Anda di halaman 1dari 52

PENGENALAN ANATOMI FISIOLOGI

KAMARUAZLI MOHD YUSOFF


JABATAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH

Satu kajian bidang sains terhadap struktur tubuh badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bermula sejak 2300 tahun yang lalu. Bidang sains yang dinamik dan berkembang. Berasal dari perkataan Greek yang ana bermaksud asingkan dan tome bermaksud memotong. Merangkumi beberapa subdisiplin : > Anatomi Kasar / Gross - Mengkaji struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar. i. Anatomi kawasan / regional Semua struktur dalam bahagian atau kawasan tubuh yang dikaji secara berkumpulan. Contoh : anatomi bahagian kepala atau abdomen. ii.Anatomi bersistem / systemic Semua organ yang mempunyai fungsi yang ada kaitan antara satu sama lain akan dikaji secara bersama untuk melihat hubung kait antara struktur dan fungsinya.

iii. Anatomi permukaan / surface Melibatkan struktur-struktur tubuh yang dapat dilihat dan dirasa pada permukaan tubuh. > Anatomi Mikroskopik / Histologi - Kajian tisu dengan bantuan mikroskop. Pengajian anatomi mikroskop penting kerana banyak proses fisiologi dan penyakit berlaku pada aras sel.

KEPENTINGAN ANATOMI

Dapat memahami fungsi dan keggunaannya dalam penjagaan kesihatan. Dapat diaplikasikan dalam kegiatan pendidikan jasmani dan sukan. Dapat dijadikan asas bagi memerikan teknik-teknik lakuan sukan dan meningkatkan prestasi sukan. Dapat mengelakkan sebarang kecederaan atau masalah kesihatan yang mungkin timbul sebagai akibat daripada perlakuan yang salah

KEDUDUKAN ANATOMI

Kedudukan anatomi bermakna tubuh berada dalam keadaan berdiri tegak dengan kepada, mata, dan jari kaki menghadap ke hadapan, manakala anggota atas terletak di sisi tubuh dengan tapak tangan menghadap ke hadapan. SATAH Satah sebenarnya tidak wujud,tetapi merupakan satu garisan khayalan semata-mata.

Satah boleh dibahagikan kepada :

Satah Median / Midsagital - Membahagikan tubuh manusia kepada dua bahagian iaitu kanan dan kiri. Sempadan hadapan dan belakang satah ini akan bertemu di kulit hadapan dan belakang di satu garisan yang dikenali sebagai garisan median / tengah. Satah Sagital - Satah vertikal yang selari dengan satah median dikenali sebagai satah sagital.

Satah Koronal / Frontal Satah vertikal yang bermula dari satu sisi tubuh ke sisi yang lain dan membentuk sudut tepat dengan satah sagital. Satah ini membahagikan tubuh kepada bahagian hadapan dan belakang. Satah Transvers Satah transvers membentuk satu sudut tepat dengan satah sagital dan satah koronal. Satah ini membahagikan tubuh kepada bahagian atas dan bawah. Satah Oblik Satah oblik tidak membentuk sudut tepat dengan semua satah yang disebut di atas.

ISTILAH-ISTILAH KEDUDUKAN

Istilah-istilah ini digunakan untuk menyatakan kedudukan struktur. > > > > > > Anterior / Ventral / Hadapan Posterior / Dorsal / Belakang Superior / Kranium / Rostral Inferior / Kaudal / Bawah Medial Lateral

>

Anterior Bahagian yang terdekat dengan permukaan hadapan tubuh. Contoh : Sternum terletak anterior kepada jantung. Posterior Bahagian yang terdekat dengan permukaan belakang Contoh : Jantung terletak posterior kepada sternum. Superior Bahagian yang terdekat dengan kepala. Inferior Bahagian yang terdekat dengan tapak kaki.

