Anda di halaman 1dari 1

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAHASA MELAYU TINGKATAN SATU

NAMA: ______________________________ TINGKATAN: _______________



B2 DB1 E1 - Memberikan maksud perkataan yang terdapat dalam petikan.


Pertemuan Misteri

Tolong! Jangan apa-apakan saya, rayu Syahida.
Satu makhluk yang bermuka lonjong bak telur ayam, matanya bulat tersembul keluar seperti bola
pingpong, berhidung kembang dan berbadan robot berwarna hijau berada di dalam biliknya. Makhluk itu
terus memegang tangan kanan Syahida dengan kuat lalu mengeluarkan cahaya kebiru-biruan pada bahagian
yang dipegang. Rakan makhluk itu memegang tangan kirinya. Mereka tidak berkata-kata apa-apa seperti
orang bisu.
Apakah yang kamu mahu? tanya Syahida.
Syahida amat hairan kerana makhluk itu boleh berada di dalam biliknya sedangkan semua pintu dan
tingkap tertutup.
Mereka berdua tidak menghiraukan rayuan Syahida. Mereka terus memegang tangan Syahida. Syahida tidak
mampu berbuat apa-apa kerana walaupun badan makhluk itu sebesar badannya tetapi tenaga makhluk itu
amat kuat seperti Badang untuk ditentang oleh Syahida.
Tolong! Tolong! jerit Syahida sambil meronta-ronta.
Tiada sesiapa yang mendengar jeritannya. Mungkin pada malam itu semua penghuni rumah sedang
nyenyak dibuai mimpi.
Tiba-tiba cahaya kekuningan menerjah masuk ke dalam bilik melalui tingkap kaca. Cahaya itu
membelit mereka. Selepas itu, Syahida tidak mengetahui apa-apa lagi.
Tiba-tiba cahaya kekuningan menerjah masuk ke dalam bilik melalui tingkap kaca. Cahaya itu membelit
mereka. Selepas itu, Syahida tidak mengetahui apa-apa lagi.
Di manakah saya? tanya Syahida setelah sedar.
Syahida melihat sekeliling. Satu makhluk yang amat besar sedang duduk di kerusi yang bercahaya di
hadapannya.
Mungkin itu ketua makhluk di sini, fikir Syahida.
Kami perlukan pertolongan kamu. Tiba-tiba makhluk bertubuh besar itu bersuara.
Pertolongan? Apakah pertolongan yang boleh saya lakukan? tanya Syahida.
Sebenarnya, kami telah diserang binatang luar biasa. Hampir seluruh penduduk kami telah pengsan
akibat serangan itu.
Itulah jenis serangga yang telah menyerang kami, terang makhluk tersebut sambil menuding jari ke
bangkai seekor serangga.
Itu lipas, kata Syahida pantas.
Ya, kami tahu bangsa kamu mengetahui binatang ini. Bapa saudara kamu yang bertugas di pusat
kajian penyakit telah menjumpai vaksin penyembuh penyakit tersebut. Oleh itu, kami mahu kerjasama kamu
untuk mendapatkan vaksin itu.

BIL PERKATAAN MAKSUD
1 lonjong Makin ke atas makin runcing, tinggi
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Anda mungkin juga menyukai