Anda di halaman 1dari 1

KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA

Selamat pagi dan salam sejahtera. seuntai kasih sekalung bicara saya ucapkan
kepda Yang Mulia Pengerusi Majlis, kombinasi hakiman yang adil lagi bijaksana, dif-
dif kehormat, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terduduknya saya di sini pada
pagi ini adalah bertujuan untuk pengupas tajuk pidato saya iaitu Keselamatan Jalan
Raya Tanggungjawab Bersama.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Tahap keselamatan jalan raya pada masa kini masih menyenangkan. Tidak
hairanlah, seringkali kita pendengar atau melihat isu-isu berkait kemalangan jalan
raya yang diwar-warkan melalui media cetak mahupun media elektronik. Adakah
bilangan kemalangan jalan raya yang agak besar ini menunjukkan kurangnya sikap
prihatin dan tanggungjawab kita sebagai pengguna? Marilah kita renungkan sejenak.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Menurut perangkaan Jabatan Keselamatan Jalan Raya secara kasarnya bilangan
pengguna yang berada di jalan raya setiap hari adalah sebanyak tujuh ratus ribu
hingga lapan ratus ribu. apabila tiba musim perayaan, bilangan ini akan bertingkat
dua kali ganda menjadikan bilangannya mencecah 1.4 juta sehari. Kepadatan
pengguna jalan raya menyebabkan peningkatnya kes-kes kemalangan jalan raya
terutamanya semasa musim perayaan. Namun begitu, adakah kita tidak mempunyai
pilihan lain bagi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini ini berlaku?
Pelbagai langkah-langkah keselmatan dan panduan memandu telah pun disarankan
oleh pihak-pihak tertentu tidak kira pihak kerajaan, swasta mahupun NGO. Malahan
pelbagai kempen dan undang-Undang telah pun dilaksanakan dan diketatkan bagi
membantu peningkatan risiko berlakunya kemalangan di jalan raya. Contohnya,
Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya yang dilaksanakan pada musim
perayaan tahun lepas. Ini melibatkan program intervensi seperti operasi
penguatkuasaan oleh PDRM iaitu OPS Sikap 20 dan larangan menggunakan jalan
raya semasa tempoh sesak di musim perayaan bagi kenderaan-kenderaan berat.
Pemantauan turut dibuat ke atas 35 lokasi terminal bas seluruh negara. Hasilnya
kempen sebegini berjaya meningkatkankan 18 kes kematian pada hari-hari biasa
ke 15 kes semasa musim perayaan sepanjang tempoh OPS Sikap 1-19.

Anda mungkin juga menyukai