Anda di halaman 1dari 8

Konsep Berpidato Menurut Islam

Maksud:Ucapan yang membicarakan suatu perkara yang disampaikan kepada khalayak ramai. (Ia merupakan cara yang mudah untuk menyampaikan maklumat dan pandangan seseorang.)

Pada zaman dahulu, rasulullah telah menggunakan pidato untuk tujuan mengajar, memberi nasihat dan berdakwah.

ADAB BERPIDATO

1.Ceramah/Syarahan - Digunakan untuk memperkatakan isu-isu tertentu. - Pemidato akan membuat teguran, nasihat dan cadangan. - Menggunakan nas sebagai hujah dan mentafsirkan nas sesuai dengan tajuk. 2. Khutbah - Mempunyai rukun dan syarat-syarat tertentu. - Disampaikan sempena ibadat tertentu seperti solat jumaat dan solat sunat dua hari raya.

JENIS-JENIS PIDATO

3. Debat - Melibatkan dua pihak atau lebih yang mempunyai pandangan yang berbeza. - Setiap pihak diberikan peluang untuk mengemukakan, mematahkan dan menyokong hujah. 4. Kuliah Agama - Merujuk pengajian agama di surau, masjid dan mana-mana sahaja. - Pengajian berdasarkan kitab-kitab atau tajuk-tajuk tertentu. 5. Forum - Para penonton dan pendengar diberi peluang untuk menyoal ahli panel. - Melibatkan dua atau lebih ahli panel dan seorang pengerusi. Ahli panel diberi puang untuk mengemukakan hujah.

JENIS-JENIS PIDATO

Adab-adab Berpidato
Antaranya:

PEMIDATO - Mendahului dengan ucapan salam. - Menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami. - Menggunakan bahasa yang tidak menyinggung mana-mana pihak. Contohnya, menghina. - Mempelbagaikan nada suara bagi mengelakkan pendengar bosan dan nampak menarik. - Memastikan penampilan diri yang bersesuaian dengan majlis.

PENDENGAR - Memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap ucapan pemidato dan membuat catatan. - Tidak mengganggu konsentrasi pemidato. Contohnya, buat bising dan tidur. - Bersopan ketika mendengar pidato dari segi pakaian dan tingkah laku.

Kepentingan Adab Ketika Berpidato dan Mendengar Pidato

PEMIDATO - Dapat memberi tumpuan kepada pidato yang disampaikan. - Mendorong untuk menyampaikan lagi pidato. - Dapat menyampaikan pidato dengan lebih berkesan dan menarik. PENDENGAR - Dapat beri tumpuan atas pidato yang disampaikan. - Mendorong untuk mendengar lagi pidato. - Mampu memahami dan menghayati pidato dengan baik.

Hubungan Adab-adab Berpidato dengan Keberkesanan Dakwah

Berilmu Pengetahuan Luas - Pemidato haruslah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang tidak terhad. Mempunyai Bahan yang Mencukupi - Hendaklah membuat persiapan dengan isi-isi penyampaian yang mencukupi. Ikhlas - Wajib mempunyai niat yang ikhlas kepada Allah dan bukan kesenangan dunia.

JELASKAN PENGERTIAN PIDATO MENURUT ISLAM 2. SENARAIKAN JENIS-JENIS PIDATO DAN CIRI-CIRINYA. 3. NYATAKAN KEPENTINGAN MENJAGA ADAB BERPIDATO DAN MENDENGAR PIDATO. 4. TERANGKAN ADAB 2 PEMIDATO DAN PENDENGAR PIADTO. 5. HURAIKAN HUBUNGAN ADAB2 DENGAN KEBERKESANAN DAKWAH. SOALAN LATIHAN
1.

Anda mungkin juga menyukai