Anda di halaman 1dari 40

MODUL KURSUS MAJOR SEMESTER 6

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI








BMM 3111


SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU





















FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan
negara.




Falsafah Pendidikan Guru

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
BLOK 2200, PERSIARAN APEC,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2011
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
KEPUJIANKEPUJIAN
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi
negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011
Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang
tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk
dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

























Cetakan Jun 2011
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
















MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG
BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN
GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.







Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Guru

Kata-Alu-aluan Rektor
i
i
iii

Panduan Pelajar vi
Pengenalan

Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul)
viii

x

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1 Semantik dalam Bahasa Melayu 1
Sipnosis
Hasil Pembelajaran
Kerangka Tajuk
1.1 Semantik dan Makna
1.2 Semantik dan Linguistik
1.3 Semantik dan Sejarah
Aktiviti Kendiri

Tajuk 2 Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu 4
Sinopsis
Hasil Pembelajaran
Kerangka Tajuk
2.1 Sinonim dan Antonim
2.2 Hiponim, Homonim dan Polisem
Aktiviti Kendiri

Tajuk 3 Makna Ayat dalam Bahasa Melayu 9
Sinopsis
Hasil Pembelajaran
Kerangka Tajuk
3.1 Makna Ayat
3.2 Kerangka Genaratif Chomsky
Aktiviti Kendiri


Tajuk 4 Perubahan Semantik 11
Sinopsis
Hasil Pembelajaran
Kerangka Tajuk
4.1 Pengembangan Makna
4.2 Penyempitan Makna
Aktiviti Kendiri

Tajuk 5 Peristilahan Bahasa Melayu 13
Sinopsis
KANDUNGAN

MUKA SURAT
Hasil Pembelajaran
Kerangka Tajuk
5.1 Beberapa Konsep Dasar Peristilahan: Definisi, Tataistilah dan Tatanama
5.2 Istilah Khusus dan Umum, Morfem Penulisan
Aktiviti Kendiri

Tajuk 6 Sumber Istilah Bahasa Melayu 29
Sinopsis
Hasil Pembelajaran
Kerangka Tajuk
6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu
6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun
6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asing
Aktiviti Kendiri

Tajuk 7 Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu 37
Sinopsis
Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk
7.1 Singkatan
7.2 Akronim
Aktiviti Kendiri

Tajuk 8 Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayu 40
Sinopsis
Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk

8.1 Ejaan Fonemik dan Etimologi
Aktiviti Kendiri
Latihan

Bibliografi
Panel Penulis Modul
Ikon Modul























Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar
dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun
meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini
memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran,
dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu
memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran
pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini
dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru
untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya
pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk
membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan
tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-
latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan
orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik
kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda
boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung
dengan modul ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda
akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa
peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat
yang akan dikenal pasti.


Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar.
Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi
waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan
bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran
anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang
diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang
bermakna.
PANDUAN PELAJAR

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

P
ENGENALAN

Kursus BMM3111 (Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu) terdiri daripada 15 tajuk. (Sila rujuk - Agihan
Tajuk). Modul ini mengandungi 8 tajuk terpilih daripada 15 tajuk keseluruhan.

Lapan tajuk yang terlibat dalam modul ini ialah Tajuk 1 - Semantik dalam Bahasa Melayu,Tajuk 2 - Makna
Leksikal dalam Bahasa Melayu, Tajuk 3 - Makna Ayat dalam Bahasa Melayu, Tajuk 4 - Perubahan
Semantik, Tajuk 5 - Peristilahan Bahasa Melayu, Tajuk 6 - Sumber Istilah Bahasa Melayu, Tajuk 7- Istilah
Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu, Tajuk 8 - Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayu

Secara umumnya ringkasan tajuk-tajuk tersebut adalah seperti yang berikut:

Tajuk 1 mengenai konsep Semantik dan Makna , Semantik dan Linguistik, dan Semantik dan Sejarah

Tajuk 2 mengenai Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu yang terdiri daripada pecahan tajuk Sinonim,
Antonim,Hiponim, Homonim (Homograf, Homofon) dan Polisem

Tajuk 3 membincangkan Makna Ayat dalam Bahasa Melayu dengan melihat konsep Makna Ayat dan
Kerangka Generatif Chomsky

Tajuk 4 adalah khusus menyentuh aspek Perubahan Semantik daripada aspek Pengembangan Makna,
Penyempitan Makna dan Anjakan Makna

Tajuk 5 membincangkan Peristilahan Bahasa Melayu yang merangkumi Konsep Dasar Peristilahan
(Definisi, Tataistilah dan Tatanama), Istilah Khusus dan Umum, Morfem Peristilahan, Kata Dasar dan Kata
Akar, Imbuhan, Kata, Kata Berimbuhan, Gabungan Kata, Bentuk Prototaip, serta Paradigma Kata

Tajuk 6 berkaitan Sumber Istilah Bahasa Melayu yang terdiri daripada Perbendaharaan Kata Umum
Bahasa Melayu, Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun, Perbendaharaan Kata Bahasa Asing

Tajuk 7 membincangkan Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu yang terdiri daripada istilah
Singkatan,Akronim, Lambang dan Huruf Bilangan, dan Lambang Gambar

Tajuk 8 terdiri daripada Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayuyang merangkumi Ejaan Fonemik dan
Etimologi dan Ejaan Nama, Penyesuaian Ejaan dan Imbuhan Asing

Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti
dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Latihan ini harus disiapkan dalam jangka masa yang
ditetapkan. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah yang mengajar
melalui e-mel atau secara bersemuka. Sebagai memantapkan kefahaman terhadap setiap tajuk dalam
kursus ini, pelajar dinasihati membuat banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan
menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang
dipelajari dan topik-topik lain yang berkaitan.






























AGIHAN TAJUK


Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka.
Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui
modul.

Bil. Kandungan Interaksi
Bersemuka
(jam)
Modul
(jam)
Jum.
Jam

1 Semantik dalam Bahasa Melayu
Semantik dan Makna
Semantik dan Linguistik
Semantik dan Sejarah



-

2




2

2 Fitur Makna dalam Bahasa Melayu
Sifat Makna
Kelas Makna
Lewah dalam Makna


2


-



2
3 Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu
Sinonim, Antonim
Hiponim, Homonim (Homograf, Homofon)
Polisem



-



2



2
4 Makna Ayat dalam Bahasa Melayu
Makna Ayat
Kerangka Generatif Chomsky


-

2


2
5 Perubahan Semantik
Pengembangan Makna
Penyempitan Makna
Anjakan Makna



-


2



2
Bil. Kandungan Interaksi
Bersemuka
(jam)
Modul
(jam)
Jum.
Jam

6 Semantik Teori Pembuktian
Keharmonian dan Pembuktian
Koheren dalam Pembuktian


2

-

2
7 Taksa dan Ketaksaan Makna dalam Tatabahasa
Permasalahan dalam Pengajaran Makna
Kepersisan Makna, Ketaksaan Leksikal dan Struktur
Kekaburan Makna


2

-


2
8 Peribahasa Bahasa Melayu
Makna dalam Peribahasa
Asal Makna dalam Peribahasa



2

-


2
9 Peristilahan Bahasa Melayu
Beberapa Konsep Dasar Peristilahan: Definisi, Tataistilah &
Tatanama,
Istilah Khusus & Umum, Morfem Peristilahan,
Kata Dasar & Kata Akar, Imbuhan, Kata,
Kata Berimbuhan, Gabungan Kata, Bentuk Prototaip,
Paradigma Kata





