Anda di halaman 1dari 6

S

Muqaddimah: Proses memurnikan jiwa manusia agar menjadi insan rabbani yang berjiwa suci tidak dapat lari daripada menjalani dua proses pembinaan manusia iaitu membina sahsiah/akhlak dan membina thaqafah(pemikiran). Melalui dua proses ini manusia akan menjadi insan soleh yang terpimpin jiwanya ke arah jalan keluhuran dan keredaan Allah S.W.T,lantas akan muncul watak-watak suci yang memahami tentang erti dan tujuan hidup . Matlamat: Melahirkan golongan pelajar yang jelas tentang matlamat hidup dengan menjadikan dakwah sebagai method untuk penambahan ilmu dan melakukan penjernihan jiwa terhadap rakan-rakan sebaya khasnya serta terhadap masyarakat sekeliling amnya. Objektif: 1. Memujudkan kumpulan pelajar yang menjadi penggerak kepada proses pembinaan peribadi muslim. 2. Mewujudkan pemimpin rakan sebaya yang berkesan dan membantu guru-guru dalam proses pendidikan jiwa dan rohani. 3. Mewujudkan suasana/biah yang berkesan serta membantu ke arah mendidik pelajar menjadi insan berjiwa luhur. Sasaran: Pelajar-pelajar yang tinggal di asrama SMKA dan SABK seluruh negeri Kedah. Wadah: Badan Dakwah dan Kerohanian Pelajar(BADAR) Methodologi/aktiviti: 1. 2. 3. 4. 5. Tazkirah pelajar. Kuliah Tafaqquh Guru (Kitab-kitab turath); Hadis/ Tafsir/Feqah/Tasauf/Tajuid/dll. Usrah/LiqaPelajar/Guru; mingguan/bulanan/umum. Wacana Ilmu/Forum/Ceramah. Amalan Tazkiyatun Nafs; Solat nawafil/puasa/iftar/Qiamullail.

Tempoh Perlaksanaan/Pemantauan: Sepanjang tempoh sesi persekolahan, tumpuan pada waktu perdana(antara Magrib dan Isyak) atau hujung minggu dilaksanakan secara berkala; harian/mingguan/bulanan. Penutup/Harapan: Adalah diharapkan program semarak rohani ini akan melahirkan pelajar berjiwa rabbani yang suci seterusnya menjadi benteng yang ampuh dalam mendepani cabaran alaf teknologi maklumat maya, yang memerlukan kekuatan rohani untuk menyaring maklumat negatif dan berbudaya kuning. Semoga Allah merestui dan merahmati usaha yang murni ini.
Disediakan Oleh:
PPK Pengurusan Kepimpinan, Unit Operasi Dakwah, SPI, JPN Kedah.

CONTOH PERLAKSANAAN PROGRAM SEMARAK DAKWAH

AKTIVITI 1 1.0 2.0 3.0 Masa Alatan Objektif 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5

: TAZKIRAH PELAJAR : 20 minit : Buku Hadis 40/Kitab Hadis Sunan Bukhari, Muslim/syarah dll :

Pelajar dapat memupuk sifat berani untuk berkhutbah/berucap secara terbuka Pelajar dapat mempamirkan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dengan kebolehan mengeluar pendapat sendiri di hadapan khalayak ramai. Pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri yang tinggi kerana sentiasa menerima tanggungjawab yang berat. Pelajar dapat menyalurkan idea yang bernas dan berkesan untuk kebaikan bersama. Membina sikap keterbukaan sebagai pemimpin yang sedia berhadapan dengan pelajar lain. :

4.0

Prosedur 4.1 4.2

Solat Berjamaah harian yang dilakukan pada setiap hari pada waktu maghrib dan isya Pengiliran pelajar menyampaikan tazkirah di surau atau masjid dilaksanakan oleh BADAR. :

