Anda di halaman 1dari 4

Perbincangan: Batu-batuan telah dikaji berdasarkan jenis dan ciri-cirinya.

Kami telah menjalankan kajian terhadap 9 jenis-jenis batuan yang berbeza warna, struktur dan kekerasannya. Setelah dikaji, didapati batu-batuan tersebut dibahagikan kepada 3 jenis iaitu batu igneus, batu enapan dan batu metamorfik. Batu pertama ialah batu Slate dikenalpasti sebagai batu metamorfik, ianya bewarna kelabu, tidak berkilau, mempunyai lapisan, bertekstur kasar dan segi bersudut. Ia mempunyai ketumpatan 2.6667 gcm3. Kekerasan batu ini agak lembut kerana melalui kajian yang telah dibuat skala bagi menguji kekerasan batu ini hanyalah kurang daripada 4 mengikut skala Moh. Batu kedua juga merupakan batuan dari jenis metamorfik. Ia dikenali sebagai batu Quartzite. Ia berwarna putih, tidak berkilat, tidak berlapis dan mempunyai tekstur kasar serta bersudut banyak. Ketumpatannya adalah 2.5166gcm3. Batu ini juga mempunyai kekerasan pada skala dibawah 2.5 mengikut skala Moh di mana batu ini masih boleh dicoreng pada skala tersebut. Batu ketiga merupakan batu metamorfik yang dikenali dengan nama Marble. Ianya berkilat dan mempunyai warna putih metalik bercampur dengan sedikit warna tompok-tompok biru. Batu ini berstruktur licin serta mempunyai lapisan. Ketumpatannya adalah 3.2500 gcm-3. Batu ini mempunyai kekerasan yang sangat tinggi iaitu sebanyak lebih daripada 6.5 kajian corengan yang dilakukan mengiut skala Moh. Batu seterusnya adalah batu enapan yang diperolehi daripada makmal batu. Batu ini keempat ini dikenali sebagai batu Chert. Batu ini mempunyai warna coklat keperangan dan tidak berkilau. lembut dan mempunyai lapisan. Dari segi strukturnya pula, ianya kasar dan mempunyai permukaan yang tidak rata. Dari segi ketumpatannya pula adalah sebanyak 2.3750 gcm-3. Batu Chert ini juga mempunyai kekerasan yang tinggi apabila mendapat lebih 6.5 mengikut skala Moh berdasarkan corengan yang dilakukan. Batu kelima pula merupakan batu enapan yang berwarna kelabu. Batu ini lebih dikenali sebagai batu mudstone. Ianya tidak berkilau, lembut dan mempunyai lapisan. Ia juga mempunyai struktur licin dan permukaan rata. Ketumpatan batu ini adalah 2.7750gcm-3.

Seterusnya adalah batu keenam iaitu batu Sandstone dimana batu ini adalah sejenis batu enapan. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan batu ini mempunyai warna kelabu. Ianya sedikit berkilau dan tidak mempunyai lapisan. Dari segi strukturnya, ianya kasar, berbatuan kecil dan seginya bersudut rata. Batu sandstone ini mempunyai ketumpatan sebanyak 2.7500 gcm-3. Batu ini juga mempunyai kekerasan yang tinggi iaitu sebanyak > 6.5 mengikut skala Moh. Batu ketujuh adalah batu igneus yang dikenali dengan nama Diorite. Ciri-cirinya adalah mempunyai warna kelabu kekuningan, tidak berkilau, keras dan tidak mempunyai lapisan. Strukturnya adalah kasar, tidak rata dan bersegi serta ketumpatannya adalah 3.3000 gcm-3.Batu Igneus ini mempunyai kekerasan >6.5 pada skala Moh. Batu ke lapan adalah batu igneus, berwarna kelabu kehitaman, tidak berkilau, keras, tidak berlapis dan strukturnya adalah berbatuan kristal dan sfera bersudut. Ianya juga mempunyai ketumpatan sebanyak 11.425 gcm-3. 14

Selain daripada itu, batu ke kesembilan adalah batu metamorfik yang berwarna oren kemerahan. Ianya berkilau, lembut dan mempunyai lapisan. Ciri-cirinya adalah berbatuan kristal dan bersudut sfera. Tambahan pula ketumpatannya adalah 1.267 gcm-3. Batu terakhir adalah metamorfik, berwarna merah jambu serta mempunyai bintik-bintik hitam kecil. Ianya juga berkilau, lembut dan mempunyai lapisan. Ciri-cirinya adalah berbintik-bintik hitam serta bersudut. Ketumpatannya pula adalah 2.600 gcm-3. Berdasarkan hasil kajian tersebut, batu igneus terbahagi kepada dua iaitu batu igneus rejahan dan batu igneus terobosan. Batu ini biasanya bersifat batu-baur iaitu mempunyai butiran dan mudah terlerai. Biasanya ia juga digunakan untuk membuat batu turapan jalan yang disalut dengan bitumen. Batu enapan seperti yang telah diketahui terbentuk daripada sebarang jenis batuan yang telah mengalami penguraian diangkut dan diendap semula serta kukuh sehingga menjadi batuan yang baru. Ia mempunyai 3 jenis utama iaitu batuan berkapur, batu bersilika dan batu lempungan. Batuan bersilika dikenali sebagai batuan berpasir dan lebih keras daripada batu berkapur namun sesetengahnya tidak sesuai untuk membuat batu-baur turapan jalan. Batu lempungan yang paling mudah dikenali adalah tanah liat, mempunyai butiran halus dan terlalu berlapis serta mudah hancur dan menjadi serpihan. Batuan metamorfosis pula selalunya lebih keras daripada batu enapan dan batu igneus. Batu ini selalunya mempunyai butiran yang agak kasar dan terlalu berlapis. Kesimpulan: Batuan diklasifikasikan dengan mengkaji ciri-ciri mereka, seperti corak, kekerasan ketumpatan dan tekstur. Batuan diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu batu igneus, metamorfik dan batu enapan. 15

Rujukan: Buku Fardnon. J (2006). Rocks & Minerals. Lorenz Books. Anness Publishing Ltd. Hess D. (2011). Mcnights Physical Geography; A Landscape Appreciation, 10th Edition. Prentice Hall. New Jersey. Kerrod, R. (2000). Planet Earth . Minneapolis: Lerner Publication . Lutgens F. et al (2009). Earth Science, 12th edition. Pearson Prentice Hall, New Jersey. Rusly M. & Nurashikin A. (2006). Geografi Alam Sekitar Fizikal. Pearson Longman. Selangor Darul Ehsan. Internet iXArticle (2013).Jenis batu. Diambil daripada http://my.ixarticle.com/articles/605218/. Dilayari pada 5 Febuari 2013. Tripod (t.t). Pelbagai Jenis Batuan. Diambil daripada http://inani.tripod.com/batu.htm. Dilayari pada 5 Febuari 2013

Anda mungkin juga menyukai