-



2




2
10 Sumber Istilah Bahasa Melayu
Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu
Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun
Perbendaharaan Kata Bahasa Asing



-



2





2
11 Skema Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
Konsep dan Langkah
Syarat-syarat
Pembentukan Istilah Baru


2


-




2
12 Mengaplikasi Pembentukan Istilah menggunakan Skema
Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
Kata Bahasa Melayu yang Lazim & Tidak Lazim
Kata Bahasa Serumpun yang Lazim & Tidak Lazim
Kata Bahasa Inggeris dan Bahasa Asing Lain





2




-





2
13
Aspek Tatabahasa dan Semantik Peristilahan Bahasa Melayu
Penggunaan Kata Dasar, Proses Pengimbuhan,
Reduplikasi, Penggabungan,
Peleburan Fonem & Suku Kata, Proses Analogi
Penterjemahan, Paradigma Istilah, Sinonim, Homonim,
Hiponim, Kepoliseman




2



-




2
Bil. Kandungan Interaksi
Bersemuka
(jam)
Modul
(jam)
Jum.
Jam


14 Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu
Singkatan
Akronim
Lambang & Huruf Bilangan
Lambang Gambar



-





2





2
15 Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayu
Ejaan Fonemik & Etimologi
Transliterasi dan Transkripsi
Ejaan Nama, Penyesuaian Ejaan & Imbuhan Asing
Gugus Konsonan


1



1




2

JUMLAH


15

15

30










TAJUK 1 SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Komponen ini tertumpu kepada kajian semantik yang berkaitan dengan makna kata dan ayat.
Kajian ini menumpukan kepada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dunia
rujukannya. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Untuk memahami bahasa, kita kita
perlu memahami makna kata dan morfem yang membentuknya. Kita juga perlu mengetahui makna
kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Seterusnya kita perlu menginterpretasikan
makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan tentang semantik , fitur makna, makna leksikal, dan makna ayat.
2. Menghubungkaitkan antara bidang semantik dengan ilmu linguistik.

KERANGKA TAJUK-TAJUK





1.1 Semantik dan Makna
Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepada aspek makna dalam
bahasa. Dalam kajian semantik kita perlu memahami beberapa istilah penting terutama sekali istilah
semantik dan makna.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah semantik? Menurut Palmer (1992), istilah semantik
merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang
linguistik.

Istilah ini sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos, yang
bermaksud penting atau bererti. Istilah semantik mula-mula diperkenalkan oleh M.Breal
daripada kata Perancis semantique. Kini istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada
kajian makna dalam bidang linguistik. Kata semantik juga diertikan sebagainilmu tentang
makna atau erti.

Kini makna menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik.Manakala makna pula secara
umumnya membawa erti maksud atau erti. Walau bagaimanapun, kata makna boleh
diberikan bermacam-macam pengertian yang lain. Kamus Linguistik (1997) memasukkan dua
entri bagi kata makna, iaitu:

(i) Erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata, atau
(ii) Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman kata
atau frasa bertulis oleh pembaca.

Ogden dan Richard (1956) pernah memberikan tidak kurang 16 pengertian bagi perkataan
makna dalam buku mereka yang berjudul The Meaning of Meanings. Antara pengertian yang
diberikan termasuk makna seperti suatu sifat intrinsic, konotasi sesuatu kata, suatu inti,
pokok, suatu kemahuan, dan emosi yang ditimbulkan oleh sesuatu. Jadi, berdasarkan
pengertian oleh Ogden dan Richard, kita fahami bahawa erti makna cukup menarik tetapi rumit
sekali untuk memahami maksud kata makna.


1.2 Semantik dan Linguistik

Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini semantik sudah
boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistic seperti bidang
fonetik dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung,
manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di
tengah-tengah deretan ini.

Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika tidak
ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita
mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya
tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik. Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat Kerusi
itu sedang menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang, sebagai ayat yang betul, walaupun
SEMANTIK DAN
PERISTILAHAN
BAHASA MELAYU

SEMANTIK



PERISTILAHAN


ayat ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di
dalamnya. Hal ini kerana maknanya adalah taksa. Tegasnya, maklumat semantik amat
penting dalam linguistik.



1.3 Semantik dan Sejarah

Berdasarkan sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan untuk merujuk
kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum tahun 1930, kajian
semantik telah member focus kepada aspek kajian tradisional, iaitu perubahan makna. Tetapi,
selepas tahun 1930, perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah
deskriptif dan struktur dalam semantik (Ullmann, 1996). Tahun 1931merupakan detik
bersejarah dalam sejarah semantik. Hal ini kerana pada tahun itu telah muncul tulisan Gustaf
Stren yang berjudul Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English
Language. Penerbitan tulisan ini telah membawa trend baharu dalam bidang semantik.

Menurut Ullmann (1996), kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi member perhatian
terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya. Sebaliknya, kajian mula beralih kepada
aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip umum kepada kajian
bahasa yang tertentu.





















Aktiviti Kendiri 1.3.1

(a) Apakah maksud istilah semantik?

(b) Berikan dua definisi tentang bidang semantik


Aktiviti Kendiri 1.3.2

Bidang semantik boleh dibahagikan kepada beberapa subbidang, seperti
semantik linguistik dan semantik falsafah. Bolehkan anda menyenaraikan
tiga lagi subbidang semantik serta fokus kajiannya bagi setiap subbidang
tersebut?


























TAJUK 2 MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Topik ini akan menerangkan tentang leksikal. Dalam sesuatu bahasa, perbendaharaan kata
bukanlah tersusun dalam satu senarai yang panjang dan mendatar. Ia juga bukan menegak secara
homogen iaitu mengandungi semua perkataan dalam sesuatu bahasa itu, seperti tersusunya
dalam bentuk kamus. Sebaliknya, susunannya adalah secara berlapis dalam bentuk strata yang
banyak serta nmempunyai hubungan konsepsi antara satu sama lain. Susunan perkataan juga
mempunyai perkaitan dari segi penggunaannya. Hal ini bermakna sesuatu perkataan yang
digunakan mestilah bersesuaian serta berselarasan dengan sesuatu situasi atau keadaan.
Perkaitan tersebut lazimnya mempunyai hubungan dengan kebudayaan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Membezakan antara sinonim dan antonim.
2.Men jelaskan tentang fitur makna dan makna leksikal dalam bahasa Melayu.

TAJUK-TAJUK
2.1 Sinonim dan Antonim

2.1.1 Sinonim

Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama atau
hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti , misalnya perkataan
kereta dan motokar, sejuk dan dingin, suka dan gemar, ganggu dan kacau, lupus dan
luput, loncat dan lompat dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang
mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu.

Dalam kehidupan kita seharian kita biasa bersua dengan penggunaan sinonim di sekeliling kita.
Sebagai contoh, di kawasan zoo kita akan melihat papan tanda yang tertulis Tolong jangan usik,
kacau atau ganggu binatang-binatang di kawasan ini. Di perpustakaan pula, terdapat kata-kata
yang berbunyi Dilarang membuat bising, bercakap dan berbual-bual. Perkataan-perkataan
tersebut mempunyai makna yang hampir sama. Walau bagaimanapun tidak terdapat perkataan
yang bersinonim atau mempunyai makna yang benar-benar sama secara tepat.

Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan
kolokasi.

2.1.1.1 Sinonim Pinjaman

Belalang bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam
dialek Perak, belalang bermakna cakcibau.

Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud konvensionalnya ialah timbunan tanah
yang menjadi sempadan petak-petak sawah.

2.1.1.2 Sinonim Konteks

Perkataan jemput dan udang banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya, jemput
digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam konteks tulisan. Ini bermakna konteks
mewujudkan perkataan yang sama makna.

2.1.1.3 Sinonim Laras Sosial

Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya penyanyi ialah
orang yang bernyanyi manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme
seni.

2.1.1.4 Sinonim Kolokasi

Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan banyak
dan ramai mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, Banyak kilang kekurangan tenaga
pekerja mahir dan Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam
peperiksaan tersebut.

Perkataan banyak boleh digunakan sama ada bagi manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan
benda tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat.

Jika anda menyebut Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam
peperiksaan tersebut akan menunjukkan makna yang salah. Alasannnya, ramai (untuk manusia
sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut.

2.1.2 Antonim

Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak
sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk
lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin
lawannya kaya dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai
pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi tidak kadang kala
digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan lena lawannya
tidak lena ataupun mati bermaksud tidak hidup.

Terdapat beberapa jenis antonim seperti:

(a) Antonim pasangan komplemen
(b) Antonim hubungan darjah
(c) Antonim hubungan bertentangan


2.1.2.1 Antonim pasangan komplemen

Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling
melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga, hidup-mati, duduk-bangun,
tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira-sedih dan sebagainya.

Selain itu, perkataan perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup, tidak tidur-jaga dan
tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini.


2.1.2.2 Antonim hubungan darjah

Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti perkataan
besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus-gemuk dan sebagainya. Makna kata
adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang
dimaksudkan. Sebagai contoh, sebatang kayu itu dikatakan bersiaz panjang dengan merujuk
kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis.

Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak. Sebagai contoh,
perkataan kecil pada kerbau kecil sebenarnya ,menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama
pada perkataan tikus kecil. Demikian juga perkataan laju bagi merujuk kepada kereta lumba
tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa.


2.1.2.3 Antonim hubungan bertentangan

Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan. Dalam hal ini,
kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara, misalnya beri-
terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya. Contohnya jika X beri barang pada
Y bermakna Y akan terima barang itu.


2.2 Hiponim, Homonim dan Polisem


2.2.1 Hiponim

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh,
melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga.

Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan
dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai
lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus.


2.2.2 Homonim

Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai,
sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Perkataan yang mempunyai
sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutka tadi dikatakan mempunyai
hubungan homonim. Sebagai contoh, perkataan kepala yang membawa maksud ketua tidak
sama maknanya dengan kepada kereta api. kepada manusia dan kepala surat.

Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatar
belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang
sama, tetapi berbeza dari segi makna.


2.2.3 Polisem

Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara
konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang
mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama.

Sebagai contoh, kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitran sesuatu perkara. Ada masanya
perkataan tentang boleh membawa maksud lawan, seperti dalam ayat Kita tentang habis-
habisan. Contoh lain ialah perkataan bisa yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. Dalam
perbualan di Indonesia, secara normalnya bisa digunakan untuk menggantikan perkataan boleh.
Berdasarkan contoh-contoh tersebut, tentang dan bisa bervariasi maknanya, tetapi kewujudan
polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan.




Aktiviti Kendiri 2.2.3.1
(a) Huraikan jenis-jenis sinonim beserta dengan contohnya
(b) Dengan contoh yang sesuai, terangkan perbezaan antara hiponim dan polisem.



















TAJUK 3 MAKNA AYAT DALAM BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Topik ini akan menjelaskan tentang makna ayat dalam bahasa Melayu. Seperti yang telah
dijelaskan perkataan dan morfem merupakan unit terkecil bahasa yang mempunyai makna. Kita
telah pun mempelajari hubungan makna perkataan dan unsur semantik sebagai semantik
leksikal sebelum ini. Walau bagaimanapun dalam banyak perkara kita berkomunikasi
menggunakan frasa dan ayat. Makna frasa dan ayat bergantung pada makna perkataan yang
terkandung dalamnya dan bagaimana perkataan itu distruktur dan digabungkan. Dalam tajuk ini
juga akan dihuraikan penganalisisan makna auat Bahasa Melayu mengikut Kerangka Generatif
Chomsky untuk menunjukkan perubahan semantik dan pengembangan makna.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan definisi makna ayat.
2. Menghuraikan perubahan semantik dan teori pembuktian.


3.1 Makna Ayat


Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka
apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang
yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan dan setiap ayat
lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit.
Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk
mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut.

Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna.
Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna.Dalam konteks
berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami makna yang ingin di
sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan.
Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif.





3.2 Kerangka Generatif Chomsky
Bagi Chomsky language is not a habit Structure. Hipotesisnya, semua bahasa dilihat dari struktur
dalaman adalah sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran seseorang. Chomsky telah mengemukakan
empat konsep utama dasar analisis Kerangka Generatif iaitu kemampuan berbahasa, perlakuan
berbahasa, struktur dalaman dan struktur luaran. Kemampuan berbahasa ialah segala
pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia secara sedar dan tidak sedar. Proses ini juga
mengkaji tentang bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapat dalam bentuk rumus-
rumus.


Perlakuan bahasa ini mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan bahasa dan bahasa
apa yang diujarkan serta mampu didengar oleh orang lain. Seterusnya, strukrur dalaman pula
wujud daripada kemampuan seseorang untuk berbahasa serta bagaimana cara menyusun ayat-
ayat untuk diujarkan. Konsep yang terakhir iaitu struktur luaran ini wujud daripada ujaran bahasa
yang dikeluarkan oleh seseorang iaitu apa yang diujarkan. Menurutnya lagi, ayat-ayat yang
diungkapkan oleh penutur lahir di bawah pengetahuan dan kesedaran penuturnya. Ia diketahui,
disedari dan dinyatakan menerusi bunyi-bunyi dan ejaan.


Aktiviti kendiri 3.2.1
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan makna ayat?
(b) Huraikan empat konsep utama Kerangka Generatif Chomsky.









TAJUK 4 PERUBAHAN SEMANTIK

SINOPSIS

Tajuk ini akan mengupas tentang perubahan semantik daripada segi pengembangan makna, iaitu
satu proses perubahan makna daripada makna yang khusus kepada makna yang lebih umum.

Manakala penyempitan makna pula ialah proses perubahan makna daripada makna yang umum
kepada makna yang lebih khusus. Akhir sekali anjakan makna yang bermaksud makna yang
mengalami proses perubahan berdasarkan situasi atau keadaan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan proses pengembangan makna.
2. Menghuraikan perubahan semantik dari aspek penyempitan makna.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

4.1 Pengembangan Makna

Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan
penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor Hashimah
Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa pengkajian makna
belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur.

Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya berlayar, dulu
digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua
tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut berlayar . Dahulu kata
bapa hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih
tinggi kedudukannya disebut bapa sedangkan segala orang yang dianggap sama
darjatnya disebut saudara.


4.2 Penyempitan Makna

Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata
yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang cukup
terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa
penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih
luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.

Sebagai contoh kata ahli membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-saudara
atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ahli juga telah
disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar
dalam sesuatu bidang.

































TAJUK 5 PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Kursus ini mengandungi pengenalan, definisi, konsep peristilahan, sejarah penggubalan
peristilahan, prinsip pembentukan istilah, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka, Peranan
MABBIM, kepentingan peristilahan dalam Bahasa Melayu, dan cabarannya pada masa
hadapan.