>

>

>

Contoh : Jantung terletak superioir kepada gaster, manakala gaster terletak inferior kepada jantung. > Medial Bahagaian yang terdekat dengan satah median tubuh. Lateral Bahagian yang menjauhi satah median tubuh.

>

PENGENALAN KEPADA SISTEM-SISTEM TUBUH


SISTEM ORGAN KOMPONEN UTAMA

FUNGSI UTAMA Pembalut luar tubuh. Melindungi dan mengelak kecederaan pada tisu-tisu dalaman. Sintesis vitamin D. Lokasi pengesan rasa (tekanan,sejuk, sakit, panas dan sentuhan) Lokasi kelenjar peluh dan kelenjar minyak. Mengkumuhkan air, asid urik dan lebihan garam mineral.

Sistem Integumentari

Kulit Rambut Kuku

Sistem Rangka

Tulang rangka Kartilej Ligamen Sendi

Memberi bentuk dan mengekalkan bentuk tubuh. Menyokong berat badan. Melindungi dan menyokong organ-organ badan (otak, saraf tunjang, jantung dan paru-paru) Tuas untuk pergerakan badan. Lokasi pembentukan sel darah merah dan putih serta platelet di dalam sum-sum tulang * Lokasi perlekatan otot.

Sistem Otot

Otot Rangka

Menghasilkan lokomotor. Mempamerkan ekspresi muka. Mengekalkan postur badan. Menghasilkan haba melalui aktiviti sel (tindak balas metabolisme) di dalam otot.

Sistem Saraf

Otak Saraf tunjang Saraf periferi Reseptor

Sistem kawalan tindak balas pantas badan. Bertindak balas terhadap perubahan (rangsangan) dalaman dan luaran badan dengan mengaktifkan yang berkaitan.

Sistem Endokrina

Kelenjer-kelenjar : Tiroid Pituitari Adrenal Pineal Pankreas Timus Ovari Testis

Kelenjar merembeskan hormon untuk menyelaras dan mengawal atur proses fungsi tubuh seperti pertumbuhan, reproduktif, dan kegunaan nutrien oleh sel-sel badan (metabolisme). Mengubahsuai aktiviti sistem organ-organ yang lain dengan bertindak balas secara perlahan terhadap struktur atau persekitaran.

Sistem Kardiovaskular

Jantung Darah Salur darah

Jantung mengepam darah. Darah adalah pengangkutan utama badan dengan membawa hormon, nutrien dan oksign ke seluruh badan serta bahan kumuh seperti kardon dioksida ke sistem respiratori. Salur darah menyerap oksigen dari paru-paru ke jantung secara resapan. Salur darah adalah medium aliran darah ke seluruh badan.

Nodus Limfa Pembuluh limfatik Duktus torasik Sistem Limfatik Organ : Timus Limfa

Rumah kepada sel darah putih yang menjadi sistem pertahanan badan (imunisasi) dari jangkitan dan penyakit. Memungut cecair yang bocor dari pembuluh darah (samada melalui resapan atau penyejatan) dan mengembalikannya semula ke pembuluh darah. Mengkumuhkan puing ke dalam aliran limfatik.

Sistem Respiratori

Rongga hidung Farinks Larinks Bronkiol Paru-paru

Membekal oksigen ke dalam darah dan mengkumuh karbon dioksida. Paru-paru sebagai lokasi pertukaran gas (resapan melalui dinding pundi-pundi udara) antara oksigen dengan karbon dioksida.

Sistem Pencernaan

Rongga mulut Esofagus Perut Usus besar Usus kecil Rektum Anus

* Memecahkan makanan kepada unit-uit yang boleh diserap oleh darah (dalam bentuk nutrien) untuk diagihkan ke seluruh sel badan. Makanan yang tidak dicernakan dikumuhkan dalam bentuk najis.

Sistem Urinari

Ginjal Pundi kencing

Menyingkirkan bahan-bahan kumuh nitrogen dari badan. Mengawal air dan elektrolit. Mengawal keseimbangan asid-bes dalam darah.

Sistem Reproduktif

Lelaki : Testis Penis Pundi prostat Skrotum Perempuan : Ovari Salur uterin(falloppio) Uterus Vigina

Menghasilkan generasi akan datang. Testis menghasilkan sperma dan hormon seks lelaki. Duktus dan kelenjar membantu menyalurkan sperma ke trek reproduktif wanita.

Ovari menghasilkan telur dan hormon seks wanita. Uterus adalah lokasi persenyawaan antara sperma dan ovum (sel telur) dalam perkembangan janin semasa kehamilan.

ORGANISASI STRUKTUR MANUSIA


Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang kompleks. Tubuh terbentuk daripada unit-unit kecil dikenali sebagai atom. Atom berada pada aras pertama struktur manusia iaitu aras kimia. Atom kemudiannya bergabung sesama sendiri membentuk molekul seperti karbon dioksida dan air. Penggabungan molekul akan membentuk molekul makro seperti karbohidrat, lipid, protein dan asid nukleik. Struktur bentuk molekul makro menjadi aras sel. Sel merupakan benda hidup terkecil yang terdapat dalam badan. Sel mempunyai pelbagai fungsi seperti pengangkut nutrien dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolisme dan mengeluar karbon dikoksida daripada tubuh. Aras berikutnya ialah aras tisu. Tisu adalah sekumpulan sel yang secara bersama menjalankan fungsi khusus yang sama.

Terdapat 4 jenis tisu dalam badan manusia : > tisu epitelium - menutupi bahagian luar kulit dan membuat garisan-garisan pada kulit > tisu penghubung - menyokong dan menyambung tisu-tisu antara otot dengan tulang (tendon) dan tulang ke tulang (ligamen) > tisu otot - menggerakkan tulang-tulang > tisu saraf - satu alat komunikasi dalam badan yang beroperasi secara berterusan melalui impuls elektrik. Organ merupakan struktur yang terbentuk hasil daripada gabungan dua tisu atau lebih. Ginjal, hati dan jantung mempunyai keempat-empat jenis tisu.

Aras sistem terbentuk hasil daripada gabungan beberapa organ yang berbeza bagi menghasilkan tugas-tugas yang tertentu. Aras organisasi yang tertinggi ialah aras organisma. Aras ini merangkumi kesemua aras yang berfungsi untuk mencapai kesejahteraan hidup.

SEL

Benda hidup yang terkecil yang terdapat dalam badan.

SIFAT-SIFAT SEL

Pernafasan - Oksigen adalah penting untuk metabolisma semua sel hidup. - Sel-sel tubuh menerima oksigennya melalui pengaliran darah. Penggunaan nutrien - Ini termasuk proses memakan, menghadam, menyerap dan menggunakan nutrien. Perkumuhan - Setiap sel mempunyai vacuole. - Bahan kumuh dikeluarkan melali vacuole dan diangkut oleh darah ke organ perkumuhan.

Membina dan memperbaiki - Zat-zat makanan (protien) penting untuk membentuk sel-sel baru dan memperbaiki sel-sel yang rosak.
Pembiakan - Sel-sel bagi manusia membiak dengan cara mitosis. Bertindak balas terhadap rangsangan - Setengah-setengah sel mempunyai kuasa bertindak balas seperti sel darah putih. - Ada sel yang menghasilkan bendalir apabila terangsang seperti kilang air liur. - Ada sel yang menguncup apabila terangsang seperti sel otot.

STRUKTUR SEL

Sel membran - Sangat nipis dan telap kepada cecair. Protoplasma - Bahan yang menyerupai agat-agar. - Terdapat di seluruh sel kecuali di nukleus. - Terdiri darpada protien, lemak, karbohidrat, garam mineral dan air. Vocuole - Bahan kumuh sel disingkirkan melalui vocuole. Nukleolus - Jisim bulat halus yang terdapat dalam nukleus sel.

Nukleus - Terbina daripada protien. - Di dalamnya terdapat kromosom yang merupakan bahan yang sangat penting bagi kehidupan. - Kromosom mengandungi bahan yang dinamakan Asid Deoksiribonukleik (DNA). - Sel manusia mempunyai 23 pasang kromosom(46). Gen - Menentukan sifat-fifat keturunan. - Setiap sifat keturunan bergantung kepada gennya.

Sel jantina - Sel keturunan jantina bagi perempuan dihasilkan oleh ovari(ovum). - Sel keturunan jantina bagi lelaki dihasilkan oleh testis(sperma)

Tisu Penghubung > Tisu berfiber > Tisu kenyal > Tisu penyimpan lemak > Tisu limfatik > Tisu rawan > Tisu tulang > Tisu darah Tisu Saraf

TISU
Gabungan sekumpulan sel.

JENIS-JENIS TISU
Dalam tubuh manusia terdapat 4 jenis tisu utama.

Tisu Epitelium > Epitelium Turus > Epitelium Turus Bersilia > Epitelium Leper - Epitelium Leper Biasa - Epitelium Leper Berlapisan Tisu Otot > Tisu Otot Terkawal > Tisu Otot Luarkawal > Tisu Otot Jantung

SIFAT DAN FUNGSI TISU

Tisu Epitelium Turus - Terdiri dari satu lapisan sel sahaja. - Tisu ini menubuhkan kelenjar-kelenjar bendalir seperti kelenjar tiroid, kelenjat air liur, kelenjar susu. - Terdapat di bahagian lapisan perut, usus dan lapisan saluran pernafasan. - Fungsinya : Menghasilkan bendalir seperti lendir, bendalir perut, bendalir usus. Bertanggungjawan terhadap penyerapan nutrien dalam saluran penghadaman.

Epitelium Turus Bersilia - Tisu ini menterupai epitelium turus tetapi pada hujung permukaan sel-sel terdapat bulu-bulu halus iaitu silia. - Terdapat dalam saluran pernafasan dan rongga hidung. - Silia sentiasa bergerak dan pergerakan ini akan menahan debu dan kuman dari masuk ke dalam saluran darah. - Silia juga terdapat dalam saluran fallopia.

Epitelium Leper Biasa Terdiri dari satu lapisan sahaja. Dibentuk oleh sel-sel leper dan nipis. Telap kepada air. Terdapat di salur darah, salur limfatik, selaput jantung, selaput paru-paru.

Epitelium Leper Berlapisan - Teratur secara satu lapisan di atas yang lain. - Memberi perlindungan membentuk lapisan kulit luar (epidermis). - Selaput lapisan di mulut, faring, trekea, faraj dan salur kencing.

TUGAS UTAMA TISU EPITELIUM > > > > Perlindungan Penghasilan bendalir Penyerapan Pergerakan

Tisu Otot Terkawal - Terlekat pada semua tulang dan gerakannya boleh dikawal dengan kehendak individu. - Ia dibina daripada fiber otot. Tisu Otot Luarkawal - Dikenali sebagai otot tanpa jalur atau otot licin. - Terdapat dalam organ perut, usus, salur darah, pundi kencing. - Terdapat satu nukleus di tengah sel. Tisu Otot Jantung - Jenis otot luarkawal - Terdapat di jantung sahaja. - Mempunyai fiber yang bercabang. - Mempunyai kuasa penguncupan berirama dan secara automatik.

SIFAT TISU OTOT

Penguncupan - Boleh menebal dan memendek Berelastik - Tisu otot boleh diregangkan kerana ia berelastik dan boleh kembali ke saiz asal selepas regangan. Lesu - Setelah menguncu beberapa kali otot itu telah menggunakan oksigen dan glukos dalam simpananya. - Asid laktik terhasil dan dihimpun dalam otot menyebabkan otot - menjadi lesu dan hilang separuh kuasa penguncupannya. - Selepas berehat sekejap,bekalan baru oksigen dan glukos dibawa darah kepada otot yang lesu. Ini menyebabkan otot akan dapat menguncup semula dengan cergas. Kesegaran Otot - Bersedia untuk menguncup dengan segera walaupun dalam keadaan rehat.

