Anda di halaman 1dari 2

Cara Seorang Suami Meli'ankan Isterinya Suami perlu berkata di hadapan kadi, "Saya bersaksi dengan nama Allah,

sesungguhnya saya di antara orang-orang yang benar dalam tuduhan terhadap isteri saya _________ (nama dan bintinya jika tidak hadir) atau terhadap isteri saya ini (sambil menunjukkan ke arah isterinya jika hadir) yang telah melakukan zina" Jika kanak-kanak tidak diakuinya sebagai anak yang sah, perlu ditambah di dalam ucapannya, "Sesungguhnya anak ini adalah hasil perzinaannya. Dia bukanlah anak dari saya" Ucapan tadi perlu diulangi sebanyak 4 kali oleh si suami dan yang kelima perlu menyebut, "Saya rela menanggung kutukan Allah jika saya di antara orang-orang yang dusta dalam tuduhan saya terhadapnya yang melakukan zina" Isteri yang tidak mengakui kebenarannya, dia hendaklah membalas li'an suaminya selepas sempurna ucapan suaminya. Tujuannya ialah melepaskan diri daripada pembalasan had zina. Ucapan balas li'annya, "Saya bersaksi dengan Allah, sesungguhnya ____________(iaitu suaminya) di antara orangorang yang dusta dalam tuduhannya terhadap saya yang melakukan zina." Ucapan balas li'an hendaklah diulang oleh isterinya sebanyak 4 kali dan pada kali kelima, isteri perlu menyebut, "Saya rela menerima kemurkaan Allah jika dia dari orang-orang yang benar di dalam tuduhannya terhadap saya yang melalukan zina"

AKIBAT YG BERLAKU SELEPAS LI'AN -Gugur pembalasan hak qadhaf dari tanggungan si suami sebaliknya tuduhan zina terhadap isteri jika isteri tidak membalas li'annya. -Berlaku penceraian selama-lamanya di antara mereka berdua sebagai talaq ba'in. - Tidak harus dinasabkan kepada si suami anak yang tidak diakui olehnya ketika dia meli'ankan ibunya.

Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh Suami untuk melepaskan Hak Qadhaf -Dengan membawa 4 orang saksi lelaki yang sempurna syarat-syarat kelayakan diri bagi mengukuhkan tuduhan dan mensabitkan pembalasan hak zina ke atas isteri. -Dengan meminda tuduhan qadhafnya kepada li'an. #Dengan li'an, terlepaslah suami daripada pembalasan hak qadhaf iaitu 80 sebatan. Bagi pihak isteri dia hendaklah membalas li'an suaminya untuk melepaskan dirinya daripada hak qadhaf. (sesudah itu, mereka akan dipisahkan oleh kadi buat selama-lamanya)

Ayat Al-Quran mengenai Li'an - Surah An-Nur ayat 6-9

Anda mungkin juga menyukai