Anda di halaman 1dari 3

1.0 1.

Laporan Menyediakan Kawasan Trek Balapan Pengenalan Kepada Acara Balapan Sukan olahraga yang kini dikenali sebagai acara balapan dan padang

merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-sukan lain. Ini disebabkan dalam olahraga terdapat banyak acara baik untuk lelaki mahupun wanita, dan acara-acara ini sama ada secara perseorangan ataupun ber-pasukan. Jika dalam sukan bola sepak, hanya satu pingat emas dijadikan rebutan dalam kebanyakan sukan terbesar dunia seperti Sukan Olirnpik, Sukan Asia atau Sukan SEA, walaupun terdapat se-kurang-kurangnya sebelas orang pemain dalam sesebuah pasukan. Dalam olahraga setiap acara mempertarunhkan pingat emas. Dengan hanya memenangi satu acara sahaja sudah cukup untuk mendapatkan pingat. Ini bermakna dalam kebanyakan perjumpaan sukan yang dinyatakan, hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara olahraga. Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan lontaran. Seorang atlit mungkin ber-kemampuan dalam satu atau dua aktiviti, tetapi adalah sukar bagi seseorang itu mahir dalam ketiga-tiga acara mi.Kebanyakan; atlit lebih suka ineng-khususkan penyertaan dan penglibatan mereka, terutamanya di peringkat antarabangsa- Dengan itu mereka lebih mudah meningkatkan prestasi dan semasa ke semasa dengan hanya rnengambil bahagian dalam satu atau dua acara. Berikut adalah ukuran keluasan bagi acara balapan yang berlainan :

1.2

Laporan Menyediakan Kawasan Trek Balapan Untuk menyediakan trek balapan memerlukan bantuan yang banyak kerana

satu trek balapan adalah besar dan memerlukan banyak proses untuk mengukur dan memastikan ukuran yang dibuat adalah betul . Walaubagaimanapun , kami tetap dapat menyiapkan trek balapan dengan lancar atas kerjasama daripada semua ahli kumpulan yang ada . Untuk mendapat ukuran yang tepat dalam trek balapan yang besar ini , kami telah merujuk kepada ukuran standard bagi trek balapan yang dicari dalam laman web IAAF . Oleh itu , kami telah mendapatkan gambar rajah yang berkaitan dengan keluasan bagi trek balapan untuk memastikan ketepatan dalam trek yang dibuat . Untuk menyediakan trek balapan , kami telah menggunakan tali rapia, pisau ,kayu pancang, pita pengukur, cat sembur, kotak, minyak hitam dan kereta roda penggelek minyak hitam.Selepas mendapat alatan yang mencukupi , kami mengukur trek balapan yang ada dengan pita pengukur dan mengukur setiap lorong yang ada. Jarak lorong yang sesuai adalah 1 meter. Selepas itu ,kami ialah membuat lengkungan untuk empat lorong 200 meter di hujung kedua belah padang dengan cara mengukur jarak 20 meter di hujung padang lalu dibawa ke arah dalam, kemudian cari titik tengah antara garisan 20 meter tersebut (untuk padang balapan 400 meter jaraknya ialah 36.5 meter). Seterusnya kami membuat penanda menggunakan tali dan pancang kayu untuk mengelakkkan ukuran yang dibuat tidak dapat dikenalpasti .Kemudian, cat sembur digunakan untuk untuk menanda lengkungan tersebut yang telah digaris tadi. Setelah menyiapkan garisan yang ada,kami juga bertanggungjawab untuk membersihkan kawasan balapan yang dipenuhi dengan daun-daun kering dan juga sampah sarap . Setiap ahli kumpulan bersama-sama mengutip daun-daun kering dan kerja tersebut selesai dalam masa yang cepat .

1.3

Gambar Menyediakan Kawasan Trek Balapan

Gambar 1 . Trek balapan yang telah siap dilukis dengan minyak hitam .

Gambar 2 . Ahli kumpulan sedang mengukur trek balapan dan membuat tanda dengan tali .

Gambar 3 . Ahli kumpulan sedang membersihkan daundaun kering di atas trek balapan .

Anda mungkin juga menyukai