Anda di halaman 1dari 2

PERANCANGAN STRATEGI BELAJAR

TIGA LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK UNTUK BELAJAR

SETIAP pelajar harus mempunyai perancangan belajar yang strategik iaitu menepati
kehendak dan sasarannya. Perancangan yang strategik dapat menjimatkan masa,
tenaga serta dapat belajar dengan lebih selesa. Berikut disenaraikan beberapa
cadangan yang merupai langkah yang sepatutnya para pelajar lakukan sewaktu
belajar. Ianya juga merupakan persediaan belajar setiap hari untuk sepanjang
tahun.

Semak dan sekiranya anda belum mempunyai perancangan ini sila rancangkan
segera. Para ibu bapa juga boleh membantu anak-anak dalam merangka
perancangan ini. Bagai ibu bapa perancangan ini merupakan salah satu senarai atau
"checklist" untuk membuat pemantuan anak-anak.

Berikut adalah langkah-langkah yang strategik yang harus dibuat oleh seseorang
pelajar dalam rancangan belajar setiap hari.

1. Menyediakan Jadual Perancangan Masa Strategik (JPMS)


· Jadual ini harus mempunyai ruang seperti MASA, PELAJARAN, TOPIK
· Jadual ini perlu disediakan sebelum tiba waktu belajar iaitu contohnya sebelum
2.00 ptg. bagi hari sekolah. Atau sebelum 7.00 pg. pada hari cuti.
· JPMS adalah merupakan matlamat pelajar pada hari tersebut.
· Oleh itu masa yang ditentukan perlulah tepat. Contoh 2.30 ptg – 3.30ptg.
· Pada ruang pelajaran dicatatkan nama mata pelajaran yang ingin diulangkaji
kemudian disusuli pula dengan tajuk atau topik dan disertai dengan muka surat dan
nombor soalan yang ingin dibuat. Contoh: Matematik, (pelajaran), operasi tambah
(topik), ms. 34 soalan 1 –15.
· Segala kerja rumah yang diberikan oleh guru juga boleh dimasukkan dalam JPMS
ini.
·
2. Menyediakan nota belajar dalam bentuk peta minda.
· Nota ringkas dalam bentuk peta minda adalah penting kerana ianya dapat memberi
satu gambaran menyeluruh terhadap satu-satu topik.
· Ianya membantu pemahaman dan dapat mengingat satu-satu topik dengan lebih
cepat.
· Pelbagai cara dapat dibuat peta minda ini. Bagi pelajar-pelajar sekolah rendah,
peta konsep, pengurusan grafik adalah sesuai digunakan. Sila berhubung dengan
cikgu untuk mendapat peneangan cara untuk membuat peta minda ini. Diseini
disediakan contoh membuat peta konsep.
· Peta minda yang telah siap harus disimpan dalam satu fail.
· Dalam peta minda juga boleh dimasukkan fakta , huraian ringkas dan juga gambar.
· Kebiasaannya peta minda dilakar pada topik-topik yang susah diingati.
· Ianya juga boleh ditampal di dinding dalam bilik belajar agar ianya mudah dilihat
dengan segera dan dapat diingat dengan cepat.

3. Menyediakan Lembaran Analisis Keperluan Kendiri (LAKE)


· Ianya merupakan satu analisis atau rumusan sepanjang minggu pelajaran yang
dipelajari di sekolah.
· Tujuannya ialah mencatat dan mengenalpasti topik-topik dan juga bahagian-
bahagian yang masih belum difahami yang telah diajar oleh guru sepanjang minggu.
· Setelah dikenalpasti maka tindakan seterusnya dibuat sama ada bertanya pada
guru, membuat latihan lanjutan dan sebagainya.
· Dalam LAKE ini harus mempunyai ruangan seperti MATA PELAJARAN , TOPIK, ISI /
HURAIAN , TOPIK/BAHAGIAN YANG TIDAK DIFAHAMI , & TINDAKAN.

Demikian tiga langkah perancangan kendiri yang harus dilakukan oleh setiap pelajar
untuk menuju ke arah kecemerlangan.

SEMOGA BERJAYA ………………

Anda mungkin juga menyukai