5.0

Falsafah

5.1 5.2 5.3

Sebagai seorang pelajar muslim sewajarnya berperanan mengajak pelajar lain agar menurut perintah Allah S.W.T Sebagai seorang pelajar muslim sebaiknya menyemai sifat-sifat mahmudah seorang muslim menurut kacamata Islam Pelajar muslim wajar mengenali jatidiri sendiri dan membuat perbandingan berlandaskan buruk baik seperti yang di kehendaki oleh agama Islam

CONTOH PERLAKSANAAN PROGRAM SEMARAK DAKWAH

AKTIVITI 2 1.0 2.0 Masa Alatan

: KULIAH TAFAQQUH : 30 minit : Kitab Aqidah/Tafsir/Feqah/Tasauf(cth; Aqidatun Najin, Tafsir Jalalain, Fathul Muin, Muniayatul Musolli, Al-Iqna, Al-Azkar, Penawar Bagi Hati dll.

3.0

Objektif 3.6 3.7 3.8

Pelajar dapat memupuk sifat keyakinan untuk meneroka bidang ilmu teras syariat Islam Pelajar dapat mempamirkan kesungguhan yang tinggi dalam mendalami ilmu agama.. Pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri yang tinggi kerana sentiasa menerima ilmua gama dari sumber yang sahih 3.9 Pelajar dapat mengembang idea yang bernas dan berkesan untuk kebaikan bersama. 3.10 Membina sikap keterbukaan yang bersesuaian dengan syariat Islam ketika berhadapan dengan pelajar lain. 4.0 Prosedur 4.3 4.4 :

Solat Berjamaah harian yang dilakukan pada setiap hari pada waktu maghrib dan isya Pengiliran guru menyampaikan Kuliah Tafaqquh di surau atau masjid disusunatur oleh BADAR :

5.0

Falsafah

5.4 5.5 5.6

Sebagai seorang pelajar muslim sewajarnya dapat menyatakan kitab utama yang menjadi rujukan umat Islam. Sebagai seorang pelajar muslim sebaiknya menyemai sifat-sifat mahmudah seorang muslim menurut kacamata Islam Pelajar muslim wajar mengenali ilmu-ilmu utama yang mendasari Aqidah, feqah dan Tasauf Islam

CONTOH PERLAKSANAAN PROGRAM SEMARAK DAKWAH

AKTIVITI 3 1.0 2.0 3.0 Masa Alatan Objektif

: USRAH : 30 minit : Buku Hadis 40/Apa Ertinya Saya Menganut Islam/buku Tafsir/Sirah dll :

3.11 Pelajar dapat memupuk sifat cintakan Islam dan sedia berkhidmat untuk agama. 3.12 Pelajar dapat mempamirkan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dengan kebolehan mengeluar pendapat sendiri di kalangan ahli usrah. 3.13 Pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri yang tinggi serta menerima tanggungjawab yang berat dan mencabar. 3.14 Pelajar dapat menyalurkan idea yang bernas dan berkesan untuk kebaikan bersama. 3.15 Membina sikap keterbukaan sebagai pemimpin yang sedia berhadapan dengan pelajar lain. 4.0 Prosedur 4.5 4.6 4.7 5.0 :

Solat Berjamaah harian yang dilakukan pada setiap hari pada waktu maghrib dan isya Penyusunan kumpulan pelajar dalam halaqah usrah yang diketui oleh Naqib di surau atau masjid disusun atur oleh BADAR. Usrah Nuqabak yang pimpin oleh guru. :

Falsafah

Sebagai seorang pelajar muslim sewajarnya berperanan mengajak pelajar lain agar menurut perintah Allah S.W.T 5.8 Sebagai seorang pelajar muslim sebaiknya menyemai sifat-sifat mahmudah seorang muslim menurut kacamata Islam 5.9 Pelajar muslim wajar mengenali jatidiri sendiri dan membuat perbandingan berlandaskan buruk baik seperti yang di kehendaki oleh agama Islam. 5.10 Menyemai sifat ukhuwwah dan kasih sayang agar bersatu dalam menegakkan Syariat Islam.

5.7

CONTOH PERLAKSANAAN PROGRAM SEMARAK DAKWAH

AKTIVITI 4 1.0 2.0 3.0 Masa Alatan

: WACANA ILMU/FORUM/CERAMAH : 60 minit : LCD/LAPTOP

Objektif : 3.1 Pelajar dapat memupuk kerjasama dalam pasukan untuk melaksanakan program lebih besar. 3.2 Pelajar dapat mempamirkan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dengan kebolehan mengatur dan menyusun kerja pelaksanaan program. 3.3 Pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri yang tinggi kerana sentiasa menerima tanggungjawab yang berat serta berusaha melaksanakannya. 3.4 Pelajar dapat menyumbangkan idea yang bernas dan berkesan untuk kebaikan bersama. 3.5 Membina sikap keterbukaan sebagai pemimpin yang sedia berhadapan dengan pelajar lain. Prosedur : 4.1 Memilih tajuk Wacana ilmu/Forum/Ceramah yang bersesuaian. 4.2 Membuat penetapan tarikh, tempat, perbelanjaan, penceramah/ahli panel. 4.3 Membina Jawatan kuasa Pelaksana Program dan bermesyuarat tentang pelaksanaan program yang disusun dilaksanakan oleh AJK BADAR Falsafah : 5.1 Sebagai seorang pelajar muslim sewajarnya berperanan menyemarak majlis ilmu agar semua mendapat manfaat. 5.2 Sebagai seorang pelajar muslim sewajarnya mencintai majlis ilmu kerana ia merupakan sebahagian daripada taman syurga dan mendapat keberkahan daripada Allah S.W.T 5.3 Pelajar muslim wajar serta memastikan keterlibatan dirinya dengan majlis ilmu agar dapat menghindari diri daripada melakukan perbuatan sia-sia dan kurang berfaedah.

4.0

5.0

CONTOH PERLAKSANAAN PROGRAM SEMARAK DAKWAH

AKTIVITI 5 1.0 2.0 3.0 Masa Alatan Objektif

: TAZKIYATUN NAFS(Penjernihan Jiwa) ; Solat nawafil/puasa/iftar/Qiamullail. : Mengikut kesesuaian program/berkala : Kertas Edaran dll :

3.1 Pelajar dapat memupuk sifat cintakan amalan sunat dan nawafil. 3.2 Pelajar dapat membina kekuatan peribadi dan akhlak yang terpuji. 3.3 Pelajar mendapat kekuatan diri untuk melaksanakan ibadat sunat secara bersama/kolektif. 3.4 Pelajar dapat menyumbangkan usaha kesukarelawan terhadap rakan-rakan semasa amalan-amalan bersama. 3.5 Terbina suasana/biah yang boleh membantu pembinaan peribadi muslim sejati.

4.0

Prosedur

4.1 Penetapan amalan sunat(solat sunat/puasa sunat/qiamullail yang hendak dilakukan secara bersama/berjamaah samada harian/mingguan yang dilakukan pada waktu-waktu tertentu atau hari tertentu. 4.2 Hebahan pelaksanaan program di surau atau masjid dilaksanakan oleh BADAR. 4.3 Menjemput guru atau pentadbir untuk menjadi pembimbing atau pemantau. 5.0 Falsafah :

5.1 Sebagai seorang pelajar muslim sewajarnya berperanan mengajak pelajar lain agar samamelakukan amalan sunat. 5.2 Seronok atau berkecenderungan untuk melakukan ibadah dan pengabdian walaupun ibadat sunat. 5.3 Sebagai seorang pelajar muslim kekuatan dalaman/rohani adalah penting untuk menghadapi suasana dan tekanan dalam peperiksaan. 5.4 Pelajar muslim wajar membina jatidiri sendiri dengan melakukan penjernihan jiwa supaya menjadi benteng yang ampuh dalam mendepani cabaran di luar alam persekolahan.

Anda mungkin juga menyukai