakitangan di bawah seliaannya merujuk kepada modul kompetensi yang telah digariskan. Menyediakan pelan bimbingan coaching dan mentoring bagi semua pegawai di bawah seliaannya. Mengenal pasti dan memantau tahap kompetensi serta jurang prestasi (performance gap) bagi semua pegawai di bawah seliaannya agar tahap kompetensi menepati tahap jawatan. Menyediakan perancangan pelan kerja (task plan) bagi menyelia, memantau dan menilai keberkesanan program bimbingan yang dilaksanakan. Memastikan skop kerja adalah bersesuaian dengan tahap kompetensi pegawai. Memilih dan melantik pegawai yang sesuai untuk menjadi Pegawai Pembangunan Kompetensi dan Latihan (PPKL) bagi mewakili cawangan/JKR Negeri/Kader/JKR Daerah untuk dimajukan pada Bahagian Latihan dan Penyelidikan JKR. Memastikan semua pegawai mendapat latihan dan pengalaman kerja yang bersesuaian dan sistematik agar pembangunan kompetensi pegawai dapat dilaksanakan.
6

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

(h)

Memantau setiap pegawai yang berada di bawah seliaannya mengikuti dan melengkapkan modul kompetensi yang telah digariskan/disediakan sebelum dipindahkan/dinaikkan pangkat. Memastikan supaya semua pegawai yang menghadiri kursus menyedia dan mengemukakan laporan kursus/salinan sijil/dokumen berkaitan bagi tujuan pengesahan kehadiran dan perkongsian pengetahuan setelah selesai menjalani kursus berkaitan. Memastikan semua penyertaan dalam kursus-kursus direkodkan di dalam Buku Perkhidmatan pegawai yang berkenaan.

(i)

(j)

4.4

KETUA PROGRAM

Tanggungjawab Ketua Program bagi Latihan Di Bawah Peruntukan Jabatan adalah : (a) Merancang dan merangka strategik untuk membangunkan kepakaran teknikal yang telah dikenal pasti melalui Pelan Latihan dan Pembangunan Kompetensi untuk menjadikan Jabatan sebagai pakar bidang pembangunan infrastruktur. Menyediakan program latihan tahunan (Pelan Latihan dan Pembangunan Kompetensi) pegawai selari dengan modul kompetensi yang telah digariskan dan berkonsepkan perkongsian ilmu pengetahuan dan pembelajaran berterusan. Memastikan terdapat tenaga pengajar yang bersesuaian dan berpengalaman dalam memberi latihan-latihan kepada pegawai di bawah program latihan masing-masing.

(b)

(c)

(d)

Membangunkan tenaga pengajar Jabatan yang terlatih, berpengetahuan dan kompeten agar pembudayaan perkongsian ilmu pengetahuan dan pengalaman dapat diamalkan. Menilai keberkesanan program latihan, Pelan Latihan dan Pembangunan Kompetensi yang telah dilaksanakan.

(e)

4.5

CAWANGAN PENGURUSAN KORPORAT

Tanggungjawab Cawangan Pengurusan Korporat (CPK) bagi Latihan Di Bawah Peruntukan Jabatan dan Latihan Bukan Di Bawah Peruntukan Jabatan adalah : (a) Menguruskan permohonan pegawai untuk menghadiri kursus/latihan yang berada di bawah peruntukan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti latihan jangka pendek (MSc dan PhD)/ sederhana dan panjang. Menguruskan proses pemilihan pegawai di peringkat saringan Jabatan untuk latihan jangka panjang yang mana mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan selaras dengan dasar Kerajaan. Menyelaras strategi latihan dari aspek mengenal pasti pegawai, penempatan dan mengurus hal ehwal perkhidmatan bagi program Latihan Semasa Bekerja (LSB), Latihan Secara Penempatan di Projek Mega Kerajaan / Jabatan / Agensi / swasta / GLC, dan latihan-latihan dalam perkhidmatan agar proses mendapatkan pengetahuan dan pembelajaran berterusan diamalkan. Menguruskan penempatan yang strategik bagi pegawai-pegawai yang tamat kursus/latihan jangka panjang.
8

(b)

(c)

(d)