Di samping itu, kursus ini juga mengandungi sumber istilah Bahasa Melayu, istilah
singkatan dan lambang Bahasa Melayu dan ejaan dan peristilahan Bahasa Melayu

HASIL PEMBELAJARAN


Setelah mengikuti kursus ini, anda dapat :

1. Menjelaskan definisi istilah dalam bahasa Melayu;
2. Prinsip prinsip pembentukan istilah;
3. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM;
4. Kepentingan Peristilahan dalam Bahasa Melayu;
5. Cabaran dan masa depan peristilahan.


5.1 Pengenalan

Walaupun serumpun dan mempunyai pertalian yang amat erat dari segi sejarah, politik dan ekonomi
Malaysia , Indonesia dan Brunei Darussalam bergerak dan memancarkan kepelbagaian corak pengayaan
bahasanya. Ketiga tiga negara itu juga mempunyai kaedah tersendiri dalam perkembangan korpus
bahasa Melayu.

Dalam usaha menyatukan aspek kebahasaan, terutamanya dari segi peristilahan, Majlis Bahasa
Indonesia Malaysia (MBIM) dan kemudiannya Majlis Bahasa Brunei Darussalam Indonesia Malaysia
atau MABBIM telah memainkan peranan untuk mewujudkan satu bentuk ejaan dan istilah yang baku atau
seragam sejak tahun 1972. Pembakuan itu dilakukan untuk pengembangan dan pelestarian bahasa Melayu
sebagai bahasa maju mengungkap pelbagai ilmu pengetahuan.

Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas atau gabungan beberapa bentuk
bebas yang gramatis dan sistematik, yang mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang
tertentu. Bentuknya telah disepakati oleh sekumpulan pakar melalui jawatankuasa bidang berkenaan
sebagai mempunyai nilai komunikatif yang sesuai. Kewujudan sesuatu istilah itu dianggap penting kerana
mempunyai nilai komunikatif yang menjadi unsur penyampai ilmu pengetahuan. Melalui istilah, sesuatu
konsep dalam bidang ilmu tertentu dapat diungkapkan dan disampaikan kepada khalayak. Kedudukan
istilah menjadi lebih penting lagi dalam bidang sains dan teknologi yang mengandungi pelbagai konsep
khusus dan bersifat teknikal.

Dari segi teorinya, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama dengan bidang-bidang
ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri. Peristilahan merupakan bidang linguistik praktis yang
menerapkan Teori Umum Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan tugas pembinaan istilah. Teori ini
dikembangkan oleh Professor Dr. Eugen Wuster, Vienna. Manakala teori yang lebih khusus, Gumperz
(1908) telah memperkenalkan model dari segi tiga teori peristilahan iaitu konsep, simbol dan objek. Teori ini
kemudiannya disesuaikan lagi oleh Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan
empat perkara, iaitu lambang, bahasa lisan/tulisan, makna, dan objek.

Sebagai badan tunggal yang bertanggungjawab mengubal istilah bahasa Melayu, Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) telah mencipta banyak istilah dalam bahasa itu. Hingga kini, DBP telah berjaya
menghasilkan lebih daripada sejuta istilah dalam pelbagai bidang ilmu, yang kemudiannya diterbitkan
dalam bentuk buku. Pencapaian tersebut amat jelas menunjukkan bahawa DBP begitu kominted untuk
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa berteknologi tinggi dan bertamadun melalui
peristilahan. Akan tetapi semua usaha itu tidak memberi manfaat jika pihak masyarakat atau pengguna
bahasa Melayu tidak menghargai sumbangan badan berkenaan, dan bersama sama meletakkan bahasa
Melayu sebagai bahasa yang maju di rantau ini dan dunia umumnya.

Latihan 5.1 1. Nyatakan konsep peristilahan dan pengistilahan
2. Untuk menguji pengetahuan dan kefahaman anda kaitkan peranan Bahasa
Melayu dari segi jati diri rakyat Malaysia.
Dapatkan seberapa banyak maklumat dari perpustakaan atau pusat sumber
yang berdekatan.

5.2 Definisi Istilah

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan kata atau
frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau
profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Menurut Pedoman
umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3) Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk
membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tata istilah atau terminology pula
merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan
yang ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu.
Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah
kumpulan nama yang dihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa atau
kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah. Kata
istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Contohnya, kata
hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam bidang
masing-masing.

5.2.1 Morfem dan Proses Peristilahan

Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang
digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah pengimbuhan,
pengandaan dan penggabungan.

5.2.1.1 Kata akar

Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan.
Misalnya: rumah, asid, algebra dan sebagainya.

5.2.1.2 Imbuhan dan Pengimbuhan

Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. Misalnya: ber-
(berinteraksi), -an (hasilan), peN- -an (pemprosesan).

5.2.1.3 Penggandaan

Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut = rerambut) atau seluruh (kacang =
kacang-kacang) untuk membentuk istilah.

5.2.1.4 Gabungan

Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses
penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha, warganegara, bumiputera dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, ada juga antara istilah yang digunakan di dalam konteks umum. Dewan
Bahasa dan Pustaka (2004), menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu digunakan dengan kerap
oleh masyarakat pengguna bahasa, dan penggunaannya itu tersebar melalui media massa. Contohnya,
kata taqwa merupakan istilah dalam bidang keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah dalam bidang
ekonomi (dewasa ini istilah bajet digunakan), sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara
am di dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas
tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956.

Pada peringkat awalnya tidak ada satu sistem organisasi yang memberi panduan dan mengawal
kerja-kerja peristilahan. Jawatankuasa istilah ditubuhkan berdasarkan permintaan individu yang berwibawa
sebagai pemimpin masyarakat atau sebagai ahli akademik. Jawatankuasa istilah yang paling awal
ditubuhkan ialah Jawatankuasa Istilah Ekonomi yang dipengerusikan oleh Profesor Diraja Ungku A. Aziz.
Sebagai pengerusi dan pengarah pertama DBP, beliau juga seorang pejuang bahasa kebangsaan. Ungku
A. Aziz telah menyaksikan beberapa ciri perkembangan di dalam perwujudan istilah ekonomi yang tidak
menyenangkan beliau.


Latihan 5.2
1. Pada pendapat anda, mengapa pengistilahan amat penting di negara
kita?

2. Secara ringkas, nyatakan usaha-usaha yang telah di mainkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka terhadap perkembangan dan kemajuan
peristilahan di Malaysia.

5.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
Perbincangan tentang perkembangan bahasa di Malaysia tidak akan lengkap sekiranya peranan
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak disentuh. DBP merupakan satu satu badan yang ditubuhkan oleh
kerajaan khusus untuk memajukan bahasa Melayu. Sehingga hari ini, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
di dalam memajukan bahasa amat penting dan tidak ada badan badan lain yang mampu berperanan
sebagaimana yang dimainkannya.

Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan istilah
bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan membina korpus dan menyebarkan melalui buku
buku istilah, tatabahasa dan perkamusan. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa
bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah, mengadakan penyelidikan dan menyebarkan
hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan
mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan
khidmat nasihat.