Tisu Saraf - Neuron merupakan unit yang membentuk tisu saraf. > > > > > dendrit nukleus akson sarung mielin terminal akson

- Sel saraf tidak dapat membiak seperti sel-sel tubuh yang lain. - Jika ia termusnah,pemusnahan akan kekal. - Jika separuh yang rosak maka ia ada peluang sel itu boleh pulih semula.

Tisu berfiber > Fiber elastik - boleh diregangkan - dinding salur darah (salurnadi,treakea) > Fiber tak elastik - tidak dapat diregangkan - tendon, ligamen Tisu kenyal - terbina dari daripada fiber tak elastik dan elastik - longgar kerana antara fiber terdapat banyak ruang halus - terdapat diseluruh bahagian badan Tisu penyimpan lemak - sama dengan tisu kenyal tetapi ruang di dalamnya dipenuhi dengan sel-sel lemak - di bawah kulit, mengelilingi jantung dan ginjal

Tisu limfatik - terdiri daripada tisu berfiber dan tisu kenyal - di dalamnya terdapat berjuta-juta sel limfatik - memainkan peranan penting dalam serangan bakteria - menghasilkan sel limfatik, sel plasma darah, monosit(sejenis sel darah putih) Tisu rawan - tisu yang kuat dan liat. - kebanyakan tulang berasal dari rawan sebelum diganti dengan tisu tulang > Tisu rawan fiber - terletak antara ruas tulang belakang - sendi lutut

> Rawan elastik - dibina daripada fiber-fiber elastik - cuping telinga > Rawan hialin - licin dan berkilat seperti kaca - hujung tulang (sendi) - membentuk dinding rawan salur nafas dan rawan rusuk

Tisu Tulang - merupakan tisu penghubung yang paling kuat dalam tubuh - dibina daripada bagan organan dan bukan organan

MEMBRAN (SELAPUT) Merupakan lapisan tisu nipis yang regang yang membaluti atau melapisi bahagian-bahagian dalam tubuh. Tiga jenis membran : > Membran basah/mukosa - sel-sel yang membina membran ini menghasilkan sejenis cecair yang likat dan berlendir - Membran ini dibina daripada sel-sel epitalium - Berperanan menahan debu dan kuman daripada memasuki salurdarah. - Lendir yang dihasilkan membasahkan permukaan salur- salur. - Permukaan selaput basah di dalam usus membenarkan penyerapan zat-zat makanan yang telah dihadam.

> Membran Serosa - terbina dari sel-sel epitalium leper - menghasilkan sejenis bendalir yang cair - dua laisan selaput - geseran antara dua organ dapat dielakkan - memberi permukaan licin yang membolehkan berbagai organ bergerak tanpa geseran - meliputi paru-paru dan melapisi ruang dada - meliputi jantung - meliputi berbagai organ dalam abdomen dan melapisi ruang abdomen > Membran Sinovia - melapisi sendi dan sarung tendon bagi membolehkan pergerakan yang licin. - menghasilkan bendalir sinovia yang likat dan melicinkan sendi

SISTEM RANGKA MANUSIA


*

Sistem rangka memberi bentuk kepada tubuh manusia. Rangka dapat berfungsi sebagai pelindung dan penyokong keada organorgan lain pada tubuh manusia. 206 ketul tulang pada rangka manusia dewasa. Ketika lahir rangka bayi terdiri daripada 350 ketul tulang lembut. Semasa tumbesaran terdapat beberapa tulang bercantum. Proses percantuman lengkap apabila berusia 20-25 tahun. Sistem rangka terdiri daripada tulang-tulang dan struktur-struktur sokongan seperti ligamen, tendon, dan kartilej. Ligamen - sejenis tisu berfiber kenyal - menghubungkan tulang dengan tulang - berfungsi mengekal dan menetapkan tulang pada kedudukannya - membolehkan pergerakan pada sendi.