4.6

BAHAGIAN LATIHAN DAN PENYELIDIKAN JKR

Tanggungjawab Bahagian Latihan dan Penyelidikan JKR Malaysia bagi Latihan Di Bawah Peruntukan Jabatan adalah: (a) Bertindak sebagai Ketua Penyelaras Program bagi melaksanakan Latihan Strategik Kepakaran Teknikal berdasarkan Pelan Latihan dan Pembangunan Kompetensi yang telah dibangunkan oleh Ketua Program. Mengurus dan mengawal keperluan serta peruntukan kewangan latihan dan pembangunan kompetensi pegawai JKR. Menguruskan program-program pensijilan dan pengiktirafan profesional dan kemahiran dalaman dan luaran termasuk institusi pendidikan. Merangka strategi dan menguruskan program latihan penyelidik dan tenaga pengajar JKR. Menguruskan pelantikan PPKL yang telah dicadangkan oleh setiap Cawangan / Negeri / Daerah / Ketua Unit Kader. Menguruskan dan menjalankan penilaian ke atas latihan/kursus yang dilaksanakan bersesuaian dengan model kompetensi yang telah ditetapkan. Mengurus, mengawal, mengemaskini, merekod dan menyelenggara data latihan pegawai dalam sistem pangkalan data latihan JKR. Menyelenggara dokumen latihan dan penyelidikan untuk simpanan dan rujukan. Membangunkan dan melatih tenaga pengajar, coach and mentor.
9

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

(h)

(i)

4.7

PEGAWAI PEMBANGUNAN KOMPETENSI DAN LATIHAN (PPKL)

PPKL bertanggungjawab untuk menguruskan program-program latihan dan pembangunan kompetensi pegawai di peringkat pejabat masingmasing. (rujuk spk: JKR PK(P).09 Prosedur Pengurusan Kompetensi, Latihan dan Kesedaran, item 6.3)

4.8

PEGAWAI

Pegawai sendiri bertanggungjawab untuk: (a) Merancang keperluan latihan yang bersesuaian dengan jawatan, gred, tugas, objektif jabatan, pembangunan diri dan kompetensi jawatan. Menghadiri dan mengikuti kursus yang diluluskan atau ditetapkan dengan penuh komitmen dan jaya. Memastikan pembelajaran berterusan berlaku yang melibatkan latihan, pembelajaran dan pembangunan diri supaya menjadi pemimpin yang berpengetahun, berwibawa, kompeten, berkualiti untuk melaksanakan tugas jabatan dan mengisi jawatan-jawatan strategik jabatan kelak. Merancang pembangunan kompetensi, pengiktirafan profesional dan pensijilan sesuai dengan kerjayanya dengan menyediakan Pelan Pembangunan Individu (Individual Development Plan, IDP). Menjadi coach and mentor kepada pegawai-pegawai bawahannya agar kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki dapat dikongsikan (knowlegde sharing) dan dipraktikkan bersama.

(b)

(c)

(d)

(e)

10

(f)

Menyediakan dan mengemukakan laporan kursus/salinan sijil/dokumen berkaitan bagi tujuan pengesahan kehadiran kepada Ketua Jabatan masing-masing setelah selesai menjalani kursus agar semua penyertaannya direkodkan di dalam Buku Perkhidmatan.

5.0

LATIHAN DAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI

Matlamat Program Latihan dan Pembangunan Kompetensi adalah seperti berikut : 5.1 Ditumpukan kepada keperluan meningkatkan penyampaian bisnes JKR iaitu rekabentuk, pengurusan projek, pengurusan aset dan khidmat kepakaran teknikal dalam bidang pembangunan infrastruktur. 5.2 Ke arah peningkatan kompetensi dan pengurangan jurang kompetensi pegawai selaras dengan model kompetensi yang telah digariskan bagi setiap pegawai, jawatan dan gred. 5.3 Meningkatkan keyakinan, jati diri dan membentuk sikap terpuji pegawai dan kualiti kerja. 5.4 Melahirkan pemimpin yang dinamik dan berwawasan.

5.5 Melahirkan pegawai pakar dan berkemahiran dalam bidangbidang tertentu (subject matter experts). 5.6 Menjurus kepada pengiktirafan dan pensijilan profesional dan teknikal dari dalam dan luar negara. 5.7 Dilaksanakan dalam tempoh ditetapkan untuk setiap disiplin, jawatan dan gred. 5.8 Menyediakan pegawai ke jawatan lebih tinggi dan strategik.

11

6.0 6.1

STRUKTUR LATIHAN LATIHAN BERASASKAN PELAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI LATIHAN DAN

6.1.1 Pelan Latihan dan Pembangunan Kompetensi adalah merujuk kepada latihan di bawah peruntukan Jabatan. 6.1.2 Pelan Latihan dan Pembangunan Kompetensi hendaklah berkonsepkan kepada pembelajaran berterusan. 6.1.3 Pelan Latihan dan Pembangunan Kompetensi hendaklah disediakan untuk semua pegawai oleh Ketua Program untuk setiap tahun berdasarkan model kompetensi yang telah ditetapkan. 6.1.4 Pelan Latihan dan Pembangunan Kompetensi yang disediakan oleh Ketua Program dan dikemukakan kepada Bahagian Latihan dan Penyelidikan JKR Malaysia yang mengandungi maklumat berikut: (a) (b) (c) (d) (e) Falsafah latihan; Objektif dan kaedah pengukuran objektif dinyatakan; Jangkaan outcome dinyatakan; Senarai cadangan latihan mengikut keutamaan dan keperluan individu; Latihan hendaklah termasuk teknikal, kefungsian, pengkhususan, kepimpinan, teamwork, information and communication technology (ICT) dan lain-lain berdasarkan kumpulan sasaran dan tahap kompetensi; Keperluan kewangan/bajet latihan; Tempoh latihan; dan Kaedah-kaedah yang digunakan untuk menilai latihan yang dijalankan.

(f) (g) (h)

12

6.2

LATIHAN SEMASA BEKERJA (LSB)

6.2.1 Latihan semasa bekerja hendaklah dijadikan tumpuan utama program latihan dan peningkatan kemahiran pegawai. 6.2.2 Rekod log hendaklah digunakan sebagai asas untuk LSB dan dinilai dari semasa ke semasa. 6.2.3 Rekod log hendaklah digunakan untuk tujuan pengiktirafan profesionalisma. 6.2.4 Pegawai-pegawai yang belum mempunyai pengkhususan dalam sesuatu bidang utama jabatan perlu diberikan program latihan semasa bekerja dan dipinjamkan ke mana-mana cawangan atau sektor yang berbeza dengan bidang kerja mereka untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan kerja yang lebih menyeluruh kepada mereka.

6.3

LATIHAN SECARA PENEMPATAN TUKAR SEMENTARA (LPTS) ATAU PINJAMAN KE PROJEK MEGA KERAJAAN/ JABATAN/ AGENSI/ SWASTA/ GLC

6.3.1 LPTS hendaklah dijadikan tempat dan peluang untuk meningkatkan pengalaman, kompetensi dan profesionalisma kakitangan JKR. 6.3.2 JKR hendaklah merebut peluang dan tempat latihan di projek projek mega Kerajaan bermula di semua peringkat/fasa projek. 6.3.3 Pegawai-pegawai yang mempunyai potensi dan kompeten, mempunyai bakat kepimpinan dan sahsiah yang cemerlang harus dipertimbangkan untuk mengikuti latihan di projek-projek mega Kerajaan. 6.3.4 Semua pegawai-pegawai yang berada dalam sektor pakar, sektor bisnes, sektor pengurusan dan sektor pengurusan aset layak untuk dipertimbangkan dalam pemilihan untuk mengikuti latihan-latihan di projek-projek mega Kerajaan.

13

6.3.5 Ketua Disiplin bertanggungjawab dalam membuat pemilihan P&P yang berkelayakan untuk mengikuti latihan di LPTS. Pegawai-pegawai mestilah terdiri daripada pegawai Gred J41 yang telah mempunyai minima tiga (3) tahun pengalaman, pegawai Gred J44, pegawai Gred J48, pegawai Gred J52, pegawai Gred J54 dan JUSA. 6.3.6 Pengurusan Atasan melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia bertanggungjawab dalam menetapkan garis panduan pemilihan pegawai-pegawai yang berkelayakan untuk mengikuti LPTS.

7.0

REKOD LATIHAN

7.1 Rekod latihan hendaklah disimpan dan dikemaskini oleh setiap individu dalam sistem Human Resource Management Information System (HRMIS), sistem My-KJ dan pangkalan data latihan JKR. 7.2 Laporan tahunan latihan dan penilaian keberkesanaan latihan hendaklah dikeluarkan oleh Bahagian Latihan dan Penyelidikan JKR Malaysia dan Ketua Program.

8.0

PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN

8.1 Coaches and mentors yang memberikan komitmen yang sepenuhnya dan menunjukkan prestasi yang cemerlang hendaklah diberikan penghargaan bagi menggalakkan latihan dan perkongsian pengetahuan seperti : a) b) c) d) e) f) g) Anugerah Khidmat Cemerlang Anugerah Mentor Cemerlang Anugerah Kecemerlangan Teknikal Surat penghargaan Sebagai calon untuk kurniaan pingat Peluang melanjutkan pelajaran Pemberat markah dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT).

14

www.jkr.gov.my

Anda mungkin juga menyukai