Panduan Belajar Geografi 2013
Panduan Belajar Geografi 2013
Geografi adalah ilmu tentang alam sekitar semula jadi dan ilmu tentang kehidupan manusia. Ia bukan sekadar mata pelajaran untuk lulus peperiksaan, tetapi adalah mata pelajaran untuk kehidupan seharian. Kandungan mata pelajaran Geografi KBSM masa kini merangkumi pengajaran & pembelajaran maklumat atau ilmu geografi disamping ilmu tentang penjagaan alam sekitar. Geografi menekankan kepentingan menjaga alam sekitar fizikal kerana ia adalah ruang habitat atau ruang kehidupan yang utama. Jika alam sekitar semula jadi iaitu udara, tanah, air telah musnah, ia akan mengancam kehidupan manusia dan haiwan. Kurangnya penekanan kepada pembelajaran Geografi masa kini, telah memperlihatkan kelahiran peneroka alam yang tidak peka kepada kesejahteraan ruang habitat ini. Akibatnya udara kini teruk tercemar, cuaca dan iklim mula berubah, sumber air bersih semakin berkurangan, sumber hutan dan haiwan semakin pupus. Keadaan ini telah menjejaskan kesejahteraan hidup manusia dan haiwan. Justeru semua pelajar perlu belajar Geografi supaya pada masa hadapan kesejahteraan alam sekitar yang menjadi habitat manusia dan haiwan terjaga.
.............................
Jika jawapannya 'Ya!' jadikan minat sebagai titik mula ANDA melalui kehidupan persekolahan dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan penuh berkeyakinan.. Berikut adalah beberapa tips untuk cemerlang dalam geografi.
1. 2. 3. 4. 5. 6. Tanamkan minat terlebih dahulu dengan mata pelajaran geografi. Tumpukan perhatian semasa guru mengajar. Kalau tak faham, jangan malu, sila bertanya dengan guru. Buat ulangkaji di rumah selepas kembali dari sekolah. Buat nota ringkas kalau boleh dalam bentuk peta minda. Bagi yang melibatkan pengiraan pelajar kena buat banyak latihan misalnya dalam mengira waktu, bearing, jarak, luas, kecerunan dan yang lain- lain. 7. Banyakkan membuat latih tubi topikal (ikut urutan topik). 8. Jadikan diri sendiri sebagai pelajar, guru dan pemeriksa @ minta bantuan guru untuk tolong periksa. 9. Akhir sekali jangan lupa berdoa dan bertawakkal kepada Tuhan agar ilmu yang dipelajari, diberkati dan diberikan kita kejayaan.
Diposkan oleh : Guru Geografi KSAH. Label: Panduan Belajar Geografi
.................. .....................................................................
Mencatat nota adalah satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar. Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu.
Nota
daripada
buku
teks
Pelajar yang menganggap mencatat nota daripada buku teks hanya membuang masa , haruslah berfikir semula. Mencatat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya. Misalnya: 1. Membantu pelajar memahami pelajaran 2. Berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan
3.
Dapat melatih berfikir dapat meningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik. Berikut ada beberapa panduan di mana pelajar boleh menggunakannya untuk mencatat nota: 1. Buat persediaan yang lengkap-misalnya pen,pensil,kertas dan buku. 2. Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat. 3. Kenalpasti kata kunci. Gunakan formula [4 w + h]
What [Apa] Why [kenapa] When [bila] Where [di mana] How [bagaimana]
4. Catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan. 5. Lukiskan gambarajah atau carta yang sesuai.
Contoh-Contoh Nota
1. Peta Minda 2. Carta 3. Grafik
Diposkan oleh : Guru Geografi KSAH. Label : Panduan Mencatat Nota