>

Tendon - sejenis tisu berfiber tidak kenyal yang sangat kuat - melekatkan otot pada tulang dan juga pada otot yang lain. - apabila otot berkontraksi, tendon yang terdapat pada hujung otot akan menarik tulang. - ini menyebabkan pergerakan pada tulang-tulang yang membentuk sendi. Kartilej -

tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada saluran darah terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz menyaluti hujung tulang yang membentuk sendi melindungi tulang-tulang daripada haus semasa berlaku geseran antara sendi - penyerap hentakan - meningkatkan stabiliti pada sendi

FUNGSI SISTEM RANGKA

Sokongan - Tulang membentuk rangka tubuh bagi menyokong tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh. Contoh : pelekatan otot-otot rangka pada tulang-tulang rangka Perlindungan - Rangka melindungi organ-organ dalaman yang penting seperti saraf tunjang, jantung, otak dan mata. Contoh : kranium melindungi otak, sangkar rusuk melindungi paru-paru dan jantung. Pergerakan - Apabila otot yang melekat pada tulang berkontraksi, tulang-tulang akan bertindak sebagai tuas bagi menghasilkan pergerakan yang berpaksi pada sendi. Contoh : Sendi lutut melibatkan fibula, tibia dan femur

Pembentukan sel darah - Sum-sum merah yang terdapat di dalam tulang menghasilkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dan nutrien ke seluruh bahagian tubuh. - Terdapat juga sum-sum di dalam tulang lain yang membentuk selsel darah putih untuk memusnahkan bakteria yang tidak memudaratkan. Penstoran mineral - Tulang rangka merupakan tempat penstoran mineral seperti kalsium dan fosforus. - Terdapat lemah yang distorkan di dalam kaviti tulang. - Lemak ini akan diserapkan kew dalam darah apabila diperlukan untuk kegunaan tisu-tisu lain sebagai sumber tenaga.

KLASIFIKASI TULANG

Tulang Panjang - tulang-tulang yang ukuran panjangnya lebih berbanding ukuran lebarnya. - tuas yang berkesan dalam memudahkan pergerakan - kebanyakan tulang panjang adalah tulang-tulang mampat. Contoh : humerus, radius, ulna, femur, tibia, fibula dan falanges

Tulang Pendek - berbentuk kiub yang ukuran panjang dan lebarnya tidak begitu banyak perbezaan. Contoh : tarsal dan karpal

Tulang Leper - tulang-tulang yang berbentuk pipih dan melengkung. - berfungsi melindungi organ-organ yang lembut. Contoh : rusuk, ileum, sternum, skapula dan kranium

Tulang Tak Sama Bentuk - adalah tulang-tulang yang tidak boleh dikategorikan dalam jenis tulang panjang, tulang pendek dan tulang leper. - berfungsi sebagai tempat pelekatan otot Contoh : vertebra dan sfenoid

STRUKTUR TULANG PANJANG


* Struktur tulang panjang menyediakan rangka tuas yang teguh bagi membolehkan pergerakan dalam aktiviti-aktiviti fizikal. Pertumbuhan tulang panjang secara diameter dan memanjang. Setiap tulang panjang mempunyai dua episifis. Di antara epifisis terdapat diafisis. Permukaan tulang dilapisi periosteum kecuali permukaan tulang yang berartikulasi dengan tulang lain. Ia diliputi oleh kartilej.

Epifisis - terletak pada kedua-dua hujung tulang panjang. - terdiri daripada lapisan nipis tulang mampat yang melingkasi tulang berongga. Diafisis - bahagian batang tulang keras yang mampat dan disaluti periosteum. - Diafisis melingkari kaviti medulari yang mengandungi lemak. Periosteum - menyediakan saluran darah dan saraf ke tulang. - bahagian tulang yang menghasilkan sel-sel untuk membesar secara diameter. - bertindak melindungi diafisis.

PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN TULANG Osteogenesis and ossification indicating the process of bone formation. Os = bone genesis = beginning formation of the body skeleton Tulang terdiri daripada sel tulang yang berfiber kolagen dan bahan matriks bermineral padat. Tulang terbentuk hasil daripada sel osteoblas yang merembeskan bahan matriks organik fiber-fiber untuk merangkap mineral. Osteoblas yang matang dikenali sebagai osteosit. Osteoklas ialah sel-sel yang melarutkan mineral dalam tulang. Osteoblas dan osteoklas akan bersama-sama bertindak untuk mengubah ketumpatan dan bentuk tulang. Osteoblas lebih aktif ketika berusia muda. Ostoeklas aktif kepada mereka yang berumur.

Ketika embrio, tulang-tulang rangka(tulang lembut) terbina daripada kartilej hialin. Tulang lembut ini kemudianya membentuk tulang keras yang dihasilkan melalui proses osifikasi tulang. Proses ini bermula ketika embrio berusia enam minggu dan berterusan sehingga dewasa.
PERINGKAT-PERINGKAT SEMASA PROSES OSIFIKASI TULANG RANGKA

Peringkat I - Osteoblas menyaluti sepenuhnya model kartilej hialin dengan bahan matriks bermineral. Peringkat II - Osteoblas akan memendapkan bahan matriks bermineral dalam kartilej ke bahagian dalam tulang. - Osteoblas beransur-ansur bertukar menjadi osteosit untuk membentuk tulang baru.

Peringkat III - Semasa proses ini berterusan, kartilej yang terdapat pada bahagian dalam tulang akan menjadi keras. Peringkat IV - Model kartilej hialin di bahagian dalam tulang akan dilarutkan oleh osteoklas untuk membentuk kaviti medulari. - Pembentukan kaviti ini merupakan peringkat terakhir dalam proses osifikasi tulang.

PERTUMBUHAN TULANG

Semasa proses tumbesaran, sel-sel pada plat epifisial tulang panjang akan membahagi secara mitosis untuk memanjangkan tulang. Semasa proses ini, osifikasi tulang terus berlaku pada kedua-dua epifisis. Pada usia akhir akhir baligh ketika tumbesaran tulang hampir lengkap, hormon estrogen dan hormon testosteron akan merencatkan pembahagian sel-sel pada plat epifisal.

Ini akan menyebabkan plat epifisial mengecil.


Ketika berumur 18 tahun, kebiasaannya tumbesaran tulang secara memanjang terhenti dan sel-sel pada pada plat plat epifisial turut berhenti membiak.

Osifikasi tulang terus berlaku sehingga lapan tahun berikutnya.

Pada peringkat ini, diafisis akan bersatu dengan epifisis. Garisan epifisial untuk mengantikan plat epifisial. Semasa tumbesaran, diameter tulang juga bertambah akibat daripada pertambahan keban ke atas tulang.

1. RANGKA AKSIAL (THE AXIAL SKELETON)

Tengkorak (skull) - cranium, facial bones, orbits and nasal cavity, paranasal sinuses, hyoid bone Tulang vertebra (vertebral column) - 24 movable vertebrae (7 cervical, thoracic, 5 lumbar, sacrum and cocyx Sangkar torasik (bony thorax) - 12 rib pairs, sternum, thoracic vertebrae

2. RANGKA APENDIKULAR (THE APPENDICULAR SKELETON)

The pectoral (shoulder) Girdles - clavicles - scapula The upper limb - arm - forearm - hand The pelvic(Hip) - illium - ischium - pubis The lower limb - thigh - leg - foot

ARTIKULASI

Anda mungkin juga menyukai