Untuk memperkukuhkan lagi peranannya, Unit Pelaksanaan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1980.
Unit ini bertanggungjawab menggalakkan penggunaan bahasa Melayu. Ia telah melaksanakan beberapa
langkah seperti mengadakan ceramah, taklimat, forum, kursus, rancangan Dewan Bahasa di radio,
menyebarkan panduan bahasa, khidmat nasihat, mengadakan kempen Mencintai Bahasa Melayu dan
mengawasi penggunaan bahasa Melayu di sektor awam dan swasta. Apa yang jelas, pelaksanaan
perancangan bahasa yang dijalankan oleh DBP melalui bahagian - bahagian tersebut di dalamnya bersifat
revolusi tetapi teratur dan sistematik.

Di dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu, DBP juga telah mengadakan kerjasama dengan
beberapa pihak lain. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM).
Kerjasama ini diperluaskan lagi dengan memasukkan Negara Brunei Darussalam. Hasil kerjasama ini
terbentuklah istilah baharu yang sesuai digunakan di ketiga tiga buah negara yang terlibat.

Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP.
Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;
Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran
dan pemasyarakatan istilah.
Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan
Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain.

Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan
Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains
dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan
segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini dalam
tahun 1950-an.

Segala istilah ilmu dan nama alat perkakas asing yang sedia ada di dalam bahasa Melayu pada
masa itu dipakai terus setelah disesuaikan dengan kemajuan ilmu pengetahuan. Kalau tidak ada di dalam
bahasa Melayu di Tanah Melayu, bolehlah diambil istilah yang dipakai di Indonesia, kerana memang bahasa
di Tanah Melayu hendak disamakan dengan bahasa di Indonesia. Kalau istilah Indonesia itu tidak sesuai
atau tidak memuaskan hati barulah dibentuk baharu. Istilah-istilah asing yang dipakai oleh kebanyakan
bangsa-bangsa dunia atau istilah asing yang tidak dapat diterjemahkan dengan setepat-tepatnya bolehlah
diterima jadi istilah Melayu. Apabila membentuk istilah baharu hendaklah digunakan akar kata Melayu. Oleh
yang demikian, istilah baharu yang dibentuk itu hendaklah menggambarkan benda atau fikiran atau
keadaan yang dimaksudkan oleh istilah asing itu. Di bawah ini diberikan contohnya:

a) Acid - asid (bukan acid)
b) Aciditiy - keasidan (bukan asiditi)
c) Acidic - berasid (bukan asidik)
Selain itu, adalah dilarang mengambil bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan
asidik, kerana bentuk-bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris.

Pada penghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman
pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu, ada beberapa
bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:

i. Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif
dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden,
ii. Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat
pemakai bahasa,
iii. Pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah
sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia,
iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu
dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan
v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah
asal atau istilah antarabangsa.

Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-penggubal istilah
untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kearah peringkat antarabangsa. Pada
masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu
sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran gy dalam bahasa Inggeris maka dalam bahasa Melayu
hendaklah dipakai kata kaji, sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam
bahasa Melayu. Contohnya adalah seperti yang berikut:
a) Biology - kajihayat
b) Anthropology - kajimanusia
c) Sociology - kajimasyarakat
d) Archeology - kajipurba
e) Phonology - kajibunyi
f) Geology - kajibumi
g) Psychology - kajijiwa
h) Climatology - kajiiklim

Berdasarkan conoth contoh di atas bentuk istilah memang baik dan sesuai kerana ia seragam, dan boleh
dijadikan panduan untuk membentuk pelbagai istilah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang lain
mengikut bentuk di atas seperti kajiserangga, kajibintang, kajihaiwan, kajitumbuhan, kajilautan, kaj ipenyakit
dan berbagai-bagai lagi. Demikian juga daripada bentuk istilah seperti di atas menggambarkan bahawa
bahasa Melayu memang cukup kaya dengan istilah dan mudah pula membentuk kata-kata istilah baharu
dalam bahasa Melayu.

Penggubalan kata istilah di atas ini berlaku kerana kita cuba hendak mempertahankan keaslian
bahasa Melayu dan dalam bentuk istilah Melayu yang sedia ada, tetapi mengapa pula perkataan organ
diciplak daripada bahasa Inggeris, bahasa asing juga?

Oleh itu, untuk mengelak daripada berlakunya hal-hal seperti di atas, maka ditetapkan dasar
kedua, supaya penggubalan istilah lebih mudah dan lebih praktis, dan kita dapat menggubal istilah dengan
lebih pantas dan cepat, terutama sekali bidang-bidang ilmu yang sudah tersebar luas di seluruh dunia,
seperti farmasi, farmakologi, filologi, fotosintesis, neurologi, antropologi, linguistik, dan yang seumpamanya.
Bagi dasar yang ketiga pun penting, kerana bahasa Melayu dan bahasa Indonesia berakarkan induk bahasa
yang sama, iaitu bahasa Melayu Johor-Riau. Persamaannya sangat banyak, jika berbeza pun hanya kerana
pengaruh persekitaran dan penjajahan yang berlainan. Kalau di Indonesia ada pengaruh bahasa Belanda,
di Malaysia pula ada pengaruh bahasa Inggeris yang kuat. Selain itu kita dapat berkongsi membaca buku-
buku rujukan, sama ada yang terbit di Indonesia ataupun yang terbit di Malaysia.

Dasar yang seterusnya ialah menggali lebih banyak kosa kata daripada sumber yang lebih tua,
iaitu daripada bahasa Melayu klasik dan bahasa Indonesia. Dengan itu akan dapat memperlihatkan
kekayaan bahasa Melayu-Indonesia dan ini akan dapat meningkatkan kemampuan dan kudrat bahasa
Melayu-Indonesia dalam dunia ilmu pengetahuan. Dasar yang kelima akan dapat merapatkan hubungan
antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa dunia antarabangsa yang
lain, jika membentuk atau menggubal istilah mengikut arus perdana antarabangsa seperti istilah bahasa
Inggeris yang sudah menjadi bahasa induk, atau menyerap istilah daripada bahasa Latin yang menjadi
induk bahasa barat yang maju seperti Peranchis, Jerman dan Sepanyol. Oleh itu, untuk merealisasikan
dasar dasar berkenaan maka DBP telah menyediakan lapan kaedah atau cara, iaitu:

Bagi istilah pinjam-terjemah.
a) Meminjamterjemahkan istilah asing yang sesuai ke dalam bahasa Melayu.
Misalnya:
i. Fixed price - harga tetap
ii. Market price - harga pasaran
iii. Price list - senarai harga
iv. Cost price - harga kos
v. Cost section - bahagian kos

Untuk kepentingan kecekapan, keseragaman, penyelarasan, praktis, ekonomi dan ilmiah, maka
(mengikut keutamaan):

i. Beberapa istilah asing yang sama konsep/pengertiannya dalam satu bidang ilmu
tertentu hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya;
ii. Sesuatu istilah asing yang hanya satu sahaja pengertiannya, walau dalam apa
bidang sekalipun, hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya;
dan
iii. Sesuatu istilah asing, hendaklah ditakrifkan Melayunya dalam bentuk istilah
(bukan terjemahan) yang ringkas dan jumlah perkataan atau suku kata yang
minimum.

Bagi istilah pinjaman, DBP telah memberi pedoman seperti yang berikut:

i. Pengambilan istilah asing dan terus menjadikannya istilah Melayu hendaklah
terbatas kepada (menurut keutamaan):
a) Istilah ilmiah dalam bidang-bidang ilmu tertentu. Ini bermakna hanya dalam
bidang-bidang seperti perubatan, farmakologi, kejuruteraan, aeroangkasa
dan seumpanya.
b) Istilah khusus seperti nama tempat atau negeri, orang atau gelaran atau
idiom. Contohnya seperti Greenland, Wellington, Burkina Passo, James
Watt dan lain-lain.
c) Istilah asing yang belum pernah ada konsepnya, atau tidak ada persamaan
Melayunya, atau tidak ada persamaan atau terjemahan yang setepat-
tepatnya. Contohnya seperti computer dan digital camera. Kata-kata istilah
ini diserap sahaja dengan penyesuaian ejaan dan tatabahasa Melayu
menjadi komputer dan digital kamera.
d) Istilah umum yang didapati telah popular/praktis dalam masyarakat pemakai
bahasa Melayu-Indonesia. Contohnya seperti radio, televisyen dan
sebagainya.

Pedoman kedua untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP ialah:

Kata istilah pinjaman yang diambil hanya dalam bentuk dasar, sama ada kata nama atau kata sifat.
Pengambilan istilah terbitan asing dibatasi kepada unsur-unsur atau bentuk-bentuk yang dapat disesuaikan
dengan struktur dan kudrat bahasa Melayu.
Contohnya kita meminjam hanya perkataan atom dan tidak boleh meminjam kata atomic, atomization dan
yang seumpamanya. Tetapi perkataan nuklear (daripada nuclear) boleh dipinjam, sekalipun kata akarnya
nucleus, kerana ini mempunyai pengertian yang khas.





Pedoman yang ketiga untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP adalah kata yang dipinjam, pada
umumnya, hendaklah berdasarkan ejaan asal dan bukan bunyinya dan keutamaannya adalah seperti yang
berikut:
a) mengambil bentuk istilah Romawi-Yunani.
Contohnya seperti nama-nama saintifik untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
b) mengambil bentuk asal istilah asing dan disesuaikan dengan sistem ejaan baharu bahasa
Melayu-Indonesia. Bagi bahagian ini ada dua pecahannya, iaitu:
i. menyesuaikan ejaan konsonan/vokalnya menurut bentuk asal Rumawi-Yunani
atau bentuk istilah asal, terutamanya bagi istilah ilmiah, atau
ii. menyesuaikan bunyi ejaan konsonan/vokal istilah asing dengan bunyi menurut
ejaan Melayu-Indonesia, terutama bagi istilah bukan ilmiah.

Dalam buku Pedoman Pembentukan Istilah yang baharu di atas, banyak perkara dan tajuk baharu
dimasuk dan tiap-tiap tajuk diberi takrifnya sekali, sehingga pedoman ini menjadi panduan yang jelas dan
tidak mengelirukan. Antara tajuk-tajuk penting yang dimasukkan ke dalam pedoman ini termasuklah:
i. Beberapa konsep dasar seperti definisi istilah, tataistilah dan tatanama, istilah khusus dan
istilah umum, morfem peristilahan, kata dasar dan kata akar, imbuhan, kata berimbuhan, kata
gabungan, bentuk prototaip dan paradigma kata atau perangkat kata;
ii. Sumber istilah, seperti kosa kata bahasa asing; dan skema tatacara pebentukan istilah yang
mengandungi tujuh langkah yang ditetapkan seperti yang berikut:
a) Kata dalam bahasa Melayu yang lazim dipakai,
b) Kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim dipakai,
c) Kata dalam bahasa serumpun yang lazim dipakai,
d) Kata dalam bahasa serumpun yang tidak lazim dipakai,
e) Kata dalam bahasa Inggeris,
f) Kata dalam bahasa asing lain,
h) Pilih yang terbaik antara istilah baharu.

5.4 Peranan MABBIM

MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu Negara
Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia Malaysia
(MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh
Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri
Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM
apabila negara Brunei Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985. Manakala, Singapura
masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini.

Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau
bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan. Pendek kata MABBIM bertujuan untuk
mendaulat, menyebar dan mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi
bukan sahaja di rantau malah di dunia. Usaha ini boleh menjadi realiti apabila usaha usaha peristilahan
berterusan dan lebih mantap. Ini meliputi semua bidang keilmuan seperti sains, teknologi, komunikasi
maklumat, perubatan, perundangan, perekonomian, kesusasteraan dan sebagainya.


Latihan 5.4.1
1. Untuk perkembangan Bahasa Melayu, atas alasan apakah dasar-dasar
pembentukan istilah di laksanakan? Mengapa?

2. Nyatakan dasar dasar pembentukan istilah bahasa Melayu di
Malaysia.
Latihan 5.4.2
1. Dengan sokongan pengurusan grafik banding bezakan peranan DBP
dengan MABBIM dalam perkembangan Bahasa Melayu.
Layari Internet 1. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

5.5 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan
Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains
dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan
segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini sejak
tahun 1950-an. Adalah dilarang kita mengambil sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti
acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa
Inggeris.

Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula
satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada
beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:

i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan
fleksibel bagi bahasa Melayu moden;

ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai
bahasa;

iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa
diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia;

iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan
yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan

v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal
atau istilah antarabangsa.

Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-penggubal istilah untuk
melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kea rah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu
apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja.
Contohnya jika ada kata berakhiran gy dalam bahasa Inggeris mala dalam bahasa Melayu hendaklah
dipakai kata kaji, sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa
Melayu.

5.6 Prinsip Pembentukan Istilah

Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan kerjasama
Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah.
Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di
samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah
yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di
dalam proses pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa
bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah
berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu.
Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan;
i. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan.
ii. Kata terbitan.
iii. Kata ganda.
iv. Kata gabungan.

5.6.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan)

Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, saperti kata nama, kata kerja,
dan kata adjektif.
Contoh:
Kata nama: buruj constellation
rawan gristle
cahaya light

Kata kerja: pecut accelerate
Imbas scan
reka invent


Kata adjektif: kenyal elastic
Rawak random
Cemas anxious

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang terbentuk
daripada gabungan huruf huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai
satu perkataan. Contoh :

Cerpen cereka
tabika kugiran
pawagam RISDA
MARA ADUN
BERNAMA PLUS
KOBENA BERNAS

5.6.2 Istilah Kata Terbitan

Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan, akhiran,
sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima imbuhan bahasa
Sanskrit, Arab dan Jawa.

a. Paradigma kata dengan imbuhan ber-
Contoh:

belajar pelajar pelajaran
bertapa pertapa pertapaan
bertani petani pertanian


b. Paradigma dengan Penambah me(N)-
Contoh:

Menulis penulis penulisan tulisan
mengajar pengajar pengajaran ajaran
mengamal pengamal pengamalan amalan
membesar pembesar pembesaran -
mengubah pengubah pengubahan -
mengairi - pengairan -


c. Paradigma dengan me(N)-, ber-
Contoh:

memberhentikan - pemberhentian perhentian
- perkecualian
- - pembelajar pelajaran

d. Paradigma kata dengan me(N)-, per-
Contoh:

Mempersatukan pemersatu pemersatuan persatuan
Memperoleh pemeroleh pemerolehan perolehan
mempelajari pelajar - pelajaran


e. Paradigma kata dengan ke - an
Contoh:
saksi Kesaksian
bermakna Kebermaknaan
terbuka Keterbukaan
penduduk Kependudukan
sesuai kesesuaian


f. Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -in-
Contoh:

Gigi gerigi
susu tenusu
tapak telapak
kuncup kemuncup
sambung sinambung

5.6.3. Istilah Kata Ganda

Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya atau
sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi.

a. Ganda Penuh
Contoh:

langit-langit kanak-kanak
labi-labi paru-paru
buku-buku guru-guru


b. Ganda Suku Kata Awal
Contoh:

Tetikus rerongga
Cecair Rerambut
gegua jejari


c. Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan
Contoh:
dedaunan
pepohonan
jejarian


d. Kata Ganda Berentak
Contoh:

Warna-warni Batu-batan
Serta-merta Bengkang-bengkok
Bolak-balik Hingar-bingar
Dolak dalih Mudar mandir
Pupu poyang rempah ratus
5.6.4 Istilah Bentuk Gabungan

Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur dalam gabungan
ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan.


i. Tanpa Imbuhan:

Contoh:

garis lintang atas aras laut
daftar masuk mesin atur huruf
mesin kira tangan segi empat tepat
ganda tiga kamera laut dalam


ii. Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya

Contoh- contoh seperti :

saksi pendakwa pelarasan gaji
dalam talian atas talian
mengambil alih menerima pakai
penerima janji gelombang melintang


iii. Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur

Contoh - contoh seperti:

Jagaan perlindungan kedudukan anggaran
Perjanjian meluluskan perbelanjaan terealisasi
















Latihan 5.4

1. Berdasarkan contoh contoh di atas, cuba anda senaraikan contoh
contoh lain yang berkaitan dengan istilah kata ganda dan bentuk
gabungan.




Itu sahaja yang perlu anda lakukan. Semoga berjaya.


Buku rujukan

Abdullah Hassan (ed). (1987). Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur (Bab 7: Semantik ,hlm.145-164)

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru
Dan Bahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Darwis Harahap (1994). Binaan Makna.
http://www.angelfire.com/id/ahmad awang/meaning.html accessed on 5
July 2007.








TAJUK 6 SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Topik ini akan menerangkan tentang sumber istilah Bahasa Melayu. Ini berdasarkan perbendaharaan kata
umum Bahasa Melayu, perbendaharaan kata serumpun, perbendaharaan kata bahasa asal , penyerapan
istilah asing, bentuk bentuk istilah (ungkapan) asing yang tetap dan pembentukan istilah pelbagai bidang.

6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu

Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata
dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi
syarat yang berikut;

kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.

kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).
Contoh:
Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital
Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi

kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.

6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun

Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa
Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu,
Contoh contoh seperti:
gambut (daripada bahasa Banjar) peat
nyeri (daripada bahasa Sunda) pain
engkabang (daripada bahasa Iban) ellipenut
dermaga (daripada bahasa klasik) wharf
dening (daripada dialek Kelantan) yoke
6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal

Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun
dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa asing.
Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu
disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan
keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa sumber
melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris.
Contoh contoh seperti:

Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu
Atom
Electron
Professional
Psychology
Structure
Radio
Television
Radiography

Atom
Elektron
Profesional
Psikologi
Struktur
Radio
Televisyen
Radiografi

6.4 Penyerapan Istilah Asing
Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;
Sesuai maknanya;
Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;
Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya
mempunyai banyak sinonim.

6.4.1 Bentuk-Bentuk Serapan

Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini
bergantung pada:

Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;
Kemudahan belajar bahasa; dan
Kepraktisan.
Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk jamaknya
yang lebih biasa dipakai.

6.4.2 Istilah Asing yang sudah lazim

Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah
berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan kekeliruan.
Contoh contoh seperti :
Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu
Campaign
Custom
Dengue
Grant
Pension

Kempen
Kastam
Denggi
Geran
Pencen
6.4.3 Ejaan Istilah (Ungkapan) Asing yang Tetap

Istilah asing atau ungkapan tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa,
digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak miring.
Contoh:
a. bona fide
b. esprit de corps c. fait
accompli
c. weltanschauung
d. cal de sac

Latihan 6.1

1. Nyatakan dari mana sumber istilah Bahasa Melayu diperoleh?

2. Bahaskan mengapa ungkapan atau bahasa asing amat di perlukan
dalam perkembangan peristilahan di Malaysia?


Rujukan

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
6.5 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang

Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, istilah - istilah
mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah:
a) Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Audioconferencing
Autosave
Broadcast
Client-server
Connection-oriented network
Data scrambler
Digital camera
Digital certificate
Digital purse
Digital signature
Sidang audio
Autosimpan
Siaran;siar
Pelanggan-pelayan
Rangkaian berorientasikan sambungan
Pengarau data
Kamera digital
Sijil digital
Dompet digital
Tandatangan digital


b) Istilah Undang Undang
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Administrative order
Civil disorder
Civil rights
Double jeopardy
Diplomatic immunity
Extradiction
Fraud
Fugitive offender
Fundamental rights
Judicial review
Legitimacy
Mala fide
Mandatory procedure
Native
Natural justice
Perintah pentadbiran
Gangguan awam
Hak sivil
Pendakwaan dua kali
Kekebalan diplomatik
Ekstradisi
Fraud
Pesalah buruan
Hak asasi
Kajian semula kehakiman
Kesahan
Mala fide
Tatacara mandatory
Anak negeri
Keadilan asasi




c) Istilah Komputer
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Access
Bench mark
Cursor
Data base
Download
End user
Font
Hardware
Integrated circuit
Local area network
Capaian
Tanda aras
Kursor
Pangkalan data
Muat turun
Pengguna akhir
Fon
Perkakasan
Litar bersepadu
Rangkaian kawasan setempat


d) Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Balance sheet
Bridging loan
Buy out
Buy-back price
By-product
Capital gain
Cash flow
Certificate of authorization
Chief executive officer
Deed of trust
Investment climate
Long term debt
Short-term financing
Sole agent
Steering committee
Kunci kira-kira
Pinjaman penyambung
Beli habis
Harga beli balik
Keluaran sampingan
Laba modal / keuntungan modal
Aliran tunai
Perakuan kuasa
Ketua pegawai eksekutif
Surat ikatan amanah
Iklim pelaburan
Hutang jangka pendek
Pembiayaan jangka pendek
Ejen tunggal
Jawatankuasa pemandu

e) Istilah Perhotelan
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Ballroom
Banquet
Budget hotel
Buffet
Business centre
Check-in
Check-out
Cocktail
Day use
Deluxe room
Double room
Function room
Luncheon
Twin bed
Waiter (L); waitress (P)
Dewan besar
Bankuet
Hotel jimat / hotel kelas ekonomi
Bufet
Pusat khidmat urusan
Daftar masuk
Daftar keluar
Koktel
Guna siang
Bilik mewah
Bilik kelamin
Bilik majlis
Jamuan tengah hari
Katil-kembar
Pramusaji

f) Fotografi
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Abstract photography
Between-the-lens shutter
Camera angle
Daylight film
Effective aperture
Flash
Ground-angle view
Half-length portrait
Invisible light
Latitude of exposure
Main lighting
Out of focus
Periscopic lens
Quartz lens
Fotografi abstrak
Pengatup antara kanta
Sudut kamera
Filem warna cahaya siang
Apertur berkesan
Dengar
Pandangan sudut bawah
Potret separuh
Cahaya halimunan
Latitude dedahan
Pencahayaan induk
Luar fokus
Periskop
Kanta kuarza
Reflect camera Kamera reflex

g) Istilah Matematik dan Statistik

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Aerial cable
Affine
Affine geometry
Affine variety
Aggregate
Aggregation
Aggregative
Aggregative index
Aggregative model
Kabel aerial
Afin
Geometri afin
Aneka afin
Agregat
Pengagregatan
Berdaya agregat; pengagregatan
Indeks pengagregatan
Model berdaya agregat
6.6 Cabaran Cabaran Pembentukan Istilah

Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar. Kritikan yang dilemparkan
kepada mereka datang bertubi tubi, khusus daripada kalangan yang kurang memahami rasional di belakang
pemilihan sesuatu istilah; dan kritikan sinis ini sering terdengar. Walau bagaimanapun, bagi orang bahasa,
linguis dan pendidik, mereka amat memahami keputusan yang telah dibuat; mereka akur pada istilah yang
telah dibentuk dan menerimanya dengan hati terbuka. Bagi orang yang tidak memahaminya, tidak semudah
untuk mencapai kesepakatan dan persetujuan di dalam pembentukan istilah baru; tentu sekali banyak
cabarannya. Walau apapun kritikan yang dilemparkan jawatankuasa istilah tetap dengan pendirian mereka.
Hakikatnya kerja yang mereka lakukan berpandu kepada dua kriteria umum:

Kepesatan ilmu :
i. Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu.
ii. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa.
Kepakaran :
i. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu.
ii. Penentuan sumber istilah (bahasa asal, bahasa serumpun, bahasa pinjaman)

Latihan 6.2 1. Suatu masa dahulu, banyak isu yang berkaitan dengan peristilahan oleh
media-media massa di Malaysia. Beri pendapat anda tentang kualiti
peristilahan yang di gunakan. Adakah anda setuju bahasa yang digunakan
itu tepat dengan apa yang hendak dinyatakan?

Sila rujuk pakar-pakar peristilahan yang berdekatan dengan anda.


Buku rujukan


Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Grace, H. (1975).Syntax ang semantics 3: Speech acts. New York: Seminar
Press.

Hashim Hj. Musa (2006). Pengantar Falsafah Bahasa. (Edisi Kedua). Kuala
Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

Nathesan, S. (2001 ). Makna dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur (Bab2:Kepelbagaian Makna bagi perkataan ,hlm
19-26).

Nik Safiah Karim dan rakan(2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Palmer,F.R, (1992). Semantik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lu,pur
(Terjemahan oleh Abdullah Hassan)

Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris
Dalam Peristilahan Undang Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

O, Grady, W. (2000). Semantics: The analysis of meaning. Addision
Wesley Longman.

























TAJUK 7 ISTILAH SINGKATAN DAN LAMBANG BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Topik ini akan menerangkan dan menjelaskan tentang singkatan dan lambang bahasa. Selain itu,
cuba menerangkan perbezaan antara singkatan dengan lambang.

HASIL PEMBELAJARAN

Menjelaskan tentang konsep singkatan, akronim dan lambang
dalam bahasa Melayu.


7.1 Konsep dan definisi singkatan dan Lambang

7.1.1 Definisi Singkatan

Menurut Kamus Dewan (2007: 1501) menyatakan singkatan ialah kependekan, ringkasan
, merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa. Manakala Nik Safiah Karim dan rakan-rakan
(2008: 66) Akronim adalah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal
suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan
ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Beliau menyatakan ada tiga cara pembentukan
akronim. Manakala Asmah Hj. Omar (2009:27) akronim adalah kata selapis yang dibentuk dengan
menggunakan suku kata pada kata-kata unsur. Menurut Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu KPM
(1992:15) singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan :

a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih bahagian daripada dasarnya. Misalnya :
lab ( laboratory)

b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap. Misalnya:
sin - sinus
cm - sentimeter
cos - konsinus
hab - habitat


c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. Misalnya:

Mara - Majlis Amanah Rakyat
Perkim - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Tadika - taman didikan kanak kanak
Cerpen - cerita pendek
Kugiran - kumpulan gita rancah
Berdikari - berdiri dengan kaki sendiri
Pawagam - Panggung wayang gambar
Perkeso - Pertubunhan Keselamatan Sosial


d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim. Misalnya:

JKR - Jabatan Kerja Raya
TLDM - Tentera Laut DiRaja Malaysia
IPGKTAR - Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
LUTH - Lembaga Urusan Tabung Haji
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri
IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia



7.1.2 Definisi Lambang

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) Lambang ialah tanda yang mewakili
entiti linguistik seperti bunyi, fonem,suku kata, morfem dan kata yang diterima dalam transkripsi
fonetik atau sistem tulisan.

Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu
huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep.
Contoh :

meter - meter - m
kilogram - kilogram - kg
second - saat - s
ampere - ampere - A
degree - darjah - K
candela - kandela - cd
radian - radian - rad
steradian - steradian - st
mole - mol - mol
hecto - hekto - h
centi - senti - c
mega - mega - M
giga - giga - G




Latihan 7.1

1. Penggunaan lambang lambang istilah belum dikuasai dengan
sepenuhnya oleh pelajar atau masyarakat di Malaysia. Beri
pendapat anda?



Layari internet

Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.






Tamat. Semoga anda berjaya.






TAJUK 8 EJAAN DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

SINOPSIS


HASIL PEMBELAJARAN


Topik ini akan menerangkan tentang transliterasi dan transkripsi. Berdasarkan transkripsi dan transliterasi
istilah atau perkataan tersebut digunakan dalam bahasa Melayu tanpa mengubah sebutan dan makna asal
atau sumber perkataan tersebut. Dalam bahasa Melayu banyak perkataan diperoleh dan dikenal pasti
dalam bahasa sumber yang lain. Bahasa bahasa bereknaan seperti bahasa Arab, bahasa Yunani, bahasa
Sankrit dan bahasa bahasa lain.

8.1 Ejaan Transliterasi Dalam Bahasa Melayu

Kamus Dewan (2007:1712) menyata transliterasi ada penukaran huruf 9perkataan dsb)daripada
abjad sesuatu tulisan (misalantulisan Arab kepada huruf yang selaras bunyinya dsb dalam abjad system
tulisan lain (spt Rumi). Ejaan Transliterasi atau alih huruf boleh mengikut perakuan ISO untuk huruf Arab
(Perakuan ISO-R233) atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani. Contoh transliterasi Arab. Contoh :

Bismillahirrahmanirrahim
muslimin
mslimat
untaz
ustazah
haji
hajah
fikir
hadith
gaib
zakat
akad
lafaz
solat
iman
imam
talak
lian
sujud
kiam


8.2 Ejaan Transkripsi Dalam Bahasa Melayu

Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang
bersangkutan.

Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan, pada
umumnya ditranskripsikan lebih dahulu. Misalnya:

bureau - biro
police - polis
ambulance - ambulans

Ejaan nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin, tidak diubah.
Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam bahasa
Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Misalnya:

Baekelund
Cannizzaro
Aquadag
Dacron
Keops
Dmitri Ivanovic Mendeleev
Anton Chekhov
Mao Tze Tung




Latihan 8.1

1. Bezakan antara ejaan transliterasi dengan ejaan transkripsi
dalam Bahasa Melayu.

2. Dengan merujuk buku dan internet, senaraikan contoh
contoh lain ejaan transkripsi yang berkaitan.

3. Merujuk buku atau bahan internet , senaraikan cotoh
contoh ejaan transkripsi yang banyak digunakan oleh media
massa terutama media cetak di Malaysia.


Tamat. Semoga anda terus berjaya.

Rujukan

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa
Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2:
Latihan Guru Dan Bahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka

Darwis Harahap (1994). Binaan Makna.
http://www.angelfire.com/id/ahmad awang/meaning.html
accessed on 5 July 2007.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum
Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa
Inggeris Dalam Peristilahan Undang Undang. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teuku Iskandar.2008. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai