Anda di halaman 1dari 20

1.0 PENDAHULUAN MotherTeresa Apakah yang dimaksudkan dengan profil insan bermoral?

Insan bermoral merupakan individu yang melakukan kebaikan dalam kehidupan hariannya. Insan bermoral merujuk kepada seseorang individu yang mempunyai tingkah laku baik yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Perlakuan seseorang individu itu biasany a menggambarkan bentuk atau sifat pemikirannya terhadap perlakuan tersebut. Insan yang bermoral adalah individu yang mempunyai niat yang baik dan dijelmakan dengan perbuatan yang baik. Secara keseluruhannya insan yang bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral walaupun niatnya baik. Ini kerana perbuatan yang tidak bermoral itu bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam sesebuah masyarakat. 1.1 Model insan moral

PRINSIP-PRINSIP MORAL

DIMENSI MORAL

PEMIKIRAN MORAL KONSEP : * MORAL * ETIKA * AKHLAK

MODEL INSAN MORAL

2.0 Insan Moral Yang Disanjungi

Dilahirkan sebagai Agnes Gonxha Bojaxhiu, pada 26 Ogos 1910. * Ayahnya adalah seorang kontraktor yang berjaya dan terkenal, sedangkan ibunya adalah seorang suri rumah tangga biasa. Dia adalah anak perempuan termuda dari 3 orang adik-beradiknya. * Meninggalkan rumahnya di Skopje, Yugoslavia dan menjadi seorang biarawati di Dublin, Irlandia * Mother Teresa menjadi lambang bagi komitmen yang tidak pernah lelah kepada yang miskin dan menderita. * Meninggal dunia pada 5 September, 1997 kerana sakit jantung dan sakit tua ketika beliau berumur 87 tahun. * MOTHER THERESA

Mother Teresa receiving Nobel Prize Bharat Ratna Award http://www.lalitkumar.in/mt/photog/mother_nobel_prize1.jpg Mother Theresa menerima pelbagai anugerah termasuk: 1962 Anugerah Magsaysay Yayasan. * 1962 Padma Shri * 1971 Paus John XXIII Keamanan Nobel. * 1971 Kennedy International Anugerah Kemanusiaan. * 1971 Hadiah Good Samaritan, Boston * 1972 Anugerah Jawaharlal Nehru bagi Persefahaman Antarabangsa * 1972 Malaikat Anugerah Amal * 1973 Templeton pertama Hadiah untuk Kemajuan dalam Agama. * 1975 Albert pertama Schweitzer Keamanan Nobel Antarabangsa. * 1977 Doktor Kehormat dari Universiti Cambridge. * 1978 Perintah Kehormat Empayar British. * 1979 Hadiah Nobel Keamanan. * 1980 Bharat Ratna. (Anugerah tertinggi awam di India). * 1983 Perintah Kehormat Merit. * 1983 Mountbatten Dunia dan Anugerah Kemanusiaan. * 1985 Presidential Medal of Freedom, Amerika Syarikat * 1992 Bharat Ki Suputri (Daughter Besar India) tajuk * 1993 Rajiv Gandhi Sadbhavana Anugerah * 1994 Kehormat Golden Albania Negara * 1996 kewarganegaraan Kehormat Amerika Syarikat. * 1997 Pingat Emas Kongres, Amerika Syarikat *

Mother Teresa Mother Teresa 2.1 KONSEP MORAL, ETIKA DAN AKHLAK Menurut kamus pelajar baru (1989), definisi perkataan moral adalah ajaran atau pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan. Moralis pula bermaksud amalan kepada ajaran keadilan dan kebaikan. Oleh itu, moral boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku atau amalan yang sejajar dengan tatasusila dan undang-undang masyarakat. Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu itu. Dorothy Emmet (1979) mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila, adat , kebiasaan dan agama bagi membantu menilai tingkah laku seseorang. Bagi saya, Mother Teresa seharusnya menjadi contoh kepada orang ramai sebagai insan yang bermoral. Bagaimana tidak, Mother Teresa memiliki kekayaan yang belum tentu dimiliki oleh orang lain terutamnya bagi mereka yang kaya, iait u memiliki kekayaan hati yang luar biasa. Mother Teresa seorang yang murah hati, prihatin dan saksama, tidak memandang rendah pada orang lain malah sanggup menghulurkan bantuan kepada rakyat yang miskin di seluruh dunia. Mother Teresa sedar bahawa pada saat Tuhan memanggilnya nanti, kekayaan yang dimiliki di dunia tidak akan dibawa bersama.

Gambar : Mother Teresa membantu kanak-kanak miskin di India Perkataan etika atau ethos dalam bahasa Greek beerti cara hidup atau adat resam. Oleh itu etika dapat ditakrifkan sebagai satu kajian sains tentang kelakuan manusia dalam masyarakat. Ia merupakan satu bidang pentafsiran tingkah laku manusia sebagai benar atau salah, baik atau buruk dan patut atau sengaja.

Perkataan akhlak pula bermaksud budi pekerti seorang individu. Budi pekerti pula dirujuk kepada kelakuan atau watak atau gerak-geri seseoang itu. Kelakuan itu bo leh berubah mengikut masa dan situasi tertentu. Oleh demikian, perkataan akhlak dan moral mempunyai maksud yang sama iaitu membawa maksud kelakuan yang baik atau buruk. Jika seseorang itu mempunyai akhlak yang tinggi, bermaksud orang itu mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi dan boleh menjadi teladan kepada orang l ain. contohnya, Paus John Paul II berkata tentang Mother Theresa iaitu Dia adalah seorang wanita yang telah meninggalkan tanda pada sejarah abad ini. Manakala Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton turut meluahkan bahawa " Mother Teresa telah berkhidmat kepada yang miskin, menderita dan mati, dalam berbuat demikian, beliau berkhidmat sebagai inspirasi dan cabaran kepada semua yang lain daripada kita". Ini menunjukkan bahawa Mother Teresa adalah seorang insan yang mempunyai akhlak yang mampu menjadi contoh kepada orang ramai.

2.2 DIMENSI MORAL Menurut John Wilson (1973), komponen yang perlu ada dalam diri seorang insan bermoral dikategorikan sebagai konsep iaitu peraturan dan prinsip yang difikirkan perlu digunakan dalam tindakan dan perasaan atau emosi yang akan menyokong kepercayaan bahawa sesuatu konsep atau tindakan itu perlu dilakukan. Selain itu seorang insan bermoral juga perlu mempunyai pengetahuan tentang keadaan persekitarannya, tahu berinteraksi dengan orang sekelilingnya dan bertindak mengikut pertimbangan yang telah difikirkan atau keputusan yang telah dibuat. Insan bermoral juga adalah lahir daripada amalan nilai murni yang berasaskan kepada dimensi dan pegangan prinsip moralnya. Kekuatan untuk mengamal dan mempertahankan prinsip moral yang selari dengan peraturan masyarakat menjadi faktor utama dalam melahirkan insan bermoral. Ketekalan moral menguatkan pegangan aku tetap aku walau dalam apa jua keadaan dan di mana seseorang itu berada. Insan yang bermoral meliputi tiga dimensi iaitu penaakulan, emosi dan tingkah laku moral.

Dimensi-dimensi moral : Bil Dimensi Moral Huraian 1 Penaakulan moral (Kognitif / pemikiran)

. Pemikiran dan pertimbangan secara rasional dan bebas . Penting untuk keadilan . Kesedaran moral . Mengetahui nilai-nilai moral . Empati . Membuat keputusan . Mengenali diri 2 Emosi / perasaan moral . Emosi atau kehalusan perasaan individu yang menagndungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi an murah hati . Penting untuk keadlan . Nurani hati . Harga diri . Kawal diri . Rendah diri . Menyayangi yang baik 3 Perlakuan . Tingkah laku dan tindakan individu terhadap sesuatu keputusan yang ditunjukksn penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuannya . Kecekapan . Kekuatan diri . Tabiat

Penaakulan nilai moral dalam pendidikan moral menjadi asas bagaimana

seseorang individu menterjemahkan amalan nilai-nilai murni di dalam kehidupan sehariannya. Amalan nilai murni suatu masyarakat itu bermula dari diri individu itu sendiri. Dengan perkataan lain, penaakulan moral bagi seseorang individu itu ada lah berdasarkan kepada pemikiran yang bebas dan rasional yang mana penekanan utamanya ialah memahami tentang nilai-nilai moral dan bertindak atau menunjukkan tingkah laku yang berasaskan nilai-nilai murni yang diterima dalam sesebuah masyarakat. Mother Teresa telah berfikir dan mengambil keputusan bertekad untuk menjadi seorang biarawati dan menyertai Sisters of Loreto. semasa berumur 18 tahun. Semasa kecil, Agnes sangat meminati cerita pendakwahan orang Kristian dan jasa yang disumbangkan oleh mereka untuk membantu orang miskin. Keputusannya

http://mstar.com.my/archives/2009/10/4/mstar_manusia_peristiwa/mt2.jpg itu dibuat adalah atas kehendak beliau sendiri tanpa paksaan daripada sesiapa. Mother Teresa sedar akan kebaikan tindakannya itu.

Gambar : Mother Teresa pada tahun 1993. -Foto SCU.EDU

Perasaan moral atau emosi moral adalah berkaitan dengan emosi yang menunjukkan kehalusan perasaan individu yang mengandungi sentimen, simpati, empati, murah hati, motivasi dan sebagainya. Dalam amalan seharian perasaan moral ini, ianya melibatkan kepentingan harga diri (self esteem), kepentingan kepedulian, kawalan diri, menyayangi dan disayangi yang melibatkan hati nurani. Perasaan moral akan menjadikan diri individu bertindak secara positif sekiranya mengamalkan emosi yang positif dan dapat mengawal emosi yang negatif. Dengan lain perkataan mendahulukan fikiran daripada perasaan. Mother theresa sememangnya seorang insan yang mempunyai dimensi perasaan moral. Mana tidaknya kerana beliau merupakan seorang biarawati yang telah mendedikasikan hidupnya untuk menolong rakyat miskin di dunia. Gelaran mother. yang bermaksud ibu diberikan kepadanya untuk menghargai sumbangan insaniahnya kepada yang memerlukan. Walaupun insan mulia ini tidak pernah melahirkan anak, beliau telah mejadi ibu angkat kepada jutaan orang miskin melal ui usahanya menerusi pertubuhan Missionaries of Charity. yang diasaskannya di Calcutta, India pada tahun 1950. Sepanjang hayatnya, dia mengetuai pertubuhan tersebut selama 45 tahun dan telah menolong ramai fakir miskin, anak-anak yatim, dan mereka yang sudah tidak ada harapan untuk hidup. Beliau mempunyai perasaan simpati,empati, murah hati dan kasih sayang yang sangat mendalam terhadap insan sesama manusia.

Headquarters of Missionaries of Charity Dimensi moral seterusnya dikenali sebagai perlakuan moral. Ia bermaksud tingkah laku dan tindakan seseorang individu terhadap tindakan dan keputusan yan g ditunjukkan dengan rasa penuh tanggungjawab berdasarkan kepada penaakulan dan emosi moralnya. Tingkah laku yang baik dan buruk adalah hasil daripada bagaimana seseorang itu menaakul dan menggunakan emosi moral dalam tingkah lakunya. Di samping itu, emosi pula menyatakan rasa empati dan belas kasihan kepada orang yang dalam kesusahan. Sebenarnya ketiga-tiga dimensi moral ini adalah sama penting dalam penghayatan dan amalan dari segi moral. Kemoralan bukan sahaja melibatkan perlakuan tetapi juga merangkumi aspek-aspek kerohanian dan pemikiran. Mother Teresa telah menunjukkan bahawa beliau bukan hanya mempunyai penaakulan dan persaan moral sahaja malah beliau juga berjaya membuktikan yang beliau akan melakukan apa sahaja untuk kebaikan orang lain. contohnya, Mother Teresa mendirikan kongregasi baru di India dengan nama Missionaries of Charity (Misionaris kasih sayang ) yang mendapat kebenaran daripada Vatikan dan disahkan oleh Uskup Agung Kalkuta pada 7 Oktober 1950.Terdapat lebih daripada 610 pusat servis di 123 buah negara termasuk pusat hospital untuk pesakit HIV/AIDS dan pelbagai jenis lagi pusat yang menawarkan bantuan untuk masyarakat miskin, yang bernaung di bawah Missionaries of Charity.

The Missionaries Of Chartity (MC)

PRINSIP-PRINSIP INDIVIDU BEMRORAL PRINSIP KEADILAN Ada orang mengatakan adil itu saksama, seimbang, samarata dan samarasa. Aristotle menyatakan adil itu sebagai fair-minded iaitu tidak berat sebelah, sesuai dan berpatutan. Keadilan merupakan satu piawai penting dalam penilaian moral. Keadilan membawa maksud tidak pilih kasih dan tidak tamak untuk kepentingan diri sendiri. PRINSIP ALTURISME Perlakuan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk kebaikan orang lain mengatasi kepentingan diri sendiri. Biasanya keputusan yang diambil atau perlakuan yang dijelmakan bersifat moral dan berperikemanusiaan. Perasaan kasih sayang, simpati dan empati menghilangkan rasa kepentingan diri sendiri, kebencian dan tamak. PRINSIP AUTONOMI Autonomi berasal daripada perkataan autos beerti diri sendiri dan nomos beerti undang-undang. Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih sesuatu.

Perlakuan dan pertimbangan individu adalah hasil daripada tekanan kuasa atasan. 2.3 PRINSIP-PRINSIP INDIVIDU BERMORAL Insan bermoral juga perlu dari segi prinsip-prinsip mengemukakan tiga prinsip prinsip keadilan, prinsip mempunyai ciri keperibadian mulia yang boleh dipuji individu bermoral. Pemikir-pemikir moral telah sebagai panduan menentukan insan bermoral iaitu alturisme dan prinsip autonom

Sesungguhnya, saya mempunyai pandangan bahawa Mother Theresa adalah seorang wanita yang lebih berpegang kepada prinsip alturisme. Beliau mempunyai hasrat yang tinggi dan tanggungjawab yang sangat besar iaitu membantu rakyat yang dalam golongan miskin di dunia. Beliau sanggup untuk meninggalkan keluarga tercinta negara tempat lahir sendiri semata-mata untuk membantu mereka yang hidup dalam keadaan susah di negara lain. apa yang kita lihat, Mother Theresa begitu mengambil berat dan lebih mementingkan kebaikan dan kesenangan orang lain berbanding dengan kepentingan hidupnya sendiri. Kalau saya lihat, Mother Teresa adalah insan yang tidak memiliki apa-apa. Hampir semua kekayaan yang

beliau miliki telah digunakan untuk membantu orang lain yang amat memerlukan pertolongan daripadanya . Tetapi di mata saya, Mother Teresa adalah orang yang sangat kaya dengan perasaan simpati juga empati. Mother Teresa telah membantu jutaan orang yang menderita dan telah mengilhamkan kepada orang kaya dan miskin agar sama-sama hidup penuh dengan kasih sayang.

2.4 Pemikiran moral Bil Pemikiran moral Penerangan 1 Naturalisme Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan kepada keadaan yang sebenarnya. Mereka akan menerima apa yang ada dan tidak menyoal hakikat atau sebab-sebab wujudnya keadaan itu. Sifatnya sentiasa merendahkan diri dan tidak mahu mengeluarkan pendapatnya serta tidak mahu berinteraksi dengan orang lain. orang ini tiada motivasi dan kurang berusaha. Ini akan menghalang usaha dan matlamat hidup yang sempurna. Orang beraliran pemikiran ini cepat memenuhi kepuasan hidup, kurang membantah dan menjadi pengikut setia. 2 Emotivisme Emotivisme berasal daripada perkataan emosi. Emosi adalah kebangkitan perasaan terhadap sesuatu objek atau situasi. Perasaan ini boleh wujud sama ada gembira atau benci. Tiaptiap orang suka kepada situasi yang gembira dan bertindak menjauhi diri daripada perasaan yang tidak menyeronokkan dirinya. Oleh itu, aliran pemikiran emotivis merujuk kepada manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi dan tidak melihat kepada fakta atau bukti. Peraan ini diketahui atau ditunjukkan melaui tingkah laku, air muka, suara tinggi dan katakata yang digunakan. Orang beraliran pemikiran ini boleh menjadi serius, bertanggungjawab dan mengambil berat tarhadap kerjanya. 3 Intuisionisme Perkataan intuision dalam bahasa latin intueror. bermakna memandang tepat kepada sesuatu. Ia merupakan suatu proses melihat dan memahami sesuatu perkara secara intelektual. Orang beraliran intuision ini biasanya bertindak mengikut bisikan kecil hatinya. Unsur intuision boleh melahirkan perasaan dalaman yang lebih bermakna dengan mengikut pengetahuan

dan kefaham individu. Orang yang beraliran ini akan melihat, mentafsir dan bertindak mengikut gerak hatinya tanpa

memikirkan akibat, kualiti atau kesannya. Individu ini cepat membuat keputusan, mudah menerima arahan dan selalu mengubah pemikirannya. Mereka juga mudah berkawan dan tidak mudah tersinggung atau mengambil hati atas sesuatu perkara. 4 Rasionalisme Rasionalisme berasal daripada perkataan ratio. yang bermakna reason. atau sebab. Segala tingkah laku moral adalah berasaskan hasil pemikiran rasional yakni sentiasa memikirkan sesuatu dengan waras dan logik. Pemikiran ini adalah pemikiran yang akan mewujudkan pengalaman, pemikiran logik sendiri dan fikiran kerohanian yakni hasil ciptaan Tuhan. Orang yang beraliran pemikiran ini akan sentiasa mencari bukti dan kebenaran. Usaha dan ketekunan akan membawa kejayaan dan kemajuan diri.

Pada pendapat saya, Mother Teresa adalah salah seorang individu yang mengamalakan pemikiran moral intuisionisme. Beliau telah membuat semua perkara berasaskan kehendak hatinya yang ikhlas. Beliau langsung tidak menharapkan balasan daripada orang yang dibantunya. Walaupun beliau tidak mempunyai dana, beliau mula membina sebuah sekolah yang terbuka untuk kanak-kanak yang tidak mempunyai rumah untuk berlindung di Calcutta pada tahun 1948. Tidak lama kemudian beliau telah disertai oleh beberapa orang pembantu sukarelawan, dan mendapat pelbagai sokongan kewangan daripada pelbagai organisasi gereja, serta daripada pihak berkuasa perbandaran. Dengan itu beliau telah berusaha dengan lebih gigih untuk mengembangkan lagi skop kerjanya dan pada 7 Oktober 1950, beliau menerima kelulusan Paus untuk memulakan matlamat sendiri iaitu "pendakwah sedekah", di mana tugas utamanya adalah untuk mengasihi dan menjaga bagi orang yang tiada siapa yang sanggup untuk menjaga mereka. Pada tahun 1950, Mother Teresa telah mengambil kewarganegaraan India. Selain itu, Mother Teresa juga merupakan seorang yang mudah bermesra dengan orang ramai tanpa mengira status mereka malah beliau sanggup meletakkan diri untuk berada di tempat orang-orang yang miskin. Mother Teresa menjadi lambang bagi komitmen yang tidak pernah lelah menolong kepada orang yang miskin dan menderita.

http://www.lalitkumar.in/mt/photog/teresa1.jpg http://www.spiritquotes.com/quotes/mother_teresa/mother-teresa-quotes7.jpg Gambar : Mother Teresa bersama kanak-kanak miskin di India Tambahan lagi, Mother Teresa sememangnya seorang insan yang lebih kepada mengamalkan pemikiran moral secara rasionalisme. Segala tindakan yang beliau lakukan adalah berpunca daripada pemikirannya yang sentiasa berfikir dan membuat pertimbangan dengan penuh rasional. Pada 10 September 1948, semasa menaiki kereta api ke kota pergunungan Darjeeling untuk merawat penyakit tuberculosis yang dihidapinya, beliau telah memberitahu bahawa beliau telah menerima panggilan daripada Tuhan untuk "melayani dia di antara kaum yang termiskin dari yang miskin". Maksudnya, Tuhan telah menyuruhnya untuk meninggalkan biara dan membantu bagi menunjukkan kasih Tuhan kepada mereka yang miskin, menderita dan tertindas. Lebih kurang setahun kemudian, beliau tela h mendapatkan kebenaran untuk meninggalkan Ordo dan berpindah ke Calcutta untuk mendirikan sekolah pertamanya. Untuk menyamakan dirinya dengan orang miskin, beliau telah mengambil keputusan untuk memilih kain Sari putih dengan pinggiran biru dan pin salib yang sederhana di bahu kirinya. Tidak lama kemudian, beliau j uga telah membuka Nirmal Hriday ("Hati Suci"), iaitu rumah untuk orang yang miskin, Shanti Nagar (Kota kedamaian) dan kemudian rumah yatim piatu pertamanya. Mother Teresa dan pengikutnya terus membuka tempat-tempat di seluruh India untuk merawat orang miskin. Mother Teresa meninggal dunia pada 5 September, 1997 kerana penyakit jantung dan sakit tua ketika beliau berumur 87 tahun. Seorang ya ng datang melawat di hari kematiannya berkata '' Apabila saya lapar, dia memberikan saya makanan. Semasa kaki saya patah, dialah yang membawakan saya tongkat,'' kata Lal, 60. ''Apabila saya pergi untuk melihat tubuhnya beberapa hari lalu, sa ya menangisdengan hati yang pahit. Tetapi saya tahu,dia bukan meninggalkan dunia, lebih seperti dia sedang berehat. Begitulah luahan hati salah seorang yang pernah menerima pertolongan daripada Mother Teresa.

http://acelebrationofwomen.org/wp-content/uploads/2011/10/mother_teresa_love_o7l LjqV1zdzx.jpg Rumusan : MOTHER TERESA

PERLAKUAN : -Menubuhkan Missionaries Of Charity di India dan 610 pusat servis di 123 buah negara termasuk hospital PERASAAN : -Mempunyai perasaan simpati, kasih sayang dan juga empati terhadap rakyat yang miskin dan menderita

Pemikiran moral Moral

RASIONALISME : -Menolong orang miskin di seluruh dunia setelah mendengar panggilan daripada Tuhan dan meninggalkan kerja sebagai biarawati. -Sentiasa berfikir secara rasional dalam segala tindakan beliau. INTUISIONISME : -mengambil keputusan untuk menjadi warganegara India -membina sekolah di Calcutta walaupun dana tidak cukup -Menyamakan diri dengan orang miskin di India dengan mengambil keputusan untuk memilih kain Sari putih dengan pinggiran biru dan pin salib yang sederhana di bahu kiri -Seorang yang murah hati, prihatin dengan nasib orang lain, kasih sayang sesama manusia dan menjalankan kerja tanpa mengharapkan balasan.

-Seorang yang berpegang teguh kepada ajaran agama iaitu agama Kristian dan mengikut ajarannya. -Menjadi contoh teladan kepada rakyat seluruh dunia atas sumbangan yang diberikan kepada rakyat miskin. Akhlak ALTURISME : -Kesanggupan untuk meninggalkan negara dan ahli keluarga demi membantu orang lain yang memerlukan bantuan -sanggup menjadi biarawati dan tidak bersuami Prinsip moral Etika PENAAKULAN : -Mengambil keputusan untuk menjadi biarawati tanpa paksaan orang lain. Dimensi moral

3.0 RUMUSAN Rumusannya, insan yang bermoral adalah individu yang sentiasa untuk mengembangkan penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral dengan seimbang dalam kehidupan seharian. Dengan lain perkataan, ketiga-tiga dimensi in i mesti saling berinteraksi atau mempengaruhi antara satu sama lain untuk membina satu insan yang bermoral. Secara umumnya, seseorang insan yang bermoral adalah insan yang berautonomi, rasional dan bebas dalam penaakulan, perlakuan dan perasaannya. Selain itu, Insan bermoral juga merupakan seorang invidividu yang mempunyai konsep moral, akhlak dan etika yang tinggi. Tambahan lagi individu bermoral juga mempunyai ciri keperibadian mulia yang boleh dipuji dari segi moral. Keperibadia n mulia adalah kecenderungan dan pembawaan diri yang stabil untuk bertindakbalas kepada sesuatu situasi dengan bermoral, manifestasi dari sifat-sifat kebaikan, kejujuran, tanggungjawab, menghormati orang lain dan lain-lain. Mereka adalah insan yang mempunyai pemikiran-pemikiran moral tersendiri. Secara keseluruhannya insan yang bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral walaupun niatnya baik. Ini kerana perbuatan yang tidak bermoral i tu bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam sesebuah masyarakat. Insan moral sebenarnya hanya menerima nilai-nilai murni dan peraturan masyarakat yang diterima secara sejagat sebagai bermoral, patut, baik dan benar. Oleh itu, insan bermoral perlu peka dan memahami keperluan terhadap peraturan dalam masyarakat.

Rujukan Dr. Tam Yeow Kwai. 2006. Pendidikan moral Konsep Dan Pedagogi Pendidikan Guru. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Eow Boon Hin. 2000. Pendidikan Moral. Selangor. Pearson Education Malaysian Sdn. Bhd.

S. Allimalai Anandan. 16 Ogos 2011. Model Insan Moral. http://blogallimalai.blogspot.com/2011/08/model-insan-moral-2.html. Dicapai pada 7 Mac 2013.

Tanpa Pengarang. 11 Disember 2012. Mother Teresa Indian Social Ctavist. http://www.successfulwomens.com/famous-woman-mother-teresa-gods-gift-tohumanity.html. Dicapai pada 12 Mac 2013.

Tree Builder. 2011. Profil insan moral. http://treebuilder.blogspot.com/2011/02/tajuk-4-insan-bermoral.html. Dicapai pada 11 Mac 2013.

Rozita & Noradibah Roslan. 2009. Peranan Guru Dalam Membentuk Generasi Yang Bermoral Pada Masa Akan Datang. http://nroslan1.blogspot.com/2009/07/peranan-guru-dalam-membentukgenerasi.html. Dicapai pada 10 Mac 2013.

Anda mungkin juga menyukai