Anda di halaman 1dari 2

Kebolehlaksanaan Teknikal

Kebolehlaksanaan adalah bertujuan untuk memastikan pembangunan projek adalah


wajar atau Berjaya dilaksanakan. Tugas yang terlibat dalam kebolehlaksanaan ini
adalah menilai risiko, menyediakan rancangan yang sesuai serta prosedur kerja yang
mempunyai kesan yang minimum dan berisiko rendah. Terdapat beberapa jenis risiko
kebolehlaksanaan yang boleh dilihat :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Kebolehlaksanaan ekonomi
Kebolehlaksanaan teknikal
Kebolehlaksanaan operasi
Kebolehlaksanaan jadual
Kebolehlaksanaan persekitaran
Kebolehlaksanaan sumber
Kebolehlaksanaan undang-undang
Kebolehlaksanaan politik

Dalam subtopik ini akan membincangkan dari sudut kebolehlaksanaan teknikal yang
mana ianya menyentuh kepada bahagian teknikal dalam pembuatan sistem Easy
Payroll. Setelah mengkaji dan membuat perbincangan dengan pihak pembuat sistem
ini, mereka memerlukan beberapa perisian untuk membina sistem Easy Payroll ini :
1. Perisian XAMPP
2. Adobe dreamweaver
3. Sqlyog (database)
XAMPP merupakan gabungan perisian yang mengandungi Apache web server. Tujuan
utama perisian ini adalah untuk memudahkan pemasangan komponen-komponen
dengan sekali pemasangan tersebut tanpa perlu memasangnya satu persatu. Adobe
dreamweaver ini adalah perisian pembangunan website.

Berikut adalah gambar rajah proses perlaksanaan sistem Easy Payroll yang digunakan
oleh pembuat sistem.
1. Analisis Keperluan
Analisis keperluan pengguna dan membangunkan keperluan pengguna.
Proses ini lebih menyentuh kepada permasalahan pengguna dan perlu
menyelesaikannya dengan pembangunan sistem.
2. Reka bentuk
Merancang sistem berdasarkan segala maklumat yang diberikan daripada
pengguna untuk membuat sistem. Mengubah segala maklumat yang
diberikan kepada satu sistem yang memberi informasi kepada pengguna.
3. Perlaksanaan
Perlaksanaan ini menyentuh kepada perlaksanaan yang memberi
produktiviti berkaitan persekitaran dan resolusi kepada penyelesaian
masalah pengguna.
4. Ujian
Ujian perlu dilakukan ke atas sistem oleh pengguna.
5. Evolusi
Evolusi berlaku apabila pengguna tidak berpuas hati dengan sistem yang
dibangunkan. Oleh itu, pembangun sistem perlu melakukan proses 1
semula sehingga pengguna berpuas hati dengan sistem yang
dibangunkan.

Anda mungkin juga